cuti new year aku lama kali ni. siap tambah dua hari cuti rehat.pasaipa, sebab mak ngan abah aku nak datang key-EL.. hehe. kunun-kunun nak celebrate new year laa..skali haremmmm... nak g i-city, penuh gila manusia. last-last aku cakap jom balik tido lagi bagus. esok nak p jalan jauh. padahal, mata memang dah ngantok masing-masing kekenyangan makan malam. hehehe. malam bawak g makan kat kedai Qaseh kat Shah Alam tu.
so, esok paginya - hari ahad, selepas dah cergas cukup tido, g la jalan ikea pasai abang aku nak beli kerusi makan baby. pegi awal senang la dapat parking. tapi dah masuk dalam, amaigadddd... ramai gak manusia. baru dah berangan-angan nak makan meatballs. padahal sebelum tu dah selamat melantak kat kedai Murni. cait, bawak kedai-kedai nama pompuan je. hehe
so, dalam kata nak cuci mata jee, pun dekat serat-dua gak la abis duit beli barang. ntah hape-hape je aku rasa, ngan cermin la, alas kaki laa.. railing laa.. jam laa.. takde maknanya kalo g ikea tak beli barang. dah tu elok je kuar ikea, leh plak atok chinta ajak g KLIA. kata arini ada flight pertama Qatar Airways yang guna kapal terbang baru...entah, aku pun lupa. so layannn je laa...dari damansara pegi KLIA. bukan aku yang drive pun, hangkut la aku kemana pon.
so, sampai sana cam takde motif, sekali tak sangka plak ramai gak peminat kapal terbang cam atok si chinta gak.chinta pun eksaited lebih tengok aeroplane, besarrrrr punya depan mata. mulut memang pok pek pok pek tak berhenti laa..ntah hape benda bijik butir dia cakap pun aku tak faham. tapi memang happy gile - cam atoknye.
rambut serabai - muka nak ketat |
dari KLIA boleh plak atoknye ajak g makan sate ostrich kat PD. ostrich tu.. tak agak-agak..hahaha. terbayang leher binatang tu terliuk-liuk. sampai sana ngam-ngan la nak tutup dah. tak dapat makan kat situ, just tapau dan bakar kat umah. dah jauh pegi kan. rugi laa kalo tak dapat beli. nak beli telur dadar ostrich, dah abis. giler nak beli sebiji, telur dah sama besar ngan bola boling, keras nak mampus plak tu. siap ko boleh lompat-lompat atas tu (seyes tak tipu), nak belah pun kena pakai drill... hahahaha....
dah la sebiji rm 80... leh makan pizza hut kenyang satu kuarga-
**chinta takut tengok ostrich**aku gelak jeee..hahahaha
lepas tu, nak melayan lapar anak tekak aku ni. ajak jom jom jom g makan kat GOLD COAST. ayat nak poyo, makan nak hebat.. gold coast sepang je laa.. layan ikan bakar sedappp gakkk oooo.. dengan perot aku dah berkeroncong tu.. so, dah siap sampai sana, amaigaddd lagi skali. nak pitam rasa tunggu meja kosong. siap muka kerek-kerek la waitress tu cakap kena tunggu dalam sejam setengah baru ada meja kosong. cam nak lempang-lempang je muka. tak leh ke cakap elok-elok. tau la ko penat, tapi jangan la nak kerek. aku memang dah pissed-off masa tu. perot lapar, meja penuh, waitress kerek, memang nak cari penyakit laa kalo dok situ tunggu. aku cakap jom blah, ayat cooling off, "takde rezeki la tu nak makan kat sini".. so alim-alim, baik-baik, nice-nice je ayat aku ni.heheehe.. ibu mithali la kan. *muntah ijau*
masuk keta, pikir nak makan kat mana. tengok jam. pikir lagi..last-last ntah camne aku leh teringat tasik idaman.. lalalalala... jom jom makan tasik idaman. kalo ikutkan aku ngan encik aboy pasti tak pasti jalan nak g sana. tambah-tambah dari sepang.siap nak call sape-sape je la tanya direction. last-last, "apa ke bingainye"... kan ada GARMIN.. apa guna beli mahal-mahal..hahaha.. ko bile dah lapar macam-macam la idea brilliant ko leh kuar kan. time-time tu pandai je laaa nak cari jalan nak g sana. matlamat: makannnnnnn... hahahahhaah...so seb baik ada garmin..sampai gak tasik idaman..... punnnn ramai manusiaaa.... tapi aku ni kira cepat skit laa dari owang-owang lain.dapat gak meja. dah dapat meja, aku dengar ada makcik-makcik tu sok sek sok sekkk cakap, ikan banyak dah abis, sotong dah abis... muka dah cuak okayyy.....jangan cakap aku kena cari tempat lain nak makan....so apa lagi, jom serbu tempat ikan.. betoi laaa.. yang tinggal ikan cencaru je sekor..ok bedal..... cop dulu..ikan kembung amik la 4 ekor... kauk kauk..tengok ada lagi udang.. kauk tak henggat...sebab takut abis..hahahahhaa.... pastu kauk kerang...ketammm..kauk semua masuk bakul.
next... g timbang...amekkkkawwwww... berpusing juling mata tengok... terus cakap..
aku:"bang bang.. udang tu amik 200 g je laaa...heheheh... ketam tu takpe.. banyak skit..."
makhluk 2 jenis tu je dah dekat rm 100..
laki aku: x pe laa, benda nak makan. jangan nak berkira sangat.
aku: muka terpisat-pisat, hehehhee
so, lepas tu terus bawak waiter ke meja amik order..order..dan order... sekali dah sampai makanan, aduyaii dah cam meja rancangan JJCM. rancangan tu bole la ko makan ni sesuap, tu sesuap, pastu tinggal. sebab bukan ko yang kena bayar kan. yang ni, sumbat la perot tu selagi boleh. hehe. memang rasa nikmat gila makan. tambah lagi syok at least dapat gak la bawak mak bapak aku makan ikan bakar. T______T
*rasa nak nangis sebab memang dah lapar gila masa tu*
dah kenyang.tak reti-reti ke.balik umah laaa......zzzzzz, tido kekenyangan puas ati.
gendang gendut tali kecapi, kenyang perot senang ati..
esoknya, mission g plaza GM.. tempat biasa la abang aku suka beli barang kat sini.. next entry la plak.
No comments:
Post a Comment