lamanya meninggalkan dunia blogging ni..chewahh! orang kata menulis biar kerana minat! bukan dah hilang minat...ikutkan banyak sangat rasa benda nak dicoretkan dalam ni.. sebab.. nak dijadikan tatapan buat anakanda Qaseh Chinta Aleesya dan Qaysar Harazz bila dah dewasa nanti... aku menulis bukan kerana namaaaaaaa.....*nyanyi skit*.. hahahhaa..... tapi entah laa... kenapa lama aku tak berblog ni... serius rindu!
pejam celik...sekejap sangat masa berlalu..chinta pun bulan november ni dah masuk 6 tahun..skrang K2 di krista BP...adik plak aku dah masukkan weekly playgroup di excel qalif...so tahun depan, chinta akan start sekolah rendah! diulang sekolah rendah okay!!! OMG! aku terasa semakin tua bila anak dah nak start sekolah ni...hahahahaa...
so..memang dari dulu aku plan nak masukkan dia ke SK Cyberjaya! sekolah ni kira 10 minit la dari rumah aku...lebih kurang jarak dari rumah ke krista... bukan takde sekolah yang dekat! tapi kami laki bini memang decide kalau boleh..kawan-kawan anak di sekolah biar lain..kawan-kawan area umah biar lain...kawan-kawan tadika biar lain... biar social networking dia lebih ramai!.. selain tu, SK Cyberjaya ni sekolah kluster kecemerlangan.. jadi itu yang membuatkan aku lebih teruja utk hantar anak ke situ! bukan maksud sekolah lain tak bagus... tapi kalau ada rezeki dia kat situ...why not!
bukan apa..setiap orang ada investment yang berbeza dalam hidup..setengah orang sanggup keluar duit banyak untuk bayar kereta bulan-bulan..janji gaya ada! setengah orang beli tanah sana sini... setengah orang beli emas berkoyan-koyan... tapi untuk aku.. investment terpenting aku adalah anak-anak! biar aku susah..janji aku cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak! ok tutup cheta yang tu!
untuk mendaftar darjah satu ni... bagi negeri selangor ada sistem yang kena akses. bukan takat ko g bawa surat beranak ke sekolah! nehi nehi nehi! *goyang jari telunjuk ke kiri ke kanan*
kena masuk sistem pendaftaran tahun satu dan selalunya sistem ni akan buka masa bulan mac rasanya.. aku pun lupa..sebab excited sangat masa chinta umur 5 tahun aku dah daftarkan pun.. kemudian dah siap daftar, kena bawa surat beranak dan beberapa dokumen lain ke pejabat sekolah. so masa ni pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk mengesahkan pendaftaran kita! tapi itu belum membuktikan kita akan dapat sekolah tu... selalunya keputusan kemasukan tahun satu akan keluar sekitar bulan julai atau ogos..aku pun dah lupa..
tapi untuk SK Cyberjaya... lain skit! kenapa?.. sekolah ni ada ujian saringan kemasukan! memang nerbes bak hang! sebab permohonan sangat tinggi berbanding penempatan yang mampu ditawarkan.. rasanya untuk batch chinta ni..permohonan hampir mencecah 388 kot..aku pun ingat2 lupa...dan kuota kemasukan hanya sekitar 288 orang...itu pun kena ingat , kuota budak pra sekolah sahaja dah dua kelas di mana pelajar tu automatik masuk tahun satu kat situ...phewww!
dunia tanpa cabaran tak best kan! so, chinta... kena belajar hidup ni satu persaingan.. belum tentu apa yang kita nak..kita akan dapat.. so around bulan 5 hari tu... dapat surat untuk ujian saringan kemasukan! jangan ditanya bentuk soalan..sebab memang kami tak tau! seriously! berdebar ok.. memang put aside harapan menggunung tinggi tu! kami memang pesan pada chinta..buat elok-elok! mama papa tak kisah dapat atau tidak! yang penting dia dah usaha!.. mujur mood dia okay! pheww...
berdebar ok..sebab mak jemah sorang ni...angin satu badan.. kalau mood tak okay! dia tak nak buat exam tu..haru plak! buat penat je datang kan..hahahhaa...
actually,tarikh exam dah lama pon.. dia buat exam untuk saringan kemasukan ni masa 28 mei 2016 hari tu..ada aku upload satu pic kat fb! tapi tak reveal la sekolah mana... hihihi... kekonon surprise!! ala...cam suprise egg kinder joy tu! ok..akak tau...Ai is POYO! mihahahhaha....
exam pagi..sampai sekolah je tengok dah ramai mak-pak dan budak-budak!.. check senarai nama anak kena tengok amik exam kelas mana! dia susun ikut abjab.. jadi sah-sah la cari je yang hujung2 list sebab nama anak start ngan huruf Q...
sekolah kebangsaan cyberjaya
ramai budak-budak! macam-macam kerenah..
budak-budak ni dikehendaki memakai t-shirt putih dan seluar track & berkasut putih
cuba cari mana satu chinta?..hahhahahaha
tu diaa!! bertocang dua! hehehe...
ambil gambar curi..memang aku bagi dia bawa botol air dengan stationary macam tu je!
takde beg-beg...simple je!
masa ni bebudak beratur ikut cikgu..nak pegi tempat exam..
mak-pak duduk tunggu untuk sesi taklimat bersama guru besar..
alahai chinta! comel sangat kamu! hahahhaa...
muak cuak ke muka malas nak layan aku amik pic dia! hahahah..
***********************
sementara tunggu kakak buat exam..
tengok perangai budak sorang ni!
grrrr...
memang muka mintak cium tu!
sementara tunggu dia amik exam, mak pak kena dengar taklimat guru besar... keputusan exam ni tau sekitar bulan julai...so masa tu memang abis exam terus balik laa... abis exam..tanya la mak jemah ni macam mana exam dia!
mama: chinta..macam mana tadi..boleh jawab tak?
chinta : senang je mama...
*aku tak puas hati lagi*
mama: soalan dia macam mana?
chinta: ada soalan 8-3...
mama: abis tu kakak jawab apa *nerbes dah masa ni*
chinta: kakak jawab la 11.. * konpiden level tinggi gila okay!*
mama: *terkebil-kebil je dengo jawapan anak*
hahahhahah...
****
keputusan....
tunggu next entry plak yer!
babai!!!!!!
No comments:
Post a Comment