"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday 21 January 2013

tilam latex murah

dari minggu lepas dok gigih la nak survey dan pikir pasal tilam baby.. memang pikir nak beli dua tilam pon kan... satu untuk chinta and satu untuk adiknya... tapi last-last semalam papanya ajak pegi baby cottage sebab ada dapat sms bgtau ada diskaun untuk members...tilam latex jenama halford! ok encik papa..mari kita tengok ok ke tak dengan harganya.. tilam latex tu kan! 

semalam ada job face painting kat bukit mahkota.. balik dari fp terus kami ke baby cottage.saja tak nak bawak diva kecik tu sekali..kang sibuk nak beli benda lain plak dia..padahal awal-awal aku dah cakap nak survey je tilam tu..kalo ok leh beli dua terus......hahahaha..dasar tamak haloba plak! 

ikutkan kat area umah aku ada je outlet baru baby cottage..tapi sebab nak terus amik chinta kat umah mak encik somi..jadi singgah la outlet yang tepi federal highway tu... mula-mula sampai takde orang.. pastu bile kami sibuk belek barang datang plak satu family ni....rasanya anak sulung dan cucu sulung kot..dengan atok, opahnya, bapaknya, emaknya...dan bby of kos..gerombolan masuk nak cari car seat! hehehe... pasrah je baby tu jadi model untuk carseat pilihan maknya tu.. tp yang tak best..sales assistant yang attend aku terpaksa lari-lari kejap layan depa..pastu layan kami..gara-gara sowang lagi sale assistant budak baru belajar... seb baik la mood aku ok.. dah la cerewet bangat mak baby tu..aku rasa semua car seat dia nak try.. sampai pening budak tu nak turunkan segala mak nenek car seat dari rak dia..hahaha.. biasa la lain customer lain ragamnya...

aku pun tujuan utama nak beli tilam latex ni..sebab ada promo..... diskaun 60%.. so bile pegi tu tengok tak la tebal mana..dalam 1 inci je laa... tau-tau la kan tilam latex..1 inci camtu pun tu diaaa..harga dekat RM229..ikut aku memang la dah lama berkenan ngan tilam latex..tp harganya buat tersedak jap... terus tanya sale assistant tu jap..which one better coconut fibre ke latex... kalo tengok coconut fibre tu camni la rupanya.. nampak best je kan! tapi aku ni bile beli barang banyak benda dok pikir selain harganya.. semalam masa tanya tilam coconut fibre ni pun dekat rm400 lebih... telan air liur jap la..hahahah.. tapi pernah nampak promo kat twin's baby leh dapat dalam rm200 lebih... tapi takat survey la..sebab tak jadi beli tilam ni keras compare to latex.. tp kalo nak murah boleh la beli tilam fibre biasa atau tilam foam..tapi yang tak best lama-lama jadi lembik....
 
   
tilam coconut fibre

 
tilam foam lebih kurang camni laa...yang biasa jual kat mall tu..

jadi bile tengok tilam latex ni..first soklan aku tanya kat sale assitant tu... tilam ni washable tak??.. hehehe.. yelah kan..tilam..tak kan la ko takat nak sembur febreeze je..dengan kapasiti bau air liur basi diva kecik tu.. pegh.. memang terbaik laa..hahaha.. budak tu kata boleh..cuma tak leh jemur direct sunlight! ok.. tu yang aku suka..boleh basuh... mula-mula cam takmo beli..nampak nipis..tapi bile memikirkan ianya 100% natural latex.. terus aku kata boleh laa... so next mission nak kena tempah/beli bedsheet yang sesuai laa... sekarang ni..aku balut je tilam ni dengan comforter kat umah tu..hehehee... aku tengok sedap je chinta tido.. ok satu barang dah selesai!!! kalo beli yang coconut fibre tu jenuh gak pikir camne kalo anak terkenc or ter.. lain kat tilam tu....yang penting beli ikut kemampuan..dan fikir keperluan.... syoh syoh p jauh-jauh nafsu! hahaha.. 

bile dah letak dalam playpen, tak la nampak nipis sangat..just nice la..lagipun bile aku balut dengan comforter jadi tebal dan okay plak...

 

Product Descriptions:-
  • 100% natural latex
  • Breathable
  • Non-Allergenic
  • Anti-Bacteria
  • Anti-Fungus
  • Anti Dust Mite protection
  • Helps prevent suffocation and minimize the risk of Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)
  • Quality latex core from Thailand
  • Specially moulded pin-holes and millions of tiny air pockets allow fresh air to flow through, resulting in peaceful, cool and comfortable sleep
  • Size : 24" x 48" x 1"
tapi yang tak leh blah semalam..boleh plak aku tengah sibuk nak tengok tilam..papanya sibuk tengok benda lain..dan boleh plak dia beli benda yang takde dalam list..dibelinya stroller baru untuk chinta.. actually buggy.. alasan dia kecik dan ringan senang nak bawak dan sumbat dalam keta.. bile  tanya aku, ikut suka laa.. dia yang nak tolak anak kan..hahahha..  memang kalo ikut plan nak kena cari stroller lagi satu..sebab stroller yang ada ni untuk adik chinta guna plak kan... berjasa stroller halford tu.. dah sampai ke beijing pon.. naik flight dah dua tiga kali.. siap dah senget benget stroller tu..hahahhaa.. tapi masih kukuh, tahan lasak dan bergaya.. kwang kwang kwang!! aku suka stroller halford tu sebab leh adjust 3 positions - facing depan, facing kita dan leh buat duduk/baring.. plus leh letak carrier atas tu sebab ianya adalah travel system.. selain tayar dia tahan lasak dan ada absorber.... hehehe..yang penting ianya umbrella fold! senang bukak & senang tutup..

ok berbalik pada buggy baru chinta..ikut hati aku nak beli quinny buzz sebab kecil dan ringan.. harga biasa la.. second choice ingat nak amik mc larens atau jenama espirit!... tapi bile semalam tengok ada promo buggy ni jenama aldo.. terus ok je..harga memang murah sesangat laaaa! hehehee... jadi laa.. buat angkut anak kehulur ke hilir... 

http://www.babycottage-online.com/v1/components/com_virtuemart/shop_image/product/ALDO__Solo_Strol_4feb1d41a49ea.jpg 
seyes takde dalam list nak beli barang semalam.. nasib ko la buggy... ikut kami balik ek!

paling tak boleh blah.. bile encik somi try gendong stroller ni.. leh plak dia cakap.. lebih ringan dari bawak beg golf..katanyerr... hover okay..bile zaman la papa si chinta penah kendong beg golf ni.. hahaha.. nak buat perbandingan pun agak-agak laa..hahahhahaa... aku ok je..dia menteri kewangan..nak kuar duit.. dah dia nak beli..harus la aku setuju sebelum dia berubah pikiran nanti..hahahahhahaa...


so.. next misi!

*nak cari tilam untuk adik chinta plak..hahaha.. tak abis-abis isu ni..
*lagi satu sebenarnya rambang mata la dok tengok cadar/set bedding yang comel-comel..
*nak beli portable baby swing jenama baby bright
*kendong baru untuk adik chinta - ergobaby/mothercare


@_@

berpinar mata sat!!



*sonok sopping barang anak*

tapi hanya sonok kalo ada ongkosnya laaaa..hahahhahahaa....


Friday 18 January 2013

set tilam baby

kali ni preggy mungkin tak banyak persediaan untuk baby..almaklum la kalo dah anak second tu..pakai la saki baki barang kakaknya dulu... hahaha.. tapi tetap ada beberapa barang yang  perlu ditambah atau diganti atau dibeli dan di..di..di......*apa motif ntah* yang pasti ongkos kena kuar lagi laa yer...hehehee


kali ni nak kena survey tilam baby..kakaknya dulu aku beli kat twin's baby outlet puchong jer.. masa tu beli je set yang ada tilam dengan bantal gambar tom n jerry... mula-mula beli memang empuk laaa... tp yang tak best makin lama... jadi lembik dan dari permukaan dia cam ada lekuk-lekuk terus jadi lurus... tensi aku tengok..skang tilam tu pun dah jadi alas bawah buaian chinta jer! tapi mungkin nak kena buat something skit la kat tilam tu..maybe carikan cadar baru dan letak dalam playpen chinta..skang ni dia tido pun atas timbunan toto..hahahaa.... comforter kepada set-set cadar aku..aku lipat-lipat dan susun bagi tebal... kata kreatif kan! nak gak la rasa hati belikan tilam latex untuk dia..hover je tilam latex..tapi memikirkan dalam setaun dua lagi rasanya dah boleh beli adjustable single bed untuk dia cam jual kat ikea tu.. better beli tilam baru dengan katil nanti.....so lambat lagi yang tu..buat masa ni dia tido je la dulu dalam playpen tu...tido dah la lasak... jadi selamat lagi la tido 'berkandang' camtu..hihi..

ok dah melalut... untuk adik chinta..kena la mama belikan yang baru..tu yang dok pikir..nak beli coconut fibre mattress atau set tilam kekabu! fenin plak memikirkannya! ke tak yah beli langsung..hahahhaha..*dasar kedekut* tido je la sama-sama atas katil dengan aku dan papanya nanti.... tapi cam tak best plak... adoii! tengok set tilam kekabu dengan design latest cotton sebagai cadarnya sangat la mengiurkan!! seyes.. comel-comel rasa nak lempang je..hahaha...harga pun lebih kurang je mana-mana..dalam 2 ratus ke atas gak la...*gulp telan air liur jap*..hahaha....

jadi sempat la senaraikan beberapa kedai yang jual set kekabu ni... tak abis lagi aku jelajah.. but ada masa lagi beberapa bulan untuk aku ulangkaji subjek: set tilam baby ni..hahahhahahaa.....nyampah je kan! ok meh la cuci mata sama-sama....

antara yang aku berkenan....ceh cam berkenan nak buat calon menantu plek!

yang ni little diva punya design..cantik..aku suka je tema-tema burung antu ni...


dan lagi

also dari little diva...aiyak...comelnya...

yang ni pun menggiurkan..hahahha...

dan lain...leh la survey kat list bawah ni....
takmo la aku tepek banyak-banyak
kang tension sendiri..tapi ada la design yang memang aku berkenan..
ingat kalo rajin nak walk-in je kedai tu...hahahhahaaha..
entah bile la tu...
design mana..kedai mana tunggu la kalo betoi-betoi aku beli..hahahahahhahaa
surprisee! *smbil libas rambus*


*doakan papa chinta sanggup layan kehendak ngade-ngade aku ni....*


 

hebatnya seorang wanita

Hebatnya Seorang Wanita
-----------------------------

” kalau beginilah sakitnya melahirkan anak, cukuplah kali ini. Sayang tak perlu mengandung lagi sebab abang tak sanggup nak tengok..”

Salah satu dialog dalam sebuah kisah, yang saya sendiri lupa dari mana saya baca. Yang pasti, kisah itu pernah dibaca sewaktu saya masih bujang. Saya berfikir sendiri, sakit sangatkah proses kelahiran itu? Dan saya pasti, bukan saya seorang berfikir seperti itu.

Hari ini, selepas sembilan bulan.
Sedar tak sedar, kandungan isteri sudah berada di trimester terakhir, bahkan sudah berada dalam fatrah boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Tarikh secara rasmi pula hanya berbaki dua hari. Dan saya, menjadi peneman setia kepada segala apa yang dilalui oleh isteri sepanjang tempoh mengandung. Sekaligus, saya mendapat jawapan kepada semua soalan saya ketika bujang.

Lalu saya pernah menulis tentang keperitan yang dirasai oleh beliau. Daripadabraxton hicks contraction sehinggalah sakit-sakit seluruh badan, hakikatnya saya dan kaum saya sama sekali tidak akan mampu menyelami kesakitan tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lalu timbul satu lagi persoalan, mengapa Allah takdirkan mengandung itu hanya untuk perempuan?

Firman Allah ta’ala :

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang bathil, dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? [ An Nahl : 72 ]

Menjadi hikmah Allah, tidak ada lelaki yang boleh mengandung walau sehebat mana pun dia. Dan menjadi hikmah Allah juga, hanya wanita boleh mengandung walau selemah mana pun mereka. Tentunya, Allah lebih tahu, siapa yang lebih mampu untuk menanggung beban dan amanah tersebut.
Merenung kehebatan Allah ini, banyak iktibar yang boleh diambil.

KEKUATAN DAN KEINGINAN MENYUMBANG
------------------------------------------------
Di hadapan mata saya, seorang wanita membuktikan hakikat tersebut. Ketabahan dan kesabarannya selama sembilan bulan, menyedarkan saya bahawa ‘kekuatan’ itu ukurannya bukan pada tenaga fizikal semata-mata. Tetapi kekuatan hati dan tekad dalam diri mereka.

Kaum wanita, adalah kaum yang cukup istimewa. Cara mereka berfikir dan bertindak, adakala jauh lebih baik dari lelaki. Hasil kerja mereka seringkali lebih kreatif dan teliti. Paling hebat, komitmen mereka terhadap cinta dan kasih sayang dalam kehidupan.

Akhir-akhir ini, saya sendiri tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami tatkalacontraction menyerang. Belum lagi tentang sakit pinggang, sakit kaki dan sakit belakang, akibat membawa beban berkilo-kilo selama berbulan-bulan. Namun dia bukan seorang yang cepat mengalah dan memilih untuk berada di pembaringan. Kudratnya tetap dikerah meskipun ditegah. Keinginannya untuk menyumbang adakala membuatkan saya pasrah.

Lantas teringat perbualan dengan seorang teman tidak lama dahulu. Waktu itu saya bertanya perasaannya setelah bergelar bapa.

” Memang penat. Namun penat menguruskan si kecil jauh lebih ringan berbanding penat ‘menguruskan’ isteri..”

Di awalnya, saya tidak dapat menangkap maksud tersirat. Rupanya, sesetengah wanita berperang dengan tekanan tersendiri selepas bersalin, iaitu tekanan kerana tidak dapat menyumbang dan meringankan bebanan. Daripada menguruskan diri, menguruskan rumah dan menguruskan bayi, kesemuanya terbeban di atas bahu suami. Isteri di waktu itu tidak mampu melakukan kerja, perlu banyak berehat apatah lagi jika masih terkesan dengan rasa sakit.

Jika kurang ketahanan dan motivasi, isteri boleh mengalami kemurungan dan kesedihan berpanjangan, biarpun suaminya mampu melakukan semua pekerjaan. Situasi ini akan merumitkan keadaan jika ianya berlarutan.

Mengingatkan ini, saya beristighfar berkali-kali. Wanita itu, sudah sembilan bulan menanggung beban. Sudah berpuluh kali menahan kesakitan. Dan nantinya, bertarung dengan mati pula untuk proses kelahiran. Sedangkan saya sebagai lelaki, hanya mampu melihat dan memberi sokongan. Langsung tidak mampu merasai apa-apa kesakitan. Apakah setelah itu, di waktu tangisan si kecil sudah kedengaran, tubuh yang lemah itu juga hendak diletakkan beban?

Dia wanita yang kuat dan cekal. Bulan-bulan yang dilalui, hari-hari yang ditempuhi, menjadikan saya seolah-olah mahu angkat tabik kepada isteri. Alangkah jika semua itu ditanggung dan dirasai oleh lelaki, pasti dan pasti tidak akan mampu diharungi sehingga ke saat ini.

Lama sebelum ini, dengan yakin beliau menyatakan untuk mengkhatamkan Al-Quran, sebagai ‘hadiah’ untuk si kecil yang bakal lahir nanti. Berjuang dengan sakit dan menghabiskan masanya dengan Al-Quran, beberapa hari lepas dengan wajah berseri-seri dia memberitahu Al-Quran telah khatam dan meminta saya membacakan doa khatam Al-Quran untuknya.

Tekad dan semangat yang menakjubkan saya. Sedang yang sihat, Al-Qurannya tidak pula kunjung khatam.

TEMAN
--------
” Siapa akan jaga nanti berpantang? “

Itu soalan lazim dari sanak saudara di Malaysia, bila diberitahu tarikh bersalin sudah dekat. Dan saya, jujurnya tidak pernah memikirkan tentang itu secara serius. Saya tidak mengharapkan untuk orang lain jaga kerana saya ada. Tentunya tidak sama dengan keadaan di tanahair, di mana ada keluarga yang akan menjaga.

Memilih untuk bersalin di tanah arab, bererti bersedia menerima bahawa semua itu memang tidak ada.
Namun Allah datangkan juga insan-insan yang baik hati memberikan perhatian dan pertolongan. Saya terkesan dengan seorang sahabat kepada isteri, berpangkat adik. Meskipun tidak kenal rapat sebelumnya, namun begitu akrab dengan kami. Dari kacamata saya, tingkahlaku seseorang itu sudah cukup mencerminkan keikhlasannya. Pertolongan yang dihulur dan perhatian yang diberi, benar-benar menjadikan kami senang hati.

Isteri meluahkan rasa terharu dan saya tersenyum. Bukan semua orang punya hati seperti itu. Menolong orang tak mengira siapa dan sanggup bersusah payah untuk orang lain biarpun diri sendiri banyak kerja. Yang ramai, waktu senang datang bertempek namun tika perlukan pertolongan, menjauh entah ke mana.

Saya doakan, insan-insan seperti ini diberikan pertolongan dan rahmat berpanjangan dari Allah ta’ala. Saya teringat satu hadith Nabi s.a.w bersabda :

” Dan sesungguhnya Allah sentiasa akan menolong hambaNya, selagi mana hambaNya itu sentiasa menolong saudaranya yang lain“

MOTIVASI
------------
Dalam tidak sabar menunggu tangisan si kecil kedengaran, saat-saat getir sebelum proses kelahiran juga perlu diberi perhatian. Mahu berada di situ, perlukan motivasi dan semangat yang kuat. Dan saya dan keluarga, tidak putus memberikan semangat kepada isteri. Kini contraction sudah semakin kerap, dan berkemungkinan akan bersalin sedikit masa lagi.

Melihat wajahnya saja, saya yakin akan kekuatan dari dalam diri wanita tersebut. Nantinya akan ku bisikkan kepada si anak, bahawa ibumu adalah seorang pejuang yang penuh kental dengan keazaman. Dan catatan ini kelak akan menjadi tatapan, apabila engkau sudah dewasa dan mula mengenal erti kehidupan.







*catatan ini saya dapat dari facebook...sekadar perkongsian bersama...credit pada penulisnya* :)

megi goreng!


aku tak tau kali ni nandong dah berkilo kot megi masuk perot! kah kah kah! kalo cheta kat orang mesti kata.."hoi tak elok la nandong dayang sinandong makan megi".. kah kah kah! apa nak buat! megi memang shedappppp! cepat dimasak sedap dimakan.... aku tak tau la, kali ni nandong memang suka plak makan kedai mamak. padahal dulu, aku ni bangsa sombong la..tak pandang mamak-mamak ni! siap kena perli lagi ngan encik somi..."aik..bukan dulu awak jenis tak makan kedai mamak ke???"...hahahahaha..

itu dulu.... skang lain! hahaha... dulu pasai aku tak reti nak order apa kat kedai mamak! bukan la ngengader tapi seyes! kalo pegi tau makan roti canai je..skang ni je la aku rasa dah advance sikit..dah pandai la tekak aku nak makan nasi putih taruk kari mamak..makan dengan papadom! hahahhaa...aku kan kampung sikit..  kah kah kah!

eh malalut! nak cheta pasal megi goreng.... hahaha.. aku kalo pegi kedai mamak, kalo bebetoi tengah lapar memang aku bantai makan nasi... tapi kalo suam-suam tahap laparnya aku akan order megi goreng dengan telur mata! peghhh..... kecur plak air liur aku! taruk plak sos cili kat telur kuning tu....kaco-kaco part yang cair tu....hahahahaha.... atau aku order indomee! tapi indomee ni bangsa megi yang takde sayur..jadi cam tak meriah plak nanti hidangan aku tu.....*hover*.... tapi kalo aku dah kenyang..tapi masih leh sumbat la skit-skit makanan..aku order la roti telur..kongsi dengan chinta!


 source: google...

*ni megi goreng + telur mata okay*


so semalam, lepas lik keje tu terus p makan kedai mamak! sebab tengok cuaca cam nak hujan... jadi nak makan kat kedai tomyam ada kerang tu..risau plak..yelah kedai tomyam kan selalu 'open air'..kang ujan celah mana ko nak lari... jadi kedai mamak..kalo ujan..kerusi meja dia kat dalam restoran tu berlambak!
semalam aku order megi goreng..jadi korang leh tau la kategori lapar aku suam-suam kuku la..kadang-kadang kena kaver line depan encik somi..kang aku kata kenyang kang dia sentap! takmo makan sowang-sowang...jadi aku kenyang camne pon mesti aku akan order gak bg takmo dia sentap! dia bukan je jenis bangsa leh makan sowang-sowang..*pastu kalo aku makin gebu..jangan nak salahkan aku yerrr*

jadi..aku pun share la dengan chinta megi goreng.... hahahaha... berkhasiat sungguh makanan mama dan anak ni! lepas tu aku teragak nak order kan hotdog+roti untuk chinta kat stall burger tu... yang aku nak story bukan la pasal servis..tapi terkujat jap dengan harga hotdog tu.... takat roti kosong dengan hotdog..takde sayur, takde sos, takde mayo, takde timun,takde tomato dan pekejadah lagi... dia leh charge rm 2.80...  tersedak jap aku! hamboii! kalo beli burger aku tak tau la bape plak harganya! ker memang standard harga cenggitu?????  hoi mahal giler!...yang lagi ke

so malam ni..tak tau la nak makan apa! takde idea laaa.. nak masak memang encik somi kata tak yah.. suwuh makan siap-siap baru lik umah... hahaha..bahagia sungguh aih! takpe weekend kita masak.. tu je la cheta megi goreng.......



Thursday 17 January 2013

chinta oh chinta

dah lama tak story panjang pasal chinta.. mintak maap ye kakak! mama terpaksa bagi laluan kepada entry-entry mengenai pregnancy dulu..hahaha...*cam la budak tu paham*.. kang kalo dia jawab ada aku kesahh..mau aku sentap 3hari 3 malam nanti...hahahaha....

chinta skang dah masuk umur 2 tahun 1 bulan.. tapi dah mula tunjuk macam-macam ragam.. kadang ko rasa nak tergelak..kadang ko rasa hangen jer..kadang ko rasa nak istifar panjang... haishhh! bertabah dan bersabar je laaa..

jom aku himpunkan antara ragam-ragam ni sepanjang bulan januari ni... hahah.. tu br bulan januari okay!! hahahhahaaa.... 

chinta ni bangsa keras hati, garang, degil... semua benda kalo boleh nak buat sendiri... memang la bagus nampak berdikari.. tapi ko la tension dok terjerit-jerit.. nak makan..nak suap sendiri.. nak mandi sendiri.. nak pakai baju sendiri.. nak naik tangga kat umah tu sendiri.. kalo ko sibuk nak tolong..dia akan jerit.. mama..takyah..tak yah... pastu bebel-bebel........aku tak tau la menurun perangai sape la ni....

 yang ni dalam keta.. dalam bonet pun boleh jadi tempat main.. gigih dia panjat sendiri ke bonet tu.. aku dari seat depan memang menjerit-jerit la takut dia tersungkur/tersembam dalam bonet tu.... papanya rilex je siap marah aku balik sebab bising-bising dalam keta.. apa nak dikata......

siap angkut push car okay...kekonon thrill abis la tu main push car dalam bonet..
ko ingat keta papa ko ni besar cam alphat ke hah?????


 yang ni cam dah gumbira hati je tengok..... dah pandai dah usaha sendiri belajar lekat-lekat sticker camtu.... cantik je..siap bile aku suwuh pose dengan benda tu pun dilayannya la kehendak mamanya...

tapi......korang tengok plak hasilnya esok.....


grrr...grr..mana aku tak menyingaaaaaa!!!!


v
v


v

v



v








 abis sofa kat umah tu jadi sasaran sticker-sticker tu plak....

>__<

memang kreatif dan inovatif budak ni.....




dan lagi...ni plak kat port lepak..kedai mamak kat area umah tu...asal datang situ je confirm la chinta mintak eskem..bukan yang paddle pop ke...yang singgit satu ke..nak cornetto....perisa vanilla...hari tu takde plak..so aku bantai la amik je yang black n white...nasib baik dia pun main belasah je makan...hahahahaha..

tapi ko tengok la gaya dia tu! eksyen cam orang besar...haishh...


 masa ni sempat la papanya 'touch up' eskem dia... kalo tak punya la dekut tak bagi kami 'adjust'..
sanggup biar meleleh-leleh la eskem tu.....menjerit-jerit tak bagi kami tolong..

ok fine! buat la sendiri....


 tu...tengok muka bahagia dia tu! masa ni dah abis makan roti telur...dia sibukkkkk nak main kuah tu.... aritu saja je aku biar je dia rasa kuah yang pedas tu...hah..amek kaw! pandai plak lepas tu..das..das...pedasss...

tapi ko ingat dia serik???...

datang lagi kedai mamak tu...makan roti telur..camtu la kekdahnya tiap kali.....dok main kuah tu..campur sana...campur sini..suap masuk mulut....

huhuhuhu....

ko nak suapkan??..tima kasih je la yer! memang aku dah cakap dia bangsa berdikari sikit...nak suap sendiri..tumpah pon apa aku kesah...katanyaaaaaa!


dan lagi...ni aku rasa masa awal taun tu..aku pon dah lupa..ker berlaku bulan lepas...
masa ni aku dok sedap la layan maharaja lawak kat tv..papanya tido.... lepas tu aku toleh dia dok baik atas sofa tu..

 ni memang port feveret dia.. sebab ruang letak tangan kat sofa tu memang muat-muat badan dia...
tapi korang tengok..mata dia ngadap tv.. tangan dia laju je buat ukiran seni kat situ...


huhuhu.....*nangis jap aku tengok*

cuma yang aku takjub jap......pandai dia conteng buat bentuk bulat...bulat...bulat..dan bulat tu bercantum..untuk budak usia 2 tahun kan.... *sape lagi nak puji anak sendiri kalo bukan maknya...*..
hahhahahahaahaa...

bile aku tanya:

"kakak..sape conteng ni??"

selamba je dia jawab...
"kakak" <-- dia bahasakan diri dia kakak...

ok fine..... 

lepas tu aku tanya lagi...

"kakak lukis apa ni???"

"naga"
*sambil tunjuk kat tv bile iklan maharaja lawak yang ada naga merah tu....*


*sentap jap aku*

tapi ada masa menghiburkan gak.... dia suka kalo aku layan dia main lego sama-sama.... main masak-masak sama-sama..hahahahha...*sape yang hover sebenarnya ni????*


masa ni aku dok layan cheta katerina - lagenda budak setan kat tv.. tu yang dok main lego depan pintu bilik dia je..hahahahahahhaa.... masa ni lumba sape buat lego paling cantik..harus la aku yang menang kennnn!

yang bentuk robot..ketapi tu hasil kerja aku la tu...
*kembang kempis idung jap*..

hahhaahahhaahaha...
 tak cukup lego dalam box ni...chinta amik plak lego yang dalam beg tarik satu lagi..

huhuhu...






dan terkini....semalam!!!
yang ni memang aku istifar panjang laaaaa... aku dah siap-siapkan dia.... aku pon nak mandi laa..
siap aku pesan kat papanya...
"tengok-tengokkan chinta tu, mama nak mandi jap"

cam ada firasat plak..sebab aku  jarang nak pesan camtu kat papanya..
sebab aku yakin chinta baik je behave dalam bilik dia...

so smlm pun aku mandi tak lama..
kuar bilik air..dah siap semua..aku lalu la depan bilik dia!

ooooooohhhh...emmmmmm.....geeeeeeeeeeeeeeeeeee...
*ok tipu*..aku tak cakap pun camtu..hahahaha..

terus aku istifar panjangggggggg
papanya tanya..kenapa??..dia main bedak ke? sebab malam sebelumnya papanya dah istifar panjang bile dia main bedak, baby oil, losyen..tenyeh satu badan, muka semua..hahahahaha..

aku cakap..meh la datang tengok apa anak papa dah buat!!!..

masa tu aku tak jengah dalam bilik lagi..bila aku jengah elok je dia bersila dalam almari sambil main bedak! baju-baju semua dah buat terjunan bebas kuar dari almari....

>____<
 masa ni memang aku cuma senyummm tak perlu kata apa-apa...

papanya perli....
"mama tak nak amik gambar ke..kan selalu suka melaporkan dalam fb"...



*sentap lagi sekali...*

hahhahahahahhahahaa

15 min lepas tu...

*seb baik la mamanya rajen....*

*tangan didada..mata ke atas*


 fuh..siap kemas...sepatutnya semalam mama cuma lipat sebakul kain je baru angkat dari ampaian... terus berganda kuasa kuda plak mama nak mengemas semalam...seb baik la baju budak ni tak banyak...
hahhahahahha....

terus aku buat pengasingan baju-baju dah kecik dan masuk dalam box itam bunga kat bawah tu.....




dan lagi???

ok..lagi...ni masa pegi KL sentral last week..
hantar opah chinta naik ETS lik ipoh..so terus makan kat situ je..
makan secret recipe je..

ko tengok..semua nak buat sendiri...
ok buat la sendiri kakak oii..

kalo ikutkan mula-mula takmo duduk dalam baby chair ni...nak duduk kat kusi biasa cam orang besar..
yer..kang kalo tergolek......ko gak yang nangis kennnn!


makan jagung...


suap kek plak.....


tak kisah la kakak..mama memang rajin je sental baju tu..hahahhaha..






tu la ragam chinta..
tapi semua tu proses pembelajaran..
yang buat aku rindu kat dia selalu...haishhhh!!!


geram..tapi sayang.......sayang sangat-sangat



*peluk kakak ketat-ketat*

Tuesday 15 January 2013

tafsir mimpi

aisey..tajuk ngalahkan ahli nujum negara plak! adoii! saja poyo petang-petang ni.. korang mesti penah alami mimpi kan...aku ni jarang-jarang mimpi..sebab aku selalu lupa apa yang aku mimpikan..hahaha.. tau-tau je aku cam tersedar, tengok jam dah kul 5.30pg..aisey..tinggal  bape minit je la dapat tido 
sebelum bangun nak pegi keje! hahahhaa..



aku penah terbaca..orang kata mimpi ni mainan tido..gangguan syaitan.. macam-macam laa.. yang penah aku baca plak... kalo kita bermimpi sebelum jam 3 pagi tu kiranya mimpi tu benar.. tapi kalo korang mimpi selepas waktu tu especially lepas azan subuh..yang tu memang pasti laa gangguan syaitonnnn... aku tak tau la kesahihan nya sebab aku ni kurang ilmu bab-bab ni..minta la rujuk pada yang lebih arif..

tu la.. smlm aku ada mimpi something... sampai aku teringat la pagi tu.. mimpi yang menarik.. dan buat aku termenung sat memikirkan nya..hahha.. poyo tak! dengan mimpi pun nak taksub! hahaha.. mesti curious nak tau apa la mimpi aku tu kan...

actually takde la menarik sangat pon... mungkin kalo orang lain mimpi jadi jutawan ke..jalan-jalan satu dunia ke..atau mimpi jumpa artis yang dia suka ke.. tu best la bagi dia.. tapi aku mimpi.. aku masuk dalam sebuah masjid yang cantik giler! hehehhe.. apa yang aku ingat, aku amik wuduk..lepas tu aku nak la solat dalam masjid tu... tapi masya-Allah, perjalanan untuk ke masjid tu susah sangat! kena mendaki bukit... yang curamnya hampir 90darjah.. dalam keadaan aku tengah preggy..aku usaha jugak  untuk panjat!.. actually kalo ikut mimpi aku tu.. ada jalan lain ke masjid tu... jalan yang mudah laa..straight je sampai ke masjid..tapi yang peliknya nak ikut jalan mudah tu kena bayar..jalan mudah tu jauh..hahahhaa..jadi aku pun nak cepat..aku gigih la panjat gak jalan nak ke masjid tu..siap panjat-panjat...

hehehe..nerbes nak tau sambungan??... hahaha... aku kan poyo..ok lepas tu aku ingat ada orang yang tolong tarik aku dari atas.. sebab ada part bukit tu memang curam gila..aku tak ingat sape yang tarik aku..dan akhirnya harus la berjaya panjat kan..kata mimpi aku! hahaha...so harus la aku jadi heroin dalam mimpi sendiri....*kembang idung*

lepas tu..aku masuk dalam masjid tu..seyes cantik..memang aku terbayang lagi masjid tu bertingkat... dalam bentuk bulat.......sampai terdetik kat hati aku..kena amik gambar ni.. *owh ni pengaruh fb terbawa-bawa ke mimpi*..hahhaa.. tapi aku tak smpat amik sebab aku nak solat dulu.. pegh..beriman sungguh pilihan aku ni.. hahhaah.. jadi aku pun masuk dalam masjid nak cari port yang sesuai untuk aku tunaikan solat..aku tengok ramaiiiiiiiiii gila orang dan macam-macam ragam orang dalam tu... ada pompuan yang tergedik-gedik nak cuba tarik perhatian lelaki *almaklum la nak cari jodoh dalam mesjid kennnn*... ada yang buat-buat sibuk dalam tu... ada yang bejalan ke hulu ke hilir... ada yang duduk berhimpun.... aku masa tu masih nak cari ruang yang sesuai untuk aku solat..akhirnya aku pilih satu sudut paling tepi dekat dengan palang yang boleh nampak tingkat bawah... *masjid ni bertingkat dalam bentuk bulatan*... ada lagi tingkat atas, tapi aku mengalah dan cukuplah sekadar ruang yang sedikit tu...chewahhhhh!!!

jadi aku pun bentang la sejadah... masa aku mula nak angkat tangan dan takbir.. ada seseorang yang betulkan arah kiblat aku dengan serongkan sedikit sejadah tu... masa tu baru aku tersedar, yang kiblat aku sowang je la yang betul..orang lain cam tak tentu arah..peghh!... islamik tak mimpi aku tu! hahahaa..
tapi lepas tu terjaga sebab chinta nak susu..nak susu...! hahahahhahaha...

dan kesan dari mimpi tu..aku bangun nak buat susu kononnya.. aku tak leh berjalan...sebab badan aku cam sakit-sakit seolah-olah lepas panjat bukit tu..seyes, aku kejutkan somi je tolong buat..tapi aku bangun nak pegi toilet.. aku terpaksa jalan pelan-pelan dan berpaut pada dinding sampai la ke toilet.... huhuhu... owang kata bile mimpi ni roh kita yang berjalan... maknanya betoi ke roh aku berjalan p masjid tu?????...

so hari ni aku teringat dan terus gugel! hahhaha..aku kan poyo..time orang lain sibuk post pasal #listen #listen # listen.. aku plak sibuk #read #read #read pasal mimpi plak tu kat gugel ni..hahaha.. saja la wei.. nantok tahap dewa dah ni dok buat paper proposal 1Malaysia Development Berhad ni..1MDB.. *ok tak kelakar salahkan paper*...hahahaa

so jom kita tengok apa maksud mimpi ni..kot2 mana tau ada orang penah mimpikan perkara yang sama.. apa salahnya berkongsi perkara yang baik kan.....

ok..ni hasil dari mr gugel pertama..credit to: http://rizalimasri.blogspot.com/2011/08/petanda-tafsiran-mimpi-anda.html..

mimpi sembahyang - akan tercapai cita-cita  *wah bagus tafsiran yang ini..ok yang lain plak...*

mimpi memasuki masjid - akan menjadi orang yang bertakwa... * fuh..aminnnn...heheheh..*

mimpi solat (sembahyang) di dalam masjid - akan memiliki masa depan yang cerah.. *owh.. ni sah kena suluh ngan spot light ni bagi makin cerah..heheheh*


Listen! Listen! Listen! Kucing ni pon ada masalah mimpi okay! hehe..
*iklan jap..tak kelakar takpe*..hahahhaa

tu la..cam aku cakap awal-awal tadi..mimpi ni mungkin mainan tido..sama ada kita terbawa-bawa perkara sewaktu sedar ke alam separa sedar..dan akhirnya menjadi mimpi..tapi selalunya sebelum tido aku dok layan kartun tom n jerry la...boboiboy la dengan chinta..hahaha...cuma apa yang boleh aku share..seelok-eloknya sebelum tido tu....:

*amik wudhuk...elok tido dalam keadaan berwudhuk...
*baca ayat kursi 3 kali -
- kali pertama diharap beri perlindungan kepada seluruh penduduk di tmpat tinggal kita
- kali kedua untuk perlindungan dan kesejahteraan keluarga kita
- kali ketiga untuk beri perlindungan khusus untuk diri kita sendiri..
*baca al fatihah dan 3 Qul..dan bacalah doa tido....
* kalo rajin..amalkan zikir sebelum tido...

kalo aku selalu buat lagi lepas tidokan chinta..aku akan bacakan surah Al-Ikhlas..dan aku tambah doa moga dilembutkan hati anakku... dan selalu bile dia masuk fasa separa sedar tu..aku suka ucapkan kata-kata 'aku sayang dia... bacakan ayat-ayat lazim...moga lembut hatinya...minta dia jadi anak yang solehah.. bla bla bla.. tu la sesi bebelan aku tiap-tiap hari kat telinga dia..hehehee...

yang pasti..segala yang baik itu datangnya dari Allah...hanya dia yang MAHA MENGETAHUI... siapa lah kita untuk menyoal rahsia yang tersembunyi ini.......



*kalo dah kawin tapi mimpi dipatuk ular camne plak kennnn??...hahahhaha....*
okay tak kelakar!!!!

penah mimpi gak gara-gara malam tu lepas tengok cheta snake on plane..hahahhahaa....















Kencing Kotor Time Preggy

alohaa.. lama tak dating kat sini..ceh! poyo.. biasa la rajin menjengah blog dan berkasih-sayang dengan blog ni pon time hari keje. time-time nantok kat opis, curi-curi masa la update blog.. tapi selalunya time-time pagi sampai keje/time lunch atau time lik waktu yang penuh bahagia untuk aku update blog dengan tanpa rasa bersalah..hahahaa....

semalam 14 Januari 2013, kali pertama mc untuk tahun 2013 ni. selalunya kalo aku mc mesti sebab selsema aku kronik sampai nak demam atau aku kena gastrik.. nandong dan gastrik ni biasa untuk aku.memang time nandong je la aku rajin kena gastrik.tapi takat ni ok la plak!hahaha..lain budak lain pembawakannya kot. cuma kali ni aku kena benda lain plak....

kencing kotor! derr.. dah namanya pun kencing kan... najis tu memang la kotor..lagi nak ada istilah kencing kotor..hahaha.. *pang sekali*..hahaha.. nak tau tanda-tanda kalo terkena kencing kotor?..

1) sakit kat celah kangkang...seolah-olah sakit baby menekan bile di minggu-minggu akhir nak bersalin. sakit tu buat sungguh tak selesa bila nak berjalan..

2) sakit dari belakang bawa ke depan..cam sakit nak bersalin tu...ingat tak sakit contraction camne?.. hah camtu la lebih kurang.....

3) sakit bontot..sakit-sakit peyot..rasa sungguh tak selesa..cramp sangat..sampai ko rasa nak terlangkupkan badan...ala-ala period pain gitew!!

4)kalo lagi worst...badan mengigil-gigil sampai rasa nak demam...

5)kencing sangatttt kerap... or dalam kata lain tak puas... baru je she-she... 5 saat lepas tu ko rasa nak she-she lagi..dan lagi..dan lagi.... pegh! dok dalam bilik air la jawabnya yer..hahahaa...

ni aku share dari tanda-tanda yang aku hadapi sendiri... actually before ni ada gak keputihan time preggy, tapi tak kritikal la bebenor..cuma semalam bile doktor buat urine test! amekkaw..bacaan 100 untuk benda alah ni..kalo ikut doktor kena negatif atau 00 baru la tahap kencing ok... fuh..berdebar kejap bile doktor cakap camtu...

plus, doktor cakap benda ni boleh membuat pintu rahim cepat terbuka..ayooo..lagi la cuak! kalo dah 3rd trimester takpe la gak kan..ni baru 24 minggu tak sanggup daku! jadi semalam doktor bagi antibiotik untuk dihabiskan dalam tempoh masa seminggu....

jadi lepas ni..kena gigih untuk buat beberapa perkara:

1) abiskan antibiotik...
2) banyak minum air kosong
3) kena rebus barli ni..minum banyak air barli
4) jangan tahan kencing...*yang ni memang tak buat pon..kalo time preggy takde istilah nak tahan kencing 
    rasanya*
5) ada baca kat mr gugel kena banyak makan dadih/yogurt.. sebab bakteria yang ada dalam dadih/yogurt 
    bakteria baik yang boleh melawan bakteria jahat...*nyah ko bateria jahatttttt*..
6) takmo pakai hygeine wash...cuci guna air panas + garam udah lerr! hehehe

 
sumber: google...
































Thursday 10 January 2013

oh my strech mark!

dulu masa preggykan chinta tahap konfiden level sangat tinggi yakin takde stretch marks! jadi memang buat tak tau la dengan keadaan perot yang memboyot. alih-alih bila dah masuk 3rd trimester.. dok belek-belek perot depan cermin....ohhhhh emmmmm geeeeeee! *dengan gaya poyo*.. no..no....noo.... ada stretch marks la plekkk! huh..tensi melihat ke'buruk'an itew! komengaaaa! hahahaha...

baru la terhegeh-hegeh dok pikir camne nak ilangkan stretch marks itu.. seyes tensi wooo! walaupun kat perot tapi kesan jangka panjangnya nanti sendiri yang makin tension! jadi mula gigih pegi cari lotion nak ilangkan stretch marks ni... biasa dengar guna bio-oil kan.. so beli la bio-oil..gigih la dok sapu.. tapi itu semua sudah terlambat! sampai dah bersalin pon masih ada stretch marks tu.. sangat tensi melihat perot sendiri... bukan takat bio-oil..lotion pureen untuk ilang stretch marks pun aku bantai pakai..lepas tu ada minyak aromateraphy kejadah la beli kat cosway pun try..hahaha...

 
lotion pureen stretch mark...
wangi lotion ni.. aii likee!!!


 
 yang ni namanya rose hip oil..
beli kat cosway..wangi gak...




ni bio-oil...pilihan utama..

tapi berlori-lori krim ko beli pun..kalo dah bangsa pemalas cam aku ni... takde nya nak ilang sepenuhnya stretch marks tu.. tak konsisten menyapunya..bile rajin baru sapu..dah abis malas beli..bile teringat baru beli lagi...

cuma kali ni....aku telah berazam... awal-awal preggy lagi nak simpan niat "sahaja aku preggy kali ni..aku akan sapu bio-oil dari nandong sampai abis bersalin..dan pastikan ilang stretch marks ni".. dan kerana niat dan keazaman yang kental..aku pun pau la encik somi dekat rm 80... semata-mata nak beli bio-oil.. mesti terkejut nape la mahal bebenor.. dah tu.. ko tengok la sendiri size mana yang aku amik..hahahahah



hambek kau..ni stok sampai dalam pantang ni..

hari-hari gigih la sapu 2 kali sehari..pagi dan malam.. aku rasa dah semangat abis aku sapu.. tapi dok banyak tu gak..sampai encik somi pun perli..sebab tengok cam tak surut-surut.. okay..nanti akak buat mandi yer kalo nak cepat surut..hahahahaha....

jadi..doa-doa la moga kali ni takde stretch marks... dah bersyukur banyak kali ni preggy tak naik jerawat kat muka dan jerawat badan.. tu time chinta dulu mengalaminya... sampai tension sendiri..hahahahhaa...

ok stretch marks..pliz be nice to me! takmo..takmo..takmo dok lama-lama kat peyot ni okay!.. hehe


*kalo yang tak tau rupa stretch marks tu camne..sila gugel..tak sanggup daku nak tepek kat sini...horror!! *





Mr. Steak House

hari-hari balik keje pon dah lambat..jadi bile dah lambat, masing-masing perot dah lapar! jadi memang selalu kami akan makan siap-siap baru lik umah..so dah biasa dinner awal.. kul 6.30 okay ko dah dinner! hahaha.. bile dah biasa..kalo tak makan time tu mula la mengelejat je rasa tak tentu arah!.. kadang-kadang jemu gak makan kat luar..bile aku kata aku nak masak..mesti encik somi kata..tak payah laaa! kang balik nak tunggu awak masak lagi.. lambat la nak makan! aku rasa kalo makan kat kedai pon sama je kan... kena tgu gak orang tu masak! hahaha..

tak kisah laa..cuma jadi tensi..ko kena pikir jawapan tiap-tiap hari. dengan soklan "kita nak makan kat mana ni?"..or "kita nak makan apa hari ni"..hhahaha.. ponat tau! aku rasa lepas ni aku patut jadi follower rancangan Jalan-jalan cari makan laa..senang sikit aku nak ajak pegi mana..kalo masak sendiri..ko sap sap soi.. campak-campak makan je la apa yang ada..hahahah.. kalo telur goreng..telur goreng je la ko makan.. hahah.. tu pasal kalo weekend aku gigih masak! sebab ko dah jemu tak tau nak makan apa.. jemu okay! poyoooo! hahahaa.. yelah..aritu aku masak ayam goreng kunyit, telur masin, dengan sup cendawan pun laju je encik somi makan! air tangan isteri kan..hahahahahhaah hak tuih!.. hahaha..*sambil libas rambut*

dah dua tiga aku cakap nak makan western..dan kedai tu kat area Sri Kembangan je pon..tapi tau la azab nak ke Sri Kembangan dia punya jem! fuh.. tu kalo dari highway la..even kalo masuk dari 16 Sierra pon sama.. nak kena ikut short cut jangan tempuh pekan cina dan lalu kat Grand Union tu.. kat situ kira ok la skit kalo nak pegi ke Sri Kembangan! nama pun Kembangan kan..so berkembang-kembang la penduduknya.. hahahha..

so petang semalam dapat gak la pegi..tak penah pegi pon..tau-tau camtu je..sbb rasanya penah baca dari satu blog pasal kedai tu.. yang tau kedai tu area belakang Giant Sri Kembangan.. dolu-dolu selalu lepak sana.. tapi tak penah plak nampak kedai ni..kedai baru rasanya...

Kedai ni Mr. Steak House. Decoration kedai cantek..ala..biasa la kalo kedai western tu apa yang ko nak expect?..takkan la dia nak deco-deco ala kedai makan jual kuih lepat plak kan..harus la deco-deco westen kekoboian tu.. yang banyak elemen kayu-kayu... lampu pun malap-malap! hehe.. but cantik laa.. aku datang nak makan.yang penting makanan tu sedap dan kedai bersih..hehehhe..

menu

duduk-duduk je terus belek menu nak makan apa..hehehe... aku cam biasa la suka makan getty-getty ni.. heheh..so semalam aku order rona roni macaroni.....banyak pilihan..chicken, lamb, steak.. stew, sandwich, udang galah grill pun ada... harga?.. reasonable! burger dia pun cam murah gak harganya..hehehe...


pilihan encik somi... chicken grill
 
 rona roni macaroni...

sementara nak tunggu makanan..kita amik pic budak ni dulu.. sibuk je dengan tab la.. ipad laa.. agaknya tak keruan hidup dia kalo sehari tak dapat benda-benda ni semua....grrrr...!!

 buat-buat bz..takmo orang amik pic dia..

 time ni pandai plak dia laga-laga pipi ngan kita..rapat-rapat kepala nak amik pic..
*owh..abaikan idung ai yang lain kaler..semalam selsema teruk...hahahhaa*

pilihan chinta... 
mama: chinta nak makan apa??
chinta: hotdog.... 

@_@

aku masa umur baya dia tak reti kot hotdog tu apa..bile dah tadika/skola rendah dok pikir hotdog tu boleh makan ke?..sebab aku wat direct translation ianya ialah 'anjing panas'...
hahahhahahahaha.... vanggang sungguh aku masa tu!!!


so...kalo ada yang nak try..pegi la kedai ni.. bagi aku boleh tahan laa..harga pun biasa-biasa je... kalo korang banyak songeh..buat sendiri...hahahahahhahahaahaha....



*dah pegi wat keje...ngadap blog je*

eh..ni cakap kat diri sendiri ke??.

*lariiiiiiii*

Tuesday 8 January 2013

pakej dalam pantang

dah petang-petang ni seyes sangat mengantok!dari pagi mengadap pc je..siapkan paper makluman, siapkan keje-keje taip menaip karang-mengarang, planning latihan etc etc..buat jadi menantok! untuk bagi eksasis jari jemari meh update belog jap kan! leh rilex kan otot-otot mata dari mengadap benda yang serius!.. hahah.. *alasan*

selalunya bile aku dah start sakit kepala mengadap keje, mula la buka mr gugel! mula la pikir apa yang sonok untuk search. almaklum la, kalo dah preggy tu, confirm-confirm la yang ko mesti mengadap barang-barang baby, search stroller laa... , breastpump la.., swing laa..saja cuci-cuci mata dan boleh la plan apa barang yang perlu tambah untuk keperluan 2nd baby ni... yelah kan, dah la 2nd baby takkan semua benda pun pakai 2nd hand item dari kak yongnya..cian baby kan! hahaha

jadi hari ni terpikir plak nak cari pakej post natal.. disebabkan kali ni plan berpantang kat kl je sebab memikirkan chinta..so kena la plan dan standby banyak benda bile nak kena pantang sendiri ni! heheh.. bukan takmo balik pantang kat umah mak sendiri, tapi chinta ada appointment ngan spital serdang dalam bulan aku berpantang tu..dan aku rasa susah nak handle dua orang sekali kalo papanya takde. cian plak nak bebankan opahnya..confirm tak larat punyer!..hehe.. maybe opah chinta akan datang kl untuk few days.. tapi tak tau camne nanti..kita just go with the flow je laaa..heheh..

jadi bile dah kena pantang sini..mula la aku kena pikir mana nak cari tukang urut.. takkan nak import jauh-jauh kan..hehe.. ada je pakej post natal kat spa aku tengok yang menarik hati.. yang penting kali ni aku aim nak buat bertangas sebab dulu tak bape nak sempat! hahaha.. tapi pakej spa tu takpe, abis pantang ni leh je pegi kan..ni yang penting masa dalam pantang tu.. hoi nikmat woi bile diurut-urut, mandi herba, bertungku.. pegh.. nikmat sungguh!..hahahaa...

jadi tadi aku gugel satu blog tu..credit pada dia la sebab memang rajin melampau.. dia ada listkan pakej bersalin ... jadi aku share kat sini..sempat la aku buka dua tiga pakej tadi.. masih ada masa lebih kurang 4 bulan nak study benda ni..heheheheh...

Ummie - Tradisional Confinement Lady Consultant :- http://ummieyku.blogspot.com/

Urut Bersalin - Shah Alam & Lembah Klang :- http://urutbersalinrahmah.blogspot.com/

Cintasari Postnatal Packages : - http://cintasari.com/services_post_natal.html

Jemari Tradisional :- http://rawatanbersalin.blogspot.com/

Ila Optima care : - http://ilaoptimacare.blogspot.com/

Suria Home Spa & Salon :- http://suria-spa.blogspot.com/

d'Natasya Ayu Traditional SPA :- http://dnatasyaayu.blogspot.com

Sirehqasih : - http://sirehqaseh.blogspot.com/ (this one us apparently fully booked until July 2013, whoaaaa)

Mum's Post Natal Care :- http://mumcaring61.blogspot.com/

FabulousshopSPA :- http://fabuloushopspa.blogspot.com/search/label/pakej%20berpantang%20murah

Happines Postnatal & Beauty Care :- http://www.happiness-postnatal.blogspot.com/

Kak Ina Confinement :- http://inaurut.blogspot.com/

Tanamera Postnatal :- http://tanamerapostnatal.com/

Kak Mek Urut : - http://kakmekurut.blogspot.com/

Siti Postnatal : - http://petalingjaya.citybase.my/classifieds/pre-postnatal-package-home-service-id-819968

Shadira Postnatal :- http://shadirabeauty.com/

Natalis Beauty : - http://hospitalbersalin.com/f51/pakej-penjagaan-berpantang-natalis-2012-natalis-confinement-packages-2012-a-1596/

Zuzana Postnatal care:- http://site.zuzanapostnatalcare.com.my/main/3009/index.asp?pageid=94432

Onyang Nenekda Bonda :- http://www.onyangspa.com.my/PAKEJ-PAKEJ

Wanti Sayang Postnatal Care :- http://wantisygpostnatal.blogspot.com/

MF Care Wellness :- http://mfcarewellness.blogspot.com/

Saujana Herba : -http://www.saujanaherba.com/main/

Rimbunan Puri : - http://rimbunpuri.blogspot.com/

Optimum Lady Care : - http://optimumladycare.blogspot.com/2012/06/bidan-berpantang.html

Zeni's Moms Care : - http://zenimoms.com/CMS1/

Muslimah Maternity Care: - http://www.majalah.com/?classified:post-natal-care:82GGPLFD3L

Farhana : - http://www.majalah.com/?classified:menyediakan-rawatan-selepas-bersalin-terus-ke-rumah-pelanggan-kl:7R4X1RCP9F

Kak Ita: - http://www.majalah.com/?classified:private-homecare-nurse-bersalin:7YMLTGC39M

Kak Suri : - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:8BWWM9TFHL

D' Aura Spa : - http://www.majalah.com/?classified:urut-lepas-bersalin-d-aura-spa-putrajaya-untuk-servis-ke-rumah:89DFTZQFQR

Kak Ani: - http://www.majalah.com/?classified:urut-bersalin-tunku-rm65-datang-ke-rumah-area-puchong-putra-perdana:896M9XWGGV

Kak Suri/ Cik Intan: - http://www.majalah.com/?classified:urut-selepas-bersalin:886ZV2F1Z7

Fiona : - http://www.majalah.com/?classified:perawatan-selepas-melahirkan-berurut-shah-alam:8523ZC74SH

Rahayu:- http://www.majalah.com/?classified:urutan-selepas-bersalin:84Y21HNN0L

Kak Long Liza :- http://www.majalah.com/?classified:urutan-badan-urutan-ibu-bersalin-dan-penjagaan-dalam-pantang:810QLJDC0X

Kak Syimah :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradistional-utk-ibu-bersalin:802SNMY3FP

Spahomemobile :- http://www.majalah.com/?classified:perkhidmatan-rawatan-selepas-bersalin-urutan-tradisional-ke-rumah-anda:7Z05JX80GQ

Jemari tradisi Ummi :- http://www.majalah.com/?classified:urut-tradisional-dan-urut-selepas-bersalin-kajang-bangi-putrajaya-balakong-sri-kembangan:7TLJ8H05KJ

source & credit to: http://thatslife-chapter2.blogspot.com


badan kita gak yang kita nak jaga kan.. jadi rasanya kuar la belanja sikit untuk kebaikan diri dan rumah tangga! chewahh... so makcik-makcik skang ni! hahhahaa.....


*agak-agak ada tak orang nak sponsor ni*

Monday 7 January 2013

adik chinta @ 21 weeks



halfway thru!! rasa cam preggy kali ni cepat je masa...kali ni preggy rasa cepat je masanya.. dulu asik dok belek kalendar looking forward bile la tarikh check-up! hihi..kali ni rasanya cam..eh dah time check-up! bukan la kata tak eksaited! best je feeling nak ada baby kecik balik.. tapi maybe sebab sibuk dgn keje, anak, somi.. tu yang buat rasa masa tu cepat je!!padahal sama je kan 24 jam sehari..

so, 5 jan lepas, check-up untuk 21 weeks.. cam biasa la appointment memang amik hari sabtu.. senang sikit! dulu amik hari keje nak kena amik cuti..dan encik somi plak cam terkejar-kejar nak pegi keje plak lepas tu.. lagipun nak bawak chinta kan..dia pun eksaited nak tengok 'ebi'.. jadi hari sabtu, pilihan terbaik. tunggu kak yong nya bangun baru la pegi klinik.so paham-paham la kul bape la aku tercegat kat klinik hari tu! hehehe..

kebetulan plak chinta selsema.. jadi terus check untuk dia sekali.. tapi sebabkan ada dua doktor, satu khas untuk appointment dengan Dr. Rahaya dan satu lagi kes-kes pesakit luar ni dengan Dr. Fahmi.. jadi aku assume lambat lagi la giliran chinta.cam biasa pegi la makan-makan dulu isi peyot yang dah dangdut ni! lepak-lepak dengan bahagia..


muka kena paksa amik pic!

pastu dah abis makan masuk klinik..baru ingat nak tanya no giliran dah terlepas ke.. sekali terus nama chinta appear kat screen..hahahaha...

masuk-masuk je leh doktor fahmi cakap..ni confirm g isi perot dulu ek..hahaha.. apa nak buat doktor..ingatkan lambat lagi giliran saya! amik ubat selsema.. sebab dah kuar kaler 'ijau'.. kak yong ni jarang sakit..bile dia tak sihat..pandai plak pagi-pagi tu ajak g peti ais mintak ubat..tapi disebabkan stok ubat tu tarikh bulan 10/2012.. jadi tu yang jumpa doktor gak amik stok ubat baru... mana tau kot nanti makin teruk ke selsemanya... langkah berjaga-jaga kan!!! hahhaa..

dah abis jumpa doktor fahmi, turn mamanya plak la nak tunggu giliran check-up! lama gak la tunggu.. tak penah-penah nya tunggu lama camni! nak kata ramai, tak ramai pun appointment! rupa-rupanya doktor rahaya buat details scan.. sowang patient pun dekat 1/2 jam lebih... so masa sampai turn aku tu, kira aku second last laa..hahah..dah datang klinik pun nak dekat kul 11, lagi mau ingat giliran cepat.. hahahaha.. sampai time scan tu perot dah kerok kerok berbunyi lapar..hahahahahaa...

tapi takpe, lambat pun ok.. dapat lama-lama biar doktor godek-godek perot..hahaha.. tapi yang tak syok kali ni baby cam takmo layan je..siap tutup mata dengan dua-dua tangan.. aisey! pemalu sungguh aih! jantina dan nampak..ala.. masa 16weeks lagi dah nampak..tapi kami tak kisah sangat boy ke gal.. yang penting sihat, selamat dan sempurna! Insha-Allah... rezeki Allah bagi kita terima seadanya...

hasil scan minggu 21:


gender: dah memang nampak la angry bird nyerr!.. since 16weeks dah nampak.. cuma kali ni doktor nak scan details.. nak  tengok organ dalaman, darah dalam tali pusat baby, air ketuban, size kepala, etc etc.. dan kalo boleh doktor nak la amik pic muka baby...haishh! baby takmo bagi kerjasama..jenuh la geletek-geletek.. pujuk-pujuk baby..baby takmo..siap tutup muka dengan dua-dua tangan... "no kamera pliz"... hahah.. ok  takpe..kita tunggu je la next appointment: 2 feb 2013

saiz mamanya plak dah cam peguin..dulu rasanya kalo saiz camni dah nak dekat bersalin dah.. huhu.. baju nandong ni seawal 4 bulan dah mula pakai..dulu masa usia camtu leh lagi pakai suar jeans..skang suar jeans nandong je laaa..hahah..takpe..mama dah bersedia awal-awal okay..dah siap order alpha lipid SD 2 dengan krim felinna ichloss..hahahhahaa... *hover sungguh*..

dari segi alahan..takde dah..kadang-kadang ada gak la muntah-muntah manja..selera makan pun biasa-biasa je... cuma kali ni bernasib baik takde lagi la naik jerawat kat muka ngan badan cam preggykan chinta... hehe.. dan kali ni lebih gigih dan rajin sapu bio-oil untuk mencegah  mengurangkan strech marks yang dah wujud dari zaman preggy chinta...stress! hahaha..siap beli yang botol paling besarrrr okay! kalo tak licin gebu kulit perot mama ni tak tau laaa..hahahhahaha

 godek-godek gambar tadi..ada plak pic scan masa 16weeks..meh kita longgok terus dalam blog ni:

 scan masa 16 weeks:



ikutkan dah nampak gender time ni!


port biasa makan tiap kali check-up... hahahhaa... meja je berubah...




*ok tu je...bye*



::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers