"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday, 20 October 2011

SMaRt Tag dan REwardNyer

Dulu asal lalu jer kat tol, mesti tension sebab kena berbaris panjang macam budak-budak darjah satu beratur nak masuk kelas. Walhal, punya banyak la kotak-kotak pekerja tol keje untuk kutip duit tol dari pemandu-pemandu metropolitan ni. Padahal ada je kad touch n go elok je terselit kat celah pengadang panas atas kepala pemandu tu. - motif ada touch n go tapi tak digunakan: simpan buat pekasam kot..

So, asal lalu tol jem, asal jem lalu tol. Maka, dengan semangat satu Malaysia, aku pun beli la smart tag ni. Kuar la duit agong kaler ungu tu berkeping-keping untuk nak puaskan hati nak gunakan smart tag ni. Sebab tensen sampai umah lambat gara-gara nak beratur panjang semata-mata nak bagi tokey highway bertambah-tambah kayanya. Pastu belum campur stress nak kena standby duit kecik sebelum nak masuk barisan panjang tu. Kadang-kadang terpaksa korek duit syiling yang ada atau dalam tabung sebab bile pagi-pagi nak pegi keje je, duit yg ada dalam wallet duit agong kaler purple kebiruan je. Takkan nak bayar tol RM1.60 nak bagi duit agong kaler tu.Lain la kalo duit agong kaler merah masih lagi la kakak-kakak tol tu layan n sanggup tukarkan duit baki (penah terima duit baki 50sen berkeping-keping)- kalo bagi duit agong kaler purple, jenuh nak standby beg plastik camtu.


Dulu, asal nak berbaris kat tol je, nampak keta yang pakai smart tag ni kira hebat la tu. Muka nak hebat je bawak keta then lalu laju je kat palang smart tag tu. Penah gak la aku tengok yang eksyen kemain lalu kat smart tag tapi palang takmo naik sebab tak leh nak read card dia. hahahaha.. masa tu muka dah cuak, eksyen lebih, last-last aku tgk dia bagi signal dan masuk kat laluan berbayai tunai (ni cheta pasal diri aku kahhhh - oh tidakkk sama sekali), Aku kan muka suci murni, takde eksyen-eksyen ni. Tak elok ooo.. Allah tak sayang pada owang yang sombong dan bongkak.

So bile dah ada smart tag ni, satu tanggungjawab dan skop keje tambahan plak untuk encik aboy cupin - nasib la yerr... hehehe.. Jadi keje dia plak untuk top up kredit smart tag tu. Senang untuk aku, pemanduan menjadi lancar, keje tambahan plak untuk encik aboy. Tu semua termasuk dalam nafkah ke hah???.. hahaha
Tapi yang aku nak cheta kat sini bukanlah kesenangan menggunakan smart tag semata-mata, tapi reward yang diperoleh dari smart tag ni la buat aku jadi pengguna tegar smart tag. Dulu tak tau plak, kalo tau dari dulu aku dah pakai smart tag. Kenapa untung - sebab makin kerap kite top up n gunakan tol lagi banyak point yang kite dapat. Dari point tu kita boleh tebus untuk tukarkan jadi kredit. So, ganjaran duit la. Baru ni aku tebus point dapat kredit smart tag dalam RM 45.00. Banyak gak tu, Leh guna untuk 2 minggu perjalanan pegi dan balik keje.


Ni bukan la pic smart tag aku. Google kat tenet je nak tunjuk contoh smart tag. Jadi lepas ni pegi la ramai-ramai gunakan smart tag. Selain leh pendekkan barisan yang panjang di laluan tunai, boleh la digunakan gak di pasaraya bile nak bayar parking. Tapi kena hati-hati sebab benda ni memang bahan yang suka dicuri oleh pencuri-pencuri yang bangang yang tau menyusahkan hidup owang lain untuk kesenangan diri.

CHINTA says: Keta mama kaler kuning, jadi kena la masuk lane kaler kuning - smart tag. Be smart like mama-

NOTA SIPUT: Merah untuk berhenti, kuning bersedia untuk berhenti, tapi lane smart tag, be smart untuk berhenti kejap n lalu lajuuuuu... :)

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers