Gigih betoi. Hari sabtu pegi Melaka lagi . Kali ni takde la dalam tentartif lawatan tu nak pegi taman rerama ke, taman bebuaya ke, tengok menara ke. Encik aboy nak bawak aku pegi Pulau Besar. Selalu dengar cerita je pasal tempat tu. Aku pun memang dah lama tergedik-gedik nak nengok camne rupa tempat tu yang femes emes budaya puja-memuja melampau.haishh.. Seyes, tempat tu cantik, dah dijadikan tempat perlancongan. Aku rasa kalo Kerajaan Negeri Melaka tak amik tindakan tegas, mesti dah makin teruk la budaya syirik dan khurafat berleluasa kat situ. Yang buat aku musykilnya, dulu encik aboy cheta siap ada perkampungan india muslim kat situ. bahayanya kan. elok-elok dah peluk agama Islam, aqidah terpesong dengan melakukan pemujaan dan mempercayai khurafat yang boleh membawa kepada syirik - menyekutukan Allah. Camana tu..
so, pegi sana, selain pantai yang cantik untuk rehat-rehat. boleh la melawat kubur-kubur pemimpin Islam masa lalu. Pulau Besar ni terkenal sebagai tempat awal penyebaran Agama Islam, dan pupular dengan pelbagai kejadian misteri dan mistik. Bagi aku.. Kun Fa Yakun,, Kalau Allah nak jadikan ia..maka jadilah ia. Takde unsur mistik la selain itu semua kuasa Allah.
Jalan-jalan masuk utan, bawak chinta. Encik aboy nak tunjuk aku tempat batu belah. Batu belah?.. haishh.. aku cakap merata ada batu belah ni kan. kalo ikut cerita dulu-dulu kalo batu belah batu bertangkup tu terletak kat Batu Gajah. entah.. aku pun tak penah la mengkaji sejarah berunsur mistik semua ni. Sebab aku pun bukan la penggemar sangat majalah mastika tu..hahahaha...
Punya la lenguh kaki berjalan, masuk utan, jumpa padang golf.. bawak chinta.siap aku lupa nak bawa air & susu dia. *seb baik chinta sangat KUAT dan gigih*.. hehehe.. last-last jumpa tempatnya. siap daki bukit sikit la nak sampai. hiking pakai selipar je masa tu.hahaha... dah sampai aku tengok segerombolan la bangsa-bangsa india kat batu tu. siap menyembah bagai. aduyaiii..pastu sowang-sowang test nak masuk celah batu belah tu. aku pun mula-mula cam malas nak tunggu, dah tengok cukup la kan. pastu, encik aboy cakap, alang-alang dah sampai, g la test masuk celah belahan batu tu. so, aku tengok, ada yang badan kurus tak lepas masuk.. yang badan 2 kali ganda aku plak steady masuk. pelik tol.... hihihi..
bile dah blah je group tu, aku pun apa lagi.. nak masuk.. aku suwuh anak buah aku masuk celahan tu. sebab sebelum tu aku borak la ngan satu pompuan india, dari aspek budaya dia.kenapa diorang datang sampai situ. dia cakap la, bukan semua terpilih yang boleh masuk celahan belahan batu tu. kalo ada yang dapat masuk, keluar menangis laaa...seolah-olah cam terampun dosa..aku pun jawab... ooooo... agama dia kan..kepercayaan dia...
bile sampai giliran aku..aku pun bijak pandai masuk pakai selipar..hahahah..aku pun test la masuk.. muat.. hehe.. encik aboy cakap masuk sampai dalam, sampai nampak cam ada lubang kat situ..ok..ok..aku pun masuk..memang dalam gak laa..ada la dalam 2 1/2 depa tangan owang lelaki... dan tempat tu memang sempit. kalo ikut teori aku.. ni dari aspek psikologi la kan.. apa yang buat owang leh nangis dok dalam tu.. keadaan dalam tu sempit.. kowang penah dengar tak bathmophobia atau eremophobia??.. benda-benda ni salah satu jenis fobia yang biasa dihadapi manusia.. iaitu takut pada tempat sempit dan takut ditinggalkan berseorangan.
Serius, bile aku berada makin dalam kat celahan batu tu..masa tu aku terpikir la, kalau la aku tersepit dalam tu.. dan bile aku tengok suami aku jauh dan aku berada dalam satu lubang yang sempit.. Kat situ macam-macam dalam pikiran kita. Kalau kita tak kuat, pikiran kita akan mengelirukan kita.. Maknanya, ur mind will control u. Dah la tu, kat dalam kurang oksigen, bile oksigen kurang sampai ke otak.. Mula la berlaku halusinasi dan macam-macam la perkara-perkara lain. Dan bile kita tak leh bernafas dengan sempurna dalam tu, badan kita jadi lemah. automatik kita akan mengalami depresion.. tension.. rasa nak marah, sedih..takut..nak nangis...dan sewaktu dengannya.. Sebab tu, apa yang buat aku kuat dalam tu, aku cuba kontrol mind aku.. cakap yang Segalanya kuasa Allah.. Allah akan lindungi kita di mana kita berada. itu yang membezakan kita yang beragama Islam dengan yang lain tu sebab kita ni ada IMAN yang sentiasa menyedarkan kita. *wah dah cam tazkirah plak*
Lepas tu, aku tunggu la turn anak buah aku nak merasa masuk dalam celahan batu belah tu. So, aku pun tengok-tengok sekeliling, ada colok, ada lilin kat situ.. ada buah.. alahaiii.. ada nombor-nombor ekor.. siap ada business card bersepah kat depan batu tu. Masya-Allah... Mula-mula aku ingat owang tinggal business card untuk bagitau perkhidmatan apa yang depa leh bagi..sekali tu aku tengok...baru la aku paham.. aku kan lembabbb skit bab-bab cenggini..hihi..rupa-rupanya depa ingat batu belah tu leh jadi pelaris la untuk perniagaan depa... Masya-Allah... batu tak memberi rezeki dan manfaat pada kita.. Semuanya kuasa Allah swt.. Aku tak nafikan, mana tau ko masuk celah-celah batu tu ko jumpa berlian sebiji.. Sebab Kun Fa Ya kun, Kalau Allah nak jadikan ia.. maka jadilah ia.. Tapi kena percaya, rezeki tu datang dari Allah swt, bukan dari batu tu... yang buat aku sedih, bile tengok ada gak la kad-kad yang sah-sah owang yang seagama dengan aku pun letak kat situ.. subhanallah....
Aku pun lupa nak snap gambar. Seyes, ianya satu keajaiban Allah bile tengok batu tu terbelah di tengah.. Lepas tu ingat nak pegi tengok Gua Yunus. Salah satu tarikan mistik kat situ. Sekali, ujannnnn.. memang keadaan tak mengizinkan laa.. basah lencun la kami anak beranak..chinta pun kena ujan sekali. memang lebat tak hengattt punya... anak buah aku smua kena ujan...
So, sebab ujan tak puas la aku nak lawat lagi kubur-kubur pejuang Agama Islam yang ada di situ..dan beberapa tempat yang berunsur misteri dan mistik.
Aku cakap kat encik aboy..hati aku terpanggil nak ziarah lagi tempat tu...
*sempat aku sedekahkan Al-Fatihah*
blog ni ada skit cheta pasal Pulau Besar.. sila klik sini..
No comments:
Post a Comment