"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday 30 October 2014

demam & kantoi

assalammualaikum...

ni dah tengah hari ni amik la peluang nak update blog. dengan ditambah perot kenyang makan laksa sarawak kat opis.. harus la dah rasa cargasss nak menaip! *rasa poyo plak tulis macam ni*.. hak hak hak.. anak dua-dua demam! ai is sedih okay. tapi disebabkan nak cuti dua hari this coming friday and next monday so rasa agak tidak best untuk EL atau amik cuti tambahan... nampak cam menjadi mak yang kijam!! huhu... dalam hati tak sape tau kan..

chinta dah demam almost 5 days.. dengan selsema dan batuk..the infection started with the throat and then jadi fever..so kalo throat n flu ni mmg akan ambil masa nak baik. semalam dia pegi skol, tapi lupa nak bekalkan sapu tangan... (T_T)...apaknya cakap masa balik amik dah bertakung kuning je selsema dia...sian tau! cam anak terabai plak...so hari ni kita off dia skol.kang berjangkit plak ngan anak orang lain..hahahaha..

harazz pun dah jangkit.dah lama gak dia tak kena batuk kahak! and semalam start muntah-muntah kuar kahak... adeh!berlumba-lumba plak dua beradik tu batuk n selsema! cuma alhamdulilah, masih aktif...

dah la this coming weekend dah plan nak bawak anak-anak berjalan.. chinta keep counting days for this vacation..sebab dah hampir tertunai hajat di hati kannnn! harap by esok, dua-dua dah ok!


*****************************


harazz dah makin lasak! ayat standard mak-pak-opah-semua budak lelaki memang gitu laa.. yang terkini memang dia panjat kabinet tv dan berdiri atas tu nak tengok tv... aku rasa dah cukup besauuu tv tu, takkan nak ngadap depan-depan gitu baru puas...

masa tu memang aku perati je perangai budak harazz ni... saje je nak tengok apa dia buat..mula-mula dia tolak barang-barang atas kabinet..lepas tu dia start panjat kotak tepi kabinet tu.. hahaha.. muka konpiden....... 


see..muka yang penuh tawaduk nak naik berdiri atas tu.... dah tergolek panda-panda tu.... masa ni memang aku perati je..besar-kecik-besar-kecik aku pandang! apaknya lepas tu..saja je panggil nama dia.. "harazz",,,pastu dia toleh...apak dia tenung jer...

dengan kuasa tenungan tu....hahahahha......ini jadinya..


v


v



v



v


v


v






hahahahhaa.....kantoi ye dik!
next time cuba lagi..



 senyum je panda sebelah tu!!




Monday 27 October 2014

resipi: puding triffle paling senang

tadaaa!

kembang kuncup rasa nak update pasal resipi plak.. *semangat zarina zainoordin ni* almaklum la terkesima dengan semangat dia..dalam sibuk-sibuk berlakon, masih boleh uruskan anak yang kelainan upaya, uruskan orang tua dan gigih memasak untuk keluarga. siap buat menu hebat-hebat tu! chewahhh! since hari minggu job face painting cancel last minit, dan tengok ada kek pisang.. terus buat projek puding triffle! hahahaha..

cara paling mudah nak buat! harus la sediakan bahannya dulu yer..


bahan yang diperlukan:

 (1) kek pisang
(yang ni ikut suka korang la nak pakai kek apa..kek gulung pun boleh)

(2) fruit cocktail

(3) tepung custard

(4) susu cair

(5) jeli nona..jeli lain pun boleh..agar-agar pun boleh...
nak cantik beli jely warna merah..baru nampak menarik..

optional:
buah-buahan seperti strawbery, kiwi, anggur.....


tak banyak pon bahannya... sap sap soiii dah boleh sediakan! cara nak buat pun sap-sap soi parayapaaa jeee! 

1) potong kek dan masukkan dalam bekas..kalo boleh biarlah bekas yang transparent baru leh kita tengok layer-layer puding tu...hihi..presentation itu penting kan. 

2) pastikan kek tu disumbat dengan baik..kalo ada ruang potong kek kecik-kecik dan mampatkan nya..

3) buka fruit cocktail..ambil sedikit jusnya disiram atas kek...sambil tekan-tekan guna belakang sudu.. untuk bagi moist pada kek..

4) bancuh tepung custasd... caranya, ambil 3 sudu penuh tepung, masukkan satu tin susu cair.. tin yang kosong tu guna sukat air sampai penuh dan masukkan dalam bancuhan tersebut... kacau-kacau bagi rata atas api yang perlahan okay...masukkan 3 sudu gula ratakan yer (yang ni kena ikut kesesuaian laa, jgn banyak sangat sebab kek pisang tu dah memang manis)...sejukkan..dah nampak likat tu siram atas kek tadi...

5) biarkan sejuk sebentar, sementara tu kita sediakan jelly tu.. yang ni senang je ikut je bancuhan yang tertera pada kotak tu...... hihihihi.... 

6) pastikan sejukkkkkk baru curah atas tepung custard...aku hari tu nak cepat punya pasal, siram panas-panas cair skit tepung custard..dah tak cantik presentation! (T___T)...

7) last sekali...taburkan fruit cocktail ikut suka hati! nak lagi menarik susun la buah kiwi.. strawberry atau anggur... yang ni ikut suka tekak korang la kan! jangan p taruk durian sudah laa.. mihahahaa..

8) dah siap.....sejukkan sebentar di luar sebelum masukkan dalam peti ais..masukkan panas-panas rosak peti ais dik non!



hasilnya??.....tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...







ni sebelum masuk peti ais...



make sure korang buat lebih menarik dari cikgu yer!

hak hak hak hak hak...ewahhhhh!











Friday 24 October 2014

ice age adventure

Assalammualaikum.......


ni cerita dah separa basi. mood kelaut nak update blog! so hari ni gigihkan diri dengan suntikan vitamin rajin skit.hihi.. cerita last weekend, ikutkan plan nak pegi Bird's Park KL. tapi memikirkan kalo hujan kesian plak kat anak-anak. Last-last decide pergi tempat sejukkkkk! ok kalo sejuk jom pegi Genting. Since Genting tengah renovate outdoor games, jadi aktiviti terhad dalam indoor sahaja! pikir-pikir pun umur anak banyak mana sangat la games yang diorang boleh main kan! dan kebetulan nak bawak pegi tengok Ice Age Adventure.

bila pegi genting harus la angkut anak-anak naik kabel car! hehehe... seb baik tak ramai orang so anak sibok nak naik kabel car warna pink! adehh! takde istilah gayat budak dua ketul ni..heheh...mula-mula nampak gak la hutan banat pastu kabus makin tebal langsung tak nampak apa! dengar sayup jer bunyi monyet! hehehe...






Kalau nak tau further pasal Ice Age Adventure ni boleh la rujuk kat sini. Mungkin Ice Age Adventure ni salah satu tarikan untuk persediaan outdoor theme park baru yang dinamakan 20th Century Fox Theme Park.. rasanya bagus juga proses renovate ni..iyer la dari aku kecik sampai la besauuu dan beranak dua ni aku pegi Genting Outdoor theme park sama je laa..umah antu lanun pun bila masuk dah takat gelak-gelak jer! roller coaster dah berbelas kali naik kot!dinasorland tu rasanya cat pun dah pudar! so kita nantikan kemunculan thme park yang baru. sempat gak aku capture outdoor theme park yang dah jadi padang jarak padang tekukur tu..hihiihi..



tinggal kenangan je ..ehhehehe...nantikan kemunculan yang baru!


Ice Age Adventure ni start dari 1 September 2014 hingga 26 Oktober 2014.. harga tiket pun affordable laa..RM20 per head..kalo ada Genting Card dapat diskaun lagi.. apa ada dalam tu? kat dalam ni lebih kepada aktiviti anak-anak laa..




bermula dengan tayangan video..yang ni ada show time! so lepas tengok video boleh jawab soklan.. hahahhaa....akak jawab dua soklan dik! hihihi...hover! sebab orang lain senyap je! dah tu kami  duduk bersila kat depan gara-gara bean bags dah takde! so dapat la hadiah note pad Ice Age Adventure..

so dah ada note pad tu, boleh la main cop-cop. sebab ada kaunter untuk cop-cop! lepas tu ada ruangan untuk bergambar. yang ni tertakluk la pada kreativiti masing-masing untuk bagi hasil gambar menarik kannnnn! seb baik la mood anak-anak ok! cuma si kecik harazz tu gigih berjalan sana sini. semputtttt akak!!!

ada games so kalo menang leh dapat hadiah bebear! yang ni aku tak bagi chinta main sebab cam susah je..ahhahaha...... so dia buat aktiviti mewarna..dia buat mask! so bagi can la dia kan suka benda-benda arts ni!


last sekali, boleh tukar tiket dan dapat button badge dan aiskrim KOOL..sedap aiskrim tu..since button badge abis stok makan eskem je la kami sambil tunggu chinta siapkan mask dia! so meh kita throwbackkkkk gambar-gambar di hari kejadian.....



so finally, kemunculan SID! yang ni dua-dua anak aku pentakut rupanya!!! aku yang over.. hahaha..sebab sid tu comellllll sangat okay! *tak kisah la kalo yang dalam tu tak comel*.. hahahha.. so ada aktiviti dance with Sid.. aku tak sempat nak capture video harazz.. dia ikut joget dalam takut-takut tu..ahahhahahah....so sape yang buat dapat la hadiah lagi..




















kemain kakak posing sekali ko tengok yang kenit tu..
datang buat peace yoooo!
huhu...


pentakut tu kena dukung! paksa rela amik gambar!


Sid tu memang noty! lepas dah abis dia kacau orang kat dalam tu, dia kacau plak kat area bebudak tengah sibuk mewarna!


aku malas nak layan bila dia start main stroller harazz..
hahahhahaa....





kak yong bz dengan mask dia! gigih dia warna sampai la dah takde sapa duduk situ..slow and steady je dia siapkan keje dia.....

ikutkan korang leh duduk seharian kat Ice age Adventure sebab lepas tu akan ada show movie dan kemunculan watak-watak lain plak...tapi tak gigih la nak tunggu sebab nak masuk indoor theme park plak kan!

tak banyak la games sebab tengah renovate kan..indoor roller coaster pun dah takde, yang ada orang main parachute pun takde, eifel tower untuk mainan bebudak pun tak ada, motion games yang duduk gerak-gerak pun takde...apa lagi ek..hehhee...boat yang dalam air pun takde! so main je la apa yang ada kannn..hahahhaa...ada yang tak sempat capture gambar..hahahhaa....



chinta main train...
dah besar nak duduk sowang-sowang..
mama duduk belakang sekali...
(T_T)


so jom selpieeeee!!!!

dah puas rayau kat atas tu..... sebelum balik boleh plak singgah shopping kat poney. kebetulan ada happy hour sale 70% so tangkap la apa yang boleh untuk anak-anak..


hasil tangkapan kat poney..
yang buku tu la note pad dapat kat ice age...


sebelum balik tu sempat la singgah kat Cameron...opsss! hahhahaa..... Cameron okay..di ulang Cameron..tak percaya?...ni akak bagi gambauuuuu!




seeee! Cameron okay..hahhahaa... skarang dah ada Mini Cameron kat Genting. Boleh la singgah kalau nak beli sayor-mayor dan buah stoberiii!!!!!

bila belek-belek takde langsung gambo family! hahahha... adeh sila beli monopod kay! takde sape nak layan amik gambar kita ni....jadi la satu ni selpieee dalam keta otw nak ke Genting...







love!!




Thursday 16 October 2014

bersalin hospital kerajaan ke swasta?

woilaaa!

hari ni tajuk cam seriussss sajer! bukan apa tertiba rasa nak menulis pasal ni.walaupun pengalaman bersalin yang terakhir dah berlalu hampir setaun yang lepas kan! tapi rasanya mau je kongsikan sesuatu yang aku rasakan baik! tak salah kan..kalo benda betul sama-sama kita puji..kalo  tak betul leh jom umpat berjemaah! mihahahahhaha *libas-rambut*


selalu kita dengor orang kata servis kat hospital kerajaan ni lambat! nurse garang-garang! suami tak leh teman..macam-macam laaa! yelah ko dah sakit nak beranak kan, tetiba orang dok buat tambah naik angin kita memang amukan la jadinya! bila dah amukan, mood bercelaru, masing-masing pun mula saling maki-memaki! pheww!


kalau ikutkan, masa aku mengandungkan anak pertama, teringin hajat di hati nak bersalin di Hospital Swasta. Yelah, dengan cerita-cerita turun temurun sok sek sana sini, berkongsi pengalaman macam-macam yang aku dengor mengatakan sakit bersalin anak sulung ni lain! fuh!! tambah dengan aku sendiri agak paranoid dan penakut bila bab-bab bersalin ni! seyes dari dulu aku akan ngilu dengar bila orang cheta kena gunting la,,jahit laaa...ekk type pun aku dah rasa ngilu! jadi termakan sendiri dengan kata-kata ni mula-mula dok pikir nak simpan duit dan bersalin kat hospital swasta! tapi hasrat simpan macam tu je la sebab takde la betul-betul survey pun. just monthly check up memang aku buat di klinik panel tempat keje saje! aku memang buat monthly check up di Pusat Rawatan Mesra di Serdang ni... suka check-up dengan Dr. Rahaya!! sayang Dr. lebiuuu! sampai hujung-hujung nak bersalin siap bagi no hp if apa-apa just call dia terus...almaklum la aku ni cepat benor panik! hahahha...

Bila dah hujung-hujung nak bersalin.. baru pikir nak bersalin kat mana bila Doktor nak buat referal letter! tambah-tambah aku ada tanda-tanda nak bersalin awal dan saiz baby yang kecil berbanding usia dia dalam perot! so masa tu dok congak-congak mana ni! hihi..masa tu my mom cakap bersalin kat mana-mana pun sama je sakitnya.. baik simpan duit untuk kegunaan anak lepas bersalin.. woila!! orang cakap jangan derhaka dengan mak kan! hahahah.. so last-last dua-dua pengalaman bersalin di Hospital Serdang.. hospital kerajaan sajooo!


bagi aku, if ada duit sila la bersalin di Hospital Swasta. If di sana boleh request nak Doktor mana, yet Doc yang buat monthly check up tu la yang akan sambut baby kebiasaannya. So dia akan pantau progress dari awal sampai bersalin. Servis jangan cakap laa...harus la tip top! u pay them right! tapi ada gak pernah aku baca sesetengah orang tak suggest bersalin di Swasta sebab they want to charge more dengan mencari alasan supaya ibu-ibu bersalin secara ceaserian! ntah la.. bahagian masing-masing kot!alasan sebab takmo tunggu lama and the fastest way is tolak ibu-ibu itu ke operation theater sajo!room harus la macam hotel! selesa dan bilik tak akan penuh cam Hospital Kerajaan!ok full stop di situ, sebab aku pun tak penah bersalin swasta jadi tak leh nak komen lebih-lebih! mungkin tak semua tapi entah laaa! hihihi....

Kalo nak share pengalaman aku bersalin di Hospital Serdang, seriously aku bagi double thumbs up! Syukur alhamdulilah..memang tiap kali nak bersalin aku akan doa banyak-banyak agar nurse yang handle kes aku di LB orang yang baik, dia jahir ok, aku dipermudahkan waktu bersalin dan yang penting wad ada untuk check-in. Takmo la kalo dengar ayat-ayat wad penuh la dik! kena tunggu dulu..huhuhu..


Nasib aku sangat baik! kedua-dua anak memang takde masalah. cuma masa anak kedua houseman yang cucuk drip kat tangan aku agak gelabah sampai memancut-mancut darah dari tangan aku ke atas meja! aku mau amukan je masa tu..tapi pikir nak beranak kan..kena istifar banyak..sebelum aku sempat bebelan... staff nurse dah bebelan kat houseman tu..mihahahha..  ok nak cheta pengalaman dalam labour room..


masa bersalinkan chinta...tak lama dok labour room..masuk je LB..dlm 15 min dah bersalin.. so apaknya pun kejap je dok dalam tu...anak dah selamat kuar, nurse amik masa nak jahit... the best part, aku dapat nurse yang sangat baik! aku tak pasti apa istilah dia untuk bidan yang sambut baby dlm LB.. so aku guna panggilan nurse je la ek! hihi..nama dia Pn. Norma..see..aku ingat sampai skarang.. sambil dia jahit tu aku borak-borak ngan dia..hahaha..sampai dia kata "dik tak sakit ke"..mihahaha.. and lepas bersalin je nurse praktikal buatkan milo suam untuk aku minum..siap suapkan guna straw.. terima kasih ye dik! rasa tak mampu buat apa-apa masa tu..evertything nurse bantu...sehingga selesai. bila nurse norma tu selesai jahit...nurse praktikal sebab bagitau aku.. "akak, nasib baik dapat nurse tu dia jahit sangat kemas!!"..


dan rezeki lagi sekali... masa bersalinkan harazz, aku dapat nurse yang sama!!! masa tu laki aku pun ingat dia lagi siap cakap "saya rasa akak lah yang sambut anak sulung saya dulu"..aku siap cakap nama akan norma ke?..heheheh.. Ya Allah, sungguh tak sangka berjumpa lagi sekali. cuma kali ni dia yang pantau aku dalam LB yang sambut adalah nurse Komathy and nurse Leong.. see 1 Malaysia okay! the best part aku nak cheta layanan yang aku terima sangat baik! bersalinkan harazz buat aku duduk lama dalam LB..bayangkan masuk LB kul 10 malam..bersalin dekat jam 4 pagi..dalam tempoh aku sakit menahan contraction tu, nurse Norma bukakan surah yasin untuk aku... dan dia sendiri gosok dan urut belakang aku... dan dia ajar laki aku untuk buat benda yang sama.serius rasa sangat lega!!! (T___T).. sebab lama sangat bertapa dalam LB, laki aku stay kat situ sampai selesai aku dijahit.masa tengah jahit tu.. waktu aku dah buka 10cm, dari jauh aku dengar nurse Norma jerit alhamdulilah!! risau sangat dia sebab aku asik la buka 5cm and air ketuban dah lama pecah kan...

bila bab jahitan sangat teliti...lagipun anak kedua, aku tak kena episotonomi..so sikit je jahit! itu pun masa nurse KK datang check jahitan, dia sendiri tak perasan ada jahit!! siap ingat aku tak kena jahit! hahahhaa...

layanan kat wad smua ok..walaupun bersalin dua-dua anak dapat wad kelas dua dan kelas tiga, sebab wad kelas satu penuh..tapi tetap okay. masa chinta duduk wad kelas tiga (tapi bilik seorang).. masa harazz kelas dua (bilik berempat)... nurse kerap round.. masa bersalinkan chinta ada sorang doktor baru selalu pantau kat bilik... disebabkan Hosp Serdang merupakan Hospital mesra susu ibu, jadi baby akan diletakkan terus dengan mak-mak untuk bf.. even ada nurse yang akan bantu penyusuan susu ibu dan ajar cara yang betul..even, kalo ada case, kebiasaannya Hosp swasta tak akan amik dan tetap suruh refer ke Gov Hosp gak......memang la kalo nak kuar wad amik masa doc nak datang check.. tapi tu semua disebabkan doc ni ada banyak komitmen. bukan nak attend kita sowang je! ingat lagi masa nak bersalinkan chinta, kat waiting area tu.. doc pakar gah scan baby! tetiba dapat call kena panggil masuk OT. so dia kena la tinggalkan kita dulu untuk benda yang lebih penting kan! diorang ni manusia bukan robot! 

lagi satu..kalo nak bersalin hosp kerajaan, banyak dah yang mengamalkan hospital rakan suami! maksudnya suami kita boleh masuk untuk teman dan bagi semangat pada kita dalam LB. cuma kalo dah masuk LB tu jangan sibok-sibok masuk campur camne doc & nurse handle patient! mereka lebih arif dan Insha-Allah tau mana yang terbaik..... kalo tak, baik somi-somi bidankan sendiri je kan bini bersalin, toksah g hospital..hahahaha...
Apapun semuanya bergantung pada diri kita, bila kita paham orang..Inshaa Allah orang akan paham kita! jangan dibanding hosp kerajaan dan swasta! hosp kerajaan doktor yang ada itu la kena standby kat emergency, kang kena panggil kat OT, jap-jap nak kena round tengok patien balik.. sama la nurse-nurse pong!


Kalau ada duit takde masalah,,sila la ke Hosp Swasta! layanan memang terbaik seiring dengan RM yang keluar! hihihi...doc tak banyak patient nak pantau boleh la fokus, takde masalah.. jadi tepuk dada! tepuk poket laki masing-masing! aku tak bermaksud  untuk bias.. seperti aku cakap.. tak salah bersalin mana-mana! jangan sampai perlu meminjam along hanya semata nak bersalin kat hospital swasta dan memandang rendah kemampuan hospital kerajaan..no..no .no!! *goyang jari telunjuk kekiri-kekanan*.....


Bagi aku, segalanya terletak pada yang di atas! Mohon banyak-banyak moga Allah lembutkan hati orang yang merawat kita, dipermudahkan urusan dan diberi berurusan dengan Orang-orang yang baik-baik...


so, bersalin hospital kerajaan atau swasta? anda yang menentukannya........ peace yo!

Tuesday 14 October 2014

Aktiviti bersama anak: 2# -Find and Sort

Activity 2# find and sort

taraaaa....arini rasa cam nak bersiaran lama skit kat blog ni! aku dah siapkan keje, rasa cam nak menulis mengasah skil kat sini plak! hahaha hak tuih! dah lama aku tak up entri pasal aktiviti main cikgu-cikgu aku kat umah dengan anak-anak! bukan tak buat aktiviti tapi dah lama tak up entri jer

skarang ni rata-rata mak-pak banyak yang terlalu risau anak umur 5 taun tak leh membaca..4 taun tak leh menulis..kalo boleh agaknya anak umur 4 taun tu dah baca novel shakespeare kot! hihi.. no offense! aku pun kadang-kadang macam tu gak....too academic kiasu kadang-kadang. mungkin faktor diri sendiri tak bape nak pandai dulu-dulu jadi cuba nak meletakkan harapan suci murni tu pada anak-anak..selain tu risau, takut anak kita tak leh perform masa sekolah rendah nanti!

okay! memang ikutkan sistem pendidikan kat malaysia ni lebih menekankan akademik. soalan-soalan feveret makcik-pakcik-toknek-jiransebelahumah-pakcikposmen setiap kali keluar result UPSR atau pun paling sengkek pun Ujian Bulanan.....


"Bape A dapat?..."
"Dapat no berapa?"
Kenapa BM pun tak leh dapat A

asik la huruf A je ditanya?.. kalo macam tu baik ajar anak huruf A je tak perlu sampai Z
hahahhaa. * ok tak kelakar!!

kalo dinilai tahap kepintaran, akademic hanya berskala 2 sahaja dari keseluruhan. tapi itu yang paling merungsingkan mak-pak kan! cuba kita ubah sikit mentaliti tu..iyer aku tau aku bukan pakar pendidikan awal kanak-kanak! tapi apa salahnya dengan usaha yang sedikit sekurang-kurangnya kita dapat wujudkan suasana harmoni kepada anak-anak nak membesar! yes..one fine day! doakan aku berjaya buka satu kindy dan jadi antara early childhood practitioner... 

cuba pikir kita masa umur 4 taun? agaknye gak togok botol susu sambil layan kartun tomatoman! hahahaa... so the best is.. kita cuba wujudkan persekitaran pembelajaran sambil bermain. mesti seronok kan!!!

selalunya solution termudah adalah dengan membekalkan gajet pada anak-anak kita! aku pon tak terkecuali, buat benda yang sama! mula-mula dulu memang aku penah beriltizam untuk tidak membelikan anak ipad! hahaha... sekali bila ku lihat persekitaran dan cabaran anak membesar, rasanya perlu aku bagi sedikit ruang untuk anak-anak kenal apa itu ipad! hehe.. tapi still kami cuba untuk limitkan penggunaan dan masih apply cara lama untuk bonding dengan anak-anak.

selain tu, memang betoi skarang banyak tadika-tadika hebattt di luar sana! sediakan je ongkos, anak leh pandai macam-macam! tapi rasanya, tu bukan cara terbaik, seeloknya didikan biar dari rumah. 

"pandai dia baca surah Al-Ikhlas, sape ajar adik baca ni?"

"Mama"

see?..sejuk tak hati..hehee... bukan kata kita yang kena ajar semua tapi sekurang-kurangnya taklah lepaskan sepenuhnya pada cikgu-cikgi tadika atau cikgu-cikgi skola! ok, tak nak bebel panjang bab-bab ni, tepuk dada tanya selera! lagipun mencurah-curah pahala kalo kita didik anak sendiri kan.. bukan sape-sape pongg anak sendiri gak yang dok teran kuar masa beranak tu!


kalau pernah baca blog ni dulu aku ada buat entri mengenai aktiviti 1# - paste & arrange . so ini entri kedua sambungan aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak! 

#2- Find & Sort

aktiviti ni mudah je, kebetulan kat rumah memang ada blok foam yang lembut ni. macam-macam bentuk, actually kalo gunakan lego pun boleh. yang penting benda tu berwarna dan mempunyai banyak bentuk. lepas tu sediakan bakul. bakul ijo dalam gambar tu bakul yang aku gunakan nak basuh sayur-sayur time masak.hahaha...

just be creative! ada beberapa aktiviti boleh buat hanya dengan peralatan/permainan sedia ada!



1) suwuh anak cari blok mengikut warna dan masukkan ke dalam bakul. Contoh dalam gambar, chinta tengah asingkan blok yang hanya berwarna merah. Boleh repeat aktiviti dengan warna oren, hijau, biru. Cuba terapkan sedikit kemahiran bahasa, dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Chinta, could you put all red block into the basket?
Intonasi penting. Cuba kuatkan sedikit suara untuk warna yang perlu dicari!

3) selepas kenal warna, boleh apply untuk mengenal shape! kat sini aku akan minta chinta untuk cari shape seperti rectangle, square, triangle mengikut warna dan dimasukkan ke dalam bakul.

2) Lepas tu, boleh minta anak kira berapa jumlah blok yang terdapat dalam bakul?

3) Boleh asingkan beberapa blok warna merah dan beberapa blok warna lain untuk ajar perbezaan "banyak" dan "sedikit".

** kat sini dalam keadaan bermain - kita dah cuba terapkan kemahiran mengenal warna, bentuk, kiraan 1-20, dan logical thinking membezakan banyak dan sedikit**


******************


1) yang ni lebih kurang sama dengan aktiviti pertama. tapi aku gunakan model sayur-sayuran! Bakul berperanan sebagai adding machine. Aku akan sebut item yang aku nak sebagai contoh carrot and corn.. so chinta akan cari mana carrot & corn! kemudian bakul itu akan digunakan sebagai adding machine untuk dia paham konsep tambah berapa jumlah apabila carrot dan corn tersebut dimasukkan ke dalam bakul.

2) selain itu, model sayuran ni aku gunakan untuk mengenal warna, mengenal jenis buah dan mengajar konsep "sama banyak", "sedikit", "lebih banyak".



si kenit ni pon sama sibuk belajar masukkan barang dalam bakul

cuma pada harazz aku lebih kepada aktiviti mengikut arahan.

"harazz, pick up the red one"

"harazz, put into the basket"

tapi dak kecik ni lebih suka membaling dan sepah-sepahkan blok foam tu..hehehhee...







finally:

bila dah bersepah! apa lagi.....sama-sama la aku kena nyanyi ngan anak lagu..

"clean up..clean up..everybody lets clean up"
"clean up..clean up...put you things away"











next aktiviti..next entri plak k!

art class

helooowwww..

adeh..sejak anak dah masuk 4y ni mula la nak merancang macam-macam untuk education anak. tau je la skarang ni macam-macam early education yang ditawarkan dan tahap awareness mak-pak dah terlalu tinggi skarang ni! saingan dan cabaran sangat tinggi bila anak-anak masuk sekolah! untuk aku, aku tak de la nak demand anak cenggitu, cenggini.. yang penting aku nak dia buat apa yang dia suka, dia minat, dia cenderung bukannye ikut tekak nafsu aku je! yesss betul! kita mak-pak kena corakkan anak tapi biarlah seiring dengan minat... baru la berbaloi-baloi pelaburan tu!

chinta suka arts! menurun dari mak-pak dia gak aku rasa! suka kalo dapat main water colour..potong-potong kertas, gam-gam..suka bebenor! disebabkan tu..aku memang nak carikan kelas arts untuk dia.
for her age, aku nak instill banyak creativity dan stimulate right brain! benda yang dia suka.. aku pun suka.

ikutkan sekarang ni macam-macam kelas untuk budak ada! gym class, martial arts, swimming, music, piano, equin,kelas baking for kids...macam-macam..just name it! kelas ngaji, kelas tahfiz pun ada je merata sekarang ni... ikut la nak yang mana ... bak kata tagline popular astro dulu "macam-macam ada"

hari tu balik dari kindy, chinta tunjuk satu brosur!untuk kelas martial arts. hehe..cepat je dia cakap kakak taknak laa..takut! hahaa.. aku pon takde la terpikir sampai semua jenis macam kelas nak masukkan dia.cukup la mana yang bersesuaian. yang kena pikir selain minat anak, bajet , lokasi, masa, etc etc! so terpulang pada mak-pak laaa! so far yang aku survey ni ada dua:


1)     Global Art



2)   Da Vinci Creative Kids




dari segi pengisian program lebih kurang sama...consider lokasi dua-dua pun senang je nak datang dari umah kami kat Puchong tu.. yuran?.. tak dapek nak tepek lagi sebab aku pun tak g terjah lagi kedua-dua tempat ni..

kalo tanya aku kenapa arts class?
sebab anak aku minat dengan art! tu jer!.. hahaha...


camne aku tau anak aku minat?
anak aku..aku tau laaaaa! hahahhahahahahaa..
















kbai!











Monday 13 October 2014

adik maness

woila!

lama tak update pasal anak bujang sowang ni! pejam celik, masa ni cepat sangat rasa! kadang rasa tension sendiri sebab cam tak puas spend masa dengan anak-anak! tup tup rasa dah besau anak, dah lupa bila masa dia besar! hahahahha...

anak bujang ni rasa cepat je besar! rasa baru je dia tergolek, dok belajar menerap.. alih-alih sekarang dah berlari memanjat satu rumah! mengemas toksah cakap la.. kang tau-tau dah menangis jari tersepit pintu kabinet dapur.. ada sekali prangg bunyi benda pecah kat dapur! sejarah okay! first time cawan pecah kat dapur rumah sejak pindah! masa tu tau plak dia lari takut buat muka tak bersalah! hahaha.. iyer dik explore laa..tau adik nak belajar cause & affect! so kalo baling gelas, nak tau affect apa kan! sila la buat yer dik! hak bermain hak kami! iyer mama paham * sambil urut dada tahan napas 44 kali*

dah nama anak lelaki! memang nampak beza dengan chinta.. exploring skill dia sangat-sangat-sangat la tak leh dok diam! rasanya kakinya setiap masa la berjalan sana sini kat rumah tu.... mana aku pegi suka follow dari belakang.. hahaha...so meh aku tepek few random pic gelagat garazz! buah hati mama sowang ni!

harazz dah almost 1y 5 mons masa entry ini ditulis.. progress harazz sangat cepat.. maksud cepat kat sini dia jenis takde praktis-praktis punya orang! contoh, bila dapat berjalan dalam beberapa hari dah berlari.. takde tatih-tatih takut-takut paut sana sini.. dapat je berjalan terus berjalan non-stop! sama cam merangkak.. mengesot...duduk dll...  sekarang keje asik la menyakat kakak! apa kaka buat semua dia nak ikut..kakak menulis dia sibuk cari pen nak tonyoh sama! tak jumpa dirampasnya pensel kakak!..

kakak tengok ipad! dia sama sondol-sondol badan suwuh kakak ketepi nak amik ipad! tak dapat apa dia nak..ditariknya rambut kakak! or lastnya mengamuk! kuat ngamuk dah ni! huhu.. mulut dah pandai dah sebut..apin..pin pin....sambil tunjuk hp! suwuh bukak youtube upin ipin! adeh!! pastu dah mula nak sebut dua tiga patah perkataan! kalau tak nak pandai geleng kepala laju-laju! adehh..tu yang buat rindu hari-hari kat opis ni!

jom la layan gambar! macam-macam aksi harazz!!

 cerita kat rumah:
sipi je duduknya tu! saja ngada tau mama nak amik pic dia!



alaaa..fenin la kepala adik!
perot!! hadeh!!

 
cubaan nak sakat kakak!!



takleh dok diam dalam keta..
segala benda nak usik



posing ngada-ngada okay!!!




senyum plak tu tengok mama amik gambar!'
ok memang geram!








cara duduk dalam car seat ikut suka hati..





asal boleh je nak baring kat mana pun..




 cara nak bagi diam..
kena standby ipad/tab kalo tak mau memanjat meja tu
(T_T)



cubaan nak panjat benda alah ni kat airport!



spot where is harazz??


muka mintak cium ni!!!




 ustaz harazz!


and lastly..... kita selpie satu!!













tadaaaa!!

mama & harazz!!








                                      






*sayang-ketat-ketat*


::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers