skang kitchen aku still close.. gara-gara abg aku yang bijak pandai angkut periuk sikit punya besar la dari ipoh. penat aku call remind berkali-kali amik set periuk kecik-kecik, kuali dan set-set memasak. sebabkan aku dah pasang dapur elektrik. benda ni banyak cekadak bukan boleh pakai kuali/periuk biasa, nak yang ada magnet punya - yang memang khas untuk dapur elektrik.
sekali bila dah sampai kl masa new year tu, aku pun tak tau nak buat reaksi apa tengok periuk tu. ko bayangkan la, yang aku rasa leh guna buat masak kenduri untuk 20-30 orang makan. ko nak masak meggi dalam tu pun tak gamak?.. haishhhh.. dah la bawak dua. satu lagi tu siap ada pengukus bagai yang sama tinggi dengan anak aku bila dia duduk. aduyai.. peserta masterchef pun tak guna periuk besar camtu ok.. fuh..
*pitam*
agaknye mak aku nak suwuh aku wat part time niaga nasi lemak kot..kuikuikui.. eh, dah melalut plak. sowi terhover buat luahan perasaan. so, sebabkan kitchen closed until all cooking utensils are ready.. chewahh.. gediks plak speaking loghat negeri akak tu.. kuikuikui.
**sila lempang laju-laju muka sendrik**
so, tetiap malam, aku dah wat rancangan JJCM aku sendrik. abis ceruk mana restoran kat puchong tu aku explore, siap tanya abg jual pau kat mana lagi ada kedai makan best. yelah, nak beli makanan pun kena la tengok gak jenis kedai.bukan ko main saukkk jer.. kang ada yang ceri-beri secara pakej laki bini. tambah-tambah aku dah makin jadi penggeli sejak tengok cheta tanah kubur yang pasai kedai pakai pelaris tu. bluwekkkk..... @___@
semalam kami pegi la satu food court baru bukak, open concept. nanti aku capture pic. lupa nak amik pic semalam. so, jalan-jalan pusing-pusing tengok menu, rasa cam nak makan sizzling mee. since kami decided just nak tapau sebab dah kul 8 malam, rasa tak larat sangat nak makan kat situ. tp sizzling kalo tapau mesti dah tak feeling sebab kat umah bukan ada plate ala-ala kuali itam leper tu.hehehehe.. kalo terus masuk mangkuk cam dah rupa mee hailam je la kan. eh aku melalut lagi..
so, tengok ada satu abg tu meniaga nasi lemak. wah. nasi lemak ok. makin berlemak-lemak la naik badan akak ni. tengok cam best je ayam rempah dia. dah la goreng panas-panas. try la semalam. tamak tak henggat siap order nasi lemak ayam special. apa yang specialnye pun just ada telur goreng..hehehhee.. untuk chinta, tapau roti telur...
so sampai umah, apa lagi makan time. cam biasa tunggu chef tak bertauliah encik aboy tu nak komen apa nasi lemak tu. biasa la dia ni cerewet sikit makan nasi lemak. kalo ada rasa halia, terus dia reject.. so ni conversation laki bini kat umah:
encik aboy: sedap nasi lemak ni.. ada haliaa ni...
* dalam hati aku mampus nak bagi makan apa laki aku ni kalo dia reject nasi lemak tu.
isteri mithali: eh mana ada halia..
* ceh ayat kaber line.
encik aboy: ada laaaa...cium bau pun tau...tapi ok laa, rasa nasi tak la halia sangat. kalo rasa halia baik taruk nasi halia. bukan nasi lemak. *eh, panjang lebar plak dia komen
aku isteri masih mitali: bau je..halianye takde.. sekali lepas tu hambek ko.. dua tiga kali suap aku tergigit halia.. *hah tu la derhaka lagi..amekkawww..aku pun jenis tak suka makan halia-halia ni..yang encik aboy steady je makan....
tapi memandangkan aku ni tekak bedal je makan apa ada..halia pun halia laaa.. yang penting sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkkkk.. memang aku rekemen.. nanti aku upload pic area kedai tu k...
::last komen encik aboy:
"nasi lemak memang bersepah mana-mana ada jual, tapi sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkk punya"
**poyo okay laki ai**
chinta.. pandang kami cam ntah hape-hape la papa ngan mama aku ni.. baik makan roti telur.. sedappppp...
pas tu berlawan tak 'angin' nyer
ReplyDelete