"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday 31 May 2012

petua - mudah mengandung






~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...



*info menarik ni..just share perkara yang baik kan...*

mana tau ilmu yang disebarkan ni..sedikit-sebanyak lekat diberi ganjaran pahala dari Allah..
Insya-Allah...
 

seminar VM

eh eh..over..rasa cam banyak plak nak share arini.cheta-cheta dah terperap lama.tapi kadang-kadang yang lama tu tinggi nilainya kan. contoh barang antik..atau pun setem lama.. bernilai tinggi.. tapi kalo entri lama cheta dah basi ni ada nilai ke..hahahahha..tettttt!!!

28-29 mei kena attend seminar Value Management. Al-maklum la, ni kan kira mandat dari kementerian untuk turunkan ilmu dan pengetahuan ni pada golongan timun-timun cam kita..hahaha.. actually, bile diarahkan attend seminar berbayar ni, cam pikir..related ke ngan keje?.. ok, for the sake of reason "menuntut ilmu biar sampai ke negara China"..dangg.... terus "saya yang menurut perintah"..hahahhaa.. plus actually, aku pun memang la ada keje-keje related ngan kewangan.nak tambah ilmu bagus pergi..

as mentioned in the seminar.. VM - value management ni dah lama wujud di Malaysia. cuma baru dipraktikkan few years..years..years la especially untuk projek-projek melibat-libatkan jutaan ringgit ni..wah.. kelas ko cheta juta-juta..hahaha..seminar ok..pembentang kertas kerja ada yg ok..ada yang so-so.. malas nak cheta lebih-lebih pasal VM ni..senang aku ringkaskan... VM ni bukannya hanya berfokuskan budget cutting.. tapi lebih kepada belanja berhemah. meaning that, matlamat dicapai dengan kualiti yang baik, tapi perbelanjaan tu dikurangkan. 

for basic knowledge best ilmu ni. mungkin kena attend kursus/lab untuk lebih paham supaya dapat implement perkara ni. 

Yang best bile attend seminar ni, pegi ngan orang yang sekepala..eh share kepala ke??..hahaa.. yang leh cheta-cheta benda merepek (takde makna nak cheta hal-hal orang lain..ai kan bukan mak jemah)..hahah leh rilex dari 2 hari ngadap keje kat opis..hahahaa... seminar takat kat palm garden je..ikutkan sekangkang kera je ngan opis..  tapi gumbiraaa..hehe..

ok  tu je..lenkali sambung lagi...akak bz la dik oiii... chewahh..maklum la next week nak cuti seminggu... 

*badan kat opis..hati dah melayang pegi bercuti*

ragam chinta bile dah 18 bulan

kalo owang tua-tua mesti cakap beralih bulan. tu la modal. kalo demam nak beralih bulan. kalo tumbuh gigi pasti respon nak beralih bulan. tak pun respon lain..nak besar camtu laa..hehee...so the typical kan.. aku tak penah la jumpa apa sebenarnya connection kalo demam ke/berubah perangai ke dengan beralih bulan.. hehe.. kalo gen stok-stok cheta warewolf ke maybe la kot. bile malam bulan mengambang....*preview filem jap*..

hehee.. tapi aku pun suka guna alasan tu..sebab takde alasan lain yang leh aku pikirkan..huhu.. senang bagi conclusion beralih bulan.eh..bukan aku nak cheta pasal beralih bulan ni ke apa. tapi just nak cheta pasal chinta ni. ragam kesayangan bile dah 18months.. eh..lekat plak nama kesayangan..hahaha...*perasan diva jap sambil lambai-lambai tangan*

dari segi phonetics and linguistic..chewah... hover mama ko ni chinta.. skang chinta dah mula nak belajar-belajar cakap.. ada la sebutir dua perkataan yang clear.. cth: mama, papa, abang, kakak, air.. selain bahasa 'perancis' yang kuar dari mulut dia..such as..babang - kapal terbang.. umpah - tumpah

psikomotor: ok yang ni memang superb!!.. kalo ada report card untuk dia memang leh dapat A+ laaa.. T__T
dalam kereta.. stereng dia panjat... pemegang kat side co-pilot tu.. dia akan pegang..dan panjat kat tingkap tu kaki naik ke atas.. *camne nak explain pandai la korang bayang sendri..*..huhu.. dah laju je nak naik tangga sendrik..seb baik tangga tu berkarpet.. panjat kerusi tak yang cheta laa... cat walk dia tu atas kusi dah perkara biasa..belum cheta cubaan nak panjat atas table top (bar counter) kat umah tu....tu dia berusaha dari high chair dia..nak naik atas tu sebab dia tengok apek cina pasang kabinet buat camtu..haishh....dan sudah pandai menari yer....pusing-pusing macam tenggiling...tengok iklan huggies sepak apa ntah..dia pun buat gaya camtu.. pasang lagu twinkle-twinkle dia pun cuba nak ikut gaya dalam tu..ok good... lupa apa stage untuk ni..kena bukak lik buku children psychology tu..hahaa..i love that subject!!!

social skill: yang ni aku tengok chinta ada ikut perangai aku sikit.. sebab aku ni sumtimes jenis observer and reserve a bit..bukan la nak kata malu..sometimes aku memang leh selamba badak je tegur orang.. tapi sometimes aku akan keep reserve..haha.chinta ni aku tengok dia takes time gak nak mesra dengan orang. dia akan amik masa untuk sesi ice breaking, lepas tu okay... boleh tunjuk perangai seperti biasa...hahah.. T_T

memilih gak la nak ngan orang. sebab ada masa senang je la kalo orang nak dukung dia. ada masa dia menangis buat drama kalo orang dukung dia. dan yang pasti, garang tu memang garang.. huhu... tapi ada masa baik lembut mithali jer dia.. beralah jer... very the unpredictable..hahahahaa....ok maybe masih terlalu awal to determine. cuma penah attend courses yang ada ilmu-ilmu kaunseling ni.. kalo nak tau anak kita extrovert/introvert... tengok anak mata dia.. kalo anak mata dia besar.. tu antara tanda anak extrovert..dan sebaliknya.. okay sesi tutorial.. tau tak extrovert/introvert tu apa??...okay, tak yah angkat tangan..takde hadiah pun sape jawab..hahaha... senang explain - extrovert: mudah mesra, banyak cakap, senang hidup berkumpulan dan introvert ni: pendiam, suka wat aktiviti sndrik,suka dok umah.. camtu la lebih kurangnya... so, kalo tengok bola mata chinta...haishh..dah tau kategori mana..okay...okay.. *hmm..stand-by je la mamanya bile budak ni dah pandai bercakap*

kesihatan: alhamdulilah, last chinta sakit yang kes masuk spital tu. sampai ke hari ni alhamdulilah laaa, takde demam/selsema etc etc.. bab yang ni memang aku syukur sangat-sangat. aritu masa sakit susut badan dia. ni aku tengok dah mula nak gain weight lik. tu yang hati manyak cenang!!

oh..lupa nak cheta, banyak benda skang sibuk dia nak buat sendrik.paling hover kat imigresen aritu pegang surat beranak sendrik dan nak pergi kaunter sendri..hahaha.. konon.. nak suap makan sendrik tu biasa.. ooo. lagi satu..anak ai dah leh diharap untuk jadi 'remote control'.. hhahahaa..kijammm mama ko ni chinta.. remote control ni maknanya....kalo ko kuar dialog camni "chinta.... tolong mama amik tuala tu".. dia pun terkedek-kedek amik untuk ko..atau sampai je umah.."chinta, remote tv mana"..ok dia cari dan bagi kat ko.. hahhaa...dan dah leh harap, lepas buka baju dia..."chinta, g amik baju ni masuk bakul baju kotor" dan dia pun dah leh harap benda-benda camtu... so test: mengikut arahan..lulus!!!

yang lain apa lagi?..hmm..ragam budak ni memang macam-macam.tapi tu je kot yang aku sempat recall...
ada masa aku update lagi ekk.....perkembangan kesayangan..hehehe.. meh tepek pic sikit!! pic ni masa nak p ikea ahad lepas, punya la susah nak amik pic dia. bile aku standby hp, dia baring malas camtu atas sofa. bile aku dah snap, baru dia pose-pose...erkkk... tensiiiii!!


muka kena paksa amik pic..

tengok tu....


makin buat pose malas

saja angkat-angkat kaki plak..
last-last aku malas nak layan... susah tol nak amik pic dia....


rampasan kuasa

ikutkan entry ni dah berzaman..cheta last week.bila kesayangan datang opis.hihi..al-maklum la sejak car pool ni, bile encik aboy cupin ada keje area kajang, kena la transit kesayangan ni kat opis mamanya dulu. kalo mama takde meeting pagi takpe.. kalo tak kem salam je nak ikut yer.haha..ntah apa dia suka sangat dok opis ni. dah la takmo dok diam, cuba la dok kat sofa main diam-diam kat situ. tapi apa yang kita pegang itu la yang dia nak. adoii..

sibuk nak dok atas riba.kalo kecik takpe la leh pangku.ni dengan takleh dok diam. buntut plak tajam.sakit peha gebus ni.hahaha..walau lelemaks ada pun tak leh nak cover.haha..kenapa nak dok atas riba?..hah..sebab sibuk nak main komputer laa.ingat aku main game ke apa kat pc ni..mama buat keje yer dik..ada suwat mama nak kena buat. ada keje nak kena submit..iyer..ok..memang aku cakap sowang-sowang yer. *bukannye peduli dia. nama pun kesayangan.tak leh buat apa la*.

sudahnya..utk puaskan hati kedua-dua pihak. yang sowang nak menyibuk buat keje gak atas meja ni. *abis kertas-kertas kena conteng..T__T dan lagi syahduuu meja putih ikea ni pun ada hasil seni chinta..huhu...T_T
terpaksa la mama ko ni menyental guna pemadam...seb baik mau ilang.eh..lari tajuk plak.

ok...nak puaskan hati..last-last aku pun letak dia atas meja..hahahaha...first class seat.. ko ado??..hehe..

ok la..just few pics aku tepek je la kat sini...


tengok..tangan punya laju sana sini nak capai segala benda...T__T

hah..tengok baik punya tunjuk montot..huhu....T_T




hah...jumpa sesuatu yang berkenan di hati....


dan bersedia nak bawak lik...huhu..
memang kesayangan cuba membuat rampasan kuasa...oooo..tidak tidak tidak.... this is mama's teritory....


hahahahhahaa


Wednesday 23 May 2012

me turns 28..

patut ni entry semalam. tapi tak sempat sangat. pagi chinta ikut datang opis lagi.kalo ada budak kecik ni, memang tak sempat la kalo ko nak hupdate belog. nak nyanyi-nyanyi epy besday utk diri sendiri. * garu belakang jap*

hehe.. semalam 22 mei 2012. bersamaan satu rejab. tak sangka dah masuk 28 tahun.eh eh.. bukan 18 ke? *check ic jap*..hahahaa..

happy besday mama chinta

*wish kat diri sendrik*



---------------------------------

owh..saya bukan lagi si manes 18..auwww... 


Monday 21 May 2012

teman mama

oho..budak kenit ni memang suka kalo aku bawak p opis.pagi tadi masuk keje lambat ada urusan skit. lambat pun sebelum kul 9 dah sampai opis. tu pun sebab gigih aku suwuh encik aboy hantar aku dulu sebelum dia uruskan keje dia plak kat kajang.kalo aku ikut..confirm la tengahari baru masuk opis.segan ooo..  nak amik cuti lagi jadi segan sebab next month nak cuti panjang.aduss..banyak tol personal matters aku taun ni. apa nak buat amik cuti pun selalu sbb urusan-urusan family ni. nak kata amik cuti suka-suka bergumbira rehat kat umah.. memang nan adooo la jawabnya. tu yang sangat-sangat looking forward cuti next month mau bercuti bersama keluarga tercinta.. walaweyyy..hehehe

oho..dah menyimpang jauh. susah tol kalo tangan yang control mind.ahaa.. hahaa..tangan ni laju je la menaip kalo bab-bab merepek meraban ni. kalo bab keje slow motion plak.owh..cepat-cepat sindrom malas beredar dari aku.. *sambil lurus-luruskan badan*

o..sudah menyimpang lagi..hahha.so pagi ni bawak la chinta datang opis. gagah aku dukung dia naik tingkat atas opis aku ni..kiranya tingkat 2 kalo kira dari ground floor. nampak cam tak tinggi. kalo dah dukung chinta complete pakej ngan barang-barang lagi. ayoo..naik 6pax kat dada kental ai tau..hahahha...*6pax yang dimaksudkan lelemaks laaa..* hahahaa T___T

dan..sampai je bilik..somput maimon tau... huhu..amik napas dulu.. seb baik dia tak bising-bising. tapi yang tensionnya, takmo dok diam. nak dok atas riba aku nak ngadap pc sama.... huhu..owh la anakku sayang, mama nak buat keje ni.. bukannya kita tengok wayang ke apa kat monitor pc..seb baik la tengahari papanya dah amik.

hahha..masuk bilik bos..leh plak chinta kongsi mihun goreng. pandai ek mintak uncle rudie mihun goreng. hahah..padahal dah makan roti peanut butter ngan aku..

ok layan pic dia sambung minum susu plak lepas makan mihun goreng..

muka layan susu...

giler senang hati..



pagi tadi elok je turun dari keta..dia dulu yang melangkah nak masuk opis... aku baru terkedek-kedek nak amik beg..conpius jap sape yang nak masuk keje ni??...





Friday 18 May 2012

hari nasi sedunia

owh..nikmat makan nasi
seyes..seminggu sakit
tak lalu nak telan apa..
takat suap bubur 3 suap..
pastu sila la duduk dalam bilik air yer..
hilang nikmat makan

kuwus?..susut la skit kot
kot..hahaha..
tapi lepas sihat
selera makan bertambah
dan bertambah
jadi takut kalo tak makan
sebab cam dah kena gastrik plak
makan tapi rasa tak kenyang-kenyang
owhh...sungguh tak best

hari ni..
pagi-pagi dah dapat sms
"sape nak pesan nasi"
 harus la angkat tangan beramai-ramai
nasi kerabu terbaik dengan lauk paru
memang best nasi kerabu makcik ni
seyes terbaik.
kalo makan terbayang-bayang
hahaha..hover

tapi pagi ni sampai opis
rezeki di pagi jumaat
ada makan-makan
menu nasi lemak..
wahhh..wahhh..wahhh panjang laa aku
nasi kerabu simpan dulu
bagi laluan kat nasi lemak dulu
dengan kuih...seri ayu rasanya nama kuih tu
ntah..aku pun bukan reti nama-nama kuih ni
reti makan je
hahahaa

dan..kenyang...sampai tengahari je
lepas meeting rasa lapar semula
owh..mengapa begini?
cepat terhadam ke..
hahahaa..
dan makan nasi kerabu plak
memang terbaekkk
makan ramai-ramai..
kenyang sama-sama
hahaha..

dan paling terbaek.
lepas tu membuta..
hahaha..nasib la nak kuar time lunch hari jumaat
keta pun bukan ada..
so dok opis diam-diam

kenyang..tido dengan aman
dan
lepas bangun
rasa nak makan nasi lemak plak
ok..sesenduk saja
dan makan lagi
owh..aku dan nasi memang tak leh dipisahkan

hahaha..
alhamdulilah
nikmat Allah nak bagi

thansks to lily, student poli praktikal kat opis ni
masak nasi lemak untuk kami

all the best sis in your future undertakings

pic?..malas nak download dari fb kawan..
hehehe..
dah makanan depan mata..
tu lagi penting

cerita lepas waktu keje

semalam balik keje lambat.
sebab encik aboy cupin amik lambat
so..dah lambat.. malas nak masak
haha..alasan alasan..ooo alasan
tekak plak teringin nak makan sate

dan pilihan tempat nak pegi.. sate kajang.
sate kajang kat hentian awan besar.. atau
sate kajang kat dengkil..
atau sate biasa je kat belakang mekdi kat seri kembangan tu
ok..ok..pilihan kedua dan ketiga cam malas..
pilihan ke 4..susah sikit..tempat tu banyak keta..
chinta suka gerak sana sini..tak tenang nak makan
so..jom ke samuri je laaa..hehe..dekat je pun ngan upm
pegi dah petang.
tapi orang tak ramai
chinta nampak playground..
sibuk nak main.
hah..apa lagi...dukung je bawak masuk tempat sate.
camtu je kekdahnya...hahahaha...
lepas tu meraung kejap.
kena ajar..makan dulu...
dengar cakap mama..
jangan nak ikut cakap dia je...
hepp...camtu la aku marah anak..
hahahhahaa...

so..makan..makan..
order ngan mee bandung
kuah nampak cair..
tapi sedap gak..hirup sampai abis
kongsi satu mangkuk laki bini
order sate 20 cucukss..
tu pun tak abis..bawak lik 4 cucuk
simpan dalam peti ais sampai pagi.
hahahahahaa

dah kenyang.bagi can chinta jalan-jalan
dan pow duit papa beli mainan
owhh..anak..

dan..
yang best
jumpa plak junior zaman skola..
nampak dia lambai-lambai dalam keta
so, ingatkan orang tu lambai orang lain
rupanya lambai kat ai..hahaha
makcik segan nak membalas lambaian..
sebab takut terperasan sendiri..hahahaa
camtu la kekdahnyaaa..
lepas tu jumpa..
berpelukan..tak leh hover..
nanti kena gelak ngan encik aboy
dia suka gelakkan aku kalo jumpa kawan lama
eksaited macam kan apa..hahaha
apa nak buat..budak rps memang camtu
hover...hahaha

so..nak balik dah..
tengok chinta muka tak puas ati tak leh g playground
bawak la jugak.
tapi tak bagi main pun
hahaha..ntah hape-hape je
bagi dia naik keta yang remote control tu
rm 6 untuk 10 min.
aku yang bosan menunggu
dia buat muka sardin je naik keta tu.
takde perasaan sungguh
bile abis 10 min..dia turun sendrik
seb baik  tak meraung suwuh bawak lik keta tu
sopan gak anakku itew....huwagh huwagh huwagh
dan bagitau.."jom balik..dah 'awah awah'"
maksudnya dah masuk maghrib.. tu cara chinta sebut
nak sebut Allahuakbar..

dan nak balik..dapat sms dari kawan encik aboy
parents wife dia nak datang umah
owhh..alamak..jeng jeng jeng
cakap umah sepah laa..hahahaa..
tak de alasan..so nak datang gak dalam kul 9 lebih
ok..sempat nak kemas umah dulu
bukan kemas apa pun..
susun-susun mainan chinta sorok dalam bilik
kalo tak kat hall tu penuh mainan dia je
lepas tu..nak lipat kain..
ok tu je pun..nak masak pun diorang dah makan dlu sebelum dtg
ok..buat air je..plus kat umah tu ada muruku..
hehehehe..so cam biasa menu.. teh o strawberry..
kalo bgtau awal..leh masakkan mihun goreng
tu je la modal aku..hahaha..cepat dan ringkas..
campak-campak apa yang ada..
sedap weiii..hahahhahaa

chinta?..kul 9 dah masuk tido
macam-macam posisi kat tempat tido dia..
hehehe..
dah tau rutin dia..lik umah..mandi..susu..
golek-golek jap.sepahkan umah
dan tarik tangan mama ajak tido..
-_-'

tetamu balik
kemas dapur
tengok shaolin soccer..
lepas tu shaolin soccer  tengok aku
cepat-cepat masuk dalam comforter...
dok diam-diam...dan tido..
zzzzzzzzzzzzz
zzzzz
zz

itu je cerita aku untuk malam semalam.
sekian, melaporkan
terima kasih

owh..ada gambar gak..sila tengok kalo suka..
takde unsur paksa..

intai belakang tengok papanya ikut ke tak

main keta

dan kul 9 sudah time tido..mimpi bersenam kot

mimpi menari ballet agaknya

Thursday 17 May 2012

bawa daku pergi..


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

ohoo... jom kita lari dari realiti.....jom chinta.jom encik aboy....
efisyen..magnificient.. mula-mula dok pikir nak pegi renew buku merah kat putrajaya je. sebab dari umah dh dekat bebenor ngan putrajaya ikut highway belakang.pastu laki bini conpius kat mana imigresen putrajaya. okay, sila jangan buat-buat pandai.hahaha. pastu tau kat kajang ada satu.pun tak pasti kat mana. haha. ok sila gelak yer.nak bikin buku merah tapi tak pasti kemana destinasi..sila set gps anda..to the left..to the left..

hahhaa..sekali rupa-rupanya kat area umah aku tu pun ada JPN feat Imigresen.ok deal..kat situ je sudah. dekat dan tak ramai orang. yup perfect choice!!..so pagi-pagi tadi tercongok la kami g isi borang.. pic dah siap amik petang semalam..tak sampai 15 min tunggu giliran..dah siap urusan.. then tunggu dalam 2 jam siap la buku merah...

aku punya buku merah sudah tamat tempoh....chinta ngan encik aboy buat buku merah baru... nanti aku hupload pic chinta - first time amik gambo pasport..hahahaa... dasat budak-budak skang.. 1 1/2 y dah bikin buku merah... first time naik airplane umur 2 bulan..ayooo..kalah mamanya.. mamanya pun first time naik airplane umur 8 tahun.. tu pun takat ipo-kl je..hahahhaaa....

ok..lega satu bab dah selesai.... buku merah sudah siap~

sekarang kalo kowang nak buat buku merah...2 jam dah siap..

price?.. kalo kowang nak amik 5 tahun rm 300.. kalo takat 2 taun..rm 100 je..so kami laki bini amik yang 2 taun jer..hahahaaa... yang untuk chinta kami buat buku merah 5 tahun.. sebab kalo below 12y ada 50% diskaun..maknanya..kalo buat untuk 2 tahun rm 100..tp kalo untuk 5 tahun baru rm 150.. so tambah rm 50 leh dapat buku merah 5 taun..owhh..hover chinta..cam la nak pegi sana sini banyak sangat dalam masa 5 tahun ni..hahaha...

ok..nak lari mana?.. lari dalam guni ngan chinta....hehee..


duduk bantah..eh slogan bersih 3.0??..hahhaaa.....





selesai satu bab...buku merah....





Tuesday 15 May 2012

mom's day

every year bulan mei je macam-macam la celebration. hari jururawat la. hari cikgu la. hari ibu la. yang paling best bulan ni harus besday ai.hahaha.. tak masuk list yang tu kot. tapi mom's day ni biasa la every year tanpa alasan at least aku mesti wish my mom. this year, aku tak sihat. memang kerap la bertelefon dengan dia. plus last week dia datang kl dan dok umah aku. so, memang dia risau abis la tgk aku sakit camtu.ok tutup cheta sakit. just nak share mother's day taun ni..

kenapa?..this is my 2nd year as a mama. chinta memang la tak reti nak sebut pun mama..selamat hari ibu. kalo kuar dari mulut comel dia....mama..air..air.. papa.. mamammmm.. hahha.. baru nak belajar bercakap. tapi tone suara si kecik ni memang nyaring.kalo dia sebut nak air tu memang jelas dan lantang okay.owh mencucuks rasa telinga. dan tak kan nak expect dia buatkan kad comel tulis selamat hari ibu..hahaha...

walau dalam manja-manja tu geram gak la bila si kecik ni dah pandai hentak-hentak kaki tanda protes tak dapat apa yang dia nak.memang menguji kesabaran bile dia buat gaya happy feet tu..dan bile dia dah pandai lembik-lembik badan tanda protes..

cuma semalam rasa sayu hati..bile tangan dia tersepit..dan dia nangih sambil sebut.. mama...mamaaa...mama... sayu hati... owh..begitu rasanya hati seowang ibu bile sayu~

--------------------------------------------------

dan taun ni..just sempat wish mak "happy mother's day" thru sms je.. dan jawapan dari mak yang sungguh ringkas tapi sangat bermakna "tq..awak pun dah jadi ibu"

yer..saya seowang ibu..terima kasih Allah atas peluang ini~


*ibu bekerjaya sentiasa di sisi"


demam

bulan ni rasa cepat je berlalu.mana taknya dekat seminggu aku mc. jeng jeng jeng.. macam-macam la  spekulasi dan propa yang kuar bile kita demam lama dicampur plak la dengan muntah-muntah ni..lembik satu badan. spekulasi feveret of course la yang cakap.."chinta nak dapat adik ek?".. owhhh.. tidak..tidak tidak yer..kalo sakit yang datang dengan berita gembira ni ok gak laa..at least itu la nikmat selepas sakit. tapi tidak yer utk saya. memang kali ni Allah menguji saya dengan hebat. demam yang sangat teruk. first sangkaan doc je keracunan makanan..dan terima kasih la doktor yer sebab bagi saya ubat sakit perot, tahan muntah tapi tak bg ubat demam. iyer..seb baik la atas inisiatif sendrik nak telan panadol. tu yang gagah gak la hari sabtu tu boleh gorengkan mihun goreng utk tetamu. tapi maaf la deria rasa kurang..hahaha...tapi abis gak la sepeket mihun yang digoreng!

dan sampai gak la kenduri kawen sabtu tu. memang nak diajar badan supaya jangan manja sangat time sakit. tapi amik kaww..lepas tu memang saya baring tak mampu nak bangun.. siap pakej cery bery dan muntah bergelen-gelen la malam tu sampai ke pagi.rasa nak dok dalam toilet je..owhh..masa tu terus terpikir "camni la agaknye ye rasa kalo kena morning sickness!!" seyes.. sangat terseksa okay. dah taktau apa yang kuar lagi dari peyot ni.segala air dah takde... rasa cam nak pegi spital cakap "doktor tolong dripped sy!!"

seksa..sampaikan nak bangun ke bilik air pun minta husband yang papah. seyes, tak peduli rumah nak terbalik ke apa ke..anak dah makan ke belum..memang tak larat tahap maksima..seb baik la astrok bagi pakej baby tv percuma dalam minggu tu.leka jugak la si kecik tu dengan tv. owh..harus berterima kasih dengan astrok!

dan ahad tu jumpa doc sekali lagi..pelik kenapa masih tak sihat-sihat.selalu paling lama demam pun sehari makan panadol..tido..dan ok..check temp amekaww...39.6c..patut la berpinar biji mata rasa nak tumbang. means tengahari tu rasanya over 40c la temp aku..sebab tu masa tu mintak husband papah ke bilik air dan mintak dia siram dengan air sejuk.-tahap pening dan panas rasa badan maksima!!

ok..mc lagi dua hari... dan doc bagi injection untuk turunkan suhu. nasib baik la aku tak sawan. kang ada yang masuk front page terjun balkoni rumah gara-gara demam panas..hahaha. ok balik dan berehat. lepas 2 hari tak ilang gak demam. owhh..what is happening!! pegi jumpa panel klinik lain. kalo pegi spital ni comfirm aku kena warded ni. memikirkan anak, klinik je la penyelesaiannya. dan akhirnya, bile jumpa doc fahmi, dia tgk muka aku merah terus suwuh wat blood test + urine test..dan hasilnya - denggi owh denggi rupanya...
dan nasib baik leh wat pemantauan blood test ni gak klinik je.kalo p spital sama ada ditahan atau aku la yang tak sanggup berjoget lambak tunggu giliran utk amik darah tiap-tiap hari...

terkejut gak laa..no wonder masa demam terbaring tu sendi semua sakit-sakit. tak leh nak buat tido pun. dan harus la jadi pengunjung setia klinik for few days untuk pemantauan tahap platlet darah. okay..harus la si penakut ni jadi berani terus..kira dah tahap pasrah dan redha je laa..lebam-lebam tangan kesan amik darah.. huhuhu...

alhamdulilah..setelah mc seminggu...hilang selera makan..mengalami muntah+ceriberi teruk dan demam yang berpanjangan.....sihat akhirnya..seminggu tanpa fb dan blog..seminggu dok terlantar tak leh hidu bau masakan jiran tetangga..dan seminggu mampu telan bubur dua tiga suap je laa... terasa besarnya kuasa Allah yang benar-benar menginsafkan... sekurang-kurangnya hikmahnya... sakit ni penghapus dosa-dosa kecil.. alhamdulilah atas ujian yang Allah berikan..

:)

Wednesday 2 May 2012

produk shaklee - mealshakes

penah dengar nama produk ni?.. produk shaklee ni dah popular sekarang especially kepada breastfeeding mama. kenapa popular??..sebab produk shaklee ni supplement tambahan yang bagus untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. saya sendri agak regret sebab tak diperkenalkan dengan produk ni terlebih awal. but still saya dah cuba dua produk shaklee iaitu mealshakes dan alfafa. untuk kali ni meh saya share testimoni saya lepas guna mealshakes ni...

 produk ni bagus untuk ibu dan anak...kenapa??..baik saya share dari pengalaman sendrik kan. sebab kebaikan sesuatu barang tu kalo kita sendri tak cuba macam mana kita nak tau tahap keberkesanannya. setuju??..sila angkat tangan macam gaya kak limah..hahahahha... ok..sambung semula.

mealshakes..

kenapa saya mula menggunakan produk ni?...  secara jujur, saya hanya dapat bf chinta dalam tempoh masa yang sangat singkat. bukan tidak berusaha. mungkin dah rezeki untuk chinta setakat tu sahaja. sedih? frust?.. tipu la kalau tak de rasa bersalah masa nak bagi dia fm. tapi dah Allah tetapkan hanya sebanyak itulah rezeki susu badan buat chinta, maka saya redha. Biasa la kan, orang selalu cakap, anak yang kurang dapat susu ibu ni mudah sakit. sekejap-sekejap demam laa..selsema laaa.. tapi alhamdulilah, syukur sangat pada Allah, my dear Qaseh Chinta Aleesya memang jarang sakit. dari lahir sehingga la mencecah 12 bulan usia dia..paling teruk dia penah kena selsema... yang mengakibatkan demam. dan waktu saya kena ciken pox dan berjangkit pada chinta, dia maintain je. takat naik ruam-ruam tapi tak demam.bersyukur, walau kurang 'antibodi' dari susu ibu, chinta masih membesar menjadi anak yang sihat dan cergas. Alhamdulilah..

cuma, awal tahun 2012 ni memang bermula tahun yang mencabar kepada saya. sebagai mama yang bekerja, bile diuji dengan anak yang sakit, ditambah dengan keje yang mula melimpah ruah di awal taun. memang memeningkan kepala. tensen.. tapi saya cekalkan hati. Awal 2012 saya bermula dengan tahap kesihatan anak yang kurang baik. bermula dengan demam... cirit-birit yang berterusan dan muntah. hati ibu mana yang boleh senang kan??... hampir seminggu lebih saya  menghadapi keadaan chinta begini sehingga la dia admit ke Hospital Serdang. Memang saya suka praktikan, apabila anak sakit, tidak terus dibawa ke klinik/hospital.. sebab saya mahu antibodi yang sedia ada di badan anak melawan penyakit. Ini tips yang saya dapat dari Dr. Fahmi - klinik panel tempat keje saya. 

hampir seminggu lebih saya tidak ke opis.. mc + EL... huhu.. penuh je dalam planner saya untuk awal taun 2012

2 hari berlalu, saya lihat demam chinta tak kebah. saya pantau temperature dia setiap masa, tekap dengan kain basah. dua kali saya pegi klinik panel dan 2 kali saya ke Pusat Kesihatan Tempat keje saya.. masih takde apa-apa perubahan. last-last, doktor buat reference letter dan refer kes chinta ke Hospital Serdang. Dua hari duduk spital with no medication - tapi dripped for 1 and 1/2 bottle. sedih tgk dia trauma nampak doktor sebab takut kena cucuk. tapi sebab nak anak cepat sihat.saya kuatkan semangat je. hasil dari lab test (blood and stool) chinta positif Rota virus..ayooo....

alhamdulilah, 2 hari kat spital chinta sihat. lepas tu terus saya terpikir yang chinta mungkin perlukan supplement tambahan. puas saya google, baca testimoni dan akhirnya tertarik untuk mencuba meal shakes dari shaklee. sebab chinta suka je vanilla shakes kat secret recipe tu..so rasa vanila mesti laa suka kannn.. hehehe... takpe kuar duit sikit untuk kebaikan anak...

chinta masuk spital masa 2 februari..kuar spital pada 4 februari... dua malam gak la kat spital serdang tu. saya cakap ngan hubby... "chinta mengenang tempat kelahiran"..hehehe... then saya beli produk ni pada 21 februari..produk ni besar - boleh tahan untuk few months laa.. sebab saya punya mealshakes ada suku lagi even dah masuk bulan mei..hehehe...dan alhamdulilah, dari dia kuar hospital sehingga ke hari entri ini ditulis, chinta tak penah sakit lagi... jangan salah faham yer..di sini saya nak  tegaskan, kita berusaha.. tapi Allah yang menentukan segalanya. kalo Allah nak uji dengan sakit, kita kena redha sebab sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. tetapi Allah juga suwuh kita berusaha kan. apa salahnya kita berusaha, memberi yang terbaik untuk amanah yang diberi oleh Allah ni.

dan yang saya suka, selera makan bertambah. chinta ni memang kuat makan. tapi tak tau kemana pegi makanan tu sebab susah sangat nak gain weight. sampai kena refer ke paed dan dietation..hahaha.. tapi bile saya cakap ngan doc dan dietation apa yang chinta makan satu hari..diorang pun terkejut. makan memang non-stop..hehe.. tapi lepas saya bagi mealshakes ni.. makin bertambah selera makan... alhamdulilah...

so,

apa salahnya memberi sesuatu yang baik untuk anak anda??...
apa keistimewaan mealshakes???

  •  dapat meningkatkan selera makan anak-anak anda 
  • dapat meningkatkan sistem imum bagi mengurangkan anak dijangkiti demam/selsema
  • meningkatkan kecergasan
  • mengurangkan ekzema
  • sekiranya anak demam/selsema, lebih cepat sihat dari biasa.. 

sekiranya berminat.. sila hubungi saya...

email: chintashaklee@gmail.com/ call: 017-2943262


saya seronok dapat berkongsi sesuatu yang baik untuk permata hati kesayangan anda!!

i share because i care.. 


*harga istimewa menanti anda*


::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers