"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday 31 July 2012

kek batik biskut marie

 assalammualaikum..

ala..kalo cakap kek batik biskut marie ni rasanya semua pun dah tau kan! yang bertingkat-tingkat..rasa dap dap dap tu! hewhewhew! kalo jual kat param mahal gak! padahal bukan la susah nak membuatnya! tapi mungkin dibuat dari milo tu yang depa taruk harga mahal-mahal. nak untung setaun sekali kan! tapi takpe, kalo rasa terbeban, terseksa, tersengsara melihat harga kek batik yang dijual di param, baik la buat sendiri! boleh nak buat sebiji, dia biji, berbiji-biji sampai pinar biji mata pun, takde sape kisah! korang mastercep nya! apa? aku tau aku best, *ttdmka*.. sebab aku best aku tepek resipi yang budak sekolah rendah pun boleh buat ni! ok..tak lawak!..hehehe.....

bahan-bahan! tak kisah la korang nak beli kat speedmart ke, kedai runcit mutusamy ke, pasaraya cik kiah molek ke! yang penting, bahan-bahannya cukup! cepat amik pen ngan kertas, salin resipi ni! kalo tak amik hanphone canggih masing-masing, snap je pakai kamera senarai bahan ni..sonang je kan!aku ajar sekali ngan cara buatnya laaaa...hehehee

milo - satu cawan sukatannya!
jangan memandai plak korang pegi tukar pakai neskape ker, kopi ai cheng ke, ho..ho..hotak hang ke.. lain jadinya....hehee..tapi kalo korang nak mencuba pun apa salahnya! kek korang! hahahaa...

kemudian, masukkan milo dalam periuk.... ikut suka la periuk mahal ke, periuk tefal ke..periuk beli kat mydin ke..jangan periuk api udah laa...hahaha..ok tak lawak!..hehee...lepas tu, sukat 1/2 cawan air (seeloknya air panas) dan tuang ke dalam longgokan milo tadi....

kaco rata-rata jangan bagi berketul!

lepas tu sukat plak susu pekat 1/2 cawan.. yang ni kalo korang suka manis-manis leh la buat 3/4 cawan.. kalo ikut tekak aku..1/2 cawan pun dah okay!tuang dalam bancuhan tadi...kaco-kaco bagi elok adunannya!

susu pekat 1/2 cawan & 1/2 butter
lepas tu...panaskan periuk tadi...gunakan api kecik! kaco perlahan-lahan. kemudian masukkan 1/2 ketul butter dan kaco perlahan-lahan hingga cair! masa ni bau memang menikam kalbu! nom nom nom!.

dah rasa cantik bancuhan tu. amik biskut marie..ikut suka ati nak banyak mana! pecah empat dan susun ala kadar dalam bancuhan tadi!.. okay!....

tadaaa....dah siap bancuhan korang....lepas tu apa lagi..amik tupperware/loyang/bekas masukkan bancuhan kek tu. bagi sejuk dulu..kemudian letak dalam peti ais untuk dibekukan... voilaaa! cepat dan mudah kan!

ni saja aku longgok banyak-banyak biskut marie!


lagi best tunggu sehari semalaman sampai coklat tu betul-betul keras dan likat! 




---------------------------------------

2 comments:

  1. mmg senang.. nak sekeping ble.. :):)

    ReplyDelete
  2. yang buat ni bagi kat umah mak..hari tu buat sikit, ni buat satu tupperware utk budak2 tu

    ReplyDelete

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers