"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Friday, 20 January 2012

Lagi kes baby Tersedak SUSU

Alahai..pagi-pagi rasa lemah lutut longlai bila baca berita-berita macam ni. Bukan nya pertama kali dengar, kedua kali dengar..aku rasa dah berkali-kali dengar cheta ni. Dan yang paling sedih, perkara ni penah jadi kat kawan skola aku last year. 
T____T

Ni yang lagi menyedihkan dua baby sekali. Boleh baca kat sini. Tolong laaaa.... itu la perkara yang aku paling takut. Buat aku pikir beratus ribu kali la masa nak decide nak transit chinta ke mana bile aku dah start abis cuti bersalin. Syukur masa tu, kakak ipar aku willing nak jaga. Sekurang-kurangnya tahap kerisauan aku tu suam-suam kuku sikit laa. Family kita yang tolong jagakan anak kita sendiri. 

Bukan aku nak menafikan yang bagus hantar anak nurseri. Aku sendiri pun planning nak hantar chinta ke playskol dalam 2 taun lagi. Takkan selamanya kita nak anak kita dok umah bs je. Kena la ajar bersosial skit. Lagipun, anak-anak yang membesar di nurseri ni bagus dari segi tahap independent, tahap pergaulan, cepat berkomunikasi selain develop skills psikomotor yang lain since ko paham-paham je laaa..berlonggok educational toys kat nursery. Kena take times skit untuk chinta ni, sebab dia ni lain sikit. Lain - kuat ngamuk, cenggeng, manja, dalam hati ada taman... tu yang aku lagi bertambah risau nak hantar nurseri. Sikap-sikap kecenggengan ni dah ada since masa dia baby lagi. Tak leh lambatttt...ngamokkkkk.... huhuhuhu... 

Eh eh...dah melalut. Aku sedih la kalo perkara macam ni berulang kat nurseri-nurseri kat Malaysia. Buat hati mak-mak gundah gulana nak pegi keje. Kalau boleh, memang semua mak-mak kat Malaysia ni nak besarkan anak sendiri. ye lah, dah dekat 40 weeks dok kendong ke hulu ke hilir dalam rahim. Menahan sakit nak bersalin. Terseksa berpantang. Bengkak susu. Tak cukup tido. Sakit kena jahit. Terkejar-kejar waktu nak makan. Alih-alih bile bagi kepercayaan untuk jaga 'sekejap' anak tu waktu mak-mak ni bekerja, boleh plak diorang buat macam tu. Come on laa... Tolong la jaga baby-baby ni properly. Tersedak susu ni BOLEH DIELAKKAN dengan cara ko pakai otak tu skit. 
*kan aku dah emo*

Dah tau kan, kadar flow susu yang laju bukannye boleh bagi semua baby. Some babies, esofogus nya belum develop dengan elok, jadi kalo dah lajuuuuu je air masuk lubang tekak..mesti la rasa cam lemas.. cuba ko amik getah paip...masukkan dalam mulut ko..kemudian bukak air kuat-kuat. Agak-agak boleh tak ko telan slow-slow????...hah..macam tu la konsep nya. Tolong laa...jangan biar perkara-perkara macam ni terjadi. Yang menjadi masalah, nurseri-nurseri ni nak kauk untungg je lebih. Amik budak ramai-ramai , pekerja tak cukup... Sudahnye nak senang, bancuh susu, sumbat kat mulut bby, sendal dengan bantal. Yeahh.. memang bijak tindakan tu yerrr.....

Tapi yang buat aku lagi emosi..Penah aku tengok parents yang bongoks buat camtu. Anak dalam stroller.. Mereka laki bini tolak stroller dengan penuh gembira. Anak menyusu dengan cara macam tu. Kalo dah tercekik susu kannnnggg..sape yang susahhh???Apa salahnye, amik baby tu, susukan dengan proper. Bukannya amik masa berjam.

Chinta sekarang dah pandai menyusu sendiri malam-malam pun aku still pantau. *Bagi susu kat dia, mata pejam.. mulut nyot nyot.. bile dah puas susu..dia akan campak botol tu ke tepi.*
so, malam-malam keje aku la meraba-raba dalam gelap cari botol kosong. Tu pun aku still bangun dan pantau. Ni kan plak, baby yang baru 3 bulan.. 4 bulan.......
OH tidak..mereka tidak bersalah...
*sound effect..tangisan suara..titisan air mata....tiadaaaaaa...siapa yang kisahhhhhhh....*

T_________________T

Syurga la tempat bagi merekaaa.....





*entri yang penuh emosi*







1 comment:

  1. Setuju dengan apa yang hang tulis. Kalau ikut hati ni,memang nak angkut anak ke opis. Kita ni keja bukannya tenteram. Kadang2 teringat anak buat apa. Bila ada ja cerita macam ni mulalah risau terlebih. Alahaila orang yang jaga tu. mintak2la dia jaga dengan sepenuh hati. Kita ni jaga macam lebih dari nyawa sendiri. Tak boleh bayang mak pak baby tu. kalau aku mesti pengsan tak nak bangun2 dah.apapon kita doa je lah supaya anak kita selamat dibawah lindunganNya walau dimana pon mereka berada.

    ReplyDelete

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers