"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday 24 October 2011

ChinTa dah 11 Bulan

Time flies. rasa cam baru semalam je check in spital serdang untuk lalui pengalaman di wad bersalin. rasa cam kucen malas..jalan dua tiga tapak dah stop cakap kat encik aboy untuk stop berehat. dok kat kerusi-kerusi yang ada kat shopping mall. tapi shopping tetap shopping. bak kata owang tua-tua makin nak dekat bersalin banyakkan berjalan, insya-Allah senang nak bersalin nanti. tapi bile aku google tenet, actually secara saintifiknyer,**pakai cermin mata tebal2 smbl wat muka pandai** makin banyak kite berjalan, ianya akan menjadi satu senaman untuk cepat membuka otot-otot pelvik yang mana membantu cepat kan bukaan untuk bersalin. dari 1cm ke 10cm. tapi memang betoi, alhamdulilah, masa aku nak bersalin dlu time doc check bukaan dalam kul 2.00 lebih camtu dah bukak 4cm, then petang tu dalam kul 6.00 dah buka 9cm. eh eh.mengimbas plak kenangan melahirkan chinta.

skang chinta pun dah 11 bulan. macam-macam ragam la sepanjang dah masuk 11 bulan ni. antaranya:

** time makan dah xmo duduk dalam bumbo seat dah.. style terkini dia akan duduk bersila depan aku, makan satu suap penuh satu mulut (eksyen makan nak banyak-banyak,x layan kalau ko suap dia kecik-kecik atau sikit-sikit punya), then dia akan merangkak, memanjat, tawaf satu living hall. memang kena banyak bersabar. kalo ko paksakan dia masuk dalam bumbo seat, dia akan berusaha untuk keluar/bangun dari kerusi tu. 2nd option ---> masukkan dalam walker tapi tak lama lepas tu dia melalak nak kuar. sebab apa jadi camni sebab dia tengok aku ngan encik aboy makan kan dok bersila je sebelah dia, so takkan la dia nak dok dalam kerusi dia. chaittt~ lepas abih tawaf datang semula pada kita untuk sambung suapan seterusnya..

**memanjat - port paling dia suka panjat kat besi-besi buaian kat umah tu. mentang-mentang ada dua buaian, dia akan panjat dari berdiri dan berpaut dari satu besi ke satu besi. port kedua lemari tv, aku pun konpius kenapa la suka sangat panjat lemari tv tu. aku risau je tv tu terhempap dia, tu la nanti dah pindah umah sendiri nanti tv tu aku nak lekatkan ajer pada dinding (ceh.. cam lekat tu pakai gam uhu je bunyiknyer). dan sebabkan dia suka sangat memanjat dan berdiri kat lemari tv sambil jari-jari comel dia mengerobek dekoder astro, dekat seminggu la astro problem. ingatkan remote rosak, siap g beli la remote baru sebab tak leh nak tekan-tekan tukar bahasa/ nak tekan info - masa tu dok fikir masak la papa nyer nak call asteruk nak repair dekoder beyond ni. mesti ntah hape la chinta buat sampai tak leh function, last-last papanya call la asteruk gak dan kakak customer service yang baik ati pun ajar la camner nak betoikan lik function tu. seb baik la kan...

** berdiri statik - huhu ni la part yang aku paling gerun bile anak nak belajar berjalan ni. berdiri statik sambil lepas tangan dan bertepuk tangan gumbira..lepas tu berdebob terduduk.seb baik la ada cushion cover montot tu selain fungsi cushion atau lebih mesra dipanggil pampers ni untuk menyerap air cing cing n poo poo dia.. berfungsi sebagai penebat kepada sakit akibat hentakan apabila terduduk.

** terjun bebas dari katil - yang ni dia boleh buat kat katil bilik kakak ipar aku je laa..kalo katil kat bilik aku dia test-test unjur kaki dia cam tak sampai, so dia tak berani la nak buat terjunan bebas dari katil ke bawah (walhal setakat ni dah 2 kali dia jatuh katil) dia akan panjat dan turun dari katil sesuka sukinya dia.. seperti dunia ana yang punyaaaa...

** buka pampers - ni la part paling mencabar bile nak pakaikan dia pampers. sebab tangan kita dok strap pampers untuk lekat, tangan halus dia dok korek-korek dan cabut strap tu. so skill kena pantas untuk pakaikan pampers, sapu lotion dan pakaikan seluar secepat yang boleh mengalahkan keta F1 tukar tayar kat pit stop atau skill licik untuk lekakan dia dengan benda-benda yang dia boleh pegang dan gerobek-gerobek. tapi mainan memang tak jalan kena bagi benda-benda yang ikut kenan di hati dia masa tu.

** mata dan tangan yang sangat cekap - kat sini kecekapan dia terbukti yang dia boleh amik/kutip benda-benda merepek atas lantai. walau sekecik benda. contoh cam semut. kalo tengok dia leka je pandang lantai dan tangan dan jari dalam posisi cuba mengutip sesuatu, maknanya ada la tu benda yang menarik perhatian dia. kadang-kadang depan mata kita pun dapat je dia kutip benda yang kita tak sempat nak halang - so terpaksa la korek dari mulut comel dia tue....haishhh....kalah vacum cleaner..

** dah pandai shopping - haishh.. skill ni aku tak tau la dia cedok dari mana. kalo p pasaraya dan dia nampak benda yang berkaitan dengan dia, contoh pampers PETPET atau susu S26.. confirm dia akan menjerit-jerit/merengek-rengek nak amik benda tu. dia tau itu barang dia.cuba la kowang bawak dia pegi department baby dia tau nak kena beli baby wipes, bedak bayi atau etc etc. kalo masuk department lain, dia takkan dok senang dalam troli kalo kowang tak 'rasuahkan' dia dengan bagi dia makan roti atau pegang sesuatu kat tangan dia. sebab dia berusaha untuk nak capai barang-barang yang ada kat kaunter tu.

banyak la nak share dan cheta.tunggu la next entri plak.kang jadi hikayat seribu satu malam plak. so apa kata dah banyak sangat mata tengok huruf-huruf, meh cuci mata tengok a few pic chinta bile menjelang umur 11 bulan. :)


          chinta's first bicycle.. aktiviti petang-petang tunggu mama lik keje


         chinta with laptop klasik mama... tapi bile iklan kat tv terus toleh


                 chinta wat muka seposen dok dalam stroller


                            chinta layan qaireen di hari raya..

ada lagi pic lain, malas nak hupload.. kalo sampai mood rajin nanti aku kasik tengok pic-pic lain yer. ala chinta bukannya celebriti yang nak ditangkap pic 24/7 setakat sikit-sikit koleksi tu ada ler...

                 -----------------------------tamat----------------- eh.. takkan camtu jer??..


                                                        


NOTA SIPUT: chinta lah cinta hati saya, pengubat kesedihan saya, peneman setia saya.. Alhamdulilah syukur di atas kurniaan ini.

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers