dulu penah gak la dengar pasal urutan ni.. tapi tak penah la sibuk nak tau camne caranya..tapi kali ni rasa cam teruja plak nak tau dan cuba urutan perinium...mungkin nak buat persediaan menempuh saat bersalin.. auww.. ngilu plak memikirkannya.. walaupun masa bersalinkan chinta tak banyak jahitan yang diterima.. tapi still nurse ada buat episitomi gak! walaupun saiz baby kecik..dan bukaan mencecah 10cm.. tp sebabkan anak sulung nurse/bidan expert takut kalo kita tak pandai teran.. hehehe..owh lupa! kebanyakan skang kat spital nurse (yg experinced okay) yang akan sambut baby dan buat sesi jahit-menjahit..hehehe.. doktor selalu akan datang selepas segalanya selesai, nak check jahitan dan tengok sama ada ada kes tertinggal uri ke apa.. melainkan kalo ada case emergency doktor akan masuk campur laaa.. jadi jangan kerek ngan nurse-nurse yang ada... depa gak yang tolong kita..owh..aku bebelkan di sini utk spital kerajaan okay! kalo swasta tu selalunya doktor yang sambut baby..
hahahah..camtu la lebih kurang kedudukan kat mana nurse akan buat...kalo kena episitomi..hehehehe...
masa bersalinkan chinta..aku tak sedar pun bile masa la nurse ni pegi gunting/buat belahan episitomi ni.. seyes, aku tak rasa apa..mungkin sakit contraction tu dah buat aku kejang segalanya... or dengan kata lain dah dibius secara semula jadi!! hahahhahaa... jadi bile dah sampai masa nak bersalin tu aku dah tak rasa apa la kot.... kalo ditanya pada aku bersalin tu tak sakit..ko cuma teran je bila ada gesaan.. gesaan??..ok gesaan tu ialah perasaan sama cam kalo kita nak berak..bile kita dah tau saat yang t**k kita nak kuar tu..kan ada rasa gesaan untuk kita teran..hah..camtu la konsep bersalin! hahahaha... cuma bersalin ni nak teran benda yang besar la kan.. yang selalu owang dok kata sakit bersalin ni sakit kedua azabnya selain mati.. masa saat menghadapi contraction tu.. hohoho..seyes masa tu ko tak tau nak buat apa..cam sakit gigi laa.. rasa nak berguling-guling ke hulu ke hilir...hahahhaa
eh.. dah melalut plak..aku nak cheta pasal urutan perinium tadi rasanya!! hahahaa... yang penah aku baca, urutan perinium ni ialah:
Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
sumber: majalah pa&ma
eh sebelum tu... nak kena tau gak la kan kawasan mana yang dikatakan perinium tu! kang ada yang silap tempat buat urutan plak kang.. kwang kwang kwang!
perinium
kawasan di antara vagina/faraj dan dubur....
jom kita belajar teknik-teknik urutan cakar harimau perinium ni..wah cam doktor-doktor plak.. takpe kita cedok ilmu dan kongsi sama-sama kan! aku pun baru nak belajar gak..hahahhaa...
Teknik urutan perineum
1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti
sumber: sekilass.com
hmm..nak tepek pic gak..tapi cam segan...adoi adoi adoi.. tapi untuk ilmu tak salah kan!! eh..ke tak nak letak..isk..takmo la letak..korang gugel la sendiri..hahahaha... cari la pic camne urutan tu..kat mana nak masukkan jari.. kalo rasa ngilu nak buat sendri..boleh dapatkan bantuan suami.. seyes..aku malu nak tepek pic tu sebab nampak sungguh jelas rupanya!hahahhah... sungguh 18sx...
tapi seeloknya kalo nak buat urutan ni kena tunggu 35weeks ke atas.. saat-saat nak hampir bersalin.. adoii.. nerbes plak aku...hehee.. Tak salah mencuba kan.....
kalo ikutkan sumber pembacaan aku, urutan perinium ni boleh gunakan minyak-minyak bersumber bahan semulajadi... cam minyak kelapa dara.. atau minyak zaiton.. tapi kalo tak silap aku.. kat mother care ada jual perineal gel ni... *owh..one of must buy item*.. heheh.. kalo ikut rujukan aku di google..price baru RM 36.. tapi sila double check di mothercare okay! aku jarang pegi mother care ni..hehehee... jadi tak bape pasti la harganya.. tapi kali ni mesti gigih mencari gel ini!!! *sambil kembang kempis idung*
sumber: google
yang ni aku copy paste dari fesbuk: hehehe...
10 tips untuk mudah bersalin ♥ ♥ ♥
1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran , selawat dan zikir.
Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh cam surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah.
2)Minum air kelapa muda.
Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.
3)Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami.
pilih posisi yg sesuai bila bersama..Klo rasa malas & xbernafsu..ingatlah ini hnya utk memudahkan anda bersalin
4)Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa
5)Makan kurma 3 atau 7 biji sehari
6)Tidur yang Mencukupi
7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.
8)Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan
9)Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.
10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.
--> Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja. Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya.

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
ReplyDelete