"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday, 16 October 2014

bersalin hospital kerajaan ke swasta?

woilaaa!

hari ni tajuk cam seriussss sajer! bukan apa tertiba rasa nak menulis pasal ni.walaupun pengalaman bersalin yang terakhir dah berlalu hampir setaun yang lepas kan! tapi rasanya mau je kongsikan sesuatu yang aku rasakan baik! tak salah kan..kalo benda betul sama-sama kita puji..kalo  tak betul leh jom umpat berjemaah! mihahahahhaha *libas-rambut*


selalu kita dengor orang kata servis kat hospital kerajaan ni lambat! nurse garang-garang! suami tak leh teman..macam-macam laaa! yelah ko dah sakit nak beranak kan, tetiba orang dok buat tambah naik angin kita memang amukan la jadinya! bila dah amukan, mood bercelaru, masing-masing pun mula saling maki-memaki! pheww!


kalau ikutkan, masa aku mengandungkan anak pertama, teringin hajat di hati nak bersalin di Hospital Swasta. Yelah, dengan cerita-cerita turun temurun sok sek sana sini, berkongsi pengalaman macam-macam yang aku dengor mengatakan sakit bersalin anak sulung ni lain! fuh!! tambah dengan aku sendiri agak paranoid dan penakut bila bab-bab bersalin ni! seyes dari dulu aku akan ngilu dengar bila orang cheta kena gunting la,,jahit laaa...ekk type pun aku dah rasa ngilu! jadi termakan sendiri dengan kata-kata ni mula-mula dok pikir nak simpan duit dan bersalin kat hospital swasta! tapi hasrat simpan macam tu je la sebab takde la betul-betul survey pun. just monthly check up memang aku buat di klinik panel tempat keje saje! aku memang buat monthly check up di Pusat Rawatan Mesra di Serdang ni... suka check-up dengan Dr. Rahaya!! sayang Dr. lebiuuu! sampai hujung-hujung nak bersalin siap bagi no hp if apa-apa just call dia terus...almaklum la aku ni cepat benor panik! hahahha...

Bila dah hujung-hujung nak bersalin.. baru pikir nak bersalin kat mana bila Doktor nak buat referal letter! tambah-tambah aku ada tanda-tanda nak bersalin awal dan saiz baby yang kecil berbanding usia dia dalam perot! so masa tu dok congak-congak mana ni! hihi..masa tu my mom cakap bersalin kat mana-mana pun sama je sakitnya.. baik simpan duit untuk kegunaan anak lepas bersalin.. woila!! orang cakap jangan derhaka dengan mak kan! hahahah.. so last-last dua-dua pengalaman bersalin di Hospital Serdang.. hospital kerajaan sajooo!


bagi aku, if ada duit sila la bersalin di Hospital Swasta. If di sana boleh request nak Doktor mana, yet Doc yang buat monthly check up tu la yang akan sambut baby kebiasaannya. So dia akan pantau progress dari awal sampai bersalin. Servis jangan cakap laa...harus la tip top! u pay them right! tapi ada gak pernah aku baca sesetengah orang tak suggest bersalin di Swasta sebab they want to charge more dengan mencari alasan supaya ibu-ibu bersalin secara ceaserian! ntah la.. bahagian masing-masing kot!alasan sebab takmo tunggu lama and the fastest way is tolak ibu-ibu itu ke operation theater sajo!room harus la macam hotel! selesa dan bilik tak akan penuh cam Hospital Kerajaan!ok full stop di situ, sebab aku pun tak penah bersalin swasta jadi tak leh nak komen lebih-lebih! mungkin tak semua tapi entah laaa! hihihi....

Kalo nak share pengalaman aku bersalin di Hospital Serdang, seriously aku bagi double thumbs up! Syukur alhamdulilah..memang tiap kali nak bersalin aku akan doa banyak-banyak agar nurse yang handle kes aku di LB orang yang baik, dia jahir ok, aku dipermudahkan waktu bersalin dan yang penting wad ada untuk check-in. Takmo la kalo dengar ayat-ayat wad penuh la dik! kena tunggu dulu..huhuhu..


Nasib aku sangat baik! kedua-dua anak memang takde masalah. cuma masa anak kedua houseman yang cucuk drip kat tangan aku agak gelabah sampai memancut-mancut darah dari tangan aku ke atas meja! aku mau amukan je masa tu..tapi pikir nak beranak kan..kena istifar banyak..sebelum aku sempat bebelan... staff nurse dah bebelan kat houseman tu..mihahahha..  ok nak cheta pengalaman dalam labour room..


masa bersalinkan chinta...tak lama dok labour room..masuk je LB..dlm 15 min dah bersalin.. so apaknya pun kejap je dok dalam tu...anak dah selamat kuar, nurse amik masa nak jahit... the best part, aku dapat nurse yang sangat baik! aku tak pasti apa istilah dia untuk bidan yang sambut baby dlm LB.. so aku guna panggilan nurse je la ek! hihi..nama dia Pn. Norma..see..aku ingat sampai skarang.. sambil dia jahit tu aku borak-borak ngan dia..hahaha..sampai dia kata "dik tak sakit ke"..mihahaha.. and lepas bersalin je nurse praktikal buatkan milo suam untuk aku minum..siap suapkan guna straw.. terima kasih ye dik! rasa tak mampu buat apa-apa masa tu..evertything nurse bantu...sehingga selesai. bila nurse norma tu selesai jahit...nurse praktikal sebab bagitau aku.. "akak, nasib baik dapat nurse tu dia jahit sangat kemas!!"..


dan rezeki lagi sekali... masa bersalinkan harazz, aku dapat nurse yang sama!!! masa tu laki aku pun ingat dia lagi siap cakap "saya rasa akak lah yang sambut anak sulung saya dulu"..aku siap cakap nama akan norma ke?..heheheh.. Ya Allah, sungguh tak sangka berjumpa lagi sekali. cuma kali ni dia yang pantau aku dalam LB yang sambut adalah nurse Komathy and nurse Leong.. see 1 Malaysia okay! the best part aku nak cheta layanan yang aku terima sangat baik! bersalinkan harazz buat aku duduk lama dalam LB..bayangkan masuk LB kul 10 malam..bersalin dekat jam 4 pagi..dalam tempoh aku sakit menahan contraction tu, nurse Norma bukakan surah yasin untuk aku... dan dia sendiri gosok dan urut belakang aku... dan dia ajar laki aku untuk buat benda yang sama.serius rasa sangat lega!!! (T___T).. sebab lama sangat bertapa dalam LB, laki aku stay kat situ sampai selesai aku dijahit.masa tengah jahit tu.. waktu aku dah buka 10cm, dari jauh aku dengar nurse Norma jerit alhamdulilah!! risau sangat dia sebab aku asik la buka 5cm and air ketuban dah lama pecah kan...

bila bab jahitan sangat teliti...lagipun anak kedua, aku tak kena episotonomi..so sikit je jahit! itu pun masa nurse KK datang check jahitan, dia sendiri tak perasan ada jahit!! siap ingat aku tak kena jahit! hahahhaa...

layanan kat wad smua ok..walaupun bersalin dua-dua anak dapat wad kelas dua dan kelas tiga, sebab wad kelas satu penuh..tapi tetap okay. masa chinta duduk wad kelas tiga (tapi bilik seorang).. masa harazz kelas dua (bilik berempat)... nurse kerap round.. masa bersalinkan chinta ada sorang doktor baru selalu pantau kat bilik... disebabkan Hosp Serdang merupakan Hospital mesra susu ibu, jadi baby akan diletakkan terus dengan mak-mak untuk bf.. even ada nurse yang akan bantu penyusuan susu ibu dan ajar cara yang betul..even, kalo ada case, kebiasaannya Hosp swasta tak akan amik dan tetap suruh refer ke Gov Hosp gak......memang la kalo nak kuar wad amik masa doc nak datang check.. tapi tu semua disebabkan doc ni ada banyak komitmen. bukan nak attend kita sowang je! ingat lagi masa nak bersalinkan chinta, kat waiting area tu.. doc pakar gah scan baby! tetiba dapat call kena panggil masuk OT. so dia kena la tinggalkan kita dulu untuk benda yang lebih penting kan! diorang ni manusia bukan robot! 

lagi satu..kalo nak bersalin hosp kerajaan, banyak dah yang mengamalkan hospital rakan suami! maksudnya suami kita boleh masuk untuk teman dan bagi semangat pada kita dalam LB. cuma kalo dah masuk LB tu jangan sibok-sibok masuk campur camne doc & nurse handle patient! mereka lebih arif dan Insha-Allah tau mana yang terbaik..... kalo tak, baik somi-somi bidankan sendiri je kan bini bersalin, toksah g hospital..hahahaha...
Apapun semuanya bergantung pada diri kita, bila kita paham orang..Inshaa Allah orang akan paham kita! jangan dibanding hosp kerajaan dan swasta! hosp kerajaan doktor yang ada itu la kena standby kat emergency, kang kena panggil kat OT, jap-jap nak kena round tengok patien balik.. sama la nurse-nurse pong!


Kalau ada duit takde masalah,,sila la ke Hosp Swasta! layanan memang terbaik seiring dengan RM yang keluar! hihihi...doc tak banyak patient nak pantau boleh la fokus, takde masalah.. jadi tepuk dada! tepuk poket laki masing-masing! aku tak bermaksud  untuk bias.. seperti aku cakap.. tak salah bersalin mana-mana! jangan sampai perlu meminjam along hanya semata nak bersalin kat hospital swasta dan memandang rendah kemampuan hospital kerajaan..no..no .no!! *goyang jari telunjuk kekiri-kekanan*.....


Bagi aku, segalanya terletak pada yang di atas! Mohon banyak-banyak moga Allah lembutkan hati orang yang merawat kita, dipermudahkan urusan dan diberi berurusan dengan Orang-orang yang baik-baik...


so, bersalin hospital kerajaan atau swasta? anda yang menentukannya........ peace yo!

2 comments:

  1. Well-written, mama chinta! Diharap blog ni mengubah persepsi di kalangan kt semua tentang perasaan was was bersalin di hospital kerajaan.

    Berdasarkan pengalaman setakat ni, 1st time sy pernah bersalin di hosp fully-govt (H. Ampang...) dan 2nd time di semi-govt (HUKM), sy sgt berpuas hati dgn service yg diberikan di kedua-dua tempat. Semasa pregnant kali pertama, sy ada terima byk 'cerita' yg negatif mengenai hospital kerajaan seperti nurse garang, wad sesak, strict visiting hours dan sebagainya. Fakta ataupun mitos?

    Sy pernah buat antenatal check-up di KKIA dan private, dan pernah juga menyimpan hasrat nak bersalin di private pada suatu ketika dahulu sehinggalah berlaku satu peristiwa di luar jangkaan.

    Apapun, hospital kerajaan adalah tempat yang terbaik untuk kes yang luar biasa, misalnya yang memerlukan rawatan khusus. And yes, hospital swasta memang ada refer kes-kes tertentu ke hospital kerajaan, .

    Alvin dilahirkan premature, pernah dimasukkan ke NICU Hospital Ampang selama lebih kurang 50 hari... doktor-doktor dan nurses telah memberikan perkhidmatan yang amat baik sehingga baby discaj dgn selamat, dan masih follow-up sehingga sekarang. Hospital Ampang ni antara yang baru, so bangunan dan fasilitinya tip-top. Kos untuk rawatan intensif bagi tempoh yg agak panjang ni dalam RM450, thanks to heavy subsidy (org kata RM1,000 sehari kalau di private, betul kot sebab nurse kat satu private hosp yg bgtau ni?).

    Apapun, terpulang kepada masing-masing untuk memilih tempat bersalin kerana sudah tentunya setiap tempat ada pros & cons-nya yang tersendiri. Good luck in choosing ya mommies.

    Tq... :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers