itu lah nikmat keje kat universiti buah-buahan ni. memang banyak la tanaman yang aku nak explore kat sini. aritu pegi cari durian. arini misi nak kait rambutan dengan pulasan. geram je tengok merah-merah bergayut atas pokok buah-buah tu. kalo harap nak beli kat pasar malam..nasib je la. buat bazir duit je, isi tak seberapa. UPM punya confirm manis..terbaekkkkk ~ murah pun murah. rambutan takat RM 1 je sekilo, kalo pulasan plak RM 1.50 sekilo.. mana nak dapat. pasar borong pun lum tentu. cuma korang kena pegi kait sendrik la kan. kata nak murah, jadi kena usaha sikit la. lagipun aku rasa tak smua penah merasa kait rambutan ni. aku? dah puas masa kecik dulu dok panjat pokok, kait buah. tapi masa tu mak aku mesti ikat pisau kat buluh, yang kat UPM ni pengait canggih. kowang kait dan tarik talinya untuk potong buah-buah tu.
so bile dah sepakat bawak berkat ni memang rajin la nak pegi mengait buah. pagi-pagi dah pegi. bukan apa nanti panas berpeluh segala celah yang ada. ** tak tahan panas. lagipun nasib baik pegi awal, tak ramai la owang yang mengait dan buah masih banyak.tapi yang tak tahannyer, kali ni kami petik buah cara terhebat.. hilang keayuan dan lupa jap status sebagai mak budak nie.. :D
gigih berjalan menuju ke pokok-pokok |
merah tak buah rambutan tu |
hebat tak |
petik buah cara terkini. kuikuikui :D |
NOTA SIPUT: ni la nikmat bekerja di universiti buah-buahan. musim buah memang meriah ~
No comments:
Post a Comment