alahai..dulu selalu dok pikir kenapa la mak-mak suka benar la simpan pinggan-mangkuk dalam lemari.. belek katalog arcopal la..sampai sanggup main kutu nak beli set periuk pyrex bagai! hamek ko sekarang dah jadi mak-mak, ada rumah sendiri baru rasakan tau perasaan itu! hahaha.. dah tua plak rasanya bila seronok kalau dapat set pinggan mangkuk tambah-tambah jenama yang dok kira bajet nak beli takmo beli nak beli takmo beli..hihih..
mak-mak dulu-dulu asal dapat pinggan cantik dok simpan dalam lemari! pasaipa? tahap 'dewa' sesuatu koleksi pinggan tu kena 'sekufu' dengan tetamu yang mai rumah! hahaha.. so kalo yang vvip skit dalam umah, terus la pinggan mangkuk cantik menawan dok berhabuk dalam lemari tu memulakan khidmatnya! kalo tak, ko pakai je la pinggan sedia ada kat dapur tu..kalo pinggan melamine, melamine lerr! kot pinggan free beli ubat gigi colgate ke, hah pinggan tu je la ko hadap hari-hari time makan, toksah nak berangan try pinggan dalam lemari! mau kena seligi kepala tu! hihi
atau pun, kekadang pinggan dalam lemari tu kuar bila ada kenduri, atau pun time raya nak menayang atas meja!
so baru-baru ni aku balik ipoh! Opah g Perth baru-baru ni! aku pun takde la nak memesan apa pun. nak bagi dia berjalan n shopping untuk sendiri dah la kan! kot kalo nak belikan untuk cucu-cucu apa yang ada pun ok! sekali tup tup sangat tak sangka...opah belikan aku set pinggan makan corelle! hahahahhahaha.. harus la senyum sampai ke pipi! dah lama dok cuci mata tengok orang jual online.. tapi harga adeh ratus-ratusan tu!... actually kat oversea tak mahai pun satu set! kalo convert dalam RM satu set tu boleh dapat dalam RM60++ je..tengok pada set la kan! maybe perjalanan nak sampai malaysia tu yang jadi mahal!
ok tu cheta harga corelle! dah opah bagi satu set kira rezeki la kan! syukur! hihihi...so otomatik pinggan sedia ada masuk dalam lemari la yer! kita bagi laluan pada pinggan baru... hahahaha...
my first corelle set!
hahahahaaa...
*mak-mak sangat rasa*
***********************************
woha...
tu cerita pinggan-mangkuk..nak cheta progress projek mencantikkan rumah! disebabkan projek ni memerlukan duit, tu sebab asik pending je projeknya! hahaha.. so hari tu ada bajet skit dan ada promo wallpaper, kami pun decide la nak pasang wallpaper kat rumah,ikutkan hati nak pasang satu rumah, rumah pun tak besar mana kan! sepatutnya ikut tarikh pasang bulan 12..ko tau je la kan sebulan ada 4 kali je weekend! so, nak memenuhkan nafsu sndri kena amik giliran gak kan..yang free weekend hanya pada bulan 12..so kami pun ok je laaa! tup tup last week, husband dapat call kata nak pasang wallpaper kat rumah.. kebetulan aku pun dapat mc sebab tak sihat demam selsema! so suwuh je la dia mai datang!
aku sendiri pun dah lupa design apa yang dipilih! ikutkan kami takmo corak-corak bunga sebab nampak sarat. konsep rumah nak yang moden dan minimalist! umah pun kecik je..so biar simple tapi nampak elegent! so dah pasang tu rasa puas hati sgt!.. nampak cam senang je dia pasang... hihi tapi amik masa dekat 6 jam gak la baru settle semua! makin semangat nak kemas rumah sekarang ni! hahahah.. next year ada rezeki nak siapkan gak tiles kat porch n balkoni tu! sian anak-anak tak dapat nak kuar kat balkoni sebab aku rasa cam kotor lantai simen tu! dah ada tiles nanti leh la lepak-lepak ngopi kat balkoni *veranganssss* hehehe...
banyak lagi ikutkan wishlist nak buat kat rumah tu! tapi ongkos tak mengizinka, jadi buat la mana yang boleh dulu! kalo la ada pokok duit kat belakang umah, hari ni gak aku sanggup amik cuti g survey kedai untuk projek keceriaan rumah aku tu..hahaha.. *gediks*
wallpaper done! cuma nanti nak mintak org install wallpaper tu datang semula untuk adjust skit bahagian dinding kat tepi tangga rumah yang tak tampal gara-gara dia tak bawa tangga yang sesuai! tu pun atas ihsan installer tu..kalau ikutkan ada extra charge untuk tangga! hihi... nanti kena tunggu dia ada slot kosong untuk datang kejap adjust wallpaper tu!
pic ruang tamu sebelum!
ni proses-proses nak pasang wallpaper! mula-mula tu nampak berkedut gam
tak kering lagi..kena bersabar la untuk few days untuk lihat kesannya
selepas beberapa hari..
baru leh gantung pic kawen tu! hiihihi..
ruang tamu dan bilik amik design yang sama je!
serabut kalo macam-macam design ni!
yeah..lepas ni dah leh gantung vertical blind pada tingkap tu!
blind dah adooo..nak tunggu masa je nak gantung benda tu!
bilik chinta ada satu kami pasang wallpaper! corak floral warna hijau pucuk pisang n off white.. lupa plak nak capture pic..so sekarang konsep dinding bilik chinta tu dah jadi pink+ijau! dah hilang plan asal nak buat konsep purple+pink..hihi..so tunggu la chinta besau skit, dah separate room baru ingat nak buat waldrobe + kabinet untuk bilik tu..ada dah idea skit-skit tunggu je la masa yang sesuai!
bilik mainan masih kekal sedia ada.. pink+turkoiz..maybe harazz dah besar nanti bilik tu akan diubahsuai untuk jadikan bilik si bujang tu! just go with the flow kay! mana tau kot rezeki tup-tup pindah rumah lain plak kannnnn! hahahahhahahahaa.....
*kurang la skit senarai wishlist rumah*
**alhamdulilah**
No comments:
Post a Comment