semalam tak pasal-pasal kena amik emergency leave. pagi tu dok pikir-pikir gak la.nak keje ke atau tak nak keje. ewah..cam kompeni bapak ko plak kan. sebabnya, chinta leh wat hal pagi-pagi buta,dibantainya muntah bluwek-bluwek kul 4.30 pagi.memang melompat la aku dari katil.tengok papa dia dah kelam kabut kedong dia dari tempat tido chinta (chinta kan tido asing dari kami) ke bilik air..budak tu pun dah melalak-lalak nangis!.. banyak gile susu..melempah ruah bluwek-bluweknya!..
jadi.. lepas tukarkan baju dia.lap muntah kat tempat tido dia.aku masukkan chinta dalam buai. letak bantal tinggi. ye la..kul 4.30 pagi kan..harus la ko kena gigih tidokan dia balik!..pulak tu..dah la dah bluwek-bluwek.. bila mata dia dah segar, dia nampak ipad kat tepi bantal papa dia..terus nak main ipad! okay..memang terbaek anak mama ni.. hellow..kak yong chinta! baru kul 4.30 pagi..lom masuk bulan ramadhan lagi nak bangun pagi-pagi main ipad ni!dah tu..sambil buai anak, aku cakap la papanya..:
"pa, mama amik el la esok ni...nak kena cuci smua muntah-muntah ni..kang kalo tak mau lekat bau satu umah!."
cuci muntah?? EL??... apa kaitan kan!
tapi ada cerita disebaliknya plak..
hahaha...
ok..kita kembali ke cerita hari ahadnyaaa..
set button REWIND!
-----------------------------------------------------
hari ahad: time dalam tengahari camtu laaaa..
lokasi: aku gah sedap-sedap dalam toilet..*paham-paham la kan buat apa*
tok..tok..ada orang ketok plak pintu toilet..
"mama..cepat kuar..ni ada orang nak check paip umah kita ni...orang bawah compaint kata bocor"
aku harus la emo..eh eh..banyak lemak orang tu.ko nak check ko tunggu laaa..aku plak nak kena cepat!harus la aku emo time-time tu..
datang la dua ketul orang..
"encik..ni ada bocor la rumah bawah..ni balkoni belakang ni selalu takung air ke??.. ni kalo mandi..ada air masuk kat sini ke??...*sambil tunjuk-tunjuk balcony belakang*
aku plak cakap "eh mana ada takung air..tu mesin basuh..air datang dari paip..dan kuar ikut salur terus masuk ke bilik air..ke lubang air tu!..." aku dah mula nak tinggi suara..sebab nak main tuduh rumah aku punca bocor!
then aku jawab lagi
"kalo betoi
bocor..mesti bil air umah saya ni dah beratus-ratus dah..ni tiap bulan
tak penah kena bayar pun.." *ok..subsidi air kerajaan selangor*..
papa chinta dah pandang aku dah...ye la..yang ko nak emo apahal plak kan!..hahaha..
pastu budak tu dok sibuk la bubuh simen-simen kat celah-celah dia rasa air leh masuk..suka ati ko la labu..
dah tu..siap cakap..dia nak check paip umah bawah kul 3 petang..so tak leh guna bilik air tu..dah la kat umah tu..memang kami pakai satu bilik air je.bilik air master bedroom tu memang jadi tukun je..hehe...
dah check punya check....budak tu kata betoi bocor dari rumah aku..
aku pun mula la hangin! aku kata aku takmo tanggung cost smua!
*tu cakap dalam hati je laa..hehehe*
encik aboy cakap laa..so..bukan salah rumah i laa..memang la bocor dari paip rumah i..tapi u pikir logik laaa..camne leh bocor bahagian lantai balcony umah..sedangkan tak penah buat any renovation kat situ...
pastu budak tu admit..cakap masa wat wiring kat umah bawah..orang wiring terrrr 'drill'
paip air ke rumah aku...okay..boleh plak ter..ter..ter..ko ingat nak belajar imbuhan ke apa...
aku panggg sekali kang...ilang ko punya "terrr" tu..
dah bocor tu..mamat wiring rumah bawah tu bijak pandai..pegi tampal dengan kayu je tempat bocor.. brilliant!.. syabas..memang tak berkat la rezeki ko dapat tu...
"dah tu bape hari plak ko nak wat work tu...kami keje..this coming weekend kami takde kat umah"..
dia kata nak cepat..kena tebuk dari lantai balcony umah kami..sebab kalo dari rumah bawah dia kena mendongak ke atas...amboi-amboi..kalo lantai ada tiles..ko nak tak suggest tebuk dari atas gak???
*aku cakap dalam hati*
"banyak cantik muka ko...ingat nak senang keje ko jer..
ko nak tebuk dari lantai..segala habuk, debu work ko tu sape nak kemas..
padahal salahnya dari rumah bawah..
pandai-pandai la ko nak buat camne..
dah satu keje plak aku nak kena amik cuti nak tunggu ko buat keje
kem salam je la yer!!!"
memang aku bengang.tambah bengang sebab rumah bawah tu takde plak nak consult ngan kita dia nak buat work related to piping...bagitau la awal-awal.ni dah petang tu.....cina tu dah terjah rumah aku.... baru la kakak tu cakap.. "dik..nanti jangan guna bilik air belakang yer..diorang tengah repair".. tu pun sambil dia nak angkat kain..nampak kami nak masuk rumah...
acaner tu??..
kami ni yang MENGANIAYA ke atau TERANIAYA??
-------------------------------------------------
dan kerana takde air
*main paip kena tutup*
aku kena amik EL
sebab
nak angkut segala kesan degil tu
lik umah wan chinta
mari kita mendobi di sana..
kalo tak amik EL..
takkan malam-malam aku nak berperang dalam bilik air
cuci comforter ni semua guna tangan..
haru-haru..
but still pantau chinta kenapa leh bluwek-bluwek..
rupa-rupanya
chinta muntah sebab terlebih kenyang..
>_<
dan tgh malam tadi..dia ada simptom-simptom nak muntah lagi
oho..bahaya budak ni...
ingat esok kena bawak pegi klinik consult doktor gak