walaupun mama chinta ada degree in teaching, tapi bile keje lain plak cabangnya! huwagh huwagh! jadi cikgu kat rumah je la yer! nasib la chinta dapat cikgu garang ni. *padahal poyo lebih*
semalam hujan lebat! jadi balik keje tu tak tau nak pegi makan kat mana! pegi la IOI Mall je.. sebab syarat encik aboy bagi tempat makan kena berbumbung sebab ujan! *rasanya semua tempat makan berbumbung kan!*..hahaha.. lain la makan cendol bawah pokok tepi jalan.. pastu tekak plak ngada-ngada nak makan vietnamese beef noodle! hujan-hujan best makan sup-sup panas! tapi hover nak yang secret recipe je! disebabkan encik somi memang terbaik, menarik ko memang the bomb! layankan jugak la tekak bininya! hahaha...*walau dalam dompet cuma ada sekeping dua duit*.... buat drama sedih skit!..hihi.. so dah abis makan tu, cam biasa la kan! chinta suka la nak pegi popular..
mama chinta: chinta..nak beli book tak??....
chinta: hah..hah..*sambil angguk-angguk...takde geleng-geleng punyer*
papa chinta: jom jom.....
padahal sebelum tu aku ajak masuk jusco, nak beli bottle/teat cleaser tu.. punya la encik aboy malas..siap cakap nanti la..kita gie beli barang dapur beli la sekali.......tapi untuk anak laju jerr...nyampah tau! haha..
dah masuk popular tu tau je laaa....dok tunggu diva kecik tu pilih buku...
on the way nak pergi cashier, aku nampak la ada jual sticker-sticker comel-lote tu..
so, main amik jer..mentang-mentang la bukan aku yang kena bayar kan! tak tengok harga. buat andaian sendiri..ala sticker je kot...takat singgit-dua!
dan bile sampai cashier..cam pelikss berganda-ganda bile total jadi RM 40 + +.. eh eh.. rasanya buku chinta dalam RM 12 lebih..encik aboy beli cd dalam rm 10....tapi masa tu aku biar je laaa..sebab bukan aku yang bayar kan..hahahah....lagipun nak cepat sebab nak solat maghrib kat rumah jer!
-----------------------------------------------
bile dah balik rumah, baru perasan yang harga sticker tu rm 8.90... T_______T
mahal nyaaaaaaaaaaaaaaa.... *mama chinta kan dekut*
hahahahhahahaha...ye la sticker je kot! lain la kalo besauuuuuu..ni kecik-kecik..
comel-comel yang ko rasa nak lempang sebab comelssss sangat!
tu laa..lenkali sila tengok harga sebelum bayar!
----------------------------------------------------
MAMA-CHINTA ACTIVITY #1 - PASTE & ARRANGE
malam, time untuk bergumbira dengan chinta... ajak la chinta main tampal-tampal sticker.
*sticker mahal dow*
dok pikir nak buat aktiviti yang boleh bagi gerak psikomotor dia! aku bagi sticker tu suwuh dia kopek dan tampal kat jongkang-jongket dia..heheh..memang lawak..tengok benda tu terlekat-lekat kat jari dia..pastu dia leh cuba nak cabut guna mulut..hihihi...
kena usaha untuk create good/quality time with chinta!
jadi so-called-home-school-with-chinta ni pun boleh laaaaa..
jadi la saya cikgu garangg kat umah
gigih usaha nak 'kopek' sticker tu! |
dah berjaya tampal tiga sticker...*abaikan sticker yang besar-besar tu* |
terbaring-baring usaha |
ni la rupa sticker mahal rm 8.90.... T___T |
nak tengok hasil tampalan chinta??..hehehe...
v
v
jadi la kan..lepas tu memang mama chinta cabut dan tampal sederet je semua!..hehehe |
lepas tu... aku suwuh chinta susun book kecil dia kat ruang yang betul dalam kotak tu.. ala..aktiviti light-light je pun. sebelum dia tido.dia dah la jenis tido awal. so tak leh la tooooo ambitious nak mengajar dia.. sikit-sikit pun jadi laaaaa!
susun-susun sendiri! |
so..ok la dua aktiviti untuk malam semalam..malam ni kena pikir benda lain plak! dah cam buat lesson plan plak macam masa zaman mengajar dulu! hihi
oh yerk..chinta sekarang dah takmo tido buai...tak tau la bile dia ngan kakak ipar aku tido buai ke tak..tapi kat umah dengan aku memang dah takmo buai! kalo dengan aku dah 5 hari la dia tak tido buai.. tapi malamnya kena la ko teman dia tido..topok-topok, garu-garu sikit!... actually kalo aku garu dia...ada la dalam10 saat je kot..lepas tu aku biarkan je dia tido sendiri.cuma kena baring sebelah dia... so, dia mengadap la ipad tu..lagu-lagu nursery rhymes..sampai la dia tido sendiri..atau kalo dia dah ngantok, dia cuit kita mintak off ipad! kemudia terus dia pejam mata dan..........
ini la hasilnyaaaaa........
v
v
v
v
v
selamat malam mama! |
bagi la chance dalam setengah jam tido kat katil kami tu..lepas tu harus la kena angkat masuk tempat tido sendiri yer!....
*pelukketat-ketat*
*sayangsangat-sangat*
No comments:
Post a Comment