"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Friday 30 December 2011

pakej astrok

aduyai serabut nak pasang astruk ni. nak tak nak kena gak pasang astruk. skang mana nak dapat lagi channel-chanel biasa tu.tak support ngan aerial kecik. kalo gantung aerial besau atas bumbung mau owang gelak guling-gulingan cakap kita out-dated. aduyai, pentingkah itew? kalo tak pasang kang, mati kutus plak kami anak beranak. tv bukan main cantek lagi siap pasang kat dinding tapi takde astruk nak tengok.

so, dah call la astro direct tanya charge camne. installation ajer dah rm 100. lom kalo ikut selera anak tekak punya nafsu nak amik super pack. huwagh huwagh huwagh. cam la ko dok bertapa depan tv je 24/7.  so, google la nak tengok amik pakej mana. 

sila klik sini untuk tengok --> pakej astrok

tu la yang mana satu idaman kalbu? huhu maybe start with small. amik pakej family udah. malam je pun ada kat umah,tu pun lom tentu smpat nak tgk tv. tapi kesian plak kat encik aboy tu hah. mati kutus plak dia tak dapat tengok channel sport dia tue. maybe nak consider family package + sports je. tapi nak plak movies.. sebab aku ni kan suke layan cheta-cheta omputeh je 
*lempanglajulajutaksedardiriowangmelayu*

so, nak tak nak kena la bagi kaya lagi tokey astrok tu. hari tu gigih gak pegi maxis nak tanya pakej home yang dok sibuk canang iklan sana-sini. sekali tanya, yang untuk maxis tv tu lom ada lagi. caitt.. gebang bukan main lagi. so tak jadi la nak amik tu. sebab kami kan dah pakai berukband maxis so ingat nak kasik upgrade la amik pakej yang ada tv tu terus. cancel yang tu. nampak gayanye astrok gak la pilihan hati

tapi pemasangan plak 7 hari bekerja. minggu depan je la yer dapat tengok astrok. hehehee

hari last keje untuk tahun 2011

pejam celik kejap je rasa masa. biasa la tu kan, kalo benda yang dah berlalu tu kita rasa cepat je, kalo nak menunggu sesuatu perkara tu rasa lambat je nak sampai. 2011 macam-macam la perkara yang berlaku. nak recall satu-satu 7 hari 7 malam punya blog pun lom tentu abis. leh cheta skit-skit laaa..

cheta-cheta opis:

taun ni aku start keje semula 23 februari lepas bercuti 90 hari bersalinkan adik manes cik chinta. atau nama glamer dia skang dagu berlapis/pipi roti. kalah pipi ngan dagu berlapis mama ko ni dik. start keje awal-awal tu lemau je rasa. rasa cam blur-blur tak tau nak start semula dari mana. yeler, 90 hari memerap ngan chinta, cuti sana sini. bile masuk keje cam rasa banyak yang tak tau.hehehe. opis pun cam biasa la, masa tu bz ngan nak audit sirim. so sibok la bengkel, meeting, bengkel, meeting, buat file, buat itu, buat ini. staff tak ramai, balik-balik muka yang tu gak la buat itu buat ini. then, raya.. menanggung keje eeja cuti bersalin. layan kerenah bos-bos yang macam-macam ragam, last sekali - pindah opis. huh.. penat

ada ups and downs, belajar macam-macam. oh yer, taun ni aku dah selamat ditauliahkan sebagai AKRAB. - rakan pembimbing perkhidmatan awam. hihi. selain taun ni after bajet, skim SSM di ganti dengan SBPA. alhamdulilah, ada perubahan gaji baru untuk 2012.

cheta-cheta aku

taun ni plak aku kena ciken pox. di penghujung taun mc lama. haishh.. tak disangka-sangka sungguh. yang ironinya plak, a day before aku kena ciken pox tu, aku bawak chinta cucuk imunisasi campak untuk umur setaun. alih-alih aku plak yang kena ciken pox. memang tak senang duduk la. selain tu, part paling happy taun ni, dapat capai satu lagi target dalam idup ni, nak beli umah. alhamdulilah, at least before age 30, aku dah ada umah and keta sendri. walau tak la sehebat keta toyota ke, honda ke, bmw ke, at least it belongs tu me and si kunen bumbleebee tu pun dah abis bayar.alhamdulilah...cam cantik je aturan, selesai abis loan keta, sambung loan umah.syukur ya Allah. walau umah ku comel-comel ayam gitu, but still bersyukur at least dah selamat beli umah sendiri.

tapi, ada gak part-part tensi pasal bumbleebee taun ni, taun ni memang taun ganti tayar keta. mula-mula aritu aku langgar besi longkang kat jalan on the way nak g UPM. sebab kan tu, 2 biji tayar pecah dan rim bengkok. tak pasai-pasai kena ganti rim baru dan tayar. bajet tak cukup ganti 2 biji tayar je dulu. then, sekali penghujung taun plak, sebiji lagi tayar pecah kat sg besi. tapi tayar tu memang dah crack dan tunggu masa je. hihihi. dah la tu, bulan yang sama plak bateri keta kong. yang ni pun dah memang sampai masa. cam berjanji-janji plak ngan tayar keta ek. takpe, demi si kunen ku gagahkan jua. lagipun, tu la satu-satu keta yang ada pun. O_o




cheta-cheta chinta

chinta pun dah genap setaun 23 nov aritu. dan dapat gak aku buat apa yang aku plan. nak buat besday party 1 year untuk dia. hehe, bajet-bajet gak la. tempah kek, tempah bottle banner dan buat kat a&w ioi mall. dan yang penting, dah selamat buat aqiqah chinta after abis pantang aritu. skang dah makin lasak, makin aktif, makin macam-macam ragam. kena banyak bersabar layan kerenah dia. dah pandai mengamuk, pandai merajuk tak dapat apa yang dia nak - part ni memang kena double triple bersabar la untuk owang yang kurang sabar cam aku ni. haish la anak....

dah pandai melaram pakai baju ropol-ropol



cheta-cheta family

alhamdulilah, mak abah sihat. selamat menunaikan umrah taun ni, dan selesai gak hajat mak ngan abah untuk bawak paksu dan maksu p tanah suci. bukan mudah nak jadi tetamu Allah. dah pencen, mak dok umah layan qaireen. abah cam biasa la g kebun uruskan kelapa sawitttttt... tinggi-tinggi kelapa sawitttttt.. ** nyanyi ikut gaya abon dalam maharaja lawak mega. hahahaha.. 

cheta-cheta ib & ila

cam biasa la, ada ups and downs. kalau Allah uji maknanya dia sayangkan kita lebih. sumtimes dengan ujian yang diberi akan lebih mematangkan kita, buat kite lebih rasional dalam idup. taun ni dapat gak la kami p honeymoon kat perhentian aritu. sampai ke sudah tak sempat aku nak hupload gambar. hahaha. dah dasar pemalas tu memang la malas nak hupload. dah dekat 2 taun kawen, anak dah sowang baru la rasa nak p honeymoon. hehehe - gedik je kan.

tu je nak cheta. actually cam  takde kaitan ngan tajuk. hehe, cuma cam tak caya arini last day bekerja untuk taun 2011, jumpa taun depan la plak yer. :)

semoga dapat la capai apa je azam ala kazam untuk 2012....hehehhehee...

happy new year u'oll

**pelukkuatkuat**






Thursday 29 December 2011

demam hindustan

dah lama aku tak layan cheta-cheta hindustan ni. sekali-sekala layan syiok gak. hehee.. so kebetulan semalam ada plak hindustan kat tv3 - cheta 3 idiots. actually, tak plan pun nak tengok cheta ni. aku bukan kyusuk bebenor nengok tv ni. tau-tau je laa, kalo dah lik umah tu keje bibik-membibik ni tak setel-setel. lepas satu-satu. tu baru anak sowang. haishh. seb baik la encik aboy rajin tolong semalam, tolong basuhkan baju - basuh berus guna tangan tau u'ollss..heheh.. auwww..rajin encik aboy saya nie. pasaipa guna tangan? tu semua baju-baju adik maness chinta la.sape lagi. ko ingat baju dia boleh je campak-campak dalam mesin basuh tekan-tekan button siap - bersih..no no noooo... memang la cepat.bersihnye idak. dah la si cantek manes ni skang dah pandai minum air milo, air coklat, makan roti coklat. so kesan comot di sana dan di sini tak leh ilang kalo guna mesin basuh je. 
fuh, seb baik papanye sangat rajennn semalam. baju-baju kami laki bini yang saling sayang menyayangi  ni pun dia basuhkan. tapi yang ni pakai mesin je la. masuk baju, masuk sabun sesuka-suki, tekan button... godek godek... mesin jalan.. tunggu dah siap - lepas tu sila jemur dengan penuh kerajinan yer!

so, semalam aku pun heran apasal la banyak plak cheta hindustan kat tv. aku rasa baru lepas krismas dan bukannye cuti deepavali. tapi sebab semangat satu malaysia ni, aku pun layan la cheta-cheta yang ada. boleh plak melekat layan cheta ni sambil lari-lari manja pegi dapur time iklan untuk masak air panas, basuh botol anak, sterilize botoi, basuh yak-yak chinta dan beberapa task lain - dah siap, berlari-lari manja sambung tengok industan. bila iklan lagi, berlari-lari penuh ayu amik tilam, bantal, gebor - selimut, dan bentang depan tv. hehe. lupa nak cheta skang kami anak beranak pakej bermasutautin depan tv nak tido sebab bilik dah takde katil - dah selamat pasang kat umah baru. chinta plak takmo tido dalam bilik, pandai merangkak kuar. bahaya oo lagipun dekat dengan buai. bile budak ni meragam je aku angkat masuk buai.. lalallala... senang keje~

so semalam punya la semangat nak tengok. ingatkan sampai abis cheta tu semalam. alih-alih dah kul 12.00 tak abis gak. padahal aku rasa dah 3 jam cheta tu. haish, kalo tengok kat wayang mau kematu montot, pop corn berbalang-balang, air bergelen-gelen masuk tekak ko. yang lagi tensen dah nak dekat-dekat kul 12.00 tu cantik je tulisan kat bawahnye tulis "jangan lupa untuk saksikan sambungan cerita 3 idiots pada jam 10.30 malam esok".cait.. mau je aku bakor tv tu. eh, bukan salah tv tu.hehee

cheta ni best sebab banyak benda kita leh amik iktibar. such as, dalam idup orang yang akademiknye hebat belum tentu dapat capai keje yang hebat. or ayat simplenye, dalam hidup biar capai kecemerlangan bukannye kejayaan semata-mata. dalam erti kata lain, bile kite belajar tu bukan sebab nak dapat keje elok, nak lulus peksa, nak puaskan ati orang lain tapi belajar untuk tambah ilmu. kadang-kadang benda kecik dalam idup pun berguna dalam kehidupan akan datang. ilmu yang penuh keberkatan insya-allah boleh menjadikan kita manusia yang unggul. pewittt - ayat dah cam doktor fazilah kamsar plak.

so, malam ni tunggu sambungan cheta ni....

Wednesday 28 December 2011

chinta besday bash !!

alahai. kalo ikutkan dah berkurun nak masukkan entri pasal besday chinta. apa kan daya, bulan disember ni betoi-betoi bulan yang menguji mental dan emosi dan fizikal sekali la. pakej bertimpa-timpa, dengan kesibukan nak pindah opis baru, pindah masuk umah baru - this part memang best tapi every weekend dah takde benda lain selain memantau keje-keje pasang grille, kabinet, langsir, ngecat.. yadaaaaa yadayaya..dey tambi. hehe. dan menjadi insan terpilih untuk kena ciken pox - ni rahmat dan dugaan dari Allah, pastu disambung plak chinta kena ciken pox. mana tak berdangdut aku sibuk, lagi ada hati nak update belog. mau kena seligi free dari encik aboy. 

so, nak kongsi la pic-pic besday chinta yang planning asalnye nak buat kat umah baru. tapi tak sempat so buat la kat a&w, ioi mall puchong- the best part ko tak yah pening-pening kepala nak kemas umah lepas dah sepah-sepah tu. hihi.

so, let's the pic do the talking -

presentingggg.. jeng jeng jeng.. 
**gediks plak mama ko ni chinta..
agenda program of the day:

makan-makan then play games then maskot kuar join the games
then acara potong kek + makan kek la of course. hihihi


my twin babies. acecece..

atok sedap makan, opah dukung qaseh - (opah ngan atok panggil nama qaseh)

member-member encik aboy kira kawan aku gak laa..

gedik tak. memain belon gitewww... auwww manja abis

pose konon nak wat cover majalah

tu yang cekak pinggang manager a&w

bersila sila sila panggung

makin ramai plak join chinta duduk

mama ko je menten bertenggek kat situ

ayoo budak ni pandang apa tu

dah cantek pic aku plak g tidoooo...adoiii..camne nak edit pic ni ek

nak tangkap baloon

mata tak leh bukak

hah..kan dah buntang plak matanyer

mama... dukung pliz..

bear usik qaireen

boipren baru mama

mak-mak dan pak-pak berkumpul

geng baru..nak join la tu

games.. punya banyak kusi..sape suwuh berebut

joget-joget kalah mak enon

muka penonton

joget ke main teng-teng ni

atok potong kek gak. epy besday atok!

kek chinta - 1 year old

nak taruk lilin

idola

besday gurl nerbes nak tiup candle

so cute

bear bagi present to besday girl

cute sangat

adoyaii..cute nye rasa nak lempang-lempang

atok potong kek

penonton lagi

brainny- cute smurf

tuan rumah baru nak makan - laki bini yang kelaparan

on the way g umah baru.

at last, syukur- event went smoothly as planned. thanks to those who are coming. sowi bangat tak sempat nak jemput ramai-ramai. ni besday anak je..bukan nye anak aku ni nak kawen.hehehe kalo kawen jemput satu bas rombongan cik kiah nanti. hehehehe

sekian

chinta says: tima kaceh opah.. bagi gelang emas..hehe..nak tunggu mama.. mama dekut.. lalalalalalalala..
* naseb ko la nak.. mana nak cekau duit harga emas mahal skang

Thursday 8 December 2011

Kisah grill dan awning

Rasa dah lama tak cheta pasal rumah baru kan. Setakat ni wiring dan lampu dah settle. Terbang gak la $$$$.. Tersedak gak la amaun nyer..sampai kering la si rimau tu. So bab kedua, grill ngan awning plak. Mula-mula nak postpone buat grill tu, sebab bajet tak cukup. Pastu menteri kewangan cikgu zoyah merangkak mak kesayangan aku tu membebel knp tak psg grill. Aku call baru cakap hello mak.. Terus dia pok pek pok pek.. Grill rumah tu perlu, knp tak buat grill dulu. Kuarkan duit asb tu.. Bla bla lalalalala.. Aduyai, tak smpat nak tanya khabar. Tu la lepas dia buat kunjungan tak rasmi kat umah baru.

Aku cakap la bajet dah tarak...nak pasang kabinet ngan waldrobe pun dah nak dekat 10k.. Dah leh challenge hantaran kawen aku tu.. Ni lagi cheta grill. Memang la penting. Aku cakap la nak buat lepas dapat cek kontra yang pemaju hutang ngan aku. Ada ongkos baru leh cheta grill. Hehe.. Takde duit agong sape nak layan kan.last-last, malas nk dengar bebelan manja mak aku tu, aku pun call la cari org buat grill. Alang-alang dah pasang grill, buat la awning sekali sebab taku nanti teias kena kat mesin basuh tu - mesin basuh aku plan nak letak kat balkoni kecik kat tepi bilik air.

So, dah dapat quotation grill. Gulp.. Tersedak akak dengo ongkosnye.. Tapi keselamatan penting, duit boleh cari kan.. Insya-Allah, ada la rezeki untuk aku anak beranak.. So, tak decide lagi design grill. Tgk katalog naik rambang mata. Tak reti aku nak pilih. Haishh.. Berkurun perap katalog tu. Sampai org grill dah terjah 2 kali dtg umah tanya. Tu yg aku meluat. Tak suka dtg nak bincang time husband aku takde. No manners punya org..

Btw, harap-harap minggu ni smpat siap grill dan awning... ;) peace yooo...

Wednesday 7 December 2011

Kemas opis

Taun ni memang kepenatan berganda.. Dah la skang tgh sibuk uruskan rumah baru. Pack barang skit-skit. Pastu smlm dapat sms mengejut arini angkat barang pindah opis baru.dah la gah mc gara-gara ciken pox. Tapi disebabkan aku kan pekerja gemilang tak terbilang datang gak la mengemas barang-barang. Naeeb la ek,kalo ada yang anti virus tak kuat jangkit la ciken pox aku ni. Yang kelakar kali ni pindah, kena wrap pc sendiri. Dulu smua mover yang buat. Ni bajet cipot kot - belanja berhemah okayyy. Kami kan berhemah menggunakan duit rakyat ni.

Aku pon malas nak sort sangat kertas-kertas yang ada. Amik kotak, angkat segala mak nenek kertas atas meja, campak dalam kotak. Sonang kojer. Cam makan sekut oreo plak. Hahaha. Pejam mata pun dah siap keje aku. Okay ayat last aku tipu.wrap, label fragile, label nama pada kotak, yada yada yada..last-last dekat kul 1 petang baru aku siap pack. Tu baru barang-barang kat bilik aku je. Seb baik la soevenier opis aku dah siap pack minggu lepas. Cam tau-tau je nk cuti pnjg mgu ni.

Nampak senang..tp leceh pack-pack barang ni. Harap-harap lps ni x pindah lagi la. Xlarat oooo

Tuesday 6 December 2011

Ciken pox

Random kena ciken pox tua-tua bangka.tapi tu la plak di penghujung taun nak kena tetap akan kena. Mula-mula aku ingat kena campak, sebab doktor pon sebut aku kena campak. Bukan angkat dan campak aku okayy.ni penyakit yang naik merah-merah satu badan tu.patut la aku demam aritu. Bukan saja- saja nak cuti panjang, tp plak dah terkena virus campaks ni. Ntah mana area aku pegi, dalam ramai- ramai manusia aku yang bertuah tu. So, dapat la mc 9 hari.

Mula-mula doc cakap aku kena campak. Aku blur.what the heck???.. Aku rasa penyakit ni sekali seumur idop kot.doc siap tanye aku xpnh kena ke. Aku pon tak tau.nak kena tanye my mom ler. Malam tu mmg aku call mak tanye aku dh penah kena campak ke lom.mak aku cakap dahhhh... Dua tiga kali. Ok ayat last tu aku tipu.hahaha. Mak aku cakap aku dah penah kena demam campak masaaku kecik-kecik.pastu aku explain condition aku, cam biasa ayat mintak simpati. Yang naik bintik-bintik yang gelembung ada air, badan sakit-sakit sendi, gatal-gatal toksah cheta la, dah rasa miang nak garu- garu belakang ni pada dinding je.mak aku cakap..."laaaa...itu bukan campak..tu pelentong" pebendala pelentong, pembentong aku tau laaaa..rupa-rupanya cakap omputeh aku kena ciken pox.. Patut rasa gatal gatal cam nak buat ciken dance ni.

So, kena la cari daun buluh bambu,aku tak risau sangat pasal daun ni senang nak cari. Eksyen okayy.. Bukak je pintu umah aku ni, toleh ke kanan dalam 60 darjah ko nampak la pokok tu. Tapi tinggi nak mampuihhh hak tuihh nak amikdaunnye. Sampai en aboy kena angkut tangga dan panjat. Tapi mintak izin dulu la ngan uncle tuan punya pokok. Hehehe.. Kang tak pasal-pasal makin teruk plak ciken pox aku ni.

Dah nama pon sakit, kena la kuarantin. Mula-mula aku risau chinta jangkit. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat rupanya nikmat sakit ni nak bagi kat aku sowang je. Nikmat, rugi sape tak kena.huwagh huwagh. Tido still sama - sama kami bertiga, cuma tempat tido aku, aku lapik ngan kain selimut.pagi-pagi chinta baik punya datang baring bawah ketiak aku. Bukan nye reti bahasa geli budak. Padahalaku punya la tepek krim putih banyak-banyak kat tempat kena ciken pox.kunun-kunun nak bagi chinta geli tak datang melepak kat badan aku. Cait.. X berkesan langsung...

Awal-awal kena xleh tido malam. Aku cam biasa la cenggenggg. Tu yang chinta mewarisi drama queen aku. Nangihhhh sakit- sakit sengal badan.Hehe. Leh bangun tengah pagi amik calamine losyen sapu cam lumur minyak kelapa satu badan. Terbaeekkk. Kalah antu zombie kg pisang. Kak limah kalo tengok aku, tak jadi dia nak balik kg.stay je kat kolumpo. Memang cun abis tahap dewa. Ok tipu.hehehe

Petua cakap, tido atas daun, aku pun buat. Seb baik mujarab,lega la sikit. Kurang gataiii. Kalo tak ada yang mandi ubat kang.makan kena pantang. Aku pun pantang gak. Pantang nampak. Aku belasah je smua. Ok tipu lagi. Hehehe. Aku xde la strict sgt pantang. Sape yang nak layan cekadak ko kan kalo nak hover2 ngada2 makan itu ini. Just avoid yang gatal-gatal. Kang ada yang tido guling -guling kang mengelupur gatal.minum air kelapa, petua nak bagi kuar semua ciken pox ni.sohasilnye dah cam gunung berapije badan aku ni. Punya la banyak gunung berapi, yang aktif, yang kecik, besau tinggi semua ada. Leh jadi bahan nak ajar sains ni.

So, tempoh cuti kena kuarantin je la.dok umah, layan tv..tu je la.

NOTASIPUT:memang ni FIRST time aku kena ciken pox.. Ciken dance selalu aku buat.. Hehe

Sunday 4 December 2011

chinta 1st SMURFday preparation

epy besday to you.. my adorable Qaseh Chinta Aleesya. patutnya entri ni dah berkurun publish kat blog, tapi macam-macam hal. sampaikan nak upload pic chinta kat fb pun tak sempat. dengan keadaan bz menguruskan rumah baru, dengan anak, dengan keje, besday chinta..last-last dapat mc..gara-gara kena demam campak. aduyai.. so dalam masa kena kuarantin ni la kena la amik masa untuk hupdate macam-macam cheta sensasi dah hampir basi dah pun. hehehe.. 

seperti dijanjikan, nak cheta pasal tema besday chinta kan. since aku memang peminat smurf dari aku kecik-kecik zaman dok main kawin-kawin, masak-masak tepi umah, dan ketaksuban main smurf kat ipad maka aku pun decide la nak buat besday chinta with theme SMURF. dah calit-calit tangan tanda setuju ngan papa chinta untuk tema ni maka aku pun start la planning macam-macam untuk celebrate 1 year old chinta ni.

as usual, aku ni kan suka nak buat list-list kalo ada benda yang aku rancangkan. so, aku pun cam biasa la.. makcik-makcik sikit.amik kertas a4 ngan pen, list down apa yg aku nak buat dengan besday dia. goodies bag, kek, nak buat besday kat mana, nak jemput sape, bajet berapa bla bla bla... so bile sebut pasal goodies bag.. kali ni aku decide nak tempah sticker yang ada nama chinta pada goodies bag dan tempah mineral label - untuk kelainan sikit. so aku pun mula berdiskusi ngan Tiny Tots Collections  . senang deal ngan dia since dia banyak bagi cadangan untuk aku yang blur-blur ni.hehehe. so kalo berminat ngan idea ni, leh la korang contact ngan dia ni yer, harga berpatutan. gerenti puas ati ~


besday mesti nak ada kek kan. baru la leh nyanyi tiup tiup candle. huwagh huwagh. so decide nak tempah kek dari Allcupcakestory . Ni kawan bergumbira lupa diri masa kat sekola dulu. tak sangka sowang landscape women could be such a superb baker. double thumbs up untuk my sweet fren laila. so, aku pun cakap la nak tempah kek untuk my dotter, kek no 1. mula-mula plan nak tempah 2 biji kek - satu untuk chinta dan satu untuk atuk. last-last bajet aku tak cukup since banyak abis untuk masuk umah baru ni, kena la cut cost kat situ. last minit cancel, amik satu kek je. tapi kek no 1 with smurf deco tu memang SUPERB- tak caya?.. meh tengok pic. jeng jeng jeng...

sayang nak potong T___T 

tempat besday mula-mula plan nak buat kat umah baru. ingat nak buat majlis 2 dalam 1. majlis kesyukuran masuk rumah baru ngan besday chinta. pastu tak sempat plak siap untuk rumah baru - so kena la buat back up plan. so untuk berlaku adil tak buat kat mana-mana umah mak-mak ni, kami laki bini sepakat nak buat kat fast food je. mula-mula ingat nak buat kat mekdi, sekali pikir dah selalu sangat makan mekdi, kfc pun sama. so masa ronda-ronda kat ioi mall terus kaki tak sengaja melangkah masuk a&W.. tarapapapa i'm loving it~ eh silap lagu laa..hehee.. so bincang ngan event consultant merangkak manager a&w tersebut, terus la kami bersetuju.so venue besday ---> A&W, ioi Mall Puchong.

then apa lagi??.. hm..dah tempah label so malam besday tu baru la kami cari mineral water ngan cekelat-cekelat nak isi dalam goodies bag. baju besday gal????.. selalu ni la part paling beriyer kan.. sowi darling - cam biasa mama kan dekut. so pakai je apa yg ada. cuma saya ada beli satu aksesori headband corak kartun smurf. hehee.. 

invitation card - ni dah provide by a&w.. so just amik pen, tulis nama sape rasa nak jemput then bagi la kat depa. senanggggg.. hehehe.. tu je la kunun-kunun preparation besday chinta.. nanti sy hupload pic-pic berkenaan ngan preparation ni. ni type kat pc uzur yang dah leh masuk muzium, nak loading satu pic dekat 15 minit, x sanggup daku... huhuhu......

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers