"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday, 2 May 2012

produk shaklee - mealshakes

penah dengar nama produk ni?.. produk shaklee ni dah popular sekarang especially kepada breastfeeding mama. kenapa popular??..sebab produk shaklee ni supplement tambahan yang bagus untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. saya sendri agak regret sebab tak diperkenalkan dengan produk ni terlebih awal. but still saya dah cuba dua produk shaklee iaitu mealshakes dan alfafa. untuk kali ni meh saya share testimoni saya lepas guna mealshakes ni...

 produk ni bagus untuk ibu dan anak...kenapa??..baik saya share dari pengalaman sendrik kan. sebab kebaikan sesuatu barang tu kalo kita sendri tak cuba macam mana kita nak tau tahap keberkesanannya. setuju??..sila angkat tangan macam gaya kak limah..hahahahha... ok..sambung semula.

mealshakes..

kenapa saya mula menggunakan produk ni?...  secara jujur, saya hanya dapat bf chinta dalam tempoh masa yang sangat singkat. bukan tidak berusaha. mungkin dah rezeki untuk chinta setakat tu sahaja. sedih? frust?.. tipu la kalau tak de rasa bersalah masa nak bagi dia fm. tapi dah Allah tetapkan hanya sebanyak itulah rezeki susu badan buat chinta, maka saya redha. Biasa la kan, orang selalu cakap, anak yang kurang dapat susu ibu ni mudah sakit. sekejap-sekejap demam laa..selsema laaa.. tapi alhamdulilah, syukur sangat pada Allah, my dear Qaseh Chinta Aleesya memang jarang sakit. dari lahir sehingga la mencecah 12 bulan usia dia..paling teruk dia penah kena selsema... yang mengakibatkan demam. dan waktu saya kena ciken pox dan berjangkit pada chinta, dia maintain je. takat naik ruam-ruam tapi tak demam.bersyukur, walau kurang 'antibodi' dari susu ibu, chinta masih membesar menjadi anak yang sihat dan cergas. Alhamdulilah..

cuma, awal tahun 2012 ni memang bermula tahun yang mencabar kepada saya. sebagai mama yang bekerja, bile diuji dengan anak yang sakit, ditambah dengan keje yang mula melimpah ruah di awal taun. memang memeningkan kepala. tensen.. tapi saya cekalkan hati. Awal 2012 saya bermula dengan tahap kesihatan anak yang kurang baik. bermula dengan demam... cirit-birit yang berterusan dan muntah. hati ibu mana yang boleh senang kan??... hampir seminggu lebih saya  menghadapi keadaan chinta begini sehingga la dia admit ke Hospital Serdang. Memang saya suka praktikan, apabila anak sakit, tidak terus dibawa ke klinik/hospital.. sebab saya mahu antibodi yang sedia ada di badan anak melawan penyakit. Ini tips yang saya dapat dari Dr. Fahmi - klinik panel tempat keje saya. 

hampir seminggu lebih saya tidak ke opis.. mc + EL... huhu.. penuh je dalam planner saya untuk awal taun 2012

2 hari berlalu, saya lihat demam chinta tak kebah. saya pantau temperature dia setiap masa, tekap dengan kain basah. dua kali saya pegi klinik panel dan 2 kali saya ke Pusat Kesihatan Tempat keje saya.. masih takde apa-apa perubahan. last-last, doktor buat reference letter dan refer kes chinta ke Hospital Serdang. Dua hari duduk spital with no medication - tapi dripped for 1 and 1/2 bottle. sedih tgk dia trauma nampak doktor sebab takut kena cucuk. tapi sebab nak anak cepat sihat.saya kuatkan semangat je. hasil dari lab test (blood and stool) chinta positif Rota virus..ayooo....

alhamdulilah, 2 hari kat spital chinta sihat. lepas tu terus saya terpikir yang chinta mungkin perlukan supplement tambahan. puas saya google, baca testimoni dan akhirnya tertarik untuk mencuba meal shakes dari shaklee. sebab chinta suka je vanilla shakes kat secret recipe tu..so rasa vanila mesti laa suka kannn.. hehehe... takpe kuar duit sikit untuk kebaikan anak...

chinta masuk spital masa 2 februari..kuar spital pada 4 februari... dua malam gak la kat spital serdang tu. saya cakap ngan hubby... "chinta mengenang tempat kelahiran"..hehehe... then saya beli produk ni pada 21 februari..produk ni besar - boleh tahan untuk few months laa.. sebab saya punya mealshakes ada suku lagi even dah masuk bulan mei..hehehe...dan alhamdulilah, dari dia kuar hospital sehingga ke hari entri ini ditulis, chinta tak penah sakit lagi... jangan salah faham yer..di sini saya nak  tegaskan, kita berusaha.. tapi Allah yang menentukan segalanya. kalo Allah nak uji dengan sakit, kita kena redha sebab sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. tetapi Allah juga suwuh kita berusaha kan. apa salahnya kita berusaha, memberi yang terbaik untuk amanah yang diberi oleh Allah ni.

dan yang saya suka, selera makan bertambah. chinta ni memang kuat makan. tapi tak tau kemana pegi makanan tu sebab susah sangat nak gain weight. sampai kena refer ke paed dan dietation..hahaha.. tapi bile saya cakap ngan doc dan dietation apa yang chinta makan satu hari..diorang pun terkejut. makan memang non-stop..hehe.. tapi lepas saya bagi mealshakes ni.. makin bertambah selera makan... alhamdulilah...

so,

apa salahnya memberi sesuatu yang baik untuk anak anda??...
apa keistimewaan mealshakes???

  •  dapat meningkatkan selera makan anak-anak anda 
  • dapat meningkatkan sistem imum bagi mengurangkan anak dijangkiti demam/selsema
  • meningkatkan kecergasan
  • mengurangkan ekzema
  • sekiranya anak demam/selsema, lebih cepat sihat dari biasa.. 

sekiranya berminat.. sila hubungi saya...

email: chintashaklee@gmail.com/ call: 017-2943262


saya seronok dapat berkongsi sesuatu yang baik untuk permata hati kesayangan anda!!

i share because i care.. 


*harga istimewa menanti anda*


No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers