"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday, 31 October 2011

menu bubur nasi kurma

ehem.. menu makanan lagi.hambek kau. musim makan agaknya. ni entry untuk solid food for baby lagi. menu ni sesuai untuk yang ada gigi-gigi halus atau pun gusi dah kuat nak kunyah.basically menu ni sesuailah untuk baby 9mons and above. let's cekidaut camne nak buat...

actually, tujuan buat entri ni nak kongsi ngan mama-mama yang bukan susah buat makanan baby ni. bukan alasan untuk memalaskan diri, kalau perot kita leh isi ngan makanan berkhasiat dan best-best, takkan untuk buah hati sendirik tak boleh buat.. chewah..sesi kaunseling plak..gediks tol-

bahan-bahan

beras perang dua sudu makan
carrot
kentang
kurma 2 biji dibuang kulit
sosej ayam

cara-cara buat sesenang master chef nak masak..

1) bahan-bahan carrot, kentang, kurma dan sosej disteam..

2) masukkan air, beras perang, dah agak masak, masukkan bahan-bahan yang dah steam tadi dalam periuk

3) gaul-gaul sesedap rasa hati... tadaaaaaa dah siap.. senang kan. kalau baby suka makanan yang dah blend, sila blend tanpa rasa malas yer...


nampak tak yummy...yummy...

muka bangun tido.. dan terus mama ajak makan..  muka nantok sambil tengok disney junior




sudah cergas sikit.. mula bersimpuh makan..

kusyuk tengok tv..mulut kumat kamit makan


tada...akhirnya.....alhamdulilah....

Friday, 28 October 2011

macaroni baby

tiba-tiba rasa nak buat entri pasal menu western pasta yang aku buatkan untuk chinta. bukan apa at least ada tempat simpan menu-menu aku ni.mana tau kot-kot nanti ada anak yang kedua-ketiga-keempat-ke.. eh.. berhajat banyak nampak.lalalala..senang nak rujuk semula.. :)

bahan-bahannya tak susah..

macaroni (kalo jumpa baby pasta lagi comel)
bilis 
celery - masa kecik-kecik dlu aku panggil sayur salary - gaji..hahaha
tomato cherry
kentang (kalo boleh cari yang kulit merah, manis je rasanya)
carrot
cauliflower/brokoli (ikut suka ati nak sayur apa)
bawang besau skit je

cara-caranya..semudah 1-2-3..

1) mesti la  cari periuk dulu, dah tu takkan tak reti-reti nak letak atas dapur.. nyalakan api.. lalalalala.. kalo  periuk basah, bagi kering dulu ngan api yang besauuuu...dah tu kecikkan la balik..buat bazir gas..hehehe..

2)rebus macaroni dulu...sementara tu, segala ingredient yang dibold kan itu, di steam kan terlebih dahulu. senang guna avent steamer, dalam 10 min dah lembut.. ikut je sukatan air.

3)then macaroni ditoskan dan diasing... kemudian amik periuk,  masukkan minyak (sebaiknya olive oil) dalam periuk, kalo takde pun tak per..minyak biasa dengan kuantiti yang sedikit sahaja. tumiskan bawang ala-ala kadar...masukkan air dan  kemudian masukkan bahan-bahan yang dah di steam tadi ke dalam periuk... kacau-kacau sikit cam tukang masak profesional.. hehehe,kemudian masukkan la macaroni tadi... tadaaaa.. dah siap hidangan untuk si manja anda.. nyum nyum..

** kalo perlu blend semua bahan-bahan ni..esp for baby yang 8-9mons, kalo my dotter skang 11 mons dah tak suka blend-blend ni.. masa blend tolong korek bawang dan buang keluar, kang diblender skali lain rasanya nanti.. hihi..selamat mencuba ~

CHINTA says: yummy, one of my feveret meal.. nanti mama upload pic yer...

NOTA SIPUT: senang je masak baby food ni..potong-potong, steam..campak dalam periuk, blend.. hihi.. sesenang.. nak isi myk..angkat, tolak nozzle, masuk dalam tangki dan picit.. hehehe...

Tuesday, 25 October 2011

hobi baru mama

ehem ehem.. tajuk cam galak je. hehe.. hobi atau dalam ayat panjangnye aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. (ok..Bahasa Melayu confirm A)  so nama pun buat time waktu lapang, tu pasal la di panggil hobi bukannye pekerjaan atau pun mengasah bakat. **apa aku merepek ni.

so, bagi tidak membazirkan duit agong kaler purple dok bayar asteruk ni, so baik la aku pergunakan sampai lebam perkhidmatan berbayar ni. apa kaitan asteruk-hobi-hobi-asterukkk..lalalalalalala.. so maknanya nak bagitau hobi aku terkini dan tercanggih sekarang ni nonton tv..hahaha..hebat tak hobi baru aku ni. bukan calang-calang owang boleh buat, sebabnye perlukan skill yang hebat. skill apa yang aku maksudkan??.. skill untuk buat-buat tak dengar kalo tiba-tiba ada suara halus sayup-sayup mintak buat air kopi.. hahaha. atau pun skill lari pecut untuk cepat-cepat basuh berak anak kat bilik air pastu continue ngan hobi ni..lom lagi skill sambil masak.. potong-potong sayur time iklan dan stop untuk sambung semula hobi ni kat ruang tamu tu. phewww.. hebat tak hebat skill tu semua..lalalalalalala (rasa nak lempang diri kuat-kuat)

tapi bukan semua cheta aku bantai tengok, just tengok safiya petang-petang isn-jumaat, chinta elyssa setiap selasa malam dan terbaru.. The Walking Dead. hahahaha.. kalo tengok cheta cam ntah hape-hape. taksub sangat omputeh ni wat cheta zombie-zombie nie. kadang nyampah je. dah la tu, selalunya zombie kan jalan terkedek-kedek, dalam cheta ni boleh plak zombie jalan laju. tak aci la macam tu. mana sempat owang yang hidup tu nak lari. dah la tu, camana siang-siang leh ada zombie?? bukan ke zombie takut ngan cahaya matahari.. tapi sebabkan yang buat cheta ni omputeh, jadi tak de la aku dengar komen-komen cam mana owang malaysia dok kutuk cheta zombie kampung pisang.. hahahahahaha

sempena hallowen kot, banyak sangat cheta-cheta antu kat movie channel asteruk tu. so aku layankan jer. bukan selalu aku nak ngadap asteruk ni. tapi at least, ada gak hobi nak buat kan.. ko adooo??.. hahahaha.. bongok-bongok pun hobi aku ni kira layan gak laaaa...

kalo ingat kecik-kecik dulu, asal kawan bagi buat buku biodata tang hobi nak hebat. aku ingat lagi dulu zaman jahiliyah aku dulu..siap taruk hobi: menunggang kuda.. lalalalala..hambek ko..ntah celah mana kuda yang aku tunggang padahal ada la naik kuda bayo bape hengget kat funfair terus declare hobi. kah kah kah.. kalo chinta baca entri aku ni mau gelak guling-guling dari dapur ke ruang tamu gelakkan kepoyoan mamanye time kecik-kecik dulu. selain tu, hobi: berenang. ni pun satu lagi, ntah celah mana la aku nak berenang. penah aku masuk kolah besar kat umah opah aku..lepas tu piapp..hambekkkk ko.... belum campur syarahan percuma opah aku dulu..dan ayat paling ingat sampai sekarang.. otak tu otak udang ke yang pegi mandi kolah.. hahahaha

hobi lain yang aku rasa releven sikit bile aku tulis dalam buku biodata ialah membaca, melukis, bermain badminton, main chess, main komputer, dengar walkman (zaman tu ada walkman kira hebat abisss laaa).. bile dah akal baligh skit, suka wat merepek je kalo owang tanya hobi..aku mesti jawab TLDM.. atau pun kalo owang tanya keje apa skang.. TLDM.. chewahh.. nak nampak hebat..padahal Tido, Lepak, Dan Makan.. hahahahahahahahahahahahaha.....

tapi bile dah masuk U, hobi selalunya tenet laa.. tu yang paling selalu buat time free-free. kalo tak free pun gagah pegi Cyber Cafe.. time tu mana la nak ada facebook, twitter etc etc.. zaman tu fofularrr dengan friendster, myspace.. dan chatting dah hebat skit kot guna YM selain MIRC.. hehehe dah kawen, hobi mengulit dengan anak.. tengok tv selain menghabiskan duit suami naik haji kat sunway pyramid kaa, IoI kaa.. pasai apa panggil naik haji..sebab tawaf selagi tak 7 round aku rasa tak sah..sanggup p masuk kedai sama la dua tiga kali sampai la pueh hati.

CHINTA says: hahahaha, kelako hobi mama.. kenapa tak tulis hobi mengarang pantun ker, main galah panjang ker, hahaha

NOTA SIPUT: sengal tahap ubi hobi menunggang kuda..takat kuda masuk syiling kat supermarket tu boleh laa...

Monday, 24 October 2011

checklist keperluan umah baru

kalau namanya beli rumah, kena la pikir nak beli perabot umahnya sekali. cam biasa la bersidang la kami laki bini tentang konsep yang nak nak, warna dinding kaler apa, perabot nak macam mana. tapi kena pikirkan jugak kos benda-benda tu smua,nanti ada yang makan megi sampai kembong perot. so kalau bajet kecik, perabot pun kena la ikut kemampuan. bincang punya bincang, sabtu lepas ada la pegi satu kedai perabot di puchong. cam kebetulan plak, survey untuk kabinet pun kedai kat puchong, ni pun kat puchong gak. pegi nak cari kedai lain sekali tengok ada kedai perabot ni buat opening sale. kira baru buka outlet kat situ dan kalau ikut cakap penjaga kedai, perabot diorang ada kedai sendrik.tak tau la betoi ke tak sebab aku takde la sampai tahap nak pegi siasat kilang depa tu kat mana. so, ada la berkenan kat sofa kat situ - yang penting konsep moden sebab aku nak rumah yang concept studio/apartment memandangkan umah aku pun comel je townvilla/townhouse - so sesuai la dengan gelaran umah tikus yang kami panggil. kena la cari perabot pun yang comel-comel berskala kecil-kecilan je.

dah berkenan di hati sepasang laki bini, maka kami pun confirm la beli sofa, rak kasut ngan meja makan. actually benda-benda kalau ikutkan takde dalam priority list pun. ikutkan nak bentang tikar bagi owang yang datang bersila je. tapi sebab harga yang berpatutan dengan kemampuan kami, maka kami pun beli la. bayar la deposit berkeping-keping duit agong kaler purple tu, dan balance bile depa mai hantar perabot ke rumah tu nanti.masalahnye kunci umah tak dapat lagi - tapi dah siap beli perabot.. hehehe.. bukan apa takut duit yang ada terpakai plak ke arah benda-benda yang tak sepatutnya..

then, ahad pegi ikea plak. nak cari almari baju+lampu+drawer untuk bilik chinta. then, beli la barang-barang dapur yang comel-comel yang mana berkenan di hati termasuk side table dan highchair untuk chinta. sekali, bile dah sampai kat rak-rak perabot tu, almari baju ngan drawer chinta temporary out of stock. lampu yang berkenan pun tak ada plak. aduyai.. tensen je rasa. bile nak beli tak ada.time tak nak beli berlambak aku tengok.mungkin masa yang tak bersesuaian kot time p ikea tu.dah la owang punya la ramai, cam perarakan pesta apa ntah kat situ. owang cuci-cuci mata je kot p ikea tue. nak beli karipap pun punya la panjang barisan.. tak sanggupppp daku!!

so.. a few things for rumahku syurgaku dah siap beli sikit-sikit as below:

  • sofa 
  • meja makan
  • side table
  • almari kasut
  • highchair chinta

benda-benda yang memang dah ada tinggal nak angkut masuk umah baru:

  • tv 52' terbaek punya
  • rak tv
  • katil + tilam
  • kapet
  • lemari sikat
  • cat kaler pink
  • barang-barang letrik - sesetengah tu hadiah kawen.. terima kasih yer yang sudi bagi kami hadiah.. :))
tinggal nak beli dan settlekan:

  • peti ais
  • mesin basuh
  • ampaian kain
  • set home theater - perlukahhh??..hahahaha
  • lampu + kipas + wiring
  • kitchen kabinet
  • waldrobe
  • kabinet untuk living hall
  • grill
  • awning
  • langsir sliding door ke balcony

kot ada senarai lain yang aku tak ingat time ni. aduyai, banyak lagi benda nak kena pikir ni. ada ke bantuan-bantuan kewangan nak hulurkan pada kami laki bini..hihi amatlah dialu-alukan. banyak benda nak pikir, sebabkan tu la bajet untuk kasut, handbag, baju chinta, suka-suka hiburan semata perlu di catu bagi melengkapkan kehendak yang lagi satu ni.kehendak untuk melengkapkan rumah baru. Doakan lah agar rezeki kami lebih luas dan dipermudahkan untuk mencapai apa yang diperlukan.

ChinTa dah 11 Bulan

Time flies. rasa cam baru semalam je check in spital serdang untuk lalui pengalaman di wad bersalin. rasa cam kucen malas..jalan dua tiga tapak dah stop cakap kat encik aboy untuk stop berehat. dok kat kerusi-kerusi yang ada kat shopping mall. tapi shopping tetap shopping. bak kata owang tua-tua makin nak dekat bersalin banyakkan berjalan, insya-Allah senang nak bersalin nanti. tapi bile aku google tenet, actually secara saintifiknyer,**pakai cermin mata tebal2 smbl wat muka pandai** makin banyak kite berjalan, ianya akan menjadi satu senaman untuk cepat membuka otot-otot pelvik yang mana membantu cepat kan bukaan untuk bersalin. dari 1cm ke 10cm. tapi memang betoi, alhamdulilah, masa aku nak bersalin dlu time doc check bukaan dalam kul 2.00 lebih camtu dah bukak 4cm, then petang tu dalam kul 6.00 dah buka 9cm. eh eh.mengimbas plak kenangan melahirkan chinta.

skang chinta pun dah 11 bulan. macam-macam ragam la sepanjang dah masuk 11 bulan ni. antaranya:

** time makan dah xmo duduk dalam bumbo seat dah.. style terkini dia akan duduk bersila depan aku, makan satu suap penuh satu mulut (eksyen makan nak banyak-banyak,x layan kalau ko suap dia kecik-kecik atau sikit-sikit punya), then dia akan merangkak, memanjat, tawaf satu living hall. memang kena banyak bersabar. kalo ko paksakan dia masuk dalam bumbo seat, dia akan berusaha untuk keluar/bangun dari kerusi tu. 2nd option ---> masukkan dalam walker tapi tak lama lepas tu dia melalak nak kuar. sebab apa jadi camni sebab dia tengok aku ngan encik aboy makan kan dok bersila je sebelah dia, so takkan la dia nak dok dalam kerusi dia. chaittt~ lepas abih tawaf datang semula pada kita untuk sambung suapan seterusnya..

**memanjat - port paling dia suka panjat kat besi-besi buaian kat umah tu. mentang-mentang ada dua buaian, dia akan panjat dari berdiri dan berpaut dari satu besi ke satu besi. port kedua lemari tv, aku pun konpius kenapa la suka sangat panjat lemari tv tu. aku risau je tv tu terhempap dia, tu la nanti dah pindah umah sendiri nanti tv tu aku nak lekatkan ajer pada dinding (ceh.. cam lekat tu pakai gam uhu je bunyiknyer). dan sebabkan dia suka sangat memanjat dan berdiri kat lemari tv sambil jari-jari comel dia mengerobek dekoder astro, dekat seminggu la astro problem. ingatkan remote rosak, siap g beli la remote baru sebab tak leh nak tekan-tekan tukar bahasa/ nak tekan info - masa tu dok fikir masak la papa nyer nak call asteruk nak repair dekoder beyond ni. mesti ntah hape la chinta buat sampai tak leh function, last-last papanya call la asteruk gak dan kakak customer service yang baik ati pun ajar la camner nak betoikan lik function tu. seb baik la kan...

** berdiri statik - huhu ni la part yang aku paling gerun bile anak nak belajar berjalan ni. berdiri statik sambil lepas tangan dan bertepuk tangan gumbira..lepas tu berdebob terduduk.seb baik la ada cushion cover montot tu selain fungsi cushion atau lebih mesra dipanggil pampers ni untuk menyerap air cing cing n poo poo dia.. berfungsi sebagai penebat kepada sakit akibat hentakan apabila terduduk.

** terjun bebas dari katil - yang ni dia boleh buat kat katil bilik kakak ipar aku je laa..kalo katil kat bilik aku dia test-test unjur kaki dia cam tak sampai, so dia tak berani la nak buat terjunan bebas dari katil ke bawah (walhal setakat ni dah 2 kali dia jatuh katil) dia akan panjat dan turun dari katil sesuka sukinya dia.. seperti dunia ana yang punyaaaa...

** buka pampers - ni la part paling mencabar bile nak pakaikan dia pampers. sebab tangan kita dok strap pampers untuk lekat, tangan halus dia dok korek-korek dan cabut strap tu. so skill kena pantas untuk pakaikan pampers, sapu lotion dan pakaikan seluar secepat yang boleh mengalahkan keta F1 tukar tayar kat pit stop atau skill licik untuk lekakan dia dengan benda-benda yang dia boleh pegang dan gerobek-gerobek. tapi mainan memang tak jalan kena bagi benda-benda yang ikut kenan di hati dia masa tu.

** mata dan tangan yang sangat cekap - kat sini kecekapan dia terbukti yang dia boleh amik/kutip benda-benda merepek atas lantai. walau sekecik benda. contoh cam semut. kalo tengok dia leka je pandang lantai dan tangan dan jari dalam posisi cuba mengutip sesuatu, maknanya ada la tu benda yang menarik perhatian dia. kadang-kadang depan mata kita pun dapat je dia kutip benda yang kita tak sempat nak halang - so terpaksa la korek dari mulut comel dia tue....haishhh....kalah vacum cleaner..

** dah pandai shopping - haishh.. skill ni aku tak tau la dia cedok dari mana. kalo p pasaraya dan dia nampak benda yang berkaitan dengan dia, contoh pampers PETPET atau susu S26.. confirm dia akan menjerit-jerit/merengek-rengek nak amik benda tu. dia tau itu barang dia.cuba la kowang bawak dia pegi department baby dia tau nak kena beli baby wipes, bedak bayi atau etc etc. kalo masuk department lain, dia takkan dok senang dalam troli kalo kowang tak 'rasuahkan' dia dengan bagi dia makan roti atau pegang sesuatu kat tangan dia. sebab dia berusaha untuk nak capai barang-barang yang ada kat kaunter tu.

banyak la nak share dan cheta.tunggu la next entri plak.kang jadi hikayat seribu satu malam plak. so apa kata dah banyak sangat mata tengok huruf-huruf, meh cuci mata tengok a few pic chinta bile menjelang umur 11 bulan. :)


          chinta's first bicycle.. aktiviti petang-petang tunggu mama lik keje


         chinta with laptop klasik mama... tapi bile iklan kat tv terus toleh


                 chinta wat muka seposen dok dalam stroller


                            chinta layan qaireen di hari raya..

ada lagi pic lain, malas nak hupload.. kalo sampai mood rajin nanti aku kasik tengok pic-pic lain yer. ala chinta bukannya celebriti yang nak ditangkap pic 24/7 setakat sikit-sikit koleksi tu ada ler...

                 -----------------------------tamat----------------- eh.. takkan camtu jer??..


                                                        


NOTA SIPUT: chinta lah cinta hati saya, pengubat kesedihan saya, peneman setia saya.. Alhamdulilah syukur di atas kurniaan ini.

Thursday, 20 October 2011

SMaRt Tag dan REwardNyer

Dulu asal lalu jer kat tol, mesti tension sebab kena berbaris panjang macam budak-budak darjah satu beratur nak masuk kelas. Walhal, punya banyak la kotak-kotak pekerja tol keje untuk kutip duit tol dari pemandu-pemandu metropolitan ni. Padahal ada je kad touch n go elok je terselit kat celah pengadang panas atas kepala pemandu tu. - motif ada touch n go tapi tak digunakan: simpan buat pekasam kot..

So, asal lalu tol jem, asal jem lalu tol. Maka, dengan semangat satu Malaysia, aku pun beli la smart tag ni. Kuar la duit agong kaler ungu tu berkeping-keping untuk nak puaskan hati nak gunakan smart tag ni. Sebab tensen sampai umah lambat gara-gara nak beratur panjang semata-mata nak bagi tokey highway bertambah-tambah kayanya. Pastu belum campur stress nak kena standby duit kecik sebelum nak masuk barisan panjang tu. Kadang-kadang terpaksa korek duit syiling yang ada atau dalam tabung sebab bile pagi-pagi nak pegi keje je, duit yg ada dalam wallet duit agong kaler purple kebiruan je. Takkan nak bayar tol RM1.60 nak bagi duit agong kaler tu.Lain la kalo duit agong kaler merah masih lagi la kakak-kakak tol tu layan n sanggup tukarkan duit baki (penah terima duit baki 50sen berkeping-keping)- kalo bagi duit agong kaler purple, jenuh nak standby beg plastik camtu.


Dulu, asal nak berbaris kat tol je, nampak keta yang pakai smart tag ni kira hebat la tu. Muka nak hebat je bawak keta then lalu laju je kat palang smart tag tu. Penah gak la aku tengok yang eksyen kemain lalu kat smart tag tapi palang takmo naik sebab tak leh nak read card dia. hahahaha.. masa tu muka dah cuak, eksyen lebih, last-last aku tgk dia bagi signal dan masuk kat laluan berbayai tunai (ni cheta pasal diri aku kahhhh - oh tidakkk sama sekali), Aku kan muka suci murni, takde eksyen-eksyen ni. Tak elok ooo.. Allah tak sayang pada owang yang sombong dan bongkak.

So bile dah ada smart tag ni, satu tanggungjawab dan skop keje tambahan plak untuk encik aboy cupin - nasib la yerr... hehehe.. Jadi keje dia plak untuk top up kredit smart tag tu. Senang untuk aku, pemanduan menjadi lancar, keje tambahan plak untuk encik aboy. Tu semua termasuk dalam nafkah ke hah???.. hahaha
Tapi yang aku nak cheta kat sini bukanlah kesenangan menggunakan smart tag semata-mata, tapi reward yang diperoleh dari smart tag ni la buat aku jadi pengguna tegar smart tag. Dulu tak tau plak, kalo tau dari dulu aku dah pakai smart tag. Kenapa untung - sebab makin kerap kite top up n gunakan tol lagi banyak point yang kite dapat. Dari point tu kita boleh tebus untuk tukarkan jadi kredit. So, ganjaran duit la. Baru ni aku tebus point dapat kredit smart tag dalam RM 45.00. Banyak gak tu, Leh guna untuk 2 minggu perjalanan pegi dan balik keje.


Ni bukan la pic smart tag aku. Google kat tenet je nak tunjuk contoh smart tag. Jadi lepas ni pegi la ramai-ramai gunakan smart tag. Selain leh pendekkan barisan yang panjang di laluan tunai, boleh la digunakan gak di pasaraya bile nak bayar parking. Tapi kena hati-hati sebab benda ni memang bahan yang suka dicuri oleh pencuri-pencuri yang bangang yang tau menyusahkan hidup owang lain untuk kesenangan diri.

CHINTA says: Keta mama kaler kuning, jadi kena la masuk lane kaler kuning - smart tag. Be smart like mama-

NOTA SIPUT: Merah untuk berhenti, kuning bersedia untuk berhenti, tapi lane smart tag, be smart untuk berhenti kejap n lalu lajuuuuu... :)

Wednesday, 19 October 2011

Manusia Makin KEJAM

lately sibuk owang dok cakap pasal video paparan budak kena langgar kat china tu. haishh.. memang tragik la kejadian tu.masa ditayangkan di buletin utama, menjerit2 aku tgk paparan tu. kalo leh masuk dalam tv dah masuk n angkat budak malang tu. kenapa manusia jadi makin kejam?.takde perasaan kah? hilang akal kah? kalo la budak tu anak kite sendrik. macam mana perasaan kite bile owang langgar anak kite cam lenyek air kotak milo atas jalan.

tak sanggup aku nak paparkan video tu kat sini. so mmg takde la paparan nye kat sini sbb aku dah cakap aku tak sanggup nak tgk kan. kalo ada yg nak tengok cuba cari2 kat you tube. kenapa entri aku kali ni pasal kes langgar ni, sbb aku sndri penah alami benda ni. don't get me wrong. ALAMI kat sini bukannye aku yg melanggar anak orang atau pun aku yang dilanggar. aku penah terlanggar kucing kesayangan aku sendri. haishh.. kalo ingat lik cheta ni sadisss..... | _____ |

tu laa.. kucen2 ni pun satu hal suka bebenor la dok bawah keta. aku plak masa tu nak cepat. nak g mana ntah masa tu.lupa plak..so baik punya aku start enjin keta.selalu nya makluk berbuluz ni smua pndai jer larikan diri kalo dengau bunyi ngauman enjin keta kan. tapi dah nama pun malang tak berbau.. nasi dah jadi bubur.. mee dah jadi megi.. so aku baik punya tarik gear reverse..lepas kan brek.. (sila maklum yg keta saya keta auto - jadik tak de la nampak perkataan clush kat sini ).. so aku pun reverse la dgn jayanya. lepas tu.. tayar belakang aku langgar sesuatu.. gedegak gededukkk..keta cam ternaik. aku ingatkan aku langgar bahu jalan sbb selalu mmg macam tu..aku leh ternaik atas bahu jalan tu skit bile reverse..so aku pun teruskan pen'reverse'an aku tu.. sekali lagi tayar keta depan plak. gedegak gededuk ** effect bunyi tayar ternaik sesuatu. ** muka panik

so, undur dan undur lagi.sampai la aku nampak apa yg aku gedegak gedeguk tadi. Ya Allah.. tergamam aku kejap bile nampak kucen aku dah terkulai sbb aku langgar. panik tak yah nak cakap la.terus kuar dari keta n nangihssssss... | ___________ |

sampai arini dok teringat kejadian tu.rasanya dalam seminggu aku trauma n hampir nak demam. situasi sama cam paparan video tu bile tayar langgar dan naik sesuatu..kalo binatang yang dilanggar pun dah rasa trauma n bersalah.inikan pula pemandu van tu SENGAJA langgar budak kecik tu.

then tak abis dengan cheta kekejaman paparan video tu. di tambah plak kejadian remaja perempuan usia 16 tahun mengelar bayinya sendiri. Kat mana la akal rasional dan perikemanusian remaja ni???.. kalau kata tak berakal dan tak waras, pandai plak dia wat aksi 18SX ngan lelaki. Pandai buat, syok buat tapi tak pikir kesan dan risiko dari tindakan yang diambil. subhanallah.. mengucap panjang rasanya. dulu aku nak buat eksperimen sains pun takut2 ni kan sesenang cekadak je remaja perempuan ni kelar zuriat yang dikandungkan sendiri. cuba amik pisau dan kelar tangan pompuan tu. camne rasanya. mesti masa dikelar tu bayi tu meraung2 menangis kesakitan. **to baby: sayang, di syurgalah tempatmu kelak.. Amin..

bile dah jadi kes2 macam ni nak salahkan siapa?????..Jadikanlah iktibar dari tanda2 dunia akhir zaman ni.

NOTA SIPUT: what goes round will come around. Setiap apa yg berlaku pasti ada sebab dan musababnya dan pasti akan di turunkan balasan yang setimpal dari Allah swt..

Monday, 17 October 2011

Entri rumah

Nak masuk rumah baru macam2 nak kena survey,bukat PM je nak bentang bajet, aku n encik aboy pun sama2 kerah otak nak buat bajet tahunan kami ni. Ayoo.. Banyak benda nak kena pikir.kitchen cabinet nak kena buat.kalo tak buat kang ada yang bersusun je barang2 kaca hadiah2 kawen dlu ni elok la bersusun dalam kotak cam skang ni.kalo takde almari/wadrobe kang bersusun plak kain baju cam lambakan kain kat car boot sale, semuanya pon penting. Kalo takat takde sofa takoe.encik bontot ni pandai je dok atas kapet xperlu sgt kerusi2 yg empuk. Smua tu pun nak $$$$$$$. Belum lagi dengor lori jerit tilam tilam tilam.. Fuh seb baik la tilam yang ada ni masih elok.kalo tak mau la gak berkeping2 $$$ melayang bg memenuhi kehendak cik badan dan tempat chinta bergolek2 dan melompat2.

So..apa lagi plan kami hujung mgu pakej anak beranak skang ni sibuk ngn survey tmpat nak buat kitchen cabinet - top list.. So dah g consult di signature kitchen, di satu kedai kabinet di bandar puteri puchong..n last weekend g satu lagi kedai di area puchong gak.aik.. Cam ada chemistry plak..dah la beli rumah kat puchong, survey kedai kabinet pon smua kat puchong. Ngeh ngeh ngeh

Banyak nak buat bajet ni.. Belom lagi lampu ngaj wiring letrik.. Langsir.. Kang ada yg can see through time aku tido plak kang...mesin basuh..peti ais.. Yada yada yada.. Xde ke aku nak dapat hadiah cabutan bertuah utk barang2 ni smua.. Dah survey sengQ n buat bajet one-off ni.. So tgu la nak amik kunci baru la leh g order benda2 ni..

Cheta pasal kunci, kunci tak leh nak amik lg coz ada problen skit.. Pemaju pun ada hutang skit ngan aku. So nak tg dpt cheque dari pemaju n settlekan apa y ptt utk masuk umah. Aku dah tergedik2 nak amik kunci. Umah dah dekat berkali2 p buat lawatan tak rasmi sbb takde kunci nak masuk lagi. Smlm g tgk ada family yg dah pndah pon. Syoknye tgk... :)

CHinta SAYS: rumah baru.. Syurga chinta...

NOTASIPUT: ayo..skang lor smua benda pun mau pakai luit lor. Mau kincing pon kena ada luit. Takde luit susah ooo..

Pernah terdengar satu kata2.. Apabila kemiskinan mengetuk pintu rumahmu, kebahagiaan akan melompat keluar dari tingkap.. Renung2 kan.. Duit pun penting

Saturday, 15 October 2011

tempat keje yang SELAMAT

Biasalaa.. bile dapat suwat kata ada pemantauan, ada audit, ada inspection.. yada yada yada baru la kite, kite dan kite ni sibuk la nak mengemas apa yang patut (ala2 mengemas kalo tau bakal mak mertua nak datang umah dolu2).. hihi.. masalahnye kalo takat ngemas gitu2 je takpe laa.. ni kena pastikan langkah2 keselamatan diikuti.. kadang2 benda simple2 pun kite tak perasan (sibuk ngan urusan opis la katakan..yeah rite) n bukan takmo ikut arahan tapi kadang isu keselesaan dan pengaruh fesyen pun buat kite jadi 'degil' skit nak ikut arahan keselamatan. Walhal, benda2benda2 keselamatan ni pun ni utk diri sendri gak.

contoh macam: kakitangan kerajaan kena pakai kasut bertutup. Dah sah2 tau etika pemakaian kena pakai kasut hitam bertutup..tp nk gak la pakai wedge la..high heel laa.. Yg tali halus laa.. Kunun2 nk stylo n selesa.. Hihihi...alih2 bile masuk opis selipar buruk gak la yang disarung ke hulu hilir dlm opis tu

Padahal..kalo la tiba2 opis banjir n ada litar pintas..kan bahaya.. Isk simpang malaikat la benda2 macam ni.tp tu la. Pikir2 mmg penting pakai kasut sarung ditutup.jaga keselamatan diri. Tapi kalo dah ditutup kedup camtu mau berkulat kaki.hihihi..

NOTA SIPUT: selamat..selamat...selamatkan diri di tempat kerja yang selamat!!

Wednesday, 5 October 2011

EngliSh is FuN

early education for babies skang dah jadik cam trend sana sini.mak ayah zaman skang ni berlumba2 nak memastikan anak2 depa mendapatkan yang terbaik (kenapa aku type cam nak wat karangan bahasa malaysia kertas 1 spm ni).. dusyum dusyummm.. **lempang muka kiri kanan bagi sedar skit.. @_@

so, last weekend aku ada la p mid valley n tak sangka plak ada expo for early education ni. so jalan2 la ngakut  chinta dari satu booth ke satu booth. macam2..ada yg enrollment utk music class, tadika2 yg sofistikated ni pun banyak la bukak booth..n sampai kat satu booth ni ada mamat ni tahan aku ngan encik aboy.

Lelaki A: akak, umur anak akak skang bape bulan ni?..
Mama chinta: (dengan malas nak layan).. 10 bulan
Lelaki A: so, akak dah mula ke kenalkan buku2 pada anak akak...
Mama chinta: ada la..memang dah mula ajar.....
Lelaki A: so, macam mana pencapaian dia..dia dah boleh buat apa?
dah boleh ikut arahan yg kita suruh tak? contoh: clap hands. dia tepuk tak
Mama chinta: boleh je..boleh tepuk tangan bile kita suwuh...
Lelaki A: so, macam mana you yakin dia paham apa yg u ajar?
Mama chinta: I took children psychology during my tertiary education.. (Dah mula dah aku dah naik meluat mula la aku dah cakap bahasa owang kampung aku ni).. at this stage, bby will absorb what she listens to.. she follows what she see..actually not follow but imitate..bla blaa...yada yadaa..aku pun tak ingat apa aku cakap n the result will can only be seen once she develops her first stages of conversation. rite now she still in motherese talk..bla bla blaa...aku pun cakap la macam2.
Lelaki A: dengan tak puas hati:::: dia tunjuk testimony budak 12 mons dah pandai membaca. produk yang syarikat dia kuarkan ni bagus.budak tak jemu.bla bla bla
Mama chinta: saya dah gunakan produk Grolier utk anak saya. so far sama je function - to expose early education to the baby
Lelaki A: xpuas ati..Grolier punya DVD budak leh jemu sbb ulang yg sama...syarikat kami punya sentiasa updated n berbeza material...
Mama chinta: **malas nak layan.. aku blah...
apa yang aku nak bgtau kat sini.. walau sehebat mana, semahal mana software yg dibeli utk anak kite.. kalo benda tu dok tersusun cantik tak digunakan pun tak guna jugak kan..beli la beribu2 kunun nak jadik cam testimoni  tu anak pandai membaca masa umur 12 bulan..tapi kalo as parents sndrik tak luangkan masa utk ajar anak pun tak guna.bukannya baby tu pandai nak bukak all the vcds/guna flash cards sendrik. so kat sini kesimpulannya, kalo kite buat flash card sendrik pun boleh jer... yg penting output - macam mana kite sndri ada masa at least 20mins a day to teach our child..instead of buang duit banyak2 tapi tak guna still not worth it n baby pun bukan jadi pandai... HOW WE MANAGE OUR TIME TO BE AN EXCELLENT TEACHER TO OUR CHILD IS MUCH MUCH MORE IMPORTANT..... :))

sama cam diri saya, sy pun dah berabis skit la beli produk grolier..(seb baik leh wat ansuran..kuang kuang kuangg) tapi saya suka produk grolier leh pakai lama.. even anak buah sy yg dah sekolah menengah pun kadang2 amik books chinta n baca.. more worth it dari beli produk khas utk baby jeeeee...

apa yg saya suka, masa yg sy spend utk bacakan buku utk chinta tu la masanya my small family berkumpul. saya, my husband n my dotter akan dok baca buku sama2 smbil gurau2... n slalu sy marah encik aboy suwuh ajar anak sebut betoi2 in english..hahaha.. tibe teringat one night..masa ajar my dotter pasal sayur-sayuran.. i ask my husband...

mama chinta: abang...timun in english apa?
encik aboy: cucumber.. (dengan muka berlagak)...
mama chinta: kobis?
encik aboy: lettuce....
mama chinta: (dalam hati..) reti gak dia...ok ok ok..next.. kobis bungaaa..
encik aboy: senang jeee..lettuce flower..hahahahaa..............
mama chinta: hahaha..banyak la lettuce flower...ajar anak betoi2 laa..kang dia cakap camtu kanggg

chinta: wat muka pelik pandang aku yang gelak berdekah2 masa tu...dia pun gelak sama..padahal ntah paham ntah tidak apa yg kami dok gelakkan...heheheh - tamat

chinta says: i like my book..

NOTA SIPUT: don't be too ambitious.. at least start small..ajar anak2 utk suka dengan buku dulu.. biar dia sendrik amik buku tu n belek..instead of too ambitious nak ajar anak membaca cepat2.. at least balance between playtime n education..let them enjoy the babyhood year too..

Monday, 3 October 2011

saya superMAMA..

tiring!exhausted!weary!fatigued! atau dalam bahasa melayunya LETIH dan PENAT.aiyak.. kalo nak bahasa yang serumpun.."GUE CAPEK". hihi.. itu pun kalo la anda,anda, dan bibik anda rajin menonton sinetron atau anda mmg ada pokok duit utk petik dan bayar kat astero bagi melanggan channel filem indonesia.confirm leh dapat A++ bagi subjek bahasa tersebut.kuang kuang kuang~

selalu aku tgk iklan SUPERMAK ni kat tv.tapi tak penah skali pun aku ada kesempatan nak nonton cheta ni. wah, takde masa tu. kelas gitew.bukan apa, time show cheta ni time tu la aku tgh gigih la nak cuci botol, masak air panas, gosok baju utk keje esok, kemas bilik, atau lipat baju atau basuh baju. n the most important that the only time to have a good quality period with my adorable darling. yeler, siang2 kite dah sibuk keje, takkan malam pun sibuk nak buat keje lain.haish..kalo la saya ada extra 8 jam sehari berbanding owang lain. atau ada mesin cahaya masa utk kembali ke masa sebelumnya siap2kan keje umah then ada masa yang panjangggg untuk berpoya-poya dengan chenta hati saya. at least berjoget2 ngan beliau sambil menyanyikan lagi K-pop terkini 'Twinkle twinkle little star" atau pun lagu paling hits kat carta2 lagu di stesen2 radio "Pok Amai-Amai"..mesti happening giler tahap cipan terkuek kuek..

tapi apakan daya..masa tetap 24jam sehari.rutin sama tiap2 ari.. dulu masa sy kecik2 mak saya sentiasa memastikan anak2 nya breakfast dlu sebelum g skola. bayangkan kul bape la mak sy bangun utk masak, then gi keje - mengajar di sekolah yang confirm2 masuk kul 7.30 paling lambat. haish.. tapi at least dapat gak saya mengikut jejak mak saya, even bukan la menyediakan nasi goreng paprik atau pun nasi lemak pagi2 buta. setiap pagi saya akan pastikan semangkuk bubur nasi/makanan bayi utk chenta hati saya. walaupun sy takde waktu siang, at least persediaan utk dia sy dah lengkapkan tiap2 hari. so rutin2 tiap hari harus la berperang di dapur menyediakan makanan istimewa utk chinta..

kalo weekend pun sama, slalu pagi2 lepas mandikan chinta/sebelum chinta bangun saya akan siap masak2 kat dapur, basuh botol, sterilize botol (tengkiu AVENT sterilizer - menyenangkan keje saya) , then mengemas dapur, kemudian bermula la keje2 yg tak akan abis sampai la ke malam waktu utk sy tido semula. bla bla bla bla..yadda yadda yaddaaa... basuh baju-jemur baju-kemas bilik-sapu sampai-basuh lantai porch-menyental baju chinta...dan dan dan seterusnya....

penat memang penat. tapi mengenangkan itu la perkara paling mudah utk kita dapat pahala dan keredhaan Allah, keikhlasan melakukannya amatlah perlu. itu la, tgk cheta SUPERMAK, mmg saya lagi hebat dari dia. yeler saya tak perlukan kuasa seperti itu ataupun kuasa boboiboy atau pun gopal.. saya jugak tak perlukan kuasa super hero yang lain spt kluangman, cicakman, apa2 sj la super hero yang ada kain panjang ikat kat leher dan bile berlari mengerbang kainnya di belakang.. kuasa yang ada, hanya lah keikhlasan. sekiranya dilakukan dgn ikhlas, insya-allah berjaya melaksanakan.. PENAT? sape cakap tak penat. memang penat, fullstop~ tak perlu saya nak berbasa basi.memang saya akui sgt penat. baru kite tau betapa penatnya mak kite membesarkan kita dulu. mak saya dulu pun bukannya ada bibik yang tolong dia uruskan keje umah. sama la seperti saya. i'm a WORKING mom with one dotter. itu baru satu anak, macam mana mak2 yang ada ramai anak. saya salute mereka~ insaf jap..

apa2 pun,saya bangga sbb Allah beri saya peluang merasai nikmat menjadi seorang mama. alhamdulilah.. penat sekalipun, saya bahagia dengan kehidupan ini.

CHINTA says: mama, u're great mom..

NOTA SIPUT: tu la pasal owang cakap syurga di bawah telapak kaki ibu, kerana dari rahim ibu la kite bermula, dengan tangan ibu la yg membesarkan dan mendidik kita tanpa jemu, seorang ibu yang menjaga makan,pakai, sakit kita.. dan dari seorang ibulah segalanya bermula.... :))

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers