"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday, 3 October 2011

saya superMAMA..

tiring!exhausted!weary!fatigued! atau dalam bahasa melayunya LETIH dan PENAT.aiyak.. kalo nak bahasa yang serumpun.."GUE CAPEK". hihi.. itu pun kalo la anda,anda, dan bibik anda rajin menonton sinetron atau anda mmg ada pokok duit utk petik dan bayar kat astero bagi melanggan channel filem indonesia.confirm leh dapat A++ bagi subjek bahasa tersebut.kuang kuang kuang~

selalu aku tgk iklan SUPERMAK ni kat tv.tapi tak penah skali pun aku ada kesempatan nak nonton cheta ni. wah, takde masa tu. kelas gitew.bukan apa, time show cheta ni time tu la aku tgh gigih la nak cuci botol, masak air panas, gosok baju utk keje esok, kemas bilik, atau lipat baju atau basuh baju. n the most important that the only time to have a good quality period with my adorable darling. yeler, siang2 kite dah sibuk keje, takkan malam pun sibuk nak buat keje lain.haish..kalo la saya ada extra 8 jam sehari berbanding owang lain. atau ada mesin cahaya masa utk kembali ke masa sebelumnya siap2kan keje umah then ada masa yang panjangggg untuk berpoya-poya dengan chenta hati saya. at least berjoget2 ngan beliau sambil menyanyikan lagi K-pop terkini 'Twinkle twinkle little star" atau pun lagu paling hits kat carta2 lagu di stesen2 radio "Pok Amai-Amai"..mesti happening giler tahap cipan terkuek kuek..

tapi apakan daya..masa tetap 24jam sehari.rutin sama tiap2 ari.. dulu masa sy kecik2 mak saya sentiasa memastikan anak2 nya breakfast dlu sebelum g skola. bayangkan kul bape la mak sy bangun utk masak, then gi keje - mengajar di sekolah yang confirm2 masuk kul 7.30 paling lambat. haish.. tapi at least dapat gak saya mengikut jejak mak saya, even bukan la menyediakan nasi goreng paprik atau pun nasi lemak pagi2 buta. setiap pagi saya akan pastikan semangkuk bubur nasi/makanan bayi utk chenta hati saya. walaupun sy takde waktu siang, at least persediaan utk dia sy dah lengkapkan tiap2 hari. so rutin2 tiap hari harus la berperang di dapur menyediakan makanan istimewa utk chinta..

kalo weekend pun sama, slalu pagi2 lepas mandikan chinta/sebelum chinta bangun saya akan siap masak2 kat dapur, basuh botol, sterilize botol (tengkiu AVENT sterilizer - menyenangkan keje saya) , then mengemas dapur, kemudian bermula la keje2 yg tak akan abis sampai la ke malam waktu utk sy tido semula. bla bla bla bla..yadda yadda yaddaaa... basuh baju-jemur baju-kemas bilik-sapu sampai-basuh lantai porch-menyental baju chinta...dan dan dan seterusnya....

penat memang penat. tapi mengenangkan itu la perkara paling mudah utk kita dapat pahala dan keredhaan Allah, keikhlasan melakukannya amatlah perlu. itu la, tgk cheta SUPERMAK, mmg saya lagi hebat dari dia. yeler saya tak perlukan kuasa seperti itu ataupun kuasa boboiboy atau pun gopal.. saya jugak tak perlukan kuasa super hero yang lain spt kluangman, cicakman, apa2 sj la super hero yang ada kain panjang ikat kat leher dan bile berlari mengerbang kainnya di belakang.. kuasa yang ada, hanya lah keikhlasan. sekiranya dilakukan dgn ikhlas, insya-allah berjaya melaksanakan.. PENAT? sape cakap tak penat. memang penat, fullstop~ tak perlu saya nak berbasa basi.memang saya akui sgt penat. baru kite tau betapa penatnya mak kite membesarkan kita dulu. mak saya dulu pun bukannya ada bibik yang tolong dia uruskan keje umah. sama la seperti saya. i'm a WORKING mom with one dotter. itu baru satu anak, macam mana mak2 yang ada ramai anak. saya salute mereka~ insaf jap..

apa2 pun,saya bangga sbb Allah beri saya peluang merasai nikmat menjadi seorang mama. alhamdulilah.. penat sekalipun, saya bahagia dengan kehidupan ini.

CHINTA says: mama, u're great mom..

NOTA SIPUT: tu la pasal owang cakap syurga di bawah telapak kaki ibu, kerana dari rahim ibu la kite bermula, dengan tangan ibu la yg membesarkan dan mendidik kita tanpa jemu, seorang ibu yang menjaga makan,pakai, sakit kita.. dan dari seorang ibulah segalanya bermula.... :))

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers