"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Friday 20 July 2012

ramadhan kembali!

alhamdulilah...

ramadhan menjenguk kembali.rasanya time-time ni ramai la yang amik kesempatan untuk cuti.. untuk berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga. since kami dah lik ipoh last week, so puasa ni kami di rumah je laa..tak pun lik umah wan chinta. *mak mertua saya*.. bile ramadhan ni.. mula la dok pikir nak masak sahur apa..hahaha...nak pikir masak sahur lagi mencabar tau dari berbuka.. sebab, encik aboy jenis bersahur benda yang panas-panas.means ko kena bangun pagi-pagi untuk masak. *ai kan isteri mithaliiiiii*...
hewhewhew!

dulu waktu berpuasa dengan keluarga...mak saya rajin masak untuk berbuka.memang meriah la lauk-pauk.. since kawin dengan encik aboy, menu berbuka satu memang 100% bertukar.....hahaha.. sebab encik aboy jenis berbuka cukup dengan makan kuih jer.. tak pun mihun goreng je ke.. atau karipap 2 ketul je ke.. seyes mula-mula dulu memang pening ngan dia.tawaf la 3-4 pasar ramadhan..memang dia tak beli apa..last-last beli kuih karipap kat pasar ramadhan depan rumah.. T___T. kalo masak nasi, lagi la dia tak makan... memang pening nak pikirkan menu berbuka untuk dia..so senang untuk saya..saya beli je la apa yang saya rasa nak makan untuk berbuka..selalu pilihan saya - nasi kerabu..dan nasi kerabu lagi esoknya..dan esoknya.. atau pun mihun goreng..dan esoknya pun sama..hahahhaa...dap! dap! *rasa nak lempang diri sendiri cakap anje-anje camni*

tapi sahur..encik aboy plak wajib nasi! terbalik plak ngan aku..sebab aku spesies malas nak sahur.cukup la seteguk air, seketul kurma..tapi sejak dah bergelar isteri, harus la rajin masak sahur. cuma beruntung yang tak cerewet ngan menu sahur.encik aboy kalo ko bagi dia makan ikan bilis goreng 30 hari sahur pun dia makan jer! janji nasi panas, ikan bilis baru goreng punyer!!..hehee....so senang je menu-menu sahur ni. selalu aku buat ayam goreng kunyit, telur dadar, ayam goreng kunyit, ikan bilis goreng...ayam goreng kunyit lagi dan lagi dan lagi untuk hari-hari seterusnya..hahahah..cuma ada sayur masak air untuk aku..atau menu tambahan selalu untuk tekak aku! hahahhaa....hewhewhew * mana tak gomoks*

so selamat datang bulan ramadhan..semoga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna di samping mempertingkatkan lagi ibadah yang lain..insya-Allah!

oh yerk! ada tak yang lupa camne nak niat puasa??..seeloknya niat la puasa sebulan.mana tau kot-kot ada hari yang terlajak tak bangun sahur..tak pun lupa nak niat..at least dah cover sebulan kalo niat terus puasa sebulan... heheeh...


Lafaz niat untuk sebulan :

niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk harian :

niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :


Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


sumber: http://www.izwanyusof.com/lafaz-niat-puasa-dan-kelebihan-bulan-ramadhan/




*selamat berpuasa & selamat beramal*

*kalo rasa masak banyak-banyak tu meh la jemput ai bukak posa sama-sama*
hahahhahahhaaa...

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers