semalam balik rasa dah jemu plak makan kat luar. nak gak la encik suami makan air tangan isteri kesayangannya kan..hahaha *muntah pelangi jap* so, balik semalam singgah la speedmart nak beli ikan. beli kat speedmart okay.yang lagi best, aku ingat aku je dok teringin nak buat ikan bakar (since tengahari plan nak masak lemak taugeh + tauhu + udang dengan ikan bakar)..yummy.. petang tu tiba-tiba je encik suami ajak cari ikan. eh.. eh.. dejavu ker..karma ker..apa nie..sampai plak info kat otak ni pada dia..sama plak teringin nak makan ikan bakar.
sekarang speedmart pun dah ada jual barang-barang basah ni.tapi tak banyak laa. nama pun dah masuk speedmart mula la mencapai barang lain selain ikan.hihi. buat stok sikit beli ikan, sotong dengan udang. at least untuk stok seminggu je.takat perot 2 dewasa 1 kekanak. apa la sangat nak beli banyak-banyak.bukan nak buat kenduri kendara pun. beli susu and pampers chinta sekali, beli tajen - vitagen...milo kotak chinta, roti..etc etc. bukan nak shopping barang dapur pun, just top up sikit-sikit barang-barang keperluan. nah kau hambek.. pergi cashier kena rm 152.00.. duit cam air je beli barang-barang sekarang ni...
balik mula operasi menyiang ikan, marinate.. ermm.. teringat-ingat plak bau ikan cecaru bakar semalam. oh yerk.. lupa nak cakap,kat umah tu memang ada pemanggang elektrik. so letak je ikan atas tu, cucuk letrik.. tunggu sambil goyang-goyang bontot dah siap..hahaha.. senang zaman skarang ni. tak yah nak cari kayu api, set up api dan tiup-tiup sampai abu terbang ke rambut..hehehe..dapur pun dah dapur letrik jer!
masak lemak kejap je. senang.takyah nak tumis-tumis. so dalam sekelip mata je dah siap..hahaha..*riak sikit*
dah siap makan, operasi mengemas. ntah hangin apa datang semalam siap satu rumah aku kemas. vakum rumah, mop lantai, berus sinki dapur, cuci pinggan mangkuk, lipat kain.. sampai kul 12 baru la selesai semua keje. kesannya, pagi ni bangun sakit pinggang. hambek kau.... tapi takpe, at least balik keje kang tinggal nak masak ngan basuh baju je. hihi..
ok..malam ni ingat nak buat sotong bakar laaa.. nak main bakar-bakar jer makan.. sedappnyaa.. so kena ingat balik kang nak kena beli cili padi untuk buat cicah kicap tu.. dengan bawang besar - untuk marinate sesotong sekalian..dah abis semalam..
ok.. jumaat hari penuh keberkatan.. so malam nanti cam biasa la nak tengok beruang comel versus angsa ganas kat super spontan...lepas tu layan walking dead.. eh ada lagi tak walking dead ke dah stop dulu untuk season 3... aiyakkkk..cheta tu betoi-betoi bikin wa tensen laaa...
No comments:
Post a Comment