"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday, 16 October 2014

bersalin hospital kerajaan ke swasta?

woilaaa!

hari ni tajuk cam seriussss sajer! bukan apa tertiba rasa nak menulis pasal ni.walaupun pengalaman bersalin yang terakhir dah berlalu hampir setaun yang lepas kan! tapi rasanya mau je kongsikan sesuatu yang aku rasakan baik! tak salah kan..kalo benda betul sama-sama kita puji..kalo  tak betul leh jom umpat berjemaah! mihahahahhaha *libas-rambut*


selalu kita dengor orang kata servis kat hospital kerajaan ni lambat! nurse garang-garang! suami tak leh teman..macam-macam laaa! yelah ko dah sakit nak beranak kan, tetiba orang dok buat tambah naik angin kita memang amukan la jadinya! bila dah amukan, mood bercelaru, masing-masing pun mula saling maki-memaki! pheww!


kalau ikutkan, masa aku mengandungkan anak pertama, teringin hajat di hati nak bersalin di Hospital Swasta. Yelah, dengan cerita-cerita turun temurun sok sek sana sini, berkongsi pengalaman macam-macam yang aku dengor mengatakan sakit bersalin anak sulung ni lain! fuh!! tambah dengan aku sendiri agak paranoid dan penakut bila bab-bab bersalin ni! seyes dari dulu aku akan ngilu dengar bila orang cheta kena gunting la,,jahit laaa...ekk type pun aku dah rasa ngilu! jadi termakan sendiri dengan kata-kata ni mula-mula dok pikir nak simpan duit dan bersalin kat hospital swasta! tapi hasrat simpan macam tu je la sebab takde la betul-betul survey pun. just monthly check up memang aku buat di klinik panel tempat keje saje! aku memang buat monthly check up di Pusat Rawatan Mesra di Serdang ni... suka check-up dengan Dr. Rahaya!! sayang Dr. lebiuuu! sampai hujung-hujung nak bersalin siap bagi no hp if apa-apa just call dia terus...almaklum la aku ni cepat benor panik! hahahha...

Bila dah hujung-hujung nak bersalin.. baru pikir nak bersalin kat mana bila Doktor nak buat referal letter! tambah-tambah aku ada tanda-tanda nak bersalin awal dan saiz baby yang kecil berbanding usia dia dalam perot! so masa tu dok congak-congak mana ni! hihi..masa tu my mom cakap bersalin kat mana-mana pun sama je sakitnya.. baik simpan duit untuk kegunaan anak lepas bersalin.. woila!! orang cakap jangan derhaka dengan mak kan! hahahah.. so last-last dua-dua pengalaman bersalin di Hospital Serdang.. hospital kerajaan sajooo!


bagi aku, if ada duit sila la bersalin di Hospital Swasta. If di sana boleh request nak Doktor mana, yet Doc yang buat monthly check up tu la yang akan sambut baby kebiasaannya. So dia akan pantau progress dari awal sampai bersalin. Servis jangan cakap laa...harus la tip top! u pay them right! tapi ada gak pernah aku baca sesetengah orang tak suggest bersalin di Swasta sebab they want to charge more dengan mencari alasan supaya ibu-ibu bersalin secara ceaserian! ntah la.. bahagian masing-masing kot!alasan sebab takmo tunggu lama and the fastest way is tolak ibu-ibu itu ke operation theater sajo!room harus la macam hotel! selesa dan bilik tak akan penuh cam Hospital Kerajaan!ok full stop di situ, sebab aku pun tak penah bersalin swasta jadi tak leh nak komen lebih-lebih! mungkin tak semua tapi entah laaa! hihihi....

Kalo nak share pengalaman aku bersalin di Hospital Serdang, seriously aku bagi double thumbs up! Syukur alhamdulilah..memang tiap kali nak bersalin aku akan doa banyak-banyak agar nurse yang handle kes aku di LB orang yang baik, dia jahir ok, aku dipermudahkan waktu bersalin dan yang penting wad ada untuk check-in. Takmo la kalo dengar ayat-ayat wad penuh la dik! kena tunggu dulu..huhuhu..


Nasib aku sangat baik! kedua-dua anak memang takde masalah. cuma masa anak kedua houseman yang cucuk drip kat tangan aku agak gelabah sampai memancut-mancut darah dari tangan aku ke atas meja! aku mau amukan je masa tu..tapi pikir nak beranak kan..kena istifar banyak..sebelum aku sempat bebelan... staff nurse dah bebelan kat houseman tu..mihahahha..  ok nak cheta pengalaman dalam labour room..


masa bersalinkan chinta...tak lama dok labour room..masuk je LB..dlm 15 min dah bersalin.. so apaknya pun kejap je dok dalam tu...anak dah selamat kuar, nurse amik masa nak jahit... the best part, aku dapat nurse yang sangat baik! aku tak pasti apa istilah dia untuk bidan yang sambut baby dlm LB.. so aku guna panggilan nurse je la ek! hihi..nama dia Pn. Norma..see..aku ingat sampai skarang.. sambil dia jahit tu aku borak-borak ngan dia..hahaha..sampai dia kata "dik tak sakit ke"..mihahaha.. and lepas bersalin je nurse praktikal buatkan milo suam untuk aku minum..siap suapkan guna straw.. terima kasih ye dik! rasa tak mampu buat apa-apa masa tu..evertything nurse bantu...sehingga selesai. bila nurse norma tu selesai jahit...nurse praktikal sebab bagitau aku.. "akak, nasib baik dapat nurse tu dia jahit sangat kemas!!"..


dan rezeki lagi sekali... masa bersalinkan harazz, aku dapat nurse yang sama!!! masa tu laki aku pun ingat dia lagi siap cakap "saya rasa akak lah yang sambut anak sulung saya dulu"..aku siap cakap nama akan norma ke?..heheheh.. Ya Allah, sungguh tak sangka berjumpa lagi sekali. cuma kali ni dia yang pantau aku dalam LB yang sambut adalah nurse Komathy and nurse Leong.. see 1 Malaysia okay! the best part aku nak cheta layanan yang aku terima sangat baik! bersalinkan harazz buat aku duduk lama dalam LB..bayangkan masuk LB kul 10 malam..bersalin dekat jam 4 pagi..dalam tempoh aku sakit menahan contraction tu, nurse Norma bukakan surah yasin untuk aku... dan dia sendiri gosok dan urut belakang aku... dan dia ajar laki aku untuk buat benda yang sama.serius rasa sangat lega!!! (T___T).. sebab lama sangat bertapa dalam LB, laki aku stay kat situ sampai selesai aku dijahit.masa tengah jahit tu.. waktu aku dah buka 10cm, dari jauh aku dengar nurse Norma jerit alhamdulilah!! risau sangat dia sebab aku asik la buka 5cm and air ketuban dah lama pecah kan...

bila bab jahitan sangat teliti...lagipun anak kedua, aku tak kena episotonomi..so sikit je jahit! itu pun masa nurse KK datang check jahitan, dia sendiri tak perasan ada jahit!! siap ingat aku tak kena jahit! hahahhaa...

layanan kat wad smua ok..walaupun bersalin dua-dua anak dapat wad kelas dua dan kelas tiga, sebab wad kelas satu penuh..tapi tetap okay. masa chinta duduk wad kelas tiga (tapi bilik seorang).. masa harazz kelas dua (bilik berempat)... nurse kerap round.. masa bersalinkan chinta ada sorang doktor baru selalu pantau kat bilik... disebabkan Hosp Serdang merupakan Hospital mesra susu ibu, jadi baby akan diletakkan terus dengan mak-mak untuk bf.. even ada nurse yang akan bantu penyusuan susu ibu dan ajar cara yang betul..even, kalo ada case, kebiasaannya Hosp swasta tak akan amik dan tetap suruh refer ke Gov Hosp gak......memang la kalo nak kuar wad amik masa doc nak datang check.. tapi tu semua disebabkan doc ni ada banyak komitmen. bukan nak attend kita sowang je! ingat lagi masa nak bersalinkan chinta, kat waiting area tu.. doc pakar gah scan baby! tetiba dapat call kena panggil masuk OT. so dia kena la tinggalkan kita dulu untuk benda yang lebih penting kan! diorang ni manusia bukan robot! 

lagi satu..kalo nak bersalin hosp kerajaan, banyak dah yang mengamalkan hospital rakan suami! maksudnya suami kita boleh masuk untuk teman dan bagi semangat pada kita dalam LB. cuma kalo dah masuk LB tu jangan sibok-sibok masuk campur camne doc & nurse handle patient! mereka lebih arif dan Insha-Allah tau mana yang terbaik..... kalo tak, baik somi-somi bidankan sendiri je kan bini bersalin, toksah g hospital..hahahaha...
Apapun semuanya bergantung pada diri kita, bila kita paham orang..Inshaa Allah orang akan paham kita! jangan dibanding hosp kerajaan dan swasta! hosp kerajaan doktor yang ada itu la kena standby kat emergency, kang kena panggil kat OT, jap-jap nak kena round tengok patien balik.. sama la nurse-nurse pong!


Kalau ada duit takde masalah,,sila la ke Hosp Swasta! layanan memang terbaik seiring dengan RM yang keluar! hihihi...doc tak banyak patient nak pantau boleh la fokus, takde masalah.. jadi tepuk dada! tepuk poket laki masing-masing! aku tak bermaksud  untuk bias.. seperti aku cakap.. tak salah bersalin mana-mana! jangan sampai perlu meminjam along hanya semata nak bersalin kat hospital swasta dan memandang rendah kemampuan hospital kerajaan..no..no .no!! *goyang jari telunjuk kekiri-kekanan*.....


Bagi aku, segalanya terletak pada yang di atas! Mohon banyak-banyak moga Allah lembutkan hati orang yang merawat kita, dipermudahkan urusan dan diberi berurusan dengan Orang-orang yang baik-baik...


so, bersalin hospital kerajaan atau swasta? anda yang menentukannya........ peace yo!

Tuesday, 14 October 2014

Aktiviti bersama anak: 2# -Find and Sort

Activity 2# find and sort

taraaaa....arini rasa cam nak bersiaran lama skit kat blog ni! aku dah siapkan keje, rasa cam nak menulis mengasah skil kat sini plak! hahaha hak tuih! dah lama aku tak up entri pasal aktiviti main cikgu-cikgu aku kat umah dengan anak-anak! bukan tak buat aktiviti tapi dah lama tak up entri jer

skarang ni rata-rata mak-pak banyak yang terlalu risau anak umur 5 taun tak leh membaca..4 taun tak leh menulis..kalo boleh agaknya anak umur 4 taun tu dah baca novel shakespeare kot! hihi.. no offense! aku pun kadang-kadang macam tu gak....too academic kiasu kadang-kadang. mungkin faktor diri sendiri tak bape nak pandai dulu-dulu jadi cuba nak meletakkan harapan suci murni tu pada anak-anak..selain tu risau, takut anak kita tak leh perform masa sekolah rendah nanti!

okay! memang ikutkan sistem pendidikan kat malaysia ni lebih menekankan akademik. soalan-soalan feveret makcik-pakcik-toknek-jiransebelahumah-pakcikposmen setiap kali keluar result UPSR atau pun paling sengkek pun Ujian Bulanan.....


"Bape A dapat?..."
"Dapat no berapa?"
Kenapa BM pun tak leh dapat A

asik la huruf A je ditanya?.. kalo macam tu baik ajar anak huruf A je tak perlu sampai Z
hahahhaa. * ok tak kelakar!!

kalo dinilai tahap kepintaran, akademic hanya berskala 2 sahaja dari keseluruhan. tapi itu yang paling merungsingkan mak-pak kan! cuba kita ubah sikit mentaliti tu..iyer aku tau aku bukan pakar pendidikan awal kanak-kanak! tapi apa salahnya dengan usaha yang sedikit sekurang-kurangnya kita dapat wujudkan suasana harmoni kepada anak-anak nak membesar! yes..one fine day! doakan aku berjaya buka satu kindy dan jadi antara early childhood practitioner... 

cuba pikir kita masa umur 4 taun? agaknye gak togok botol susu sambil layan kartun tomatoman! hahahaa... so the best is.. kita cuba wujudkan persekitaran pembelajaran sambil bermain. mesti seronok kan!!!

selalunya solution termudah adalah dengan membekalkan gajet pada anak-anak kita! aku pon tak terkecuali, buat benda yang sama! mula-mula dulu memang aku penah beriltizam untuk tidak membelikan anak ipad! hahaha... sekali bila ku lihat persekitaran dan cabaran anak membesar, rasanya perlu aku bagi sedikit ruang untuk anak-anak kenal apa itu ipad! hehe.. tapi still kami cuba untuk limitkan penggunaan dan masih apply cara lama untuk bonding dengan anak-anak.

selain tu, memang betoi skarang banyak tadika-tadika hebattt di luar sana! sediakan je ongkos, anak leh pandai macam-macam! tapi rasanya, tu bukan cara terbaik, seeloknya didikan biar dari rumah. 

"pandai dia baca surah Al-Ikhlas, sape ajar adik baca ni?"

"Mama"

see?..sejuk tak hati..hehee... bukan kata kita yang kena ajar semua tapi sekurang-kurangnya taklah lepaskan sepenuhnya pada cikgu-cikgi tadika atau cikgu-cikgi skola! ok, tak nak bebel panjang bab-bab ni, tepuk dada tanya selera! lagipun mencurah-curah pahala kalo kita didik anak sendiri kan.. bukan sape-sape pongg anak sendiri gak yang dok teran kuar masa beranak tu!


kalau pernah baca blog ni dulu aku ada buat entri mengenai aktiviti 1# - paste & arrange . so ini entri kedua sambungan aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak! 

#2- Find & Sort

aktiviti ni mudah je, kebetulan kat rumah memang ada blok foam yang lembut ni. macam-macam bentuk, actually kalo gunakan lego pun boleh. yang penting benda tu berwarna dan mempunyai banyak bentuk. lepas tu sediakan bakul. bakul ijo dalam gambar tu bakul yang aku gunakan nak basuh sayur-sayur time masak.hahaha...

just be creative! ada beberapa aktiviti boleh buat hanya dengan peralatan/permainan sedia ada!



1) suwuh anak cari blok mengikut warna dan masukkan ke dalam bakul. Contoh dalam gambar, chinta tengah asingkan blok yang hanya berwarna merah. Boleh repeat aktiviti dengan warna oren, hijau, biru. Cuba terapkan sedikit kemahiran bahasa, dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Chinta, could you put all red block into the basket?
Intonasi penting. Cuba kuatkan sedikit suara untuk warna yang perlu dicari!

3) selepas kenal warna, boleh apply untuk mengenal shape! kat sini aku akan minta chinta untuk cari shape seperti rectangle, square, triangle mengikut warna dan dimasukkan ke dalam bakul.

2) Lepas tu, boleh minta anak kira berapa jumlah blok yang terdapat dalam bakul?

3) Boleh asingkan beberapa blok warna merah dan beberapa blok warna lain untuk ajar perbezaan "banyak" dan "sedikit".

** kat sini dalam keadaan bermain - kita dah cuba terapkan kemahiran mengenal warna, bentuk, kiraan 1-20, dan logical thinking membezakan banyak dan sedikit**


******************


1) yang ni lebih kurang sama dengan aktiviti pertama. tapi aku gunakan model sayur-sayuran! Bakul berperanan sebagai adding machine. Aku akan sebut item yang aku nak sebagai contoh carrot and corn.. so chinta akan cari mana carrot & corn! kemudian bakul itu akan digunakan sebagai adding machine untuk dia paham konsep tambah berapa jumlah apabila carrot dan corn tersebut dimasukkan ke dalam bakul.

2) selain itu, model sayuran ni aku gunakan untuk mengenal warna, mengenal jenis buah dan mengajar konsep "sama banyak", "sedikit", "lebih banyak".



si kenit ni pon sama sibuk belajar masukkan barang dalam bakul

cuma pada harazz aku lebih kepada aktiviti mengikut arahan.

"harazz, pick up the red one"

"harazz, put into the basket"

tapi dak kecik ni lebih suka membaling dan sepah-sepahkan blok foam tu..hehehhee...







finally:

bila dah bersepah! apa lagi.....sama-sama la aku kena nyanyi ngan anak lagu..

"clean up..clean up..everybody lets clean up"
"clean up..clean up...put you things away"











next aktiviti..next entri plak k!

art class

helooowwww..

adeh..sejak anak dah masuk 4y ni mula la nak merancang macam-macam untuk education anak. tau je la skarang ni macam-macam early education yang ditawarkan dan tahap awareness mak-pak dah terlalu tinggi skarang ni! saingan dan cabaran sangat tinggi bila anak-anak masuk sekolah! untuk aku, aku tak de la nak demand anak cenggitu, cenggini.. yang penting aku nak dia buat apa yang dia suka, dia minat, dia cenderung bukannye ikut tekak nafsu aku je! yesss betul! kita mak-pak kena corakkan anak tapi biarlah seiring dengan minat... baru la berbaloi-baloi pelaburan tu!

chinta suka arts! menurun dari mak-pak dia gak aku rasa! suka kalo dapat main water colour..potong-potong kertas, gam-gam..suka bebenor! disebabkan tu..aku memang nak carikan kelas arts untuk dia.
for her age, aku nak instill banyak creativity dan stimulate right brain! benda yang dia suka.. aku pun suka.

ikutkan sekarang ni macam-macam kelas untuk budak ada! gym class, martial arts, swimming, music, piano, equin,kelas baking for kids...macam-macam..just name it! kelas ngaji, kelas tahfiz pun ada je merata sekarang ni... ikut la nak yang mana ... bak kata tagline popular astro dulu "macam-macam ada"

hari tu balik dari kindy, chinta tunjuk satu brosur!untuk kelas martial arts. hehe..cepat je dia cakap kakak taknak laa..takut! hahaa.. aku pon takde la terpikir sampai semua jenis macam kelas nak masukkan dia.cukup la mana yang bersesuaian. yang kena pikir selain minat anak, bajet , lokasi, masa, etc etc! so terpulang pada mak-pak laaa! so far yang aku survey ni ada dua:


1)     Global Art



2)   Da Vinci Creative Kids




dari segi pengisian program lebih kurang sama...consider lokasi dua-dua pun senang je nak datang dari umah kami kat Puchong tu.. yuran?.. tak dapek nak tepek lagi sebab aku pun tak g terjah lagi kedua-dua tempat ni..

kalo tanya aku kenapa arts class?
sebab anak aku minat dengan art! tu jer!.. hahaha...


camne aku tau anak aku minat?
anak aku..aku tau laaaaa! hahahhahahahahaa..
















kbai!











Monday, 13 October 2014

adik maness

woila!

lama tak update pasal anak bujang sowang ni! pejam celik, masa ni cepat sangat rasa! kadang rasa tension sendiri sebab cam tak puas spend masa dengan anak-anak! tup tup rasa dah besau anak, dah lupa bila masa dia besar! hahahahha...

anak bujang ni rasa cepat je besar! rasa baru je dia tergolek, dok belajar menerap.. alih-alih sekarang dah berlari memanjat satu rumah! mengemas toksah cakap la.. kang tau-tau dah menangis jari tersepit pintu kabinet dapur.. ada sekali prangg bunyi benda pecah kat dapur! sejarah okay! first time cawan pecah kat dapur rumah sejak pindah! masa tu tau plak dia lari takut buat muka tak bersalah! hahaha.. iyer dik explore laa..tau adik nak belajar cause & affect! so kalo baling gelas, nak tau affect apa kan! sila la buat yer dik! hak bermain hak kami! iyer mama paham * sambil urut dada tahan napas 44 kali*

dah nama anak lelaki! memang nampak beza dengan chinta.. exploring skill dia sangat-sangat-sangat la tak leh dok diam! rasanya kakinya setiap masa la berjalan sana sini kat rumah tu.... mana aku pegi suka follow dari belakang.. hahaha...so meh aku tepek few random pic gelagat garazz! buah hati mama sowang ni!

harazz dah almost 1y 5 mons masa entry ini ditulis.. progress harazz sangat cepat.. maksud cepat kat sini dia jenis takde praktis-praktis punya orang! contoh, bila dapat berjalan dalam beberapa hari dah berlari.. takde tatih-tatih takut-takut paut sana sini.. dapat je berjalan terus berjalan non-stop! sama cam merangkak.. mengesot...duduk dll...  sekarang keje asik la menyakat kakak! apa kaka buat semua dia nak ikut..kakak menulis dia sibuk cari pen nak tonyoh sama! tak jumpa dirampasnya pensel kakak!..

kakak tengok ipad! dia sama sondol-sondol badan suwuh kakak ketepi nak amik ipad! tak dapat apa dia nak..ditariknya rambut kakak! or lastnya mengamuk! kuat ngamuk dah ni! huhu.. mulut dah pandai dah sebut..apin..pin pin....sambil tunjuk hp! suwuh bukak youtube upin ipin! adeh!! pastu dah mula nak sebut dua tiga patah perkataan! kalau tak nak pandai geleng kepala laju-laju! adehh..tu yang buat rindu hari-hari kat opis ni!

jom la layan gambar! macam-macam aksi harazz!!

 cerita kat rumah:
sipi je duduknya tu! saja ngada tau mama nak amik pic dia!



alaaa..fenin la kepala adik!
perot!! hadeh!!

 
cubaan nak sakat kakak!!



takleh dok diam dalam keta..
segala benda nak usik



posing ngada-ngada okay!!!




senyum plak tu tengok mama amik gambar!'
ok memang geram!








cara duduk dalam car seat ikut suka hati..





asal boleh je nak baring kat mana pun..




 cara nak bagi diam..
kena standby ipad/tab kalo tak mau memanjat meja tu
(T_T)



cubaan nak panjat benda alah ni kat airport!



spot where is harazz??


muka mintak cium ni!!!




 ustaz harazz!


and lastly..... kita selpie satu!!













tadaaaa!!

mama & harazz!!








                                      






*sayang-ketat-ketat*


set correlle dan cerita wallpaper

hi!

alahai..dulu selalu dok pikir kenapa la mak-mak suka benar la simpan pinggan-mangkuk dalam lemari.. belek katalog arcopal la..sampai sanggup main kutu nak beli set periuk pyrex bagai! hamek ko sekarang dah jadi mak-mak, ada rumah sendiri baru rasakan tau perasaan itu! hahaha.. dah tua plak rasanya bila seronok kalau dapat set pinggan mangkuk tambah-tambah jenama yang dok kira bajet nak beli takmo beli nak beli takmo beli..hihih..

mak-mak dulu-dulu asal dapat pinggan cantik dok simpan dalam lemari! pasaipa? tahap 'dewa' sesuatu koleksi pinggan tu kena 'sekufu' dengan tetamu yang mai rumah! hahaha.. so kalo yang vvip skit dalam umah, terus la pinggan mangkuk cantik menawan dok berhabuk dalam lemari tu memulakan khidmatnya! kalo tak, ko pakai je la pinggan sedia ada kat dapur tu..kalo pinggan melamine, melamine lerr! kot pinggan free beli ubat gigi colgate ke, hah pinggan  tu je la ko hadap hari-hari time makan, toksah nak berangan try pinggan dalam lemari! mau kena seligi kepala tu! hihi
atau pun, kekadang pinggan dalam lemari tu kuar bila ada kenduri, atau pun time raya nak menayang atas meja!

so baru-baru ni aku balik ipoh! Opah g Perth baru-baru ni! aku pun takde la nak memesan apa pun. nak bagi dia berjalan n shopping untuk sendiri dah la kan! kot kalo nak belikan untuk cucu-cucu apa yang ada pun ok! sekali tup tup sangat tak sangka...opah belikan aku set pinggan makan corelle! hahahahhahaha.. harus la senyum sampai ke pipi! dah lama dok cuci mata tengok orang jual online.. tapi harga adeh ratus-ratusan tu!... actually kat oversea tak mahai pun satu set! kalo convert dalam RM satu set tu boleh dapat dalam RM60++ je..tengok pada set la kan! maybe perjalanan nak sampai malaysia tu yang jadi mahal!

ok tu cheta harga corelle! dah opah bagi satu set kira rezeki la kan! syukur! hihihi...so otomatik pinggan sedia ada masuk dalam lemari la yer! kita bagi laluan pada pinggan baru... hahahaha...



my first corelle set!
hahahahaaa... 
*mak-mak sangat rasa*






***********************************

woha...


tu cerita pinggan-mangkuk..nak cheta progress projek mencantikkan rumah! disebabkan projek ni memerlukan duit, tu sebab asik pending je projeknya! hahaha.. so hari tu ada bajet skit dan ada promo wallpaper, kami pun decide la nak pasang wallpaper kat rumah,ikutkan hati nak pasang satu rumah, rumah pun tak besar mana kan! sepatutnya ikut tarikh pasang bulan 12..ko tau je la kan sebulan ada 4 kali je weekend! so, nak memenuhkan nafsu sndri kena amik giliran gak kan..yang free weekend hanya pada bulan 12..so kami pun ok je laaa! tup tup last week, husband dapat call kata nak pasang wallpaper kat rumah.. kebetulan aku pun dapat mc sebab tak sihat demam selsema! so suwuh je la dia mai datang!

aku sendiri pun dah lupa design apa yang dipilih! ikutkan kami takmo corak-corak bunga sebab nampak sarat. konsep rumah nak yang moden dan minimalist! umah pun kecik je..so biar simple tapi nampak elegent! so dah pasang tu rasa puas hati sgt!.. nampak cam senang je dia pasang... hihi tapi amik masa dekat 6 jam gak la baru settle semua! makin semangat nak kemas rumah sekarang ni!  hahahah.. next year ada rezeki nak siapkan gak tiles kat porch n balkoni tu! sian anak-anak tak dapat nak kuar kat balkoni sebab aku rasa cam kotor lantai simen tu! dah ada tiles nanti leh la lepak-lepak ngopi kat balkoni *veranganssss* hehehe...

banyak lagi ikutkan wishlist nak buat kat rumah tu! tapi ongkos tak mengizinka, jadi buat la mana yang boleh dulu! kalo la ada pokok duit kat belakang umah, hari ni gak aku sanggup amik cuti g survey kedai untuk projek keceriaan rumah aku tu..hahaha.. *gediks*

wallpaper done! cuma nanti nak mintak org install wallpaper tu datang semula untuk adjust skit bahagian dinding kat tepi tangga rumah yang tak tampal gara-gara dia tak bawa tangga yang sesuai! tu pun atas ihsan installer tu..kalau ikutkan ada extra charge untuk tangga! hihi... nanti kena tunggu dia ada slot kosong untuk datang kejap adjust wallpaper tu!


pic ruang tamu sebelum! 



ni proses-proses nak pasang wallpaper! mula-mula tu nampak berkedut gam
tak kering lagi..kena bersabar la untuk few days untuk lihat kesannya







selepas beberapa hari..
baru leh gantung pic kawen tu! hiihihi..




ruang tamu dan bilik amik design yang sama je!
serabut kalo macam-macam design ni!


yeah..lepas ni dah leh gantung vertical blind pada tingkap tu!
blind dah adooo..nak tunggu masa je nak gantung benda tu!

bilik chinta ada satu kami pasang wallpaper! corak floral warna hijau pucuk pisang n off white.. lupa plak nak capture pic..so sekarang konsep dinding bilik chinta tu dah jadi pink+ijau! dah hilang plan asal nak buat konsep purple+pink..hihi..so tunggu la chinta besau skit, dah separate room baru ingat nak buat waldrobe + kabinet untuk bilik tu..ada dah idea skit-skit tunggu je la masa yang sesuai!

bilik mainan masih kekal sedia ada.. pink+turkoiz..maybe harazz dah besar nanti bilik tu akan diubahsuai untuk jadikan bilik si bujang tu! just go with the flow kay! mana tau kot rezeki tup-tup pindah rumah lain plak kannnnn! hahahahhahahahaa.....

*kurang la skit senarai wishlist rumah*

**alhamdulilah**












Friday, 3 October 2014

nama terpanjang di Malaysia





wohaaa!

mula-mula nak bagi nama anak dulu pun dok rebut nak bg nama apa! aku memang dari mula preggy dah niat kalo anak pompuan nak bagi nama Qaseh! terikut-ikut ngan satu novel aku baca, nama dalam novel tu Murni Kasih! cute-cute je nama Kasih tu..sebab nak kelainan aku tukar jadi Qaseh.. masa aku dok berangan-angan nama tu..jarang sangat aku dengar nama anak orang ada nama Qaseh/Kasih!! tup tup skarang aku rasa cam dah common sangat nama tu!..

Then.. suka dengan nama Aleesya! cam sweet-sweet je! terus pikir nak bagi nama Qaseh Aleesya.. tapi apaknya suka sangat nama Chinta! Actually memang aku pun suka.. ingat nak bagi nama Chinta bt. Mohd Ibrahim je..heheh klasik gitu! ntah la macam-macam nama aku list dulu.. antaranya Alya Balqis, Liyana Zahirah, Qaseh Zara Aleesya,  dan banyak lagi laaa..sampai aku pon tak ingat..almaklum la anak sulung kan..excited lebih! hahaha..so sampai la chinta dah kuar pun tak decide lagi nak bubuh nama apa! tapi masa kat spital aku dah panggil dia Aleesya laa..hahahah... saat nak isi nama JPN terus aku cakap boh je la Qaseh Chinta Aleesya... hahahaa.. payah sgt kita gabungkan je!

dulu penah cakap kalo ada anak..takmo nama panjang-panjang..ringkas..sepatah je..senang.. sekali bila dah kuar anaknya..lain plak jadinya..hhahaha.. skrang aku rasa cam dah biasa plak orang taruk nama panjang-panjang dan nama glamer kalah artis....

cuba bayangkan... bila chinta umur 60 tahun... 

cucu: opah..apa nama penuh opah..
opah: Qaseh Chinta Aleesya..

nama cucu plak.. Ahmad bin Ali
*rekaan semata*



ok berbalik kepada nama budak tu..pheww! memang panjang betol..7 patah perkataan nama dia..
mungkin bakal suami dia perlu amik masa sebulan kot nak betul-betul lancar sebut nama dia.. hihi.. tu takpe bakal suami harus la boleh hafaz,, tok kadi plak jenuh berbelit lidah..hihihi.. 

disebabkan namanya unik, adik ni telah mendapat pengiktirafan dari JPN sebagai pemegang nama terpanjang di Malaysia... kira boleh masuk Malaysia Book of Record la! hebat dik! moga menjadi anak solehah seindah nama yang diberi....



Thursday, 2 October 2014

salang pusaka, tioman

tadaaaa...

kecoh kat fb dan wassap baru-baru ni mengenai serangan biawak di tioman.oh mee gee sangat tau! sebab masa dapat info kat wassap mengenai kes tu, kami baru 2 hari balik dari sana! Ya ampun, scary okay! budak tu umur baru 10 bulan, dan mak dia tinggalkan sekejap je .. serius mak dia cepat sedar kejadian tu dan biawak dah seret anak dia untuk....... *sambung sendiri la ayat ni..tak gamak bayangkan*

Nak story pasal tioman, seriusssss double thumbs up la...memang cantik gilorrr pulau ni. masa pegi, kami menginap di Salang Pusaka Resort! so kalo google mengenai Pulau Tioman ada banyak tempat dan mengikut review, ramai mengatakan Kg. Salang ni paling cantik kat sana! Actually, pegi ni pun Family Day ASper, ofis baru skarang ni! so apa lagi, meh kuarkan bajet, hangkut la anak-anak dan pak nya skali ke Tioman...

Kalo ikutkan, memang ofis provide bas ke sana (tapi bayar la kan)..tapi bila dicongak, pikir 14 juta kali, dengan keadaan dua ommpa-loompa tu..harus la kami drive sndiri ke sana! so, kami gerak la tengah malam 18 Sept tu.......kalo ikutkan kul 6 pagi dah kena sampai Jeti Tg Gemokk....Kami laki bini memang tak sempat nak study route ke sana! hahahahaha... dah nak gerak dok sibuk lagi kuar pertanyaan "tau ke jalan"..hahaha... buka la waze...google map..hahaha.. so, dengan secara rasminya, akak melantik diri sendiri sebagai co-pilot dan dah nak gerak tu baru sibokkkk nak study jalan..

Kalo ikutkan, the easiest route ikut Lekas, melalui Bahau-Felda Keratong-Muadzam dan terus ke Kuala Rompin..tapi tu laa... bijak pandai..mula-mula elok ikut Lekas, pastu ntah macam mana co-pilot tido kejap...sedar-sedar driver dah masuk Plus highway!.. masa tu..dah cuak gak..jam dah kul bape kan...kalo masuk Plus Highway kuar Yong Peng..ntah kul bape plak nak sampai nanti..hahaha..

Masa tu dah takde pikir nak tido...gigih buka mata, study jalan.. Masuk Yong Peng dah x confident nak ikut Mersing ke nak patah balik ikut Labis terus ke Muadzam Shah.... last-last...boleh kami berpusing balik jauh....huhuhu....tup tup tak sampai pekan Muadzam, dah dapat wassap bagitau bas dah selamat sampai Jeti Tg Gemok!!!! hahahhahaa.....

Memang pecut!! sebab feri kul 6 akan gerak..serius tawakal gila..kalo ikutkan waze kami akan sampai ke jeti dalam kul 6.15  pagi!!! hah tidakkk! tengok jam dah kul 4.30 pagi dan tak sampai Muadzam Shah pun lagi...kira-kira perjalanan lebih 100km lagi la nak sampai Jeti..Bila sampai Kuala Rompin, tengok jam dah kul 5.30 pagi..hahahah..masa ni memang dah pasrah je laa..siap wassap minta tinggalkan 2 tiket feri kami..kami naik next feri je laa..yang kalo ikutkan jam 11 pagi nanti baru ada...mau melangak dekat 5 jam lagi...

Tragedi hampir tertinggal feri ni memang buat kecut perot gak la! Tu laa.. Allah dah atur semuanya.. ada kekalutan skit pasal tiket dan pagi tu kebetulan feri pun gerak lambat skit..sempat kami naik feri tu..hahah...once, sampai je jeti Tg Gemok, terus melompat kuar keta lari ke kaunter tanya " akak, sempat lagi tak nak naik feri pukul 6pg ni"..hahahahah...

Gila kau tak panik! seb baik la laki den pun jenis boleh harap...sementara akak tu setelkan pasal tiket sowang customer lain... laki den cepat-cepat loading barang! seb baik dia ingat nak transfer susu anak, termos air panas semua dari bakul ke dalam beg!!!!

Masa tu memang aku dah kendong anak-anak je la! tetiba ada super power leh kendong dua-dua anak kejar nak masuk feri!.. tak leh ingat betapa legaaa rasa bila dah jejak je kaki dalam feri! masa tu nampak hubby bawak beg, baru teringat "alamak..susu anak....." dan nasib baik la laki boleh diharap dia dah uruskan semua!!!! Kami masuk je feri..terus feri gerak!!!! gila kentang weiii perasaan masa tu!

sampai je Pulau Salang lebih kurang 2 jam perjalanan. cepat sampai rasanya! first sampai je memang rasa wahhhhh cantiknya...chinta menjerit-jerit tengok ikan..selalu kalo google kat intenet, rasa cam betul ke jernih mcm ni air laut..sila refer di bawah.....serius dari atas jeti dah boleh nampak ikan banyak kat dalam tu tanpa perlu snorkeling ataupun diving! oh emm geeee!!!!!!



sumber ihsan: google

tak payah pegi jauh! dalam malaysia je pong dah cantik macam ni! even kat tioman, ada pulau yang merupakan 10 pulau tercantik dunia..dunia tu u'ollsss! hebat tak hebat!sila kagum okay dan jerit fuyooooo ramai-ramai..hahahha

ok sambung cheta! since ada anak kecik ni, so kebanyakkan aktiviti yang nak buat kena amik kira keselesaan anak-anak laaa! jadi rezeki kami, sampai je dapat check in  terus bilik!lepas breakfast, apa lagi hangkut anak-anak masuk bilik...nikmat dapat mandi dan tido kejap! fuhhh.... tapi tu nikmat untuk apaknya ler! Aku dok berusaha gigih nak tidokan anak-anak...diorang dah pulun tido dalam keta....aku je yang buntang mata dalam feri..dalam keta dok tengok google map...so mau tak rabak mata kami laki-bini!hhahaha..

tido sampai lunch....since kami amik pakej include makan skali so semua makan-makan just di restoran chalet! banyak kedai makan kat sini, tapi harga paham-paham je laaa! kata melancong kat pulau kan... so after makan, apa lagi anak-anak ngan mak-pak terlebih eksaited..jom main pasir.. main pasir je..sebab panas..leh dok underneath pokok kelapak kan!

tak yah cerita panjang..meh aku longgokkan je pic yang ada..tak banyak pun pic nye..dapat laki jenis tak suka bergambar..tak suka amik gambar.. jadi tengok la gambar apa je yang ada.. ai is tensen ok!! tempat cantik..gambar tak banyak..uwaaaaa... kalo banyak duit memang akak upah je personal photographer...mihahahhahaha... kubilang kalauuu!

sampai-sampai je..lepas campak kesemua beg..hahah ganas je ayat! kita pusingg pulau jom! main pasir...yippie..





gambar depan chalet kami no 39,,
rumput ni cantik berbela.... kat rumput ni la elok je biawak melintas haha..
tak sempat nak capture pic! 


Kalau pegi pantai aktiviti wajib rasanya mandi laut la kan!! hahaha... selain tu main pasir, buat istana pasir, jalan-jalan atas pasir...so tengah hari main pasir..petang main pasir.... seb baik malam chinta tak ajak main pasir..hahahahhaa...haru haru



 

 

 


adik mandi laut 


2nd day kami buat aktiviti island hopping..ada dua pakej island hopping kat sini iaitu:

  • coral ( pergi 4 tempat je)
  • full island ( pusing abis satu tioman tu termasuk pergi Air terjun Asah dan Kg. Juara iaitu antara 10 pantai tercantik dunia)

so kalo g tioman leh la pilih pakej mana korang nak..harga memang berbeza sangat-sangat.. disebabkan ada anak kecik kami decide amik pakej coral je pon.. tu pun dekat 6 jam gak la lamanya...hehehhee....

masa snorkeling memang kami bergilir laaa....anak bujang ni tak takut langsung dengan kedalaman lebih 15meter...dia pun terjun sama....ok tipu! aku bawak turun la masuk dalam air..hahaha..serius cantik...coral kat sini memang cantik-cantik....ada sewa camera bawak masuk air..tapi pic takde lagi,, kot ada nanti aku tepek kat sini yer! tu la semikin, takde go pro nak guna..hahahahhaa

yang menarik kat tioman boleh cuba diving walau takde lesen! tapi dia bawa dive kat area jeti je pon. jangan under estimate kat jeti ni pon dah cukup dalam untuk diving dan ikan-ikan pun dah cukup banyak nak tengok.....coral pun cantik-cantik!!!! harga rasanya dalam RM150 per person untuk yang tiada lesen.....aku?hahaha... tak cukup berani nak cuba!! hahahaha....



get ready nak masuk boat..



kat jeti pun dah leh nampak banyak ikan....kat bawah ni ada diver! 


kat dalam air tu banyak ikan! aku panggil ikan beratur..sebab beratur jer! baling roti pun tak layan..



cakap pasal makanan! kat sini memang harga makanan mahal skit laa..biasa la kan! pulau... bukannya bandar.... seafood memang heaven! fresh! tak banyak capture gambo..tau je la kalo dah ngadap makanan tu..... tak ingat apa dah! duduk plak pulau asik lapar je laaaa..... 

tambah plak encik aboy tak suka aku sibuk-sibuk amik pic makanan time nak makan! sebelum mengundang amarah, baik tak yah buat..hahahhahahahaha....



2nd nite! belanja chinta makan eskem....




last day!..pagi tu biasa la mandi laut dulu...bagi anak-anak last call untuk main pasir... nanti dah nak say good bye!

sebelum balik bawak anak jalan-jalan kat jeti..bagi ikan makan! seyes..banyak ikan....yang harazz lagi bijak..suap satu roti masuk mulut sikit je bagi kat ikan..hahahhaa...


 bujang mama!



papa, kak yong dan adik!




chinta pujuk apaknya beli roti lagi...
adeh...selori roti pun tak cukup chinta oii!
ikan-ikan ni banyak...tak kenyang-kenyang!


baru ada pic mama! (>_<)

ai is tensen okay!!! huhuhu.....


malu-malu meow..tapi mau!



bagi ikan makan!



ni kenderaan digunakan untuk angkut barang-barang pengunjung chalet!




wajah-wajah kesayangan hamba!! 



kg. salang.....



the four of us!! chinta plak crancky takmo amik pic!


masuk feri jer! apa lagi......tido la dua beradik ni!.,hehehe




memang penat..tapi happy..at least dapat la rilex and go for a short get away!!! ada rezeki kita jumpe lagi yer tioman!!!!!! Salang Pusaka Resort Pulau Tioman!!!!!! 
  


::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers