lama tak hupdate belog ni. rindu plak rasanya nak mengomel kat sini. cuti panjang tapi bz. musykil kan. cuti 4 hari campur sehari mc. ni gara-gara sesi jangkit menjangkit la ni. seb baik la virus yang dijangkit tak kuat mana. bukan apa. kalo kuat virusnye confirm lagi lama la jadi penghuni atas katil sambil dengar chinta dok bebel bebel tokoyo tokoyoooo..aku pun tak tau apa la dia dok cakap tokoyooo-tokoyoooo. tula dok kuar dari mulut dia.
chinta nak tumbuh gg, tapi dia melawan demam dia. so kesannye, punya la lama selsema. check doktor 2 kali. p kpmc ngan mesra. nak kena gak jmpe dr. fahmi baru dia nak ok. p la mesra jumaat malam tu. check2 doktor rupa-rupanya tekak dia merah. tulaa.. dok menjerit jer.. aku nak p dapur kejap je dah meraung cam kena cubit. kalo boleh nak je aku masukkan lik dalam peyot aku ni senang angkut ke hulu ke hilir. bukan apa, nak masuk setaun ni, makin menjadi-jadi manjanya...
so, dok umah berhari-hari ni..keje aku dari bibik dah naik pangkat jadi supervisor. dok mengawal chinta memanjat sana sini. aduyai, owang cakap anak makin lasak leh buat kita kuwusss.. aku tengok sama je. selera makan aku ngan chinta yang makin menjadi-jadi. hehe. seyes, chinta sangat suka makan. alhamdulilah, siang dari dia bangun tido..dia akan menyusu dalam 4oz jer.. sebab pagi dia makan 2 mangkuk bubur nasi. tengahri makan lagi.. mashed potato+beras merah plak.. malam makan lagi. aku suka suap dia makan bile dia nganga luas-luas.. cuma kena banyak bersabar sebab dia dah xmo duduk dalam bumbo seat dia dan makan setempat. dia akan merangkak satu living, panjat sana sini, berdiri kat lemari tv. masuk bawah meja. tapi last-last memang bertambah-tambah la makannye. alhamdulilah.. senang ati mama masak chinta makan. ** sambil celet tangan kita geng kannnn....
bulan november chinta dah hampir nak masuk setahun. thought of nak buat besday dia kecil-kecilan skit. ingatkan sempat la nak buat kat umah baru. buat kenduri doa selamat + besday dia skali. maybe tak smpat coz kunci masih tak dapat-dapat lagi. tapi takpe, back up plan ada. semua dalam perancangan, tengah nak reconfirm tarikh 26 atau 27 nov ni nak buat besday dia. simple-simple ajer..kena la dengan bajet saya..
ok. tu jer. bye...eh eh..apa kaitan tajuk entri ngan entri kan.. hehe.. sebenarnye tu bahasa jerman yang chinta dok cakap. terkoyooo koyooo...mamamamam...terkoyooo.. camtu la lebih kurang yang kuar dari mulut comel dia tu..kalo sempat aku rakam. bukan apa, chinta ni tau je kalo kita rakam mesti dia diam.. sibuk nak tengok handphone tu. oh yek, smlm dia dia pegi kedai ngan sekupu-sekupu dia, pastu pandai mintak nak beli roti. tp duit tak cukup plak. paham plak dia.malam tu ikut naik moto round-round depan umah, chinta dah pandai suwuh stop kat kedai nak beli roti. alahai, dah besar anak mama.. pandai dah nak pegi kedai. hehe so dinner makan roti separuh, ngan mashed potato+beras merah.. mana cukup ngan roti jer yer.. hehee
mama rindu anak mama...rindu terkoyooo koyoo mama nie..
No comments:
Post a Comment