jemu?..penat nak baca?..hehe...kita sambung lagi cerita rombongan
keluarga cikgu ghani ke Beijing ni.. okay..tonyoh-tonyoh skit mata tu
bagi segar.
Fresh Water Pearl Centre
Dah puas jalan kat Summer Palace, kembali ke aktiviti shopping. kat sini produk yang ditawarkan berasaskan pearl.. tapi pearl kat sini bukan la yang cam kowang tengok kat cheta kartun tu.. bukak-bukak cengkerang kuar sebiji bulat mutiara..hehe..sebab masa dia demo nak kopak cengkerang tu..aku pun dok imagine benda yang sama. rupa-rupanya yang kuar beberapa butir mutiara kecik-kecik. sebab, cengkerang yang dia kopak tu baru berusia dalam 4-5 tahun je usianya! dan mutiara yang dijual diperoleh dari tasik kat Summer Palace tadi..dan sah-sah la aku dah cakap tasik..maknanya ni mutiara air tawar.bukan dari laut macam kat Sabah tu!
kalo ikutkan malas nak beli apa..tapi aku beli gak la seutas rantai mutiara untuk chinta..semua pun untuk dia je...hehehe... dan aku beli produk muka berasaskan mutiara..haha..hover kan.dengan harapan lepas ni kulit sehalus, selembut dan selicin mutiara... giteww!! hahahaaa... ni kalo sehingga hari ni dah seminggu la aku pakai cream muka tu..tengok la hasil camne!..hahaha...
*bajet lepas ni muka bersinar-sinar memancar!!*
tunggu jap mama nak shopping |
atok & opah chinta |
----------------------------------------------------------------------
lepas tu sambung plak pegi ke Tea House. Dah namanya tea korang dah leh agak la tempat ni ada apa kan... dah budaya cina ni berkait rapat dengan upacara minum teh..jadi kami nak di ajar la cara minum teh di samping usaha depa untuk kopakkan duit kami..terbang gak la $$ kat sini sebab kami ni memang peminum teh tegar yang ada perisa-perisa ni..kat umah memang ada teh strawberry..dan kat sana beli plak teh buah-buahan..seyes terbaek!!! nak rasa meh la datang umah..... tak yah kowang jauh-jauh nak pegi Beijing..kat umah ai je pun boleh..sebab masa beli tu siap dia bagi set cawan minum teh...eh eh..kowang ingat cawan biasa ke??..tidakk okkkk tidak tidak tidak..ehem..ehem....ni of course la cawan dia yang mangkuk kecik yang kowang kena pegang ngan jari je tu..ko ado??..takde kan..hahahah
*kembang kempiskan idung*
*kembang kempiskan idung*
opah pun nak interframe |
amik pic dengan dia sebab dia comel! |
amoi cina ni dari Yunan.dia boleh cakap bahasa Indonesia. Dia cakap kat Yunan, owang perempuan yang keje kat luar..lelaki duduk di rumah menguruskan rumah tangga.. kat sana perempuan yang akan petik teh..lelaki tak boleh... dia cakap la bukan aku cakap!!so, kalo ada lelaki-lelaki yang malas keje..sila pindah ke Yunan..boleh jadi Mr. Mama di sana!... hihi... lain tempat lain budaya!
makan tengahari aku tak pasti nama
restoran tu..ni je la pic depan restoran..niat makan cepat-cepat nak
amik gambar..*buruk perangai*
pantau kawasan |
my kakak ipar & Qaireen |
alamak..perot!! >_< |
ok..kasi kaver skit!! |
petang tu..aktiviti abiskan duit...shopping time!!
Shopping di Silk Market
tips untuk shopping di silk market:
1) tawar harga yang rendah 80%.. contoh aku beli teddy bear besarrrr untuk chinta.. dia letak harga 900 yuen.. (RM 450).. gile apa kan..so bile dia tanya aku nak harga berapa...letak je 50 yuen (RM 25).. hahhaa.. kena pandai tarik tali dengan dia..last-last dapat beli dengan harga 120 yuen (RM60 jer!!)
aku memang akan start letak harga yang dua angka jer..hahah..
2) kena jual mahal skit!.. lepas dah bagi harga yg ko nak..kalo dia takmo bagi..ko blah jer!... kena set dengan mind..jgn tunjuk sangat ko nak barang tu!..hehee... dia akan panggil balik melainkan harga yang ko bukak tu merepek sangat laaa..hahahahaa
3) ko kena keras hati & pekak telinga layan depa ni.. kat sana memang serabut..memekak-mekak..sampai ko bertekak la dengan diorang.....
4) lepas ko blah tu..cuba ko buat-buat pusing balik kat situ..mesti dia akan panggil dan bagi ko harga yang ko mintak tu...hahahhahaa....
5)tapi seyes..barang kat silk market ni mahal skit berbanding market lain! so pandai-pandai la korang tawar yer..dan lagi satu..depa ni tau perangai orang Malaysia yang akan tawar kaw-kaw punyer..sampai ada yang kerek akan cakap..malaysia?..ok geleng kepala takmo jual barang kat ko..hahahahaha
6) lagi senang korang bawak skali beg tarik..lepas shopping leh humban je barang-barang tu dalam beg
kat sana banyak la hasil buruan..sebab memang matlamat kami nak pegi sana cari baju and toys chinta..dan toys papanya...huhu... T___T kat situ ada toys transformers papa chinta nak beli dengan set mainan masak-masak yang besar tu dia takmo bagi murah..memang kem salam je la ngan aku.. sebab aku memang akan compare harga mainan tu dengan kat malaysia. yang set masak-masak (ada kitchen tu) kat kedai mainan area umah aku ni baru rm 70... ko plak nak letak harga mahal dari tu memang kem salam je la aku nak beli..hahaha
ni barang papa yang jenuh dok kendong lepas tu:
keluarga baru dalam koleksi papa chinta! |
malam tu lepas dinner balik hotel je..sesi untuk packing barang..sebab esok pagi dah nak check out hotel...sambung tour..shopping lagi....
next entry plak k!
*sambil goyang-goyang jari lenguh menaip*
No comments:
Post a Comment