rasa cam baru semalam je lahirkan chinta. sakit contraction. masuk LB.. walaaaa..dah besar anak mama ni. macam-macam ragam sekarang ni. chinta ni very unpredictable. ada ikut perangai kami! ada masa, chinta boleh jadi sowang yang pendiam..sowang yang penyabar..ada masa dia boleh jadik garang.. boleh tinggi suara. boleh buat lontaran vokal macam jac! huh!
chinta dah 19mons..atau senang cakap dah 1 y 7 mons.. kalo ikut perkembangan chinta.. chinta masih belom boleh cakap 2 words! example: nak milk.. nak makan.. still using babling & 1st word stage! tak pe, take time chinta! learning needs time!takat sebut..papa, mama, ummpah, air, tak payah.. memang nampak lambat cakap budak ni!
but..ada progress lain yang aku perhatikan. ada masa nampak chinta matang! so kakak-kakak! mintak tolong kemaskan toys, books..dah boleh harap laa! dan ada masa dia lebih suka books dari toys!.. hari-hari, tiap-tiap malam sebelum tido tak jemu dengan books!.. alhamdulilah! part yang tu mama lega banyak laaa! at least biar ada la sikap suka book tu! dan kalo boleh biar sampai besar yer kak yong!belajar rajin-rajin jadi budak pandai..tapi biar pandai IQ dan EQ yer..xmo pandai akademik tapi kemahiran insaniah hancuss!
dari segi tahap independent!..yang ni memang serah kat dia laa! kalo boleh setiap benda nak buat sendiri! makan suap sendiri! yang ni alhamdulilah, mama tengok tahap 'tumpah' makanan dah berkurang! two thumbs-up dari mama! good job!.. makan mihun sup suap sendiri, makan nasi nak suap sendiri.. makan mushroom sup pun nak suap sendiri! mama tukang lap je la mana yang 'ummpahh'....so kakak-kakak chinta ni! hahahhaa...
chinta takat dah pandai bukak suar sendiri. baju masih lagi terkial-kial tangannye. kalo baju butang depan, bile tak leh bukak.. terus dia nak gigit butang tu. ayooo.. ganas tol! takpe..pelan-pelan belajar! mana ada orang terus pandai semua benda kan! ganglioksida tu baru nak berhubung! eh eh.. promote susu apakah itew?? tetttt... chinta tak minum susu yang itew laa..hehehe
selera makan..alhamdulilah! makan berselera..sekarang senang sebab apa yang kita makan dia pun makan.. cuma tak pedas, tak masin sangat.. mama pun dah jarang masak baby food untuk chinta. gigih masak masa below 1 year sebab pantau tak leh garam & gula! sekarang ni, memang banyak bagi chinta makan makanan berkalori tinggi! untuk gain weight! dan 16 julai ni ada appointment lagi ngan paed serdang.. hopefully masa tu weight chinta dah cantik laaa! hehehe..
**pasal makanan berkalori tinggi ni.. actually bukan aku memandai bagi! ni pun after consultation ngan dietation masa chinta admitted kat wad dulu!**
sekarang zikir ipad je la chinta.ipad.ipad..ipad..! tu laaa.. seb baik banyak download bby tv.. sebab dia dah la jenis cepat jemu! fuh..
planning nak hantar chinta ke taska/playskol.. maybe next year la kot!.. kalo boleh biar la dia cepat putus pampers! sebab tak pandai cakap lagi ni yang susah untuk toilet training! takpe,take time! harap sebelum 3 tahun chinta dah tak pakai pampers k! pasal playskol tu, maybe nak start ngan weekend classes! tapi kami skang bz plak every weekend.ntah bile la ada masa nak cari weekend classes untuk dia! nak bawak dia swimming pun tak penah lagi..cian chinta! hihi.. takpe..nanti after raya kita ajak papa g swimming yer! g kat putrajaya tu ke.. tak pun kat swimming pool mpsj kat balakong tu..hahah..tak yah pegi sunway lagoon tu smua..mahal! *mama kan dekut*..hahahhahahaa
* weekend ni nak kena potong rambut chinta.dah panjang cucuk mata!*
ehem ehem..ramai cakap bile chinta nak ada adik!.
ayooo..
*Insya-Allah, ada rezeki ada lah... pregnant is not a trend!..
Kalo Allah beri tu maknanya kita kena la ready dari segi mental, emosi, kekuatan diri, kewangan, kena berkorban kepentingan diri dan bersedia menjaga amanah Allah sebaiknya*
nama pun amanah ALLAH kan!
Ada rezeki..ada laaa.. :)
No comments:
Post a Comment