taraaaa....arini rasa cam nak bersiaran lama skit kat blog ni! aku dah siapkan keje, rasa cam nak menulis mengasah skil kat sini plak! hahaha hak tuih! dah lama aku tak up entri pasal aktiviti main cikgu-cikgu aku kat umah dengan anak-anak! bukan tak buat aktiviti tapi dah lama tak up entri jer
skarang ni rata-rata mak-pak banyak yang terlalu risau anak umur 5 taun tak leh membaca..4 taun tak leh menulis..kalo boleh agaknya anak umur 4 taun tu dah baca novel shakespeare kot! hihi.. no offense! aku pun kadang-kadang macam tu gak....too academic kiasu kadang-kadang. mungkin faktor diri sendiri tak bape nak pandai dulu-dulu jadi cuba nak meletakkan harapan suci murni tu pada anak-anak..selain tu risau, takut anak kita tak leh perform masa sekolah rendah nanti!
okay! memang ikutkan sistem pendidikan kat malaysia ni lebih menekankan akademik. soalan-soalan feveret makcik-pakcik-toknek-jiransebelahumah-pakcikposmen setiap kali keluar result UPSR atau pun paling sengkek pun Ujian Bulanan.....
"Bape A dapat?..."
"Dapat no berapa?"
Kenapa BM pun tak leh dapat A
asik la huruf A je ditanya?.. kalo macam tu baik ajar anak huruf A je tak perlu sampai Z
hahahhaa. * ok tak kelakar!!
kalo dinilai tahap kepintaran, akademic hanya berskala 2 sahaja dari keseluruhan. tapi itu yang paling merungsingkan mak-pak kan! cuba kita ubah sikit mentaliti tu..iyer aku tau aku bukan pakar pendidikan awal kanak-kanak! tapi apa salahnya dengan usaha yang sedikit sekurang-kurangnya kita dapat wujudkan suasana harmoni kepada anak-anak nak membesar! yes..one fine day! doakan aku berjaya buka satu kindy dan jadi antara early childhood practitioner...
cuba pikir kita masa umur 4 taun? agaknye gak togok botol susu sambil layan kartun tomatoman! hahahaa... so the best is.. kita cuba wujudkan persekitaran pembelajaran sambil bermain. mesti seronok kan!!!
selalunya solution termudah adalah dengan membekalkan gajet pada anak-anak kita! aku pon tak terkecuali, buat benda yang sama! mula-mula dulu memang aku penah beriltizam untuk tidak membelikan anak ipad! hahaha... sekali bila ku lihat persekitaran dan cabaran anak membesar, rasanya perlu aku bagi sedikit ruang untuk anak-anak kenal apa itu ipad! hehe.. tapi still kami cuba untuk limitkan penggunaan dan masih apply cara lama untuk bonding dengan anak-anak.
selain tu, memang betoi skarang banyak tadika-tadika hebattt di luar sana! sediakan je ongkos, anak leh pandai macam-macam! tapi rasanya, tu bukan cara terbaik, seeloknya didikan biar dari rumah.
"pandai dia baca surah Al-Ikhlas, sape ajar adik baca ni?"
"Mama"
see?..sejuk tak hati..hehee... bukan kata kita yang kena ajar semua tapi sekurang-kurangnya taklah lepaskan sepenuhnya pada cikgu-cikgi tadika atau cikgu-cikgi skola! ok, tak nak bebel panjang bab-bab ni, tepuk dada tanya selera! lagipun mencurah-curah pahala kalo kita didik anak sendiri kan.. bukan sape-sape pongg anak sendiri gak yang dok teran kuar masa beranak tu!
kalau pernah baca blog ni dulu aku ada buat entri mengenai aktiviti 1# - paste & arrange . so ini entri kedua sambungan aktiviti yang boleh dibuat dengan anak-anak!
#2- Find & Sort
aktiviti ni mudah je, kebetulan kat rumah memang ada blok foam yang lembut ni. macam-macam bentuk, actually kalo gunakan lego pun boleh. yang penting benda tu berwarna dan mempunyai banyak bentuk. lepas tu sediakan bakul. bakul ijo dalam gambar tu bakul yang aku gunakan nak basuh sayur-sayur time masak.hahaha...
just be creative! ada beberapa aktiviti boleh buat hanya dengan peralatan/permainan sedia ada!
1) suwuh anak cari blok mengikut warna dan masukkan ke dalam bakul. Contoh dalam gambar, chinta tengah asingkan blok yang hanya berwarna merah. Boleh repeat aktiviti dengan warna oren, hijau, biru. Cuba terapkan sedikit kemahiran bahasa, dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
Chinta, could you put all red block into the basket?
Intonasi penting. Cuba kuatkan sedikit suara untuk warna yang perlu dicari!
3) selepas kenal warna, boleh apply untuk mengenal shape! kat sini aku akan minta chinta untuk cari shape seperti rectangle, square, triangle mengikut warna dan dimasukkan ke dalam bakul.
2) Lepas tu, boleh minta anak kira berapa jumlah blok yang terdapat dalam bakul?
3) Boleh asingkan beberapa blok warna merah dan beberapa blok warna lain untuk ajar perbezaan "banyak" dan "sedikit".
** kat sini dalam keadaan bermain - kita dah cuba terapkan kemahiran mengenal warna, bentuk, kiraan 1-20, dan logical thinking membezakan banyak dan sedikit**
******************
1) yang ni lebih kurang sama dengan aktiviti pertama. tapi aku gunakan model sayur-sayuran! Bakul berperanan sebagai adding machine. Aku akan sebut item yang aku nak sebagai contoh carrot and corn.. so chinta akan cari mana carrot & corn! kemudian bakul itu akan digunakan sebagai adding machine untuk dia paham konsep tambah berapa jumlah apabila carrot dan corn tersebut dimasukkan ke dalam bakul.
2) selain itu, model sayuran ni aku gunakan untuk mengenal warna, mengenal jenis buah dan mengajar konsep "sama banyak", "sedikit", "lebih banyak".
si kenit ni pon sama sibuk belajar masukkan barang dalam bakul
cuma pada harazz aku lebih kepada aktiviti mengikut arahan.
"harazz, pick up the red one"
"harazz, put into the basket"
tapi dak kecik ni lebih suka membaling dan sepah-sepahkan blok foam tu..hehehhee...
finally:
bila dah bersepah! apa lagi.....sama-sama la aku kena nyanyi ngan anak lagu..
"clean up..clean up..everybody lets clean up"
"clean up..clean up...put you things away"
next aktiviti..next entri plak k!
No comments:
Post a Comment