"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday, 11 January 2012

blog berwajah BARU

aper?..ingat ko je ke leh pakai cam-cam fashion baju. blog pun nak tukar selera gak la. dah jemu aku ngadap kaler oren cam limau taun baru cina je. hehe. so ubah-ubah 
*sambil teriak gulingkan wajah blog lama, reformasi..reformasi** 


so ada masa terlapang sikit di opis sambil-sambil wat filing sikit - almaklum la taun baru semua nak kena buka file baru.. so baru la multi-tasking. sambil berbelog sambil wat keje 
*alasan untuk tidak rasa bersalah bukak blog time ofis

so..jeng jeng terima laaa..penampilan baru blog mama chinta. ala tomey-tomey gitu.


**sambil wat muka shomellll dan berlalu pergi**

nasi lemak sedap

skang kitchen aku still close.. gara-gara abg aku yang bijak pandai angkut periuk sikit punya besar la dari ipoh. penat aku call remind berkali-kali amik set periuk kecik-kecik, kuali dan set-set memasak. sebabkan aku dah pasang dapur elektrik. benda ni banyak cekadak bukan boleh pakai kuali/periuk biasa, nak yang ada magnet punya - yang memang khas untuk dapur elektrik.

sekali bila dah sampai kl masa new year tu, aku pun tak tau nak buat reaksi apa tengok periuk tu. ko bayangkan la, yang aku rasa leh guna buat masak kenduri untuk 20-30 orang makan. ko nak masak meggi dalam tu pun tak gamak?.. haishhhh.. dah la bawak dua. satu lagi tu siap ada pengukus bagai yang sama tinggi dengan anak aku bila dia duduk. aduyai.. peserta masterchef pun tak guna periuk besar camtu ok.. fuh.. 
*pitam*

agaknye mak aku nak suwuh aku wat part time niaga nasi lemak kot..kuikuikui.. eh, dah melalut plak. sowi terhover buat luahan perasaan. so, sebabkan kitchen closed until all cooking utensils are ready.. chewahh.. gediks plak speaking loghat negeri akak tu.. kuikuikui.
**sila lempang laju-laju muka sendrik**

so, tetiap malam, aku dah wat rancangan JJCM aku sendrik. abis ceruk mana restoran kat puchong tu aku explore, siap tanya abg jual pau kat mana lagi ada kedai makan best. yelah, nak beli makanan pun kena la tengok gak jenis kedai.bukan ko main saukkk jer.. kang ada yang ceri-beri secara pakej laki bini. tambah-tambah aku dah makin jadi penggeli sejak tengok cheta tanah kubur yang pasai kedai pakai pelaris tu.  bluwekkkk..... @___@

semalam kami pegi la satu food court baru bukak, open concept. nanti aku capture pic. lupa nak amik pic semalam. so, jalan-jalan pusing-pusing tengok menu, rasa cam nak makan sizzling mee. since kami decided just nak tapau sebab dah kul 8 malam, rasa tak larat sangat nak makan kat situ. tp sizzling kalo tapau mesti dah tak feeling sebab kat umah bukan ada plate ala-ala kuali itam leper tu.hehehehe.. kalo terus masuk mangkuk cam dah rupa mee hailam je la kan. eh aku melalut lagi..

so, tengok ada satu abg tu meniaga nasi lemak. wah. nasi lemak ok. makin berlemak-lemak la naik badan akak ni. tengok cam best je ayam rempah dia. dah la goreng panas-panas. try la semalam. tamak tak henggat siap order nasi lemak ayam special. apa yang specialnye pun just ada telur goreng..hehehhee.. untuk chinta, tapau roti telur... 

so sampai umah, apa lagi makan time. cam biasa tunggu chef tak bertauliah encik aboy tu nak komen apa nasi lemak tu. biasa la dia ni cerewet sikit makan nasi lemak. kalo ada rasa halia, terus dia reject.. so ni conversation laki bini kat umah:

encik aboy: sedap nasi lemak ni.. ada haliaa ni... 
* dalam hati aku mampus nak bagi makan apa laki aku ni kalo dia reject nasi lemak tu.

isteri mithali: eh mana ada halia.. 
* ceh ayat kaber line.

encik aboy: ada laaaa...cium bau pun tau...tapi ok laa, rasa nasi tak la halia sangat. kalo rasa halia baik taruk nasi halia. bukan nasi lemak. *eh, panjang lebar plak dia komen

aku isteri masih mitali: bau je..halianye takde.. sekali lepas tu hambek ko.. dua tiga kali suap aku tergigit halia.. *hah tu la derhaka lagi..amekkawww..aku pun jenis tak suka makan halia-halia ni..yang encik aboy steady je makan....

tapi memandangkan aku ni tekak bedal je makan apa ada..halia pun halia laaa.. yang penting sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkkkk.. memang aku rekemen.. nanti aku upload pic area kedai tu k...

::last komen encik aboy:

"nasi lemak memang bersepah mana-mana ada jual, tapi sambal nasi lemak abg ni memang terbaekkkkk punya"

**poyo okay laki ai**
chinta.. pandang kami cam ntah hape-hape la papa ngan mama aku ni.. baik makan roti telur.. sedappppp...


Monday, 9 January 2012

asb punya pasal

adoiiii...kalo tak kerana memang nak kuar duit, takdo makno nak melangut berjanggut dok kat bank tu. ni semua gara-gara orang sibuk kuar asb laa..aku ni ada la ciput je pun dividennye..nak kuar pun tak la banyak mana. tapi nak tunggu giliran dah macam berbaris nak tunggu bantuan air time banjir.. @_@

datang la awal dalam kul 2 petang camtu.ingatkan dah petang tak la ramai manusia-manusia kaya raya ni. sekali pun sama...dapat no giliran no. 14.. sejuk ati tengok no. sekali bile tengok kat area menunggu tu baru giliran no. 90. no yang dari pagi  tak abis lagi. *pujuk-pujuk hati tak lama je ni.

pastu dari berdiri, aku duduk. dari menyandar kemudian aku duduk tegak. lepas tu dah terlelap kejap * risau tido lama-lama kang berdengkur plak kang.hehehe.. pastu dok menyenget. lenguh pinggang sandar balik. tengok jam dah kul 3. baru nak masuk no. 2.. dah sejam menunggu. kalo masak nasi siap dah masak ikan kerapu masak 3 rasa la nie. T______T

tunggu lagi. borak ntah ngan sape-sape.ada yang dah blah, malas nak tunggu. aku gigih tunggu lagi.sebab nanti bile lagi nak datang bank kan. kalo ari-ari mau orang aim ingat - pompuan ni kaya ni. ari-ari datang bank, padahal duit ada la sekentut je.. heheh.. tapi tetap syukur alhamdulilahhhh...

last-last tengok jam dah kul 3.30.. baru no 10. aku kata kalo tak sempat turn aku, mau aku bakor bank ni kang. * ceh, ayat nak hebat. macam berani. hahahaha...

pastu aku tengok plak pegawai bank tu sebut no. 13, sekali punya la lama pakcik ni buat urusan. ntah bape banyak buku la dia nak update. aku rasa cam nak bagi ceramah skit kat pakcik tu suwuh cepat. hehehe. dah abis urusan pakcik tu jam dah kul 3.50pm. nanti kul 4.00 asb dah tutup kaunter. uwaaaa...fuh fuh aku jampi bagi cepat.. lepas tu pegawai bank tu leh plak blah dari kaunter. aku dah cuak + benggang semua ada.. seb baik la ada pegawai take over keje dia jap..no yang dinantikan pun dipanggil.... NO. 14.... tu no aku la tu..

dan dengan penuh bangga dan gagah berani..hidung kembang kuncup-kuncup.. berjalan lenggang mak limah la pegi ke kaunter... 

dan selesailah urusan asb saya pada hari ini tepat kul 3.55pm yang secara logiknye aku dah tunggu dekat 2 jam kat situ... apa kejadahnye....... :)

train baru chinta

sambung entry pasal train chinta dulu la. ni pun sebab chinta dah amik skill bodek mama yang terbaek.. huwagh huwaghhh.. bukan apa, memang selalu kalo g toy'r us mesti aku suka tengok train vtech ni.. train ni kira cam 3 in 1 laa, leh jadi walker (nak belajar jalan tu - tolak tolakkk dan tolak), jadi ketapi - leh duduk dan tolak ngan kaki dan learn abc, shapes etc etc kat kepala ketapi tu. siap ada blok-blok alphabet yang ko leh masukkan kat kepala ketapi dan automatik akan read apa blok yang ko masukkan. canggih tak canggih mainan zaman ko ni.. zaman mama dulu takat main patung binatang kecik-kecik susun, tak pun patung askar kecik-kecik tu. kalo dah canggih sikit main lego ngan playdoh. T____T

so, atok ada..apa lagi chinta cepat powww atok.. heheh...skill memang menjadi la budak kenit ni. pandai plak dia bodek.asik melekat ngan atok.siap dalam keta nak tido kat bahu atok.geh geh geh.. so apa lagi, tiba-tiba toy r'us leh masuk dalam agenda lawatan plak.sampai-sampai kat area toys bebanyak tu, terus budak chinta ni pegang kotak train tu.wah.. memang pucuk dicita laaa..aku pon senyum lebar sampai ke telinga laaaa... pandai gak budak kenit ni pilih cam apa yang mamanya nak..lalalallala....

*sonok sampai buat lompat bintang*



dah dapat apa yang dihajati..mula la..bangun pagi..train.. bangun tido..train.. balik umah..main train.. hihihi.. best je jadi budak..main,makan, tido, berak,main balik... :)

jom main ngan chinta...


Friday, 6 January 2012

opah & atok datang key-EL

cuti new year aku lama kali ni. siap tambah dua hari cuti rehat.pasaipa, sebab mak ngan abah aku nak datang key-EL.. hehe. kunun-kunun nak celebrate new year laa..skali haremmmm... nak g i-city, penuh gila manusia. last-last aku cakap jom balik tido lagi bagus. esok nak p jalan jauh. padahal, mata memang dah ngantok masing-masing kekenyangan makan malam. hehehe. malam bawak g makan kat kedai Qaseh kat Shah Alam tu.

so, esok paginya - hari ahad, selepas dah cergas cukup tido, g la jalan ikea pasai abang aku nak beli kerusi makan baby. pegi awal senang la dapat parking. tapi dah masuk dalam, amaigadddd... ramai gak manusia. baru dah berangan-angan nak makan meatballs. padahal sebelum tu dah selamat melantak kat kedai Murni. cait, bawak kedai-kedai nama pompuan je. hehe 

so, dalam kata nak cuci mata jee, pun dekat serat-dua gak la abis duit beli barang. ntah hape-hape je aku rasa, ngan cermin la, alas kaki laa.. railing laa.. jam laa.. takde maknanya kalo g ikea tak beli barang. dah tu elok je kuar ikea, leh plak atok chinta ajak g KLIA. kata arini ada flight pertama Qatar Airways yang guna kapal terbang baru...entah, aku pun lupa. so layannn je laa...dari damansara pegi KLIA. bukan aku yang drive pun, hangkut la aku kemana pon.

so, sampai sana cam takde motif, sekali tak sangka plak ramai gak peminat kapal terbang cam atok si chinta gak.chinta pun eksaited lebih tengok aeroplane, besarrrrr punya depan mata. mulut memang pok pek pok pek tak berhenti laa..ntah hape benda bijik butir dia cakap pun aku tak faham. tapi memang happy gile - cam atoknye.

rambut serabai - muka nak ketat

dari KLIA boleh plak atoknye ajak g makan sate ostrich kat PD. ostrich tu.. tak agak-agak..hahaha. terbayang leher binatang tu terliuk-liuk. sampai sana ngam-ngan la nak tutup dah. tak dapat makan kat situ, just tapau dan bakar kat umah. dah jauh pegi kan. rugi laa kalo tak dapat beli. nak beli telur dadar ostrich, dah abis. giler nak beli sebiji, telur dah sama besar ngan bola boling, keras nak mampus plak  tu. siap ko boleh lompat-lompat atas tu (seyes tak tipu), nak belah pun kena pakai drill... hahahaha....
dah la sebiji rm 80... leh makan pizza hut kenyang satu kuarga-

**chinta takut tengok ostrich**aku gelak jeee..hahahaha

lepas tu, nak melayan lapar anak tekak aku ni. ajak jom jom jom g makan kat GOLD COAST. ayat nak poyo, makan nak hebat.. gold coast sepang je laa.. layan ikan bakar sedappp gakkk oooo.. dengan perot aku dah berkeroncong tu.. so, dah siap sampai sana, amaigaddd lagi skali. nak pitam rasa tunggu meja kosong. siap muka kerek-kerek la waitress tu cakap kena tunggu dalam sejam setengah baru ada meja kosong. cam nak lempang-lempang je muka. tak leh ke cakap elok-elok. tau la ko penat, tapi jangan la nak kerek. aku memang dah pissed-off masa tu. perot lapar, meja penuh, waitress kerek, memang nak cari penyakit laa kalo dok situ tunggu. aku cakap jom blah, ayat cooling off, "takde rezeki la tu nak makan kat sini".. so alim-alim, baik-baik, nice-nice je ayat aku ni.heheehe.. ibu mithali la kan. *muntah ijau*

masuk keta, pikir nak makan kat mana. tengok jam. pikir lagi..last-last ntah camne aku leh teringat tasik idaman.. lalalalala... jom jom makan tasik idaman. kalo ikutkan aku ngan encik aboy pasti tak pasti jalan nak g sana. tambah-tambah dari sepang.siap nak call sape-sape je la tanya direction. last-last, "apa ke bingainye"... kan ada GARMIN.. apa guna beli mahal-mahal..hahaha.. ko bile dah lapar macam-macam la idea brilliant ko leh kuar kan. time-time tu pandai je laaa nak cari jalan nak g sana. matlamat: makannnnnnn... hahahahhaah...so seb baik ada garmin..sampai gak tasik idaman..... punnnn ramai manusiaaa.... tapi aku ni kira cepat skit laa dari owang-owang lain.dapat gak meja. dah dapat meja, aku dengar ada makcik-makcik tu sok sek sok sekkk cakap, ikan banyak dah abis, sotong dah abis... muka dah cuak okayyy.....jangan cakap aku kena cari tempat lain nak makan....so apa lagi, jom serbu tempat ikan.. betoi laaa.. yang tinggal ikan cencaru je sekor..ok bedal..... cop dulu..ikan kembung amik la 4 ekor... kauk kauk..tengok ada lagi udang.. kauk tak henggat...sebab takut abis..hahahahhaa.... pastu kauk kerang...ketammm..kauk semua masuk bakul. 

next... g timbang...amekkkkawwwww... berpusing juling mata tengok... terus cakap..
aku:"bang bang.. udang tu amik 200 g je laaa...heheheh... ketam tu takpe.. banyak skit..." 
makhluk 2 jenis tu je dah dekat rm 100.. 
laki aku: x pe laa, benda nak makan. jangan nak berkira sangat. 
aku: muka terpisat-pisat, hehehhee
so, lepas tu terus bawak waiter ke meja amik order..order..dan order... sekali dah sampai makanan, aduyaii dah cam meja rancangan JJCM. rancangan tu bole la ko makan ni sesuap, tu sesuap, pastu tinggal. sebab bukan ko yang kena bayar kan. yang ni, sumbat la perot tu selagi boleh. hehe. memang rasa nikmat gila makan. tambah lagi syok at least dapat gak la bawak mak bapak aku makan ikan bakar. T______T

*rasa nak nangis sebab memang dah lapar gila masa tu*

dah kenyang.tak reti-reti ke.balik umah laaa......zzzzzz, tido kekenyangan puas ati.

gendang gendut tali kecapi, kenyang perot senang ati..

esoknya, mission g plaza GM.. tempat biasa la abang aku suka beli barang kat sini.. next entry la plak.





chinta datang opis baru

semalam gah sedap duduk-duduk atas tikar sejadah lepas solat, sekali ada owang ketuk pintu. suspen plak, pandang pintu takde sape.sekali tengok betoi-betoi rupanya si kenit ni yang ketuk pintu. patut la tak nampak.heheh.. chinta muka senyum sampai ke gusi nampak mama. masuk je bilik aku, amekkawww terus cam puting beliung kemas sana sini. haishh.. T________T

tapi feeling-feeling best bile tengok anak depan mata. apa lagi, bawak tawaf la satu opis. hehe. seb baik la papanya bawak mai opis dah kul 4. tak la lama dia mengemas kat opis. 

   
tangan tak dok diam abis , nak dok atas meja

dah besar anak mama nie.


**ala tomey-tomey**

Thursday, 5 January 2012

hari first keje di taun baru

dah masuk taun baru. baru sempat nak buat entri pasal taun baru. best sangat taun ni sebab dah pindah umah baru. so bermula la kehidupan baru ngan encik aboy n chinta. pagi-pagi anak beranak masuk satu keta, anto aku p keje then baru encik aboy anta chinta. amik moto dan dia plak g keje. hehe. pakej awal pagi anak beranak.

arini kuar umah lambat..so esok ingat tepat kul 7 dah kena kuar umah. hehe. cam first day nak masuk school plak. hehe. best plak, baru la rasa packing-packing barang anak untuk anta umah bs. pagi-pagi leh siap ngan lampu terpasang sebab leh siap kat bilik lain. dulu, kena siap dalam gelap sebab nanti si kecik yang sensitip cahaya tu confirm bangun.

pagi-pagi leh golek-golek lebih dulu kat sofa sebelum mandi, sebab baju dah siap gosok dan gantung untuk sepanjang ari bekerja, dan lagi best pagi-pagi ada owang anta g keje. yihiiiiiiieeepiiiii... part paling best, sebab semua bangun awal, aku dapat kemas katil,kemas umah dulu sebelum g keje #rajen tol bini en aboy# lantak la nak puji diri sendiri.hehehe

so, mood gah happy, cuma tak syiok otw jalan ke opis takde la kedai makcik nak jual nasi lemak ke, nasi kerabu ke. dulu leh gak singgah-menyinggah nak beli bekfes. hehe


mood: happy

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers