ni cerita dah separa basi. mood kelaut nak update blog! so hari ni gigihkan diri dengan suntikan vitamin rajin skit.hihi.. cerita last weekend, ikutkan plan nak pegi Bird's Park KL. tapi memikirkan kalo hujan kesian plak kat anak-anak. Last-last decide pergi tempat sejukkkkk! ok kalo sejuk jom pegi Genting. Since Genting tengah renovate outdoor games, jadi aktiviti terhad dalam indoor sahaja! pikir-pikir pun umur anak banyak mana sangat la games yang diorang boleh main kan! dan kebetulan nak bawak pegi tengok Ice Age Adventure.
bila pegi genting harus la angkut anak-anak naik kabel car! hehehe... seb baik tak ramai orang so anak sibok nak naik kabel car warna pink! adehh! takde istilah gayat budak dua ketul ni..heheh...mula-mula nampak gak la hutan banat pastu kabus makin tebal langsung tak nampak apa! dengar sayup jer bunyi monyet! hehehe...
Kalau nak tau further pasal Ice Age Adventure ni boleh la rujuk kat sini. Mungkin Ice Age Adventure ni salah satu tarikan untuk persediaan outdoor theme park baru yang dinamakan 20th Century Fox Theme Park.. rasanya bagus juga proses renovate ni..iyer la dari aku kecik sampai la besauuu dan beranak dua ni aku pegi Genting Outdoor theme park sama je laa..umah antu lanun pun bila masuk dah takat gelak-gelak jer! roller coaster dah berbelas kali naik kot!dinasorland tu rasanya cat pun dah pudar! so kita nantikan kemunculan thme park yang baru. sempat gak aku capture outdoor theme park yang dah jadi padang jarak padang tekukur tu..hihiihi..
tinggal kenangan je ..ehhehehe...nantikan kemunculan yang baru!
Ice Age Adventure ni start dari 1 September 2014 hingga 26 Oktober 2014.. harga tiket pun affordable laa..RM20 per head..kalo ada Genting Card dapat diskaun lagi.. apa ada dalam tu? kat dalam ni lebih kepada aktiviti anak-anak laa..
bermula dengan tayangan video..yang ni ada show time! so lepas tengok video boleh jawab soklan.. hahahhaa....akak jawab dua soklan dik! hihihi...hover! sebab orang lain senyap je! dah tu kami duduk bersila kat depan gara-gara bean bags dah takde! so dapat la hadiah note pad Ice Age Adventure..
so dah ada note pad tu, boleh la main cop-cop. sebab ada kaunter untuk cop-cop! lepas tu ada ruangan untuk bergambar. yang ni tertakluk la pada kreativiti masing-masing untuk bagi hasil gambar menarik kannnnn! seb baik la mood anak-anak ok! cuma si kecik harazz tu gigih berjalan sana sini. semputtttt akak!!!
ada games so kalo menang leh dapat hadiah bebear! yang ni aku tak bagi chinta main sebab cam susah je..ahhahaha...... so dia buat aktiviti mewarna..dia buat mask! so bagi can la dia kan suka benda-benda arts ni!
last sekali, boleh tukar tiket dan dapat button badge dan aiskrim KOOL..sedap aiskrim tu..since button badge abis stok makan eskem je la kami sambil tunggu chinta siapkan mask dia! so meh kita throwbackkkkk gambar-gambar di hari kejadian.....
so finally, kemunculan SID! yang ni dua-dua anak aku pentakut rupanya!!! aku yang over.. hahaha..sebab sid tu comellllll sangat okay! *tak kisah la kalo yang dalam tu tak comel*.. hahahha.. so ada aktiviti dance with Sid.. aku tak sempat nak capture video harazz.. dia ikut joget dalam takut-takut tu..ahahhahahah....so sape yang buat dapat la hadiah lagi..
kemain kakak posing sekali ko tengok yang kenit tu..
datang buat peace yoooo!
huhu...
pentakut tu kena dukung! paksa rela amik gambar!
Sid tu memang noty! lepas dah abis dia kacau orang kat dalam tu, dia kacau plak kat area bebudak tengah sibuk mewarna!
aku malas nak layan bila dia start main stroller harazz..
hahahhahaa....
kak yong bz dengan mask dia! gigih dia warna sampai la dah takde sapa duduk situ..slow and steady je dia siapkan keje dia.....
ikutkan korang leh duduk seharian kat Ice age Adventure sebab lepas tu akan ada show movie dan kemunculan watak-watak lain plak...tapi tak gigih la nak tunggu sebab nak masuk indoor theme park plak kan!
tak banyak la games sebab tengah renovate kan..indoor roller coaster pun dah takde, yang ada orang main parachute pun takde, eifel tower untuk mainan bebudak pun tak ada, motion games yang duduk gerak-gerak pun takde...apa lagi ek..hehhee...boat yang dalam air pun takde! so main je la apa yang ada kannn..hahahhaa...ada yang tak sempat capture gambar..hahahhaa....
chinta main train...
dah besar nak duduk sowang-sowang..
mama duduk belakang sekali...
(T_T)
so jom selpieeeee!!!!
dah puas rayau kat atas tu..... sebelum balik boleh plak singgah shopping kat poney. kebetulan ada happy hour sale 70% so tangkap la apa yang boleh untuk anak-anak..
hasil tangkapan kat poney..
yang buku tu la note pad dapat kat ice age...
sebelum balik tu sempat la singgah kat Cameron...opsss! hahhahaa..... Cameron okay..di ulang Cameron..tak percaya?...ni akak bagi gambauuuuu!
seeee! Cameron okay..hahhahaa... skarang dah ada Mini Cameron kat Genting. Boleh la singgah kalau nak beli sayor-mayor dan buah stoberiii!!!!!
bila belek-belek takde langsung gambo family! hahahha... adeh sila beli monopod kay! takde sape nak layan amik gambar kita ni....jadi la satu ni selpieee dalam keta otw nak ke Genting...
love!!
No comments:
Post a Comment