"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday, 29 February 2012

Lompat?

29 februari.. very rare..nak jumpa tarikh ni harus la tunggu 4 tahun lagi. So, wajib la aku tulis entri tarikh ni. Ehem-ehem, nak tarikh cantik kan. Tapi pelik?..Kenapa takde orang berlumba-lumba nak kawen tarikh 29 Feb ni.hahhaa... Kalo tak comfirm tok kadi bz. Tapi aku tau kenapa???.. Kowang tak yah jawab pun. Sebabnya, takmo celebrate anibeseri 4 taun skali kan. rugi la kan.hehehe..

Minggu ni memang saya penat..penat sangat-sangat. Chinta skang ni memang makin lasak. Tak cukup memunggah barang, dia bantai plak la panjat sofa...buat catwalk ok.Mama dia ni la yang tensi, menjerit dari dapur.."chintaaa..jatuh nanti.." dia?..hmm.. gelak-gelak,lagi kita marah kang..lagi la dia buat..OH anak!! T__T
semput mama ko ni hah. Seb baik la takde heart attack. Mengekor bontot pun satu hal.suka sangat la ikut aku kehulu-kehilir dalam rumah tu. Aku rasa lebih 7 kali dia tawaf satu rumah. hehe. Tu yang kadang-kadang bile kite menunduk kemas katil ke apa ke,tak perasan dia kat belakang terus...pelepoppp..jatuh..hahahha... *ampunkan mama ko ni hah*. Nasib la sape suwuh ikut montot aku. Harus la tergolek kat dah kena sodok ngan montot aii ni..hahahhaa...lepas tu, cam biasa laaa..meraungg kejap jeee...pastu tak serik-serik..ikut balik. Sampai papa dia pun cakap, "Hah, tu protege awak..Ikut la mentor tu kehulu-kehilir"

Memunggah..hmm..memang hobi dia. Baru je sampai umah, elok bukak tudung, g dapur nak intai-intai fridge sambil pikir apa nak masak, ko toleh ruang tamu....OMG... hahaa..dah selamat cantik, macam-macam mainan dah kena punggah.. ohh...jangan mengeluh.Senyum..tak perlu kata apa-apa..haha.. Belum part dia join aku kat dapur, bukak laci..amik berus gigi.. bukak kabinet, amik mangkuk..ohhh... jangan mengeluh lagi.. senyum lagi.. pastu kang tibe-tibe melalakkk je...oh dah terkepit laci..tapi kejap je laa...5 minit lepas tu, datang balik, main laci dengan gembira..dapat capai apa-apa pun jadi laa.. tak kisah apa benda pun. Tu yang semalam, aku cakap ngan papa chinta.."Papa, sofa ni pun nak berus gigi gak ekk..".. elok je terselit berus gigi baru kat celah-celah tu. 

Aku dah beli pun mainan masak-masak untuk dia, tapi sibuk nak tolong aku masak kat dapur. Lepas ni kena gigih simpan duit, belikan la plak set masak-masak yang ala-ala kitchen tu. Ingat nak letak dekat-dekat aku kat dapur...masaklah kat kitchen masing-masinggg..

Chinta.. tapi mama ngan papa & mama suka je bile chinta aktif, main sana sini..tak reti dok diam.. sebab bile chinta dok diam..mama susah hati tau....

 


*Eh, apa aku melalut.. Tajuk pasal lompat..hehehe...*


wordless wednesday #2: karipap-karipap chinta

Wednesday, 22 February 2012

Bangun pagi buat projek

Hari ni boleh plak la chinta bangun 6.30 pagi. Time kite sibuk nak mandi, siap-siap nak g keje, solat subuh.. time tu dia leh buat latihan vokal. Terpaksa la aku panjat lik katil, baring &  pura-pura tido sebelah dia. Tengok cam dah ok..dah pejam mata..Aku pun angkat kepala nak bangun, dia pun toleh balik kat kita. Aku baring balik. Dah la nak ter kenc... dengan sejuk pagi-pagi. Terpaksa ditahan... T___T

Pastu, aku tepuk-tepuk montot chinta, bagi dia tido..nampak cam nak tido lik..dah diam situ. Aku pun merayap pelan-pelan turun katil..bagi dia tak perasan... Lepas tu dah siap mandi...Alamakkk..nak kena masuk bilik..nak amik telekung & sejadah.. check in bilik lain..mesti si kecik ni perasan ni gak......ngeh ngeh ngeh..takkan nak merangkak kot... buat tak tau je laa..dengan harapan si kecik tak perasan..fuh fuh fuh..

misi gagal........cepat je dia nampak mama dia..chinta oii...mama nak cepat ni nak oi.. kena la dukung, bentang comforter bagi dia baring kat bilik sebelah..sambil aku siap-siap..aku semayang pun dia dok tercongok kat sebelah..nasib la dik oiii... mama ko nak cepat ni hah..dok situ diam-diam......

rupa-rupanya...baru aku tau kenapa dia bangun awal.....haishh...nak buat projek rupanya...... elok aku dah siap..nak masuk dapur siapkan air...siapkan beg chinta...datang je bauuuu semerbakk....terbaekkkk...caittt... pagi-pagi dah be**k...... dush dush..dah lambat bertambah lambat... T___T


apa lagi terus la ketuk pintu bilik air....

"encik papaaaa, sila basuh ber**k anak anda......"..hahahhahahaaaa







nak tengok muka orang dah penuh kelegaaan???....wat muka tak bersalah....santai baikkkkk je dok dalam car seat diaaa...

























tadaaaaa.....

baju dah lawa...tapi lom mandi... bau mashammmm....tepek bedak banyak-banyak

buat muka seposen....

Tuesday, 21 February 2012

kisah maghrib

alhamdulilah..sejuk ati bile tengok gelagat anak ni..semalam, selesai masak dah dekat pukul 7. .sibuk lagi nak angkat kain kat ampaian. fuh..keje-keje umah ni memang tak abis-abis. T____T

dah setuju calit-calit jari ngan encik aboy cakap kul 8 baru makan. So, takde la kelam kabut nak siap mandi semua.  Leh la berkubang kalau nak dalam bilik air tu. Dah selesai, siap-siap nak solat, memang aku jadikan habit untuk ajak chinta solat sama. aku tak kisah pun kalau dia nak baring ke kat sejadah, nak tarik ke telekung aku, nak pegang aku ke apa. Sebab aku nak mendidik dia, yang solat tu satu ibadah untuk semua Islam. Kalau dari kecik kita dah ajar, "jangan kacau, mama nak solat..haip..main jauh-jauh"..

Memang nanti sampai ke besar la dia 'main jauh-jauh' dari bersolat. Itu ilmu psikologi yang aku belajar,jadi elok kite praktikkan.Ustaz pun ada cakap, jangan marah anak kacau kita solat. Kalau dia duduk kat sejadah tu time dia sujud, kita boleh tunggu dia bangun. 

Semalam, satu benda yang buat aku tersenyum.... bile aku bentang sejadah.. chinta dah siap sujud dulu...
*dengan gaya dia laa..yang cam terbaring kaki kembang cam kaki katak*

aku senyum je la..dalam hati..syukur, alhamdulilah..

memang tiap kali aku solat *time dia ada* dia akan duduk diam kat sebelah, tengok je apa yang aku buat...


*Biarlah berterusan rasa cinta dia mengerjakan solat*

Yang tak tahan tu, siap pegang telekung nak mintak pakai..hahahhaa... kalau pakai telekung kang mau jadi gaun perantin..kalah plak baju retis yang panjang meleret nak pegi anugerah-anugerah berprestij tu..hihi..


*tak sempat nak amik pic*

*takkan time nak solat pun nak bawak kamera*

hahahhaa

@_@

Monday, 20 February 2012

kek besday chinta

rasanya dulu dah penah buat entri pasal besday kek chinta.. ni nak publish lagi kat sini blog tokey kek yang cheta pasal kek chinta..sila baca kat sini yer..

previous entry pasal kek chinta...sini..sini..sini...


sekian saja melaporkan....



*malas nak type panjang-panjang*

Pulau Besar

Gigih betoi. Hari sabtu pegi Melaka lagi . Kali ni takde la dalam tentartif lawatan tu nak pegi taman rerama ke, taman bebuaya ke, tengok menara ke. Encik aboy nak bawak aku pegi Pulau Besar. Selalu dengar cerita je pasal tempat tu. Aku pun memang dah lama tergedik-gedik nak nengok camne rupa tempat tu yang femes emes budaya puja-memuja melampau.haishh.. Seyes, tempat tu cantik, dah dijadikan tempat perlancongan. Aku rasa kalo Kerajaan Negeri Melaka tak amik tindakan tegas, mesti dah makin teruk la budaya syirik dan khurafat berleluasa kat situ. Yang buat aku musykilnya, dulu encik aboy cheta siap ada perkampungan india muslim kat situ. bahayanya kan. elok-elok dah peluk agama Islam, aqidah terpesong dengan melakukan pemujaan dan mempercayai khurafat yang boleh membawa kepada syirik - menyekutukan Allah. Camana tu..

so, pegi sana, selain pantai yang cantik untuk rehat-rehat. boleh la melawat kubur-kubur pemimpin Islam masa lalu. Pulau Besar ni terkenal sebagai tempat awal penyebaran Agama Islam, dan pupular dengan pelbagai kejadian misteri dan mistik. Bagi aku.. Kun Fa Yakun,, Kalau Allah nak jadikan ia..maka jadilah ia. Takde unsur mistik la selain itu semua kuasa Allah. 

Jalan-jalan masuk utan, bawak chinta. Encik aboy nak tunjuk aku tempat batu belah. Batu belah?.. haishh.. aku cakap merata ada batu belah ni kan. kalo ikut cerita dulu-dulu kalo batu belah batu bertangkup tu terletak kat Batu Gajah. entah.. aku pun tak penah la mengkaji sejarah berunsur mistik semua ni. Sebab aku pun bukan la penggemar sangat majalah mastika tu..hahahaha... 

Punya la lenguh kaki berjalan, masuk utan, jumpa padang golf.. bawak chinta.siap aku lupa nak bawa air & susu dia. *seb baik chinta sangat KUAT dan gigih*.. hehehe.. last-last jumpa tempatnya. siap daki bukit sikit la nak sampai. hiking pakai selipar je masa tu.hahaha... dah sampai aku tengok segerombolan la bangsa-bangsa india kat batu tu. siap menyembah bagai. aduyaiii..pastu sowang-sowang test nak masuk celah batu belah tu. aku pun mula-mula cam malas nak tunggu, dah tengok cukup la kan. pastu, encik aboy cakap, alang-alang dah sampai, g la test masuk celah belahan batu tu. so, aku tengok, ada yang badan kurus tak lepas masuk.. yang badan 2 kali ganda aku plak steady masuk. pelik tol.... hihihi.. 

bile dah blah je group tu, aku pun apa lagi.. nak masuk.. aku suwuh anak buah aku masuk celahan tu. sebab sebelum tu aku borak la ngan satu pompuan india, dari aspek budaya dia.kenapa diorang datang sampai situ. dia cakap la, bukan semua terpilih yang boleh masuk celahan belahan batu tu. kalo ada yang dapat masuk, keluar menangis laaa...seolah-olah cam terampun dosa..aku pun jawab... ooooo... agama dia kan..kepercayaan dia...

bile sampai giliran aku..aku pun bijak pandai masuk pakai selipar..hahahah..aku pun test la masuk.. muat.. hehe.. encik aboy cakap masuk sampai dalam, sampai nampak cam ada lubang kat situ..ok..ok..aku pun masuk..memang dalam gak laa..ada la dalam 2 1/2 depa tangan owang lelaki... dan tempat tu memang sempit. kalo ikut teori aku.. ni dari aspek psikologi la kan.. apa yang buat owang leh nangis dok dalam tu.. keadaan dalam tu sempit.. kowang penah dengar tak bathmophobia atau eremophobia??.. benda-benda ni salah satu jenis fobia yang biasa dihadapi manusia.. iaitu takut pada tempat sempit dan takut ditinggalkan berseorangan.

Serius, bile aku berada makin dalam kat celahan batu tu..masa tu aku terpikir la, kalau la aku tersepit dalam tu.. dan bile aku tengok suami aku jauh dan aku berada dalam satu lubang yang sempit.. Kat situ macam-macam dalam pikiran kita. Kalau kita tak kuat, pikiran kita akan mengelirukan kita.. Maknanya, ur mind will control u. Dah la tu, kat dalam kurang oksigen, bile oksigen kurang sampai ke otak.. Mula la berlaku halusinasi dan macam-macam la perkara-perkara lain. Dan bile kita tak leh bernafas dengan sempurna dalam tu, badan kita jadi lemah. automatik kita akan mengalami depresion.. tension.. rasa nak marah, sedih..takut..nak nangis...dan sewaktu dengannya.. Sebab tu, apa yang buat aku kuat dalam tu, aku cuba kontrol mind aku.. cakap yang Segalanya kuasa Allah.. Allah akan lindungi kita di mana kita berada.  itu yang membezakan kita yang beragama Islam dengan yang lain tu sebab kita ni ada IMAN yang sentiasa menyedarkan kita. *wah dah cam tazkirah plak*

Lepas tu, aku tunggu la turn anak buah aku nak merasa masuk dalam celahan batu belah tu. So, aku pun tengok-tengok sekeliling, ada colok, ada lilin kat situ.. ada buah.. alahaiii.. ada nombor-nombor ekor.. siap ada business card bersepah kat depan batu tu. Masya-Allah... Mula-mula aku ingat owang tinggal business card untuk bagitau perkhidmatan apa yang depa leh bagi..sekali tu aku tengok...baru la aku paham.. aku kan lembabbb skit bab-bab cenggini..hihi..rupa-rupanya depa ingat batu belah tu leh jadi pelaris la untuk perniagaan depa... Masya-Allah... batu tak memberi rezeki dan manfaat pada kita.. Semuanya kuasa Allah swt.. Aku tak nafikan, mana tau ko masuk celah-celah batu tu ko jumpa berlian sebiji.. Sebab Kun Fa Ya kun, Kalau Allah nak jadikan ia.. maka jadilah ia.. Tapi kena percaya, rezeki tu datang dari Allah swt, bukan dari batu tu... yang buat aku sedih, bile tengok ada gak la kad-kad yang sah-sah owang yang seagama dengan aku pun letak kat situ.. subhanallah....

Aku pun lupa nak snap gambar. Seyes, ianya satu keajaiban Allah bile tengok batu tu terbelah di tengah.. Lepas tu ingat nak pegi tengok Gua Yunus. Salah satu tarikan mistik kat situ. Sekali, ujannnnn.. memang keadaan tak mengizinkan laa.. basah lencun la kami anak beranak..chinta pun kena ujan sekali. memang lebat tak hengattt punya... anak buah aku smua kena ujan... 

So, sebab ujan tak puas la aku nak lawat lagi kubur-kubur pejuang Agama Islam yang ada di situ..dan beberapa tempat yang berunsur misteri dan mistik.

Aku cakap kat encik aboy..hati aku terpanggil nak ziarah lagi tempat tu... 

*sempat aku sedekahkan Al-Fatihah*


blog ni ada skit cheta pasal Pulau Besar.. sila klik sini..





Monday, 13 February 2012

alarm bunyi

hahaha..nak gelak guling-guling rasa.nak panik pun tak.nak lari apa ntah lagi. siap aku boleh tanya. "fire drill ke, kak" nak kata panik, rilex aku leh cari hp ngan wallet. pastu intai-intai kat loceng tu.kenapa plak la bunyik. budak-budak opis pun siap tanya, nak lari ke wei??..hahahhahaha... boleh plak camtu. kurang tahap kesedaran tol kita-kita ni.

lepas je aku sibuk tanya, lalu la encik yang repair air-cond kat opis aku ni..muka tersengeh..tanya kat mana nak off loceng ni..jeng jeng jenggg..aku cakap ntah.tak tau la kat mana.pastu, saja la sibuk-sibuk kat tangga opis (tangga opis ai ni leh tengok dari atas sampai ke bawah).. staf opis bawah dah semua sibuk jalan keluar dari pejabat. budak opis aku je elok bersidai kat tiang tangga tu. tengok dari atas....
*kami dok tingkat 3 hokayyy....*

pastu tau-tau,rupa-rupanya big bos aku dah selamat turun dulu. walaweyy..sungguh cekap dia. ingat dia buat dunno je dalam bilik dia.hahaha..kami dok pikir, borak-borak cakap nak kena turun ke?.padahal dah tau dah encik air-cond tu yang tak sengaja ntah buat apa kat bumbung sampai berbunyi loceng kecemasan.

hahahhaha... tapi kalo jadi betoi-betoi terbakar..aku rasa mau lari tak cukup tanah....

ni tak..sempat pegi tandas dulu la, amik wallet la.amik handphone laa..last-last tak turun pun, layan makan sambil ditemani bunyi loceng berdering-dering..



*bingit telinga*

chinta dan makanan

alhamdulilah, lepas dah sihat ni, selera makan budak tecik ni makin bertambah-tambah. agaknya balas dendam hilang selera makan masa tak sihat aritu.so, yang best plak, weekend aritu memang aku tak masak langsung. asik makan luar jer. pizza laa, johnny's laa..secret recipe laaa... nasi ayam laa..hahahaa..bukan chinta yang makin gumuks..mamanya sekali. sekali sekala kasik can kan papa. arini kena masak lik.jimat cermat.

pilihan makanan ni selalunya kena ada persetujuan bersama.ikut tekak aku ari ahad tu cam terkenan nak makan tepayaki.. sedap..nyumnyum... pastu reject..papanya cakap nanti bau asap..malas laaaa..hahaha..alasan sungguh.so, kalau dah g pyramid tum off course la fast food je. so, check-in la secret recipe. walawehhh.. vietnamese noodle tu memanggil-manggil......

so, as usual..chinta punya meal for kid's yang kemudiannye mamanya yang ngabiskan...hahhaa.. T___T

tak dapat nak snap banyak-banyak..sebab lepas tu berdesing je kat telingaa..

"mama,jangan sibuk nak amik gambar je..makan cepat... tak abis-abis amik gambar.. tak elok la depan rezeki macam tu...."

sebelum kena marah lagi.....baik simpan handphone tu...

T_____T

gila kamera.. T___T

macam banyak benor giginya nak makan jagung tu..







nak tengok muka pakcik bebel..hehehheehe...geh geh geh....lalalallaa...





kat bawah...









































tada..... i lap u so strong papa...

ntah hape motif letak pacifier chinta kat kolar baju....muka ketat lepas marah aku..hahahhaa...




tu cheta hari ahad.plan nak pegi pyramid macam-macam benda aku nak beli. siap buat list dalam otak malam sebelumnya. dah pegi, last-last beli beg hyper-gear papanya ngan tumbler cars untuk chinta. cars?..hehehe..selalu kalo baby girl mesti nak barbie kan. saja je aku beli cars, sebab chinta pun ada beg tarik cars..lain sikit dari yang lain. aku suwuh dia pilih antara cars dengan spongebob.. dia amik cars...

haishh.. planning nak cari shoes baru chinta, nak beli kuda goyang-goyang utk chinta... nak beli safety-harness chinta.. nak beli losyen kat guardian (lepas tengok iklan kat tv..aii kan cepat terpengaruh)..hahahaa.. nak cari polo tee papa.. bla bla bla..planning lain..dah sampai lain jadinya....ntah hape-hape ntah. saja buang masa kat pyramid tu.

tu cerita hari ahad.. 

kite rewind plak cerita hari jumaat lepas balik keje.. hahahahhahaa... pun kisah chinta dengan makanan gak. tak tau nak makan apa. nak masak papanya cakap tak payah. *hati bermunger-munger je*
so check-in kat pizza area umah je. *dah cam fb mobile plak ada check-in*


sebelum sampai order...amik pic dulu..wajib yer...

hahhahaa...

tunggu makanan sambil nak pegang sudu...fork tak boleh okay.

gaya nak hover..bila makan tak pakai sudu pun... T___T
ngan mama.


 mama makan sup, dia nganga nak gak...mama makan bread..dia pun nak bread gak.. mama makan spagetti, pun dia mintak gak..last-last..chinta makan pizza..mama tengok je....chinta tak abis..mama abiskan laa...hahhahahahahaha...





us.. the speaky gang and their dotter



hari sabtu plak..nak pegi summit. alasan papanya nak tukar cd rosak. nyampah.. tapi kalo dah pegi summit ada peluang laa...jom makan johnny.. sebelum masuk summit decide makan kat kopitiam je laaa..dah lalu depan johnny's elok plak aku membelok dengan jayanya..hahaha..ntah hape-hape... padahal sebelum kuar dah makan nasi ayam, papanya yang tak makan apa. tapi sibuk nak ikut tekak aku ngan chinta bile nak makan.. nasib la yer papa... eventho u're the king in the family with 2 lovely ladies.. tapi bile bab makan ni... need majority vote laa...chinta & mama..setuju makan johnny..hahhahahahahahhaa...

papa:..johnny lagi..haishhh...ikut la mama oii...

tapi lupa plak nak amik pic kat johnny.yang ada pic chinta tunggu papanya bersiap kat umah..


muka-muka chinta malas nak layan aku yang sibuk nak amik pic dia..hahhahaa

buat muka boring sambil tengok tv

dah cam anak dara..

malas nak layan aku..hahhaa.....




itu la weekend kami. 


hahahaa...



untuk bumblee bee pun ada special treat tau...papa anta dia kat car wash cars kat sunway pyramid tu.. siap spray anti-fog (xpasti la namanya apa)..
special treat untuk bumbleebee..


memang puas ati...terbaekkkkkk...


sampai papa dia leh cakap..



"keta kita ke ni..cam tak caya je kemas, bersih semacam..kilat luar dalam"

lepas ni leh la anta polish plak..

T_____T

nampak sangat la si kuning tu jarang mandi..


takde pic..sebab malas nak amik




hihihi....










Friday, 10 February 2012

tabiat baru chinta

oh la anakku... memang la orang kata anak ni macam-macam kerenah. memang bersabar la. orang tua-tua kata dah banyak akai.. hihi.. tapi kadang-kadang melucukan pun ada. kadang-kadang naik geram pun ada.. kadang-kadang tersenyum sendiri plak bila ingat. 

chinta dah 14 mons.. kalo secara senang cakap dah umur setahun 2 bulan.. kejap je masa berlalu kan. rasa nya cam baru je dalam pantang.merah-merah kulit.mata kedip-kedip.mulut nganga-nganga nak susu cam mulut ikan.. hehehe.. so jom hupdate perkembangan si manja ku ni..hehehe...


1) suka kutip benda.....

kalo ikutkan common la budak suka kutip benda kan. masalahnya dia ni sekecik-kecik benda pun nak kutip. aritu baik punya aku tengok dia tertonggek-tonggek kat dapur, siap fokus baik nya nak kutip benda. aku ingatkan dia kutip biji nasi tumpah ke apa.. sekali tengok ulat.. haishhh... T____T  nasib baik la dia ni satu plak tabiat, kutip apa pun mesti hulur bagi pada kita.... langsung tak geli tol budak kecik ni laaa.... kalo la jenis kutip masuk mulut..paham-paham sendiri la yer.. hehehe... semalam, aku kelam-kabut la kutip nasi yang tumpah kat lantai lepas suapkan dia makan..sama kalut la papanya... sebab nak kena cepat sebelum dia datang kutip.. time tu gak la dia sama kalut nak kutip dan mengelap sama...aduyaii.. siap pegang kain tu.. nak tolong lap lantai..hehehee... oh..anak dara, jangan rajin time kecik je yer..dah besar nanti sila rajinkan diri ke dapur... 


2)kalo dah lapar..

ni memang tabiat terkini laa..kalo dah lapar..mengamuk-ngamuk nak makan. semalam aku lik keje, bagi la dia makan pisang dalam keta. pastu, agaknya dah lapar sangat, aku nak bukakan kulit pisang lagi pun dia tak bagi. dah la tu, bukan nak makan sangat, abis di tonyohnya dalam keta tu. aku nak amik, x bagi. menangis cam la kena cubit. haishhh... dah tu, aku pun semalam beli la nasi lemak untuk chinta. letak la plastik tu kat kerusi depan - sebab dia sibuk nak dok dengan aku kat belakang. pastu tiba-tiba ngamuk, rupa-rupanya dia cari plastik nasi lemak tu tak jumpa. dah nampak kat depan, ngamuk-ngamuk nangis nak makan.siap buat gaya.. alahai..aku tak nak la ajar anak makan dalam keta, tak mo ikutkan sangatkan... so, aku cakap..tunggu makan kat umah. sampai je umah, buka pintu.. terus aku kedapur. letak dia dalam high chair. terus suapkan makan. tak sempat nak bukak tudung.....T____T chinta?..makan dengan seronokkkknyaaa... abis la dalam satu cawan nasi sukatannya. iskk.. nasib baik la semalam teragak nak beli nasi lemak.kalo nak tunggu aku masak nasi..mau meraungg satu rumah.. so, moral of the story, arini aku pesan kat papanya, sila beli roti untuk dia makan dalam keta. at least, bertahan sikit nak tunggu sampai umah........hahahaha.. 

3) makan berselera...

ari rabu tu, papanya belikan roti gardenia yang 60sen tu.. nak bagi kat aku.sebab aku memang tak makan dari pagi. pastu baik je chinta menjeling tengok roti.so aku bagi la simanjaku ni makan roti tu.. ko ingat ko leh share ke ngan dia..baik je dia makan...sampai betoi-betoi tinggal ada la dalam 2 cm je lagi panjang roti tu.. so tak kisah la kan..dia nak makan...aku cakap la ngan papanya, jom beli nasi lemak..lama tak makan nasi lemak la..teringin plak rasa..so beli la extra satu pack untuk chinta.... sekali sampai umah, aku rasa roti tu pun tak abis hadam lagi dalam perot. boleh dia mengadap nasi lemak plak... hehehhee.. sonok memang sonok la menyuap, tapi lepas tu aku tengok perot dia dah cam belon...makan banyak, xmo pegi ke peha ke, tangan ke.. yang naik tang pipi ngan perot jerr.. tu yang memang selalu jadi bahan papa dia mengutuk aku ngan chinta..sebab kami ni memang sama, kalo makan je, naik tang perot tu memang tak leh nak cover punya laa.. siap kutuk nak beli LAX 5 untuk aku ngan chinta... hampehhhhhh ~

4)korek idung...lepas tu..

hah..yang ni la paling tak boleh blah...mana dia dapat pun aku tak tau. sekarang ni, elok je dia masukkan jari comel dia tu dalam idung.kunun-kunun cam korek idung la kan.. kalo dah korek tu..pastu ko main jauh-jauh.. takpe la nakk oii.. ni baik punya, dah korek dia hulur kat ko....aduyaii..memang la nak gelak.. tapi budak-budak ni..kalo ko makin gelak, makin suka la dia buat lagi kan.. aku takmo la nak galakkan dia buat camtu, kang nanti depan ntah sape-sape dia buat camtu...oh, anakk....memang dah buat pun depan owang lain....hahahahhahaa...aku cakap la ngan papa dia, ikut perangai sape la ni..hahahahhaha....kena kaji ni.. sungguh keji perangai ni.....

 
5)pandai marah..merajuk....

sure korang penah tengok kan, kalau drama melayu je..part putus cinta, kena marah ke.. sedih ke.. lari laju-laju pastu meniarap kat katil nangis.. hah.. ni la skarang perangai anak dara ai ni bile kena marah, bile ngamuk, bila majuk.. tapi lom la lagi part lari-lari tu...kalo ko marah dia, on the spot dia rebahkan badan dia cam menerap sambil tangan letak kat mata..keraskan badan..nangis..majuk..kadang-kadang aku malas nak layan, taknak ikutkan sangat.. apa guna belajar children psychology dulu-dulu.. so dah ada anak ni praktikkan la segala macam benda belajar dari buku tebal tu dulu....hahahaaaa...

6)pandai amik hati...

ni yang buat aku selalu cair..pandai amik ati.suka je la tersengih kerang busuk depan ko..gelak-gelak ntah hape-hape tunjuk gigi ngan lesung pipit tu kat depan ko..kalau ada muzik dari iklan, terjoget-joget sambil senget-senget kepala.. saja nak bagi ko gelak. lagi gelak, lagi dia suka buat... oh anak..ni yang selalu buat rindu kat opis ni hah....

lain dari tu, dah pandai amik book sendrik. selak tiap malam.. atau amik book bawak pada kita suwuh kita bacakan.. dah tu, yang paling best, kalo nak tengok chinta ni suka ngan satu benda tu.. contoh, leka ngan buku yang dia 'baca' tu..dia akan menerap je ntah celah mana pun boleh... 

sekarang, dah pandai..kalo nak tido..dia tarik tangan kita, amik pacifier ngan bantal peluk sendiri.. tunjuk kat buai..hahaha.. bagus-bagus, senang mama nak buat keje lain kat umah tu....

cuma... part paling mencabar nak pakaikan dia pampers ngan baju lepas mandi.... kalo nak mandi pun sama.. cakap ngan dia..'chinta...jom mandi.'.. mesti dia main lari-lari nak suwuh kita kejar..ngan muka tersengih-sengih.. saja je kan. kalo aku rajin nak melayan aku kejar laa..pimpin tangan dia pegi bilik air..kalo tak..aku tunggu je depan pintu bilik air..nanti pandai la dia datang sendiri..hahahahaha.. nak pakaikan pampers pun sama..saja suka nak aku kejar-kejar dia. dah tu..bab nak sikatkan rambut pun sama...huhuhu..... tu yang bile makan aku paksa dia dok dalam high chair..kalo tak, satu suap nasi....tawaf umah dua tiga round.. kadang aku cakap.. "dik tak penat ke berjalan tak henti-henti"....



tu je yang aku teringat buat masa ni.. banyak benda nak hupdate.. tapi kadang-kadang masa takde...





jangan chinta buat camni sudah... mau pitam mama... T___T :source:google



walau camna kerenah chinta pun...

i lap u so stronggg ok...


*pelukkuatkuat*

Thursday, 9 February 2012

mistik tol

semalam memang aku kusyuk ngadap pc. dah petang-petang tu teragak la nak hupdate belog sikit. selalunya time dah dekat-dekat kul 5 baru aku rajin hupdate belog sambil tunggu encik aboy datang amik aku. selalu aku antara owang terakhir la yang kuar dari opis, yang tutup lampu..tutup air cond.. tapi selalu bos aku ada lagi la dia solat asar dulu..so semalam, memang kat area bilik aku ni takde sape... jeng jeng jenggg.... 
*kasi musik suspen skit*

so, bile lagi 5 min nak kul 5, aku pun standy la page untuk punch-out. sebab taknak nanti aku tak sedar budak-budak opis dah balik. gah tengok-tengok jam nak tunggu kul 5, tiba-tiba...... tiba-tiba......
aku dengar ada bunyi orang berdehem.. 'ehem-ehem'..
dalam hati...hampeh tol laaa.. aku wat cool je la.malas nak layan perasaan mistik ni. so, slow-slow aku punch-out, shut down pc,..tutup lampu bilik, tutup air cond.. aku kunci pintu...then aku pegi bilik boss aku (sebelah bilik je). suara tu sebijik suara boss aku. tapi masa tu aku memang dah pikir.. yang boss aku memang tak masuk opis belah petang. heran gak la kan. sebab suara berdehem tu sangat jelas.. lepas tu aku jalan g masuk main office, sembang ngan umi.. aku cakap la aku dengar ada owang berdehem.. sebab sebelum tu dia cheta dia dengar suara owang mengeluh dalam bilik bos aku tu masa dia nak bagi makan ikan last week. 

aku just cakap.. maybe 'dia' nak ingatkan aku kot..dah kul 5.. sebab aku selalu leka sangat depan pc sampai tak sedar owang semua dah balik..hihi..lepas tu aku tunggu kat foyer je laaa...hahahahaa..



macam-macam..yang pasti tu semua makhluk Allah gak..
jangan main cak-cak ngan aku sudah.... simpang malaikat weiiii.. dah la bilik aku kat belakang.....tingkat plak mengadap hutan..yeah..sekian terima kasih.... :)





Wednesday, 8 February 2012

rotavirus

Sebelum ni yang aku tau pasal rota virus ni pun salah satu imunsasi mencegahnya tak provide dalam imunisasi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Meaning that, kalo nak dapatkan imunisasi untuk rotavirus kena dapatkan di hospital swasta/klinik-klinik dengan bayaran sendiri. Terpulang pada pak-pak dan mak-mak. Selain imunisasi pnemucocoal dengan ciken pox. Imunisasi untuk tiga-tiga benda ni pun leh tahan regenyer. Amik bagus untuk baby untuk langkah pencegahan... terpulang. Yang penting imunisasi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan untuk baby baru lahir, 1 - 4 months, 6 months, 1 year dan 1 1/2 year tu WAJIB okayy.. di ulang wajib.. ingat sibuk camana pun silalah lapangkan masa anda untuk anak anda. takat sehari nak bawak pegi cucuk rasanya tak la membebankan. 

so, disebabkan bile doktor cakap je baby positif rota virus - after wat lab test. terus aku cam.. hahhhh!! risau..risauuu.. masa tu nak tanya direct ngan doktor cam tak best, sebab berlonggok la doktor lain kat situ. rasa cam tak privacy plak nak bersoal-jawab dengan doktor. Masa tu dalam otak aku dah standby macam-macam soklan. So,bile ada kelapangan lepas tu, aku pun terjah la sowang doktor nak tanya lebih pasal virus tu. Bukan apa, risau la beb......

Doktor cakap, it's common untuk bby dapat rotavirus. especially untuk baby baru lahir ke 24 bulan. Punca, dari bakteria sekeliling. contohnya, kalo kita tukar diapers tak cuci tangan. <-- yang ni aku pelik gak sebab aku ni memang habit, buat apa je mesti cuci tangan..hmmm...ok..lagi doktor.. mungkin anak kutip-kutip barang masuk mulut. <-- yang ni memang aku tak dapat nak control selain aku bagi di pacifier. then, dari owang-owang sekeliling la..pegang kucing ke apa ke..tak basuh tangan then pegang baby..etc etc etc..Doktor cakap condition baby okay. Jangan risau. Lama-lama cery bery nya akan beransur ilang... 
*lega*

So, kalo ada parents yang nak tau lanjut pasal rota virus.leh klik sini


Selalu symptonnya of course la demam berpanjangan, cery bery, muntah...

Tapi masa chinta kat kecemasan, chinta masih mild dehydrated... Masih tidak merisaukan bagi doktor.

Tips dari doktor fahmi..nak tau anak kita masih okay...pantau dia dengan cara : lihat baby masih mampu berjalan, masih mampu menyusu..masih mampu bangun dan duduk....tapi kalo dah terbaring with sunken eyes (bola mata naik ke atas), kulit dah kering... haus yang sangat-sangat tu...apa lagi..


sila-sila la ke emergency hospital........ 

Hotel berbintang-bintang

Lama menyepi. memang dugaan sungguh last week. since chinta tak sihat since monday, memang la jarang berfb/berblog. dapat hupdate masa hari rabu petang je tu pun nak tunggu encik aboy amik kat opis.. ingat kan tak la teruk keadaan chinta. sekali demam tak kebah-kebah. makan/minum abis kuar balik -- terceryy bery.. atau pun muns..kesian tengok. selalu kalo dia sakit pun , gagah dan gigih dia main, cuba nak lawan sakitnya. sekali hari khamis tu plak, keringgg je terbaring.dah cam papan. T___T 

So, tunggu papa dia balik. Nak g PK dulu. ingat leh drip kat PK je. sekali, orang sengQ sibuk nak pasang ekon ngan kipas. macam-macam hal la. last-last kul 4 baru tercongok kat PK, jumpa doktor bilik 15.. - sukerrr gile doktor yang sangat baik ni. doktor suwuh g emergency terus. doc buat suwat. Then, cepat-cepat g spital. Kat kecemasan tengok berlonggok orang. kebetulan plak, petang tu ramai orang. tapi tak la rasa tunggu lama sangat. dalam 15 min dah jumpa first nurse ke apa ke kat bilik kecemasan tu. amik darah untuk lab test. then register, tunggu la kejap untuk jumpa doctor. kejap tak kejap..sempat gak la chinta beryy kat situ sekali. sampai giliran, doktor check-check. suwuh buat xray sekali. risau kannn.. then jumpa doctor semula. blood test cakap ok. - ada skit virus. x ray - ok. doctor tengok chinta baru mild dehydrated. depends pada aku nak masukkan ward atau tidak. aku cakap ngan doktor, masuk ward la. biar masuk air. sebab dah lembik dah ni bagi aku. kang jadi apa-apa tengah malam, takkan nak datang spital balik. lagi menggelabah jadinya. so, doctor call wad untuk register chinta, minta second opinion dari second doctor. then, doktor cucuk lagi sebelah kanan, untuk drip dan masuk ward. 

sian aku tengok chinta. tapi aku kena kental. walau sedih tgk anak, sanggup aku yang pegang anak/pegang tangan anak time nak amik darah. time nak cucuk untuk masukkan jarum - drip. aku yang cakap ngan doktor. memang lembik terbaring je la. dah penat meraung tu, lepas tu tido la. trauma sampai tak leh tengok owang pakai baju putih datang dekat. takut kena cucuk lagi.

Day 1 - 02 Feb 2012 @ 6.50pm.


dah susut tinggal 7 kg je.. T__T
teringat plak tag ni pakai masa chinta lahir
tido jerr...

penat menangis
tunggu papa bawa bantal

rekod apa yang chinta makan/minum dan timbang berat pampers chinta


Day 2 - 03 feb 2012

pagi - masih lemah
dah ada selera makan - sementara tunggu dietation datang

study

dah cergas mula memanjat pagar katil
buat perangai makan roti camtu plak... T___T
buat muka sedap makan fries

Day 3 - 04 Feb 2012




sementara tunggu nurse bukakan jarum
panjat kerusi sebelum jatuh tergolek
nak naik keta

naik kuda plak. tunggu papa tak sampai-sampai lagi

dah sihat

mama.. jom balik naik kuda...




alhamdulilah dah sihat. after lab test untuk stool. chinta positif rota virus. so drip for 1 and 1/2 bottle n warded with no medication. plus, kena consult dengan dietation sebab tak puas ati ngan weight chart dia. dietation minta dia minum susu pediasure - hosp bagi 2 tin susu untuk bagi dia minum susu yang lactose free dulu. next appointment with paed clinic in april. lambat lagi tu. harap-harap dah gain weight by that time.

tengok bil charge semuanya rm 380. seb baik bawak GL . :)

bila sakit.. duit pun penting gak.


yang tak best..boleh plak papa dia cakap:




"mama bersalin dulu dok wad 2 hari lagi murah...."



hampeh~

Wednesday, 1 February 2012

SARA 1 Malaysia

Asik-asik cheta pasal anak, suami..makanan..anak dan anak lagi. Rasa nak share pasal cheta amanah saham ni plak. Aku memang berminat bab-bab yang menguntungkan ni. Tapi sebabkan dua dari syarat tu memang comfirm tak lepas/tak lulus permohonan. Just share kat sini la, maybe ada yang tak tau or belum tau *eh sama la maksudnya tu*...

SARA 1 Malaysia ni..amanah saham untuk bantu golongan berpendapatan rendah. Syarat pertamanya pun kena pendapatan seisi rumah bawah rm 3000..dan pasangan/pemohonan tak leh ada asb/asw/asn dan bla bla bla..kalo ada pun tak leh lebih dari 10k.. so confirm la aku tak lepas.. haishh..baru bercita-cita nak apply. Menabung bagi tambah duit..

yang menarik SARA ni..jangka masa tak lama. cuma 5 tahun je. So, kalau yang planning nak kawen ke, nak renovate rumah ke, nak beli rumah ke..nak planning anta anak p tadika mahai-mahai ke..Leh la apply. Lepas 5 tahun dapat hasilnya. Yang lagi best, kalo takde modal, leh memohon pinjaman tak lebih rm 5000 dari bank-bank cimb, maybank, rhb... Alahai..kalo la tak rebut peluang ni memang la kan. So, anggaran kira-kira sebulan kalau lepas dah potong untuk pinjaman still dapat dividen rm 50.. kalo duit tu setaun ko tak usik..dah kumpul rm600..dalam 5 taun tak usik dividen tu... dah ada rm3000.. campur plak loan rm 5000 modal untuk saham tu..tak ke buta-buta dapat rm 8000.... dah leh buat modal kuar keta baru.. tak pun minang anak dara orang..

Kalau ada modal..tak yah la gatai nak meminjam dari bank. Masukan rm 5000.. tunggu 5 tahun.. kejap je pejam celik pejam celik...leh dapat pulangan dalam rm 13000.. sape nak bagi... hihihi..

so bagi yang berminat tu..sila-sila la rajin kan diri..jenguk-jenguk.. kat bank-bank terpilih..
yang senang pun diri kowang-kowang gak....




*peace*



*senyum lebar gak awal taun bile tengok dividen asb*

Bergembira di KFC

Belek-belek handphone ada plak pic masa chinta bergumbira. Kasi hupload kat blog la nak bagi kurang risau di hati sementara nak tunggu pukul 5 nak balik keje. Hah..kantoi, type blog time opis hour. Tapi tadi waktu lunch saya tak kuar la boss...saya siapkan keje.. kira ganti jap la time ni yer..hehehe.. 
*peace boss*

Makin besar makin banyak kerenah chinta. Yang paling tension, dia ni tak makan saman punya. walau dalam hati ada taman. Kalo dia nak..dia nak gak.. mengalahkan budak besar. Tambah-tambah dah pandai berjalan ni. Laju je tarik tangan kite ajak main playground. haishh.. 
*tensi mama ko ni*

beriadah la katakan. So bagi la can mali can sekali dua kat budak kenit ni. tapi suka gak tengok pic dia, Muka cool jer. cam mama dia?.eh yeker.. hahaha... Sementara tunggu papa dia berbaris beli makanan aku pun saja la bawak chinta main kat playground kat situ. Masa ni pun hari sabtu, before CNY so ramai la orang. Tekak pun terasa nak makan kepsi..so, tak payah la masak..hehehe. agaknye semua pun teringin nak makan kepsi kot tu yang penuh je kepsi tu...atok janggut makin tersenyummm laaa...


ayooo..tak cun la dik ada puting dalam mulut

muka nak eksyen..haishhh... T___T
Dah aku tak larat, lenguh pinggang nak dukung dia naik lik atas gelungsor...*mama dah tua * 
terus aku tarik tangan dia bawak masuk dalam. Makan la. Perot mama pun dah lapar ni. 

Muka tak puas ati dapat satu fries je kat tangan tu... T___T
Silap kira bape banyak fries
Lepas dah abis makan, saja aku tarik tangan dia ikut pintu lain bile kuar.Kang buatnya dia ingat nak main gelungsor lagi.Mau sampai ke malam aku kat situ..

Ni plak kat playground kat 'Lokas makan food court' area umah aku. Aku risau je nak bagi dia main. Benda tu kan isi angin..pastu cam tak stabil.Tergolek anak aku kang. Budak-budak yang main budak-budak besar..main lompat-lompat cam harta mak bapak diorang. Siap bergusti dalam tu, bergaduh. Nak marah kang, anak orang..datang pak-pak..mak-mak dia plak kang serang aku.lagi naya. Budak-budak sekarang tak leh ditegur. Harap chinta besar nanti takmo la jadi camtu ek.....




Aku suwuh papanya masuk sekali. risau aku..kang penyek anak aku kena lanyak ngan budak-budak dalam tu... hehehe...



Demam

Alahai dugaan sungguh! Awal-awal taun anak sakit, husband sakit. Aku ni pun dah rasa seram sejuk nak demam. Tapi kena bertahan. Kalau mamanya demam, camne nak uruskan yang lain-lain. Tu la, minggu lepas seronok sangat kot g melaka. Kat sana pun panas. Cuaca panas sangat. Dah panas, masuk keta bantai air-cond.. Tu la teori aku la. Kot-kot  sebab tu la jadi demam kat chinta ngan encik aboy. 

Chinta start ngan selsema last week. Hari selasa. Selalu kalo dia sakit, memang aku akan delaykan few days sebelum bawak jumpa doktor. Ni pun atas share dari Doktor Fahmi. Even dia doktor, anak-anak dia pun dia tak galakkan sangat ngan ubat-ubat ni. Selalu aku akan biar few days bagi antibodi dalam badan dia melawan sakit tu dulu. Then, hari khamis tu Encik Aboy dah sakit-sakit tekak. Since nak amik mc untuk dia, so aku pun check-up chinta sekali. Mula-mula pegi la Pusat Rawatan Mesra, klinik panel UPM. Suka pegi sini sebab memang dah kenal doktor-doktor kat situ, and ada record medication kita dengan dia. Senang sikit la nak tanya macam-macam. Sekali pegi, baru kul 2 petang dah tutup registration. Malas nak pegi pagi sebab tau memang confirm ramai orang - especially ibu-ibu preggy yang datang check-up. huhuhu...

So, aku decide pegi Pusat Kesihatan UPM. Pegi sana, jumpa la satu doktor ni. Dah selesai encik aboy, boleh dia kata PK tak ada stok ubat. So dia bagi encik aboy 'ubat tahan sakit' then dia suwuh pegi panel clinik amik ubat sakit tekak. Masa tu tekak encik aboy dah rasa perit dahhh.. apa lagi..tension la laki ai tu.. check-check anak, tak demam. So bagi ubat selsema + ubat batuk yang recover kahak. Dah la kata tak leh dapat mc sebab datang petang. Macam-macam laa. masa tu nak je aku cakap.. "Puan doktor yang budiman, kalo pagi-pagi larat nak pegi klinik, baik la terus g keje....haishh..dah la anak sakit..papanya sakit.." what do u expect nak pegi klinik tercongok kul 8 pagi... Harus la lambat...dengan menguruskan macam-macam. Tunggu anak bangun laaa.. dah bangun merengek nak makan..susu..itu..ini... Dan papanya dah lembik terbaringg... Lain la kalo aku ni ada kuasa kendong dua-dua masuk keta... Isk..Iskk...

Then, weekend tu tengok chinta macam dah ok. So, aku pun ingat minggu ni dah leh masuk opis dengan senang ati. Alih-alih isnin petang, tengok monyok, lembik...dan tidak bermaya..seperti rambut rosak.. hehehe.. Encik aboy cakap jom p klinik terus.. aku kata..nanti la dulu..tengok malam kang macam mana.. Sekali dah lik umah... dah berak-berak dua tiga kali..badan chinta makin panas..Dah merengek-rengek.. Apa lagi.. tak kan tak reti-reti, terus la pegi Pusat Rawatan Mesra... Ingat jumpa Doktor Fahmi.. Sekali Doktor Zulkifli.. Nasib baik doktor ni okay.. aku mintak tukar semua ubat.....

Hari selasa...memang panas tak henggat la badan budak ni.... leh tembus bahang panas dia even ko pakai suar jeans.. aku plak kat umah sendiri ni takde plak la termometer nak measure suhu dia.. T____T masa ni la dok terpikir pentingnya benda-benda ni. Memang bagi pakai pampers je laa...tekap ngan kain basah.. tampal kool fever.. dah tu yang lagi kesian..asik berak-berak.... susu sikit terus ceri beriii.. makan sikit..kuar lik semua.. minum air kosong pun leh muntah balik..haishhh... T_____T

First time chinta demam macam ni. Sebelum ni dia tak penah demam, takat selsema ngan batok je. dan aku je selalu gatai-gatai tampal cool fever kalo dia selsema pun. takut panas dalam. kena ciken pox pun leh main bergumbira lagi..Ni kali ni, terbaring jerrrr.....

Ni, asik merengek, lembik... pampers nasib baik la ada stok 2 bag pampers kat umah. Memang asik ganti pampers laaa... cian tengok. Arini kena masuk opis gak since last week dah EL - 2 hari..semalam doktor bagi mc.. keje bertimbun..esok ada meetingg..huwaghh.... kalo leh belah 2 badan ni.. atau leh pecah tiga cam boboiboy.. T_____T


*badan kat opis..hati kat umah*

*bos suwuh balik....tapi keta kat encik aboy...huhu*


 pic semalam..dah bertenang sikit lepas ceri-beri..muntah-muntah... baring lepas tu terus tido sendiri.



*cepat la pukul 5....*

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers