Alahai dugaan sungguh! Awal-awal taun anak sakit, husband sakit. Aku ni pun dah rasa seram sejuk nak demam. Tapi kena bertahan. Kalau mamanya demam, camne nak uruskan yang lain-lain. Tu la, minggu lepas seronok sangat kot g melaka. Kat sana pun panas. Cuaca panas sangat. Dah panas, masuk keta bantai air-cond.. Tu la teori aku la. Kot-kot sebab tu la jadi demam kat chinta ngan encik aboy.
Chinta start ngan selsema last week. Hari selasa. Selalu kalo dia sakit, memang aku akan delaykan few days sebelum bawak jumpa doktor. Ni pun atas share dari Doktor Fahmi. Even dia doktor, anak-anak dia pun dia tak galakkan sangat ngan ubat-ubat ni. Selalu aku akan biar few days bagi antibodi dalam badan dia melawan sakit tu dulu. Then, hari khamis tu Encik Aboy dah sakit-sakit tekak. Since nak amik mc untuk dia, so aku pun check-up chinta sekali. Mula-mula pegi la Pusat Rawatan Mesra, klinik panel UPM. Suka pegi sini sebab memang dah kenal doktor-doktor kat situ, and ada record medication kita dengan dia. Senang sikit la nak tanya macam-macam. Sekali pegi, baru kul 2 petang dah tutup registration. Malas nak pegi pagi sebab tau memang confirm ramai orang - especially ibu-ibu preggy yang datang check-up. huhuhu...
So, aku decide pegi Pusat Kesihatan UPM. Pegi sana, jumpa la satu doktor ni. Dah selesai encik aboy, boleh dia kata PK tak ada stok ubat. So dia bagi encik aboy 'ubat tahan sakit' then dia suwuh pegi panel clinik amik ubat sakit tekak. Masa tu tekak encik aboy dah rasa perit dahhh.. apa lagi..tension la laki ai tu.. check-check anak, tak demam. So bagi ubat selsema + ubat batuk yang recover kahak. Dah la kata tak leh dapat mc sebab datang petang. Macam-macam laa. masa tu nak je aku cakap.. "Puan doktor yang budiman, kalo pagi-pagi larat nak pegi klinik, baik la terus g keje....haishh..dah la anak sakit..papanya sakit.." what do u expect nak pegi klinik tercongok kul 8 pagi... Harus la lambat...dengan menguruskan macam-macam. Tunggu anak bangun laaa.. dah bangun merengek nak makan..susu..itu..ini... Dan papanya dah lembik terbaringg... Lain la kalo aku ni ada kuasa kendong dua-dua masuk keta... Isk..Iskk...
Then, weekend tu tengok chinta macam dah ok. So, aku pun ingat minggu ni dah leh masuk opis dengan senang ati. Alih-alih isnin petang, tengok monyok, lembik...dan tidak bermaya..seperti rambut rosak.. hehehe.. Encik aboy cakap jom p klinik terus.. aku kata..nanti la dulu..tengok malam kang macam mana.. Sekali dah lik umah... dah berak-berak dua tiga kali..badan chinta makin panas..Dah merengek-rengek.. Apa lagi.. tak kan tak reti-reti, terus la pegi Pusat Rawatan Mesra... Ingat jumpa Doktor Fahmi.. Sekali Doktor Zulkifli.. Nasib baik doktor ni okay.. aku mintak tukar semua ubat.....
Hari selasa...memang panas tak henggat la badan budak ni.... leh tembus bahang panas dia even ko pakai suar jeans.. aku plak kat umah sendiri ni takde plak la termometer nak measure suhu dia.. T____T masa ni la dok terpikir pentingnya benda-benda ni. Memang bagi pakai pampers je laa...tekap ngan kain basah.. tampal kool fever.. dah tu yang lagi kesian..asik berak-berak.... susu sikit terus ceri beriii.. makan sikit..kuar lik semua.. minum air kosong pun leh muntah balik..haishhh... T_____T
First time chinta demam macam ni. Sebelum ni dia tak penah demam, takat selsema ngan batok je. dan aku je selalu gatai-gatai tampal cool fever kalo dia selsema pun. takut panas dalam. kena ciken pox pun leh main bergumbira lagi..Ni kali ni, terbaring jerrrr.....
Ni, asik merengek, lembik... pampers nasib baik la ada stok 2 bag pampers kat umah. Memang asik ganti pampers laaa... cian tengok. Arini kena masuk opis gak since last week dah EL - 2 hari..semalam doktor bagi mc.. keje bertimbun..esok ada meetingg..huwaghh.... kalo leh belah 2 badan ni.. atau leh pecah tiga cam boboiboy.. T_____T
*badan kat opis..hati kat umah*
*bos suwuh balik....tapi keta kat encik aboy...huhu*
pic semalam..dah bertenang sikit lepas ceri-beri..muntah-muntah... baring lepas tu terus tido sendiri.
*cepat la pukul 5....*
No comments:
Post a Comment