"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday 5 September 2012

merdeka raya!

cerita raya pun ntah bile la nak update kat blog ni..ni dah sibuk nak cheta pasal merdeka raya. last week cuti panjang..horayy! memang best.berganda-ganda best sebab opah dengan atok chinta datang key-el! dan matlamat nak pegi beraya kat umah adik beradik opah chinta.memang sakan la beraya! matlamat mama chinta harus la nak collect duit raya kannn! *lalalalalala*

hari jumaat tu memang sangat laa bizi dan superpenat! dari cheras-bandar sunway-selayang-shah alam-puchong..memang raya sakan.. dan makan sakan! lupakan la diet anda! atau cuba-cuba nak pakai korset! memang sengaja pilih blouse yang tak nampak perut muncit kalo makan banyak!

pagi tu aku dah memang gorengkan mihun kat rumah..dah siap-siap terus gerak ke cheras - bandar tun razak! orang kl kalo tak tau bandar tun razak memang nak kena luku la kan! kat cheras, pegi umah abang opah chinta.. tok we! mula-mula chinta cam buat muka "eh rumah sape ni"..lepas tu, dah sonok, lari guling-guling sana sini! siap terperosok dalam kerusi goyang kat rumah tok we..hahaha.."tuku takal belakang pintu, budak nakal memang begitu......"tu sebab cubaan dia nak panjat kerusi tinggi tu, last-last bontot comel dia termasuk kat ruang letak kaki kerusi goyang tu....aku memang leka dok borak..sedar-sedar dengar suara jerit...'mamaaaa..'..hahahha...memang aku gelakkan dulu....*nasib ko la chinta..mama kan kijammm*

siap makan nasi..lauk sambal sotong+petai, gulai tempoyak, sayur apa ntah..aku memang takmo makan sebab still kenyang...encik somi makan penuh berselera..siap buat muka tak malu minta tapau kuih muruku! hahahaha...

lepas tu ke bandar sunway..sebab mak mertua saya jemput opah ngan atok chinta makan-makan.. aku ingatkan makan kecil-kecilan..tak sangka plak yang buat open house... sungguh la encik somi takmo bagitau! kat sini memang wajib makan..hehe..mak mertua saya bab masak memang ohsemmmm! *eh mak tak baca blog aii laaa*...hehehe.. menu nasi minyak...ayam masak merah, ada lemang, rendang, mihun... memang terkecur plak air liur bile ingat menu........dap dap dap! itu pun atok chinta solat jumaat dulu kat masjid kg lindungan tu...

lepas tu gerak ke selayang! ni rumah abg opah chinta nombor dua.. tok ngah!... kami panggil ayah ngah! jadi chinta panggil tok ngah la yer... memang tak call/sms cakap nak datang.pakat terjah je laa..ada rezeki jumpa.. kalo tak de rezeki nak buat macam mana kan!!!! sempat la chinta check-in buaian kat rumah tu.. bagi dia top up energy sikit! hewhewhew! kat sini before balik memang aku bagi duit raya pada anak cousin aku..cuma sampai ke hari ini, aku cam rasa aku bagi sampul kosong.... entah laa..sebab dalam kereta baru perasan yang encik somi ada letak sampul kosong sekali dalam handbag aku! nasib la kennnn!

dan lepas tu terus ke shah Alam... sampai umah achik - adik opah chinta..so chinta panggil tok chik laa! kat umah tok chik makan mihun goreng.. makan lagi! dan lepas tu ke rumah andak - adik opah chinta.. so chinta panggil tok andak la yer.... umah tok andak memang chinta dok senyum lebar la dapat duit raya banyak! tapi qaireen lebih skit..sebab tok andak hulur kotak dan qaireen main grab je duit dalam tu... tensi aii tau! dan lagi satu umah tok andak ni ada bath tub kat dalam bilik air...so jakunsss skit la anak dara ai tu! tapi jangan harap la mama ko nak bagi ko berkubang dalam tu yer!!!!!makan??..of kos laaa..makan mee goreng plak! berkalori-kalori makanan yang masuk dengan gumbira ke dalam perot comel ni!

malam tu lik puchong dengan hati riang gembira...- sebab semua orang dah kenyang maka aku tak perlu masak makan malam..cuma perlu bangun dan masak sahur untuk opah dan atok chinta! dan bile penat semua tidoooooo.....

satu benda yang aku perhatikan kat rumah adik beradik opah yang dok key-el ni...satu persamaan!! kat tiap rumah yang aku pegi beraya ni.....semua ada akuarium dan bela ikan...hahahahahaha! pastu aku cakap ngan opah chinta.....atok chinta pun seb baik la ada akuarium gak...tu pun jenis plastik murah bukan yang pakai pam cam depa ni.......hahhah..dan atok chinta bela ikan puyu..boleh laaaa tu! hahhahaaaa...

merdeka raya...tapi takde pegi mana pun celebrate merdeka..dok layan perbarisan kat tv je..

tu la sepanjang 28 taun idup ni..ni la first time kot dalam sejarah kehidupan boleh layan tengok perbarisan kat tv..nampak bebenor la selama ni kalo cuti merdeka tu sedap tidooo je paginya..hahah..


selamat hari merdeka... 31 ogos 2012


No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers