"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday, 22 November 2011

Cinta elyssa

Tengok tajuk jangan salah paham dan salah sangka plak yer.bukan nama chinta tu. kebetulan cam nak dekat-dekat namanyer kan. Tu tajuk drama kat tv 3 yang aku confirm layannnn tiap hari selasa kul 9 malam. Antara sebab tengok cheta ni sebabkan si botak la. Lekat nama ni pada dia. Hehe. Botak ni nama watak si johan asari ni dalam cheta juvana dan dalam cheta cinta elyssa nama dia aril. Walaupon aku tak minat sangat dengan fasha sandha, tapi lakonan dia memang terbaek la. Dalam apa drama pon. Kalo dah memang bagus, kontroversi camne pon tetap akan bagus lakonannya. **double thumbs up untuk fasha..weewittt

Lebih kurang sipnosis cheta tu mengenai aril - sepupu kepada elyssa yang dipaksa tinggal di rumah elyssa kerana dia anak yatim piatu. Di kampung dia dituduh samseng dan dituduh merogol anak orang. Sikap dia memang baran dan jenis hati kering, kalo bercakap tak jaga langsung hati orang. Tapi deep inside, dia baik. Cuma tak tau camne nak tunjukkan rasa sayang pada adik-adik sepupu. Mungkin kerana ego. Bapak elyssa orang kaya. Biasa la drama kan, harta juta-juta punya. Dah nama pon drama mesti kena ada watak orang jahat. Mama elyssa ada skandal dengan jasman - dia ni rupanya ketua sindiket dadah yang nak bolot harta je. Then, kantoi keskandalan mamanye, aril tau, elyssa tau..dan last-last bapaknye tau. Nak jadi lagi drama.. Bapak dia mati, kena langgar lari kemudian sempat plak ubah wasiat sebelum mati tu. So bermula la drama swasta bile mamanye dengan tanpa segan silu bawak skandal dok kat umah. Apa lagi anak-anak protes, dia halau aril, elyssa ikut, anak-anak lain kena masuk asrama.bla bla bla yada yadaaaa...

Last-last..aril kawen ngan elyssa..sebab dok serumah tak elok la kannnnnn...Kena tangkap ngan owang jahat, paksa lik umah mamanyer, baca wasiat..harta semua atas nama elyssa....ni part best, ye laa.. Ko dah curang ngan laki, takkan ada hati nak kauk harta sepencarian kan. Padan la ngan mukanyer bile sesen pon tak dapat. Hahaha.. masa ni bile tengok rasa cam puas ati.Biasa la watak jahat mesti dapat balasan kan. So next apa sambungan kena tunggu la next week. Camne elyssa nak buat pengumuman rasmi dia dah kawen ngan aril yang secara tak langsung pemegang hak bersama harta-harta elyssa...oh yerk, lupa nak cheta, masa ni elyssa kan dah dipaksa balik umah mama dia while aril still dok umah kampung tempat dia sembunyi ngan elyssa tu. actually masa ni dalam hati masing-masing dah ada rasa KADUYANG - kasih+rindu+sayang.. hehe tapi masing-masing malu-malu tapi mau. elssya ingat aril lupakan dia sebab aril penah halau elyssa suwuh balik umah mama dia dan aril ingat elyssa memang dah lupakan dia plak. haish. drama drama drama kena la melakolik skit kan. T_____T

Dalam hidup kita ni. Ada ups and downs. Kadang-kadang apa yang paparan dalam drama tak mustahil memang berlaku secara realiti. Biasa la kan. What goes round will come around. Cuma kadang-kadang kita selalu memikirkan kita yang paling susah, paling bermasalah, hidup tak macam orang lain.kadang-kadang kita lupa, Allah bagi nikmat dalam macam-macam cara. Kalo tak dalam bentuk kemewahan, di berikan dalam bentuk kasih sayang. Mungkin kita jauh lebih baik hidup dapat pasangan yang beriman dan bahagia selamanyaaaaaaa..... Kalo tak diberi nikmat rezeki dari segi kasih sayang, mungkin di beri dalam bentuk kerja yang baik, punya pendidikan tinggi. atau pun mungkin rezeki tu Allah sampaikan nanti pada anak-anak kita plak. Anak-anak berjaya cemerlang gemilang terbilang..

Sama cam cheta ni, aril tak diberikan nikmat kasih sayang keluarga, tapi merasa kasih sayang seorang pakcik dan last-last jadik orang kaya. Camtu la dengan life kita...

NOTASIPUT: pesan kat diri sendiri gak..jangan kufur nikmat..

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers