macam-macam paparan kegilaan penyokong indonesia, sampai sanggup membakar bendera malaysia. mencaci dan menghina pasukan malaysia. walhal, semua ni hanya la satu sukan. yang menjadi adat menang dan kalahnya. kalo menang kita berikan ucapan tahniah. kalau kalah usaha lagi. yang menang belum tentu terus menang. dan yang kalah tidak mustahil boleh menjadi juara.
semalam mama chinta yakin malaysia boleh menang. bukan apa, semangat harimau malaya ni memang kental. dan sekiranya semalam takdir tiada rezeki untuk malaysia. still bermaruah memandangkan pemain-pemain kita muda belia anak jati negara kita. tak perlu la nak import dari papua new guinea kaa, belanda kaa.. apa kelasss.... hehehe
tahniah kepada pasukan harimau muda..harimau malaya. wirakuuuu... tak gentarr.. ~ aummmmmm
RENUNGKAN...
Dalam kita tidak sedar:
kerana bola, satu keluarga berkumpul menonton bersama,
kerana bola kawan tak rapat menjadi mesra duduk semeja bersorak bersama,
kerana bola, berlainan pendapat dan fahaman politik menjadi teman,
kerana bola, cina india melayu iban dan lain-lain nya menjadi 1 malaysia
kerana bola, yang tua dan muda sama-sama menyaksikannya
dan kerana bola.. baru nampak satu semangat, satu matlamat, satu perjuangan, satu transformasi
semangat CINTAKAN MALAYSIA.
CHINTA says: ramailah yang pakat pakai jersey harimau malaya ni.. dan lagi ramai laa yang pakai nak taruk nama anak yang lahir sempena nama pemain bola ni semua.. hahahah
No comments:
Post a Comment