"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday, 17 April 2012

jumpa doktor lagi

hari isnin cuti. bukan saja-saja nak rehat tapi chinta ada appointment ngan doc kat klinik pedatrik, hosp serdang. appoinment kat buku tulis kul 9. so, pagi tu chinta bangun lambat. aku dukung masuk keta time dia tido lagi. mandi pun kat spital je laa.. tak sempat. smpai spital, smtara encik aboy cari parking, paham-paham je isnin pagi di spital cam pesta bola. ramai manusiaaa sana sini. so, aku pun masuk dulu pegi register. dapat nombor giliran 1307.. hah..amik kaw.. tengok skrin baru no 1198.. camtu laa.. berbulu je rasa nak menunggu. tu baru nak register je. belum lagi register kat paed clinic. tunggu giliran lagi. takpe..demi anak...

so, aku cakap ngan papa chinta, lama lagi.tak yah rushing.dapat parking, mandikan si kenit kat toilet area klinik o&g.. selesa kat situ sebab bersih. pastu, tengok no giliran baru la no 1248..camtu laa..aku pun ingat-ingat lupa nombornya.. aku cakap jom la pegi brekfast. tapau je makan kat situ... smpat tapau makan, beli surat khabar.. makan...dan makan dengan chinta.. baru la dapat giliran..masa tu pun dah nak dekat kul 11..adoiiii...

pastu tunggu giliran dalam paed clinic..kat situ takpe..chinta suka.sebab ada kekudaaaa... dia main dengan gumbiraaaa..... memang ceria muka...

oooo...girangnya hati...

buat muka seposen je..tau mamanya nak amik pic... T__T


tunggu tak lama..ada la dalam 20 min camtu.. tak puas chinta nak main kuda.. dah kena panggil no.. masuk bilik rawatan..just nak check berat n tinggi. tapi tau-tau la si kenit ni drama lebih... di bantai nya melalak kuat gila.takmo duduk atas penimbang. huhuhu... tak pasal-pasal aku pun naik penimbang sama ngan chinta. pastu timbang berat aku plak utk tau berat chinta...nyampahhhhh... papanya asik kutuk je berat aku lepas tu... >__<

tapi yang lagi nyampah.masa tu ada satu makcik kerek...grrr...grr...geramnya bile diingatkan. masa tu dia pun masuk sama.sebab panggil dua nombor sekali. dia bawak cucu dia la kot.siap pakai mask yang tutup idung tu. pastu cakap perli-perli... pandang cucu dia.. kakak tu (refer to chinta).. beriyer-iyer nangis.. kuat plak tu. adik tak nangis pun kannn kann.. huh.. aku mula-mula take it positif laa kan. aku senyum je laa..lepas kuar bilik rawatan tak puas hati lagi... bile aku lalu kat situ siap cakap.. kuat nangis..dah besar ni pun nangis.. aku pun geram laa..balas balik " makcik..anak saya ni dah trauma jumpa doktor / yang pakai white coat sejak dia warded aritu.. dia ingat nak kena cucuk amik darah.. cucuk masuk air..dia dah trauma"... baru dia diam..

lepas tu aku blah. cucu ko tu baru 3 atau 4 months..memang la tak paham apa lagi bile baring atas penimbang tu..diam je laa...nama pun baby. chinta sambung main push car plak kat situ. mood dah ceria gelak-gelak. dlm 10 min sampai giliran jumpa doktor.. lagi sekali dia melalakkkk... huhu.. sebabnya dia nak main lagi takmo bangun...ayooo...dan guess what?..makcik kepoh tu terteleng-teleng kepala nya nak tengok anak aku nangis... tu consider concern ke busybody???.. huhuhu.. padahal kat situ bising gak suara budak-budak main kat playground dalam tu..

jumpa doktor..nasib baik memahami..dia pun paham chinta dah trauma jumpa doctor... puas dia psiko chinta... hehehe.. kenit tu tau jer...padahal doktor just nak check degupan jantung.. check ubun-ubun.. tak buat apa pun...hihi.. tapi yang kelakarnya..selesai je aku consult ngan doktor, pandai plak dia bye-bye doktor tu...hahahhaa...mesti dalam hati cakap "fuh..dah selesai pun"

seb baik doctor memahami pasal weight chinta. kalo kat Klinik Kesihatan. Nurse-nurse tu pandai bebel jer... ingat kita tak bagi makan anak kita ke?..ayoooo... doktor tengok genetik kami laki bini pun tak besar mana... ayat doktor tu senang je "u husband n wife pun kecik.. takkan nak expect anak gain weight secara mendadak camtu...at least, she gaining weight!" 

tapi yang tak bestnya.... 3 months lagi jumpa doktor lagi.. doktor nak tengok progress after 3 months.. kalo okay baru dia totally discharged, tak yah datang appoinment lagi...aiyaakkk.. kena amik cuti lagi la nampaknya....


No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers