"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday, 9 January 2012

asb punya pasal

adoiiii...kalo tak kerana memang nak kuar duit, takdo makno nak melangut berjanggut dok kat bank tu. ni semua gara-gara orang sibuk kuar asb laa..aku ni ada la ciput je pun dividennye..nak kuar pun tak la banyak mana. tapi nak tunggu giliran dah macam berbaris nak tunggu bantuan air time banjir.. @_@

datang la awal dalam kul 2 petang camtu.ingatkan dah petang tak la ramai manusia-manusia kaya raya ni. sekali pun sama...dapat no giliran no. 14.. sejuk ati tengok no. sekali bile tengok kat area menunggu tu baru giliran no. 90. no yang dari pagi  tak abis lagi. *pujuk-pujuk hati tak lama je ni.

pastu dari berdiri, aku duduk. dari menyandar kemudian aku duduk tegak. lepas tu dah terlelap kejap * risau tido lama-lama kang berdengkur plak kang.hehehe.. pastu dok menyenget. lenguh pinggang sandar balik. tengok jam dah kul 3. baru nak masuk no. 2.. dah sejam menunggu. kalo masak nasi siap dah masak ikan kerapu masak 3 rasa la nie. T______T

tunggu lagi. borak ntah ngan sape-sape.ada yang dah blah, malas nak tunggu. aku gigih tunggu lagi.sebab nanti bile lagi nak datang bank kan. kalo ari-ari mau orang aim ingat - pompuan ni kaya ni. ari-ari datang bank, padahal duit ada la sekentut je.. heheh.. tapi tetap syukur alhamdulilahhhh...

last-last tengok jam dah kul 3.30.. baru no 10. aku kata kalo tak sempat turn aku, mau aku bakor bank ni kang. * ceh, ayat nak hebat. macam berani. hahahaha...

pastu aku tengok plak pegawai bank tu sebut no. 13, sekali punya la lama pakcik ni buat urusan. ntah bape banyak buku la dia nak update. aku rasa cam nak bagi ceramah skit kat pakcik tu suwuh cepat. hehehe. dah abis urusan pakcik tu jam dah kul 3.50pm. nanti kul 4.00 asb dah tutup kaunter. uwaaaa...fuh fuh aku jampi bagi cepat.. lepas tu pegawai bank tu leh plak blah dari kaunter. aku dah cuak + benggang semua ada.. seb baik la ada pegawai take over keje dia jap..no yang dinantikan pun dipanggil.... NO. 14.... tu no aku la tu..

dan dengan penuh bangga dan gagah berani..hidung kembang kuncup-kuncup.. berjalan lenggang mak limah la pegi ke kaunter... 

dan selesailah urusan asb saya pada hari ini tepat kul 3.55pm yang secara logiknye aku dah tunggu dekat 2 jam kat situ... apa kejadahnye....... :)

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers