"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday 15 May 2012

demam

bulan ni rasa cepat je berlalu.mana taknya dekat seminggu aku mc. jeng jeng jeng.. macam-macam la  spekulasi dan propa yang kuar bile kita demam lama dicampur plak la dengan muntah-muntah ni..lembik satu badan. spekulasi feveret of course la yang cakap.."chinta nak dapat adik ek?".. owhhh.. tidak..tidak tidak yer..kalo sakit yang datang dengan berita gembira ni ok gak laa..at least itu la nikmat selepas sakit. tapi tidak yer utk saya. memang kali ni Allah menguji saya dengan hebat. demam yang sangat teruk. first sangkaan doc je keracunan makanan..dan terima kasih la doktor yer sebab bagi saya ubat sakit perot, tahan muntah tapi tak bg ubat demam. iyer..seb baik la atas inisiatif sendrik nak telan panadol. tu yang gagah gak la hari sabtu tu boleh gorengkan mihun goreng utk tetamu. tapi maaf la deria rasa kurang..hahaha...tapi abis gak la sepeket mihun yang digoreng!

dan sampai gak la kenduri kawen sabtu tu. memang nak diajar badan supaya jangan manja sangat time sakit. tapi amik kaww..lepas tu memang saya baring tak mampu nak bangun.. siap pakej cery bery dan muntah bergelen-gelen la malam tu sampai ke pagi.rasa nak dok dalam toilet je..owhh..masa tu terus terpikir "camni la agaknye ye rasa kalo kena morning sickness!!" seyes.. sangat terseksa okay. dah taktau apa yang kuar lagi dari peyot ni.segala air dah takde... rasa cam nak pegi spital cakap "doktor tolong dripped sy!!"

seksa..sampaikan nak bangun ke bilik air pun minta husband yang papah. seyes, tak peduli rumah nak terbalik ke apa ke..anak dah makan ke belum..memang tak larat tahap maksima..seb baik la astrok bagi pakej baby tv percuma dalam minggu tu.leka jugak la si kecik tu dengan tv. owh..harus berterima kasih dengan astrok!

dan ahad tu jumpa doc sekali lagi..pelik kenapa masih tak sihat-sihat.selalu paling lama demam pun sehari makan panadol..tido..dan ok..check temp amekaww...39.6c..patut la berpinar biji mata rasa nak tumbang. means tengahari tu rasanya over 40c la temp aku..sebab tu masa tu mintak husband papah ke bilik air dan mintak dia siram dengan air sejuk.-tahap pening dan panas rasa badan maksima!!

ok..mc lagi dua hari... dan doc bagi injection untuk turunkan suhu. nasib baik la aku tak sawan. kang ada yang masuk front page terjun balkoni rumah gara-gara demam panas..hahaha. ok balik dan berehat. lepas 2 hari tak ilang gak demam. owhh..what is happening!! pegi jumpa panel klinik lain. kalo pegi spital ni comfirm aku kena warded ni. memikirkan anak, klinik je la penyelesaiannya. dan akhirnya, bile jumpa doc fahmi, dia tgk muka aku merah terus suwuh wat blood test + urine test..dan hasilnya - denggi owh denggi rupanya...
dan nasib baik leh wat pemantauan blood test ni gak klinik je.kalo p spital sama ada ditahan atau aku la yang tak sanggup berjoget lambak tunggu giliran utk amik darah tiap-tiap hari...

terkejut gak laa..no wonder masa demam terbaring tu sendi semua sakit-sakit. tak leh nak buat tido pun. dan harus la jadi pengunjung setia klinik for few days untuk pemantauan tahap platlet darah. okay..harus la si penakut ni jadi berani terus..kira dah tahap pasrah dan redha je laa..lebam-lebam tangan kesan amik darah.. huhuhu...

alhamdulilah..setelah mc seminggu...hilang selera makan..mengalami muntah+ceriberi teruk dan demam yang berpanjangan.....sihat akhirnya..seminggu tanpa fb dan blog..seminggu dok terlantar tak leh hidu bau masakan jiran tetangga..dan seminggu mampu telan bubur dua tiga suap je laa... terasa besarnya kuasa Allah yang benar-benar menginsafkan... sekurang-kurangnya hikmahnya... sakit ni penghapus dosa-dosa kecil.. alhamdulilah atas ujian yang Allah berikan..

:)

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers