"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Friday, 30 March 2012

imunisasi

kalau ikutkan tarikh appointment untuk imunisasi terakhir chinta  (ikut carta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia) sepatutnya semalam 29/3.. hihi.. memang aku selalu apply cuti untuk bawak ketipak payung ni pegi cucuk. *nama baru ketipak payung*

faham-faham je laa.. kalau dah pegi klinik kerajaan tu.. paling cepat ko dapat giliran 2 jam. hahah.. kalo dah dekat setengah hari kat situ, baik cuti jer.. takde la terkejar-kejar nak balik opis. cuti dah lama mohon dan dah disokong + approave pun. hehe.. 

Bile tengok jadual audit, kena plak time tu ada sesi penutupan, sesi perbincangan. Mula-mula cam nak ignore je sebab tengok rasa boleh kot kalo kita takde time tu.. pikir-pikir balik.. bincang ngan bos.. lebih baik la postpone tarikh imunisasi chinta. keje settle.. urusan anak pun boleh settlekan nanti.. tak la terkejar-kejar...

bile tengok tarikh imunisasi chinta yang terakhir untuk umur 1 1/2 ni.. rasa cam cepat nya masa berlalu. rasa baru je bawak chinta untuk imunisasi masa umur sebulan. tskk tskk.. T_T cepatnya baby mama ni besar..hahaha..

rasanya cam baru je bersalin. rasa cam baru je sakit contraction...rasa cam.. memang macam-macam la aku ni..takkan nak anak kecut masuk dalam perot balik kan..hahaha..

so, last imunisasi chinta 2 april ni.....

lepas tu ntah bile plak la nak datang jumpa misi-misi kerek semua ni..hehehe...

 kalau masih tercari-cari jadual imunisasi untuk baby.. ni kat bawah ni leh tengok. ni imunisasi wajib yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan laaa.. kalau yang utk rotavirus, pnemucocoal, ngan ciken pox tu please refer dengan private hosp atau private clinic. cuma nak pesan, pastikan vaksin yang diterima halal dan yang sama digunapakai oleh kementerian kesihatan... tu sebab bab-bab imunisasi ni aku sanggup beratur kat KK untuk chinta... sebab risau kat klinik/hosp swasta guna vaksin yang berlainan......


 Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia

VAKSIN
UMUR(BULAN)
UMUR(TAHUN)
Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
BCG (Tibi)








tiada parut

Hep (Hepatitis B)











DTP (Difteria, tetanus, pertussis)











Hib (Haemophilus influenza type B)











OPV (Polio)











MMR (Measles, mumps, rubella)











Measles (Campak)











DT (Difteria)











T (Tetanus)











PETUNJUK

Imunisasi Primer

Dos Tambahan

Sabah Sahaja

Thursday, 29 March 2012

beli book baru

kerana asik crancky je si ketipak payung sowang ni, semalam jalan la pegi Summit USJ. alasan je tu, padahal papanya pun sama nak cari cd game. nyampah.anak beranak tau nak merayap je kejenya. so semalam bagi memuaskan hati si ketipak payung sowang ni masuk la popular. memang aku ada janji nak beli book baru dia. rupa-rupanya dia menuntut book baru.owhh....alahai...

dah masuk department book dia.. hmm.. tak tentu arah. rambang mata nak pilih yang mana.siap amik book duduk belek dulu.pastu tak nak, amik book lain duduk lagi siap nak meniarap kat situ. tak berkenan. amik book lain. aku dari berdiri, duduk mencangkung, last-last bersila kat situ.papanya pun sama. 
>_<

last-last aku cakap, papa just pick-up satu book then pegi bayar kat kaunter. tak gak berkenan si kecik tu. last-last aku amik je satu book pasal kucing, sebelum tu harus la tengok harga dulu..hahahaha.. ok harga berpatutan dengan wang yang ada dalam wallet.. terus bagi kat chinta. eh..suka plak dia..hahahhaa...

apa nak buat... mom always know what the best~

hahahahaa...pegi bayar 

rambang mata

audit pemantauan buku mana mengikut kehendak dan skop yang dicari..owh apakah ayat seperti audit je ni...

papanya cuba nak bodek chinta beli yang tu....

pujuk rayu tak berkesan..hahaha...
 

tapi lupa plak nak amik pic buku apa yang dibeli....owhhhh.... 
|____|

Qaseh Chinta Aleesya

oh anak..dalam minggu chinta buat perangai.bile petang je crancky. jenuh nak handle dia. yang tak tahan bile dia suka banting-banting badan.. lembik-lembik badan protes. sambil merengek-rengek. takmo duduk diam-diam dalam car seat. kalo dok belakang ngan aku memang takleh diam setempat. huhuhu.. stress ai tau. dah la minggu ni mengadap audit dalaman. balik keje ngan penat mental + fizikal chinta buat hal. dari dalam keta sampai la balik rumah. since monday buat macam tu. sampai je dalam umah, mengamuk-ngamuk golek sana sini depan tv.protes tak dapat sesuatu. hari isnin tu papa dia yang layan dia. tidokan dia.aku dah give-up..

so, selasa petang. aku pun dok pikir-pikir apa kena la budak kenit ni. tak penah-penah buat perangai macam ni. just notice, bile ada iklan parapapapa...i'm loving it kat radio or kat tv..makin dia tak tentu arah... tunjuk sambil tadah tangan mintak kat papa dia.. or dengar lagu iklan kfc tu... omaigadddd.. then aku notice.. dan tersedar cam baru lepas kena lempang..hahhaa. anak dara ai dah pandaii mintak makan fast food.. ohhh myyyy...

plus, bile lalu kat skve tu nampak je simbol M besar kaler kuning.. terus mata dia zassss laju kat situ sambil tadah tangan papapapapapappaa......ohohoho..lalu kat tasik prima nampak simbol 'pakcik janggut' ngan pizza pun sama... bile kami tak masuk kedai-kedai simbol tersebut terus makin cranckyyy...

ayooo...apakah sindrom protes tak dapat sesuatu @ mengamuk dah ada kat chinta.. ayooo dik oii baru nak masuk setaun setengah..dah pandai ekk..dan satu lagi bile papa ngan mamanya buat brainstorming/ analisa secara ad-hoc ni baru la tau sedar dia protes sebab weekend tak jalan mana-mana.... *sambil tepuk dahi berulang kali*

dannn camna kami tau dia protes..sebab hari selasa tu..singgah la kat kedai tulis M besar tu.. terus bercahayaaa muka chinta. berseri-seri ketipak payung la dia. senyum lebar sampai ke telinga bile papanya masuk kat lane drive-thru... amaigaddd...*tepuk dahi lagi skali kopak la papa ngan mama camni kalo hari-hari nak benda ni je makan*

dan lepas tu ke speedmart.. okay speedmart pun jadi laa ek... memang happy berlari sana sini dalam speedmart.. owhh apakah... tau la anak dara kan..sabar-sabar la shopping therapy ni.. somput papa ko kalo hari-hari nak pegi shopping...


dan semalam pun sama.... aku memang penat mental + fizikal plus tengah cik P skang ni.. dia cranky lagi
sampai je umah, elok aku baru je bukak tudung dah mengamuk nak pegi jalan sambil berdiri je kat tangga umah nak keluar... owhhh.. aku pandang papa dia..papa dia pandang aku......last-last papanya amik kunci keta + kunci umah..lepas maghrib jalan pegi summit..aku???... ikut je laaa..

kalo hari-hari macam ni... mau aku pegi keje cam zombie...letih oooooo.....

pagi tadi sebelum aku masuk opis.. aku cakap ngan papa dia.. lik keje kang singgah la petronas.. bagi dia shopping beli roti pun cukup kot.. tak larat la mama nak pegi mana-mana lagi... penatttt...

so kita tengok petang kang macam mana??..

sindrom nak masuk setaun setengah ni.....macam-macam ragam....

dan lagi satu rupanya semalam..bile aku pegi summit..masuk popular..
baru aku teringat aku ada janji nak beli BOOK baru untuk dia..
patut la pun..semalam bercahaya jer muka dia masuk popular..

huhuhu..lepas ni sila jangan janji apa-apa....



Wednesday, 28 March 2012

wordless wednesday #4 - calon menantu

terurus or diurus?

Biasa la kan..setiap hujung bulan je mula la keje tambahan aku ni amik pen + kertas.. buat list apa nak beli. ntah..dah jadi habit..aku ni memang suka la nak buat list-list ni.. nak kawen dulu buat list perancangan untuk wedding.. list hantaran.. siap simpan-simpan resit beli barang.. nak beranak pun sama... dok buat list senarai barang bayi nak kena beli.. dah beli siap remarks lagi tepi tu.. dah nak bersalin pun sama.. siap buat list barang nak bawak pegi hospital..hahhaa.. dannnn.. nama anak pun harus aku buat list kat papa dia.. hahahhaa..

sampai la dah beli rumah pun sama.. aku buat list barang apa nak kena beli.. majalah ikea tu siap aku tampal-tampal sticky note yang mana harus beli. hahahhaa.. kalah nota sejarah okayyy.. hahaha.. senang, nanti dah sampai ikea grab je apa barang yang ko nak tu.. 

dan.. kat tempat keje pun sama.. aku akan buat monthly list..work to do.. checklist everyday work.. dan kadang-kadang dalam meeting kalo aku nantokkk boleh plak aku buat list apa yang aku nak renovate rumah laa.. hahaha.. aku memang camtu..nak kata jenis well-planned tak gak.. ada certain benda yang bile dah buat aku jadi cam..owhh..kenapa tak macam ni..tak macam tu.. memang aku suka la nak survey-survey barang dulu.. suft intenet barang camne aku nak contoh untuk design kabinet etc etc.. 

hahaha.. resipi apa yang aku masak pun aku suka nak buat list dalam buku. cam la hebat benor masaknya.. hahaha.. sampai skang ni pun sama.. nak beli barang dapur aku akan buat list dulu. tengok satu umah apa yang nak kena beli.. 

tapi yang ntah hape-hapenya.. kadang-kadang barang takde dalam list pun boleh ada dalam trolley.. barang yang ada dalam list..lupa nak beli..yelah..dok asik buat list jer..hahhahahaa...

susah nak jadi organize ni cam abah aku.. dia ni jenis akan rekod segala perbelanjaan dia dalam diary every day. kemana dia pegi dia akan rekod.. so, ada advantage nya bile skali tu dapat suwat saman.. dia boleh trace betoi ke time tu..tarikh sekian-sekian dia guna keta... hahhahaa.. plus, ayah aku ni superb bab-bab memfail segala dokumen.. kalo untuk keta.. ada satu fail since dari resit-resit beli.. insurannya dsb..so kat umah tu ada 4 biji keta.. 4 fail la ada...hahaha.. fail untuk rumah.. fail untuk bil-bil.. etc etc.. tapi mak aku plak takde maknanya dia nak berfail-fail ni.. kadang-kadang kalo dia tak jumpa dokumen yang dia nak.. cari merata tak jumpa.. senang je.. aku cakap "tanya abah mesti dia tau"..hahahhaa..
betoi.. sebab abah  aku dah masukkan dalam fail..hahahhaa...

aku?.. berusaha gak la nak jadi orang yang terurus ni...

menjadi terurus ke kuwus???..hahahhaa



 




Wednesday, 21 March 2012

oh duit!

lama tak cheta tentang rumah tikus comel lote kami tu. saja panggil rumah tikus sebab designnya kecik dan comel.sweeettttt gitewww..hehehe.. jadi la kan..yang penting berjaya beli rumah sendiri. alhamdulilah...

so, skang dah hampir 3 bulan kami dok situ. biasa la kan. bila dah umah sendiri ni nafsu nak mencantikkan rumah tu sentiasa ada.. bile rumah cantik dan selesa..baru la kita makin gembira kan.hahaha..

dalam planning skarang ni ada few things yang aku nak buat. tapi tu la, tunggu-tunggu cek tak dapat-dapat lagi..tension mak jemah tau....


planning @ wishlist untuk projek renovate rumah:

1) nak tambah island/bar untuk ruang makan keluarga pada kabinet dapur. plan nak buat top guna granite *owh..memang sangat mahal..* tapi aku suka compare kalo kita bine tiles pada kabinet dapur ni..ada bentuk-betuk 4 segi tu kan..cam tak cantik..tak rata..kalo granite..sebesar table top tu licin jer..plus waranty seumur idup. *kena melabur duit utk ini* rumah memang takde meja makan

2)dah ada ruang makan perlu la beli kerusi kan..takkan nak makan berdiri. tak elok tu..tu semua ciri-ciri kawan syaitonnnnnnnnn...

3) nak pasang tiles kat balcony... anak jiran sebelah pun pandai complaint..auntie, kenapa balcony auntie buruk?.. hahahhaha.. means lantai simen jeee..takde tiles.....paham la kan... budak-budak mana pandai cakap tiles... *balcony kami jiran sebelah menyebelah menang sebelah-sebelah*

4) of course la nak pasang tiles kat porch gak..hehehhee......pakej tiles ni kena sekali baru dapat beli harga tiles murah kalo beli banyak.....

5)then nak tukar pagar rumah..*oh perlukah??..hahhahaha dan dinding rumah ru nak buat simen yang tabur-tabur batu-batu kecik. *hanya aku yang memahaminya,..*

6)nak buat build-in cabinet untuk ruang tv.. tv dah lekat dinding nak proper la buat dia punya background tu supaya tak nampak wayar berselirat...- konsep moden ala-ala showhouse..owh gedikss..hahahhaha

7)nak buat piping sikit untuk air dari bumbung..biar salur terus ke longkang..sekarang ni mencurah-curah cam air terjun + nak suwuh check bumbung bilik air bilik tido aku..aku syak cam bocor..hahahhahaha....air kecik nak mampus..camne nak mandi..

8)nak buat built-in cabinet bilik tetamu...kat sini konsep more to meja study and a few almari..idea dah ada..tunggu direalisasikan ajer..hehehhe..ruang untuk pakcik aboy tu wat drawing dia.. dialog aku kat dia..: papa.. mama nak buat proper cabinet plus meja keje kat bilik tu..supaya papa selesa buat drawing...pastu leh cari duit banyak-banyak....nak pegi bercuti obersea..hahahhahahahah...

9)nak pasang wallpaper kat bilik....hahhahaha....nak cat ruang naik tangga tu dan bubuh frame-frame kecik gantung kat situ..ala-ala wall of fame....

10)dan..nak buat plaster ceiling..takmo buat t box/l box biasa..dah ada idea nak macam mana..

11)nak pasang roller blind kat satu tingkap balcony..sbb aku rasa owang luar leh nampak dalam umah..oh sungguh tidak best.... *ni leh tunggu duit gaji jer...*


oh duit cepatlah masuk acc..hehehehehhe....




*mari berangan-angan*

jalan-jalan tengok pokok teh

ahaa..entri bersambung.masih kisah pokok teh. tadi  tu nak bagi ceria suasana. yelah, asik entry serius je. yang tukang type pun bosan. apatah lagi yang tukang baca. mesti dua tiga empat kali bosan. so entri kali ni kita berseronok plak, bukan takat seronok, dua ronok pun boleh..nak beronok-ronok pun bolehhhh...

tengok-tengok gambar ada pic lama. ni actually dah 2 minggu berlalu, masa balik ipo aritu. actually balik sebab my bestie kawen. so balik tengok umah - sebab mak & abah pegi umrah masa tu..dan balik untuk kenduri sekali. jadi cam biasa laa..mama dekut kan..so cakap la kat papa chinta tu, jom singgah cameron on the way lik kl. hahaha..ni baru betul-betul pakej balik ipo jenguk rumah mak abah + pegi knduri + bercuti sekali.. lalalalla... baru la beronok-ronok macam ni. *sambil sengeh tunjuk gigi*


gerak dari rumah pun dah tengahari.chinta plak elok masuk keta terus membuta. zzzzzzzzz.. menurun perangai sape la agaknya.. *bersiul sambil mata pandang ke dinding*

so, sampai je cameron yang setengah jam je dari umah mak tu... terus kejutkan chinta..

dia pun spontan bagi ekspresi..wahhhh...wahh..sambil mata melilau tengok sana sini.dimanakah aku?..tipu * dialog tu aku yang tambah.hahhaha...

memang eksaited lebih la chinta. first time sampai cameron yang tak bape nak sejuk tu. aku tengok anak orang kemain lagi siap pakai glove laa..baju tebal laa..pakai yang tutup-tutup telinga cam nak main salji tu laa..anak aku rilex ajerrr..pakai t-shirt lengan pendek ngan suar panjang renda-renda..ngan selipar crocs uptown je..hahahha.. *dasar kulit buaya cam mamanya gak*


best laa..bawak dia jalan-jalan. cuti tanpa planning harus la tak bawak kamera kan. seb baik handset akak yang tak canggih mana ni leh gak snap-snap pic...



jom tengok...penat dah membebel ni... 


yang best gambar-gambar ni leh wat tajuk filem...hahahha..meh kita try bagi tajuk filem untuk gambar-gambar chinta ni..


Tajuk filem 1: Jangan Pandang Belakang, Tunjuk Belakang takpe

Tajuk filem 2: oh... 2 Alam.. antara roti dan aku

Tajuk Filem 3: Jom ngankung..jangan lupa roti

Tajuk filem 4: Hikayat Roti.. Titiwangsa

Tajuk filem 5: Keluarga 69 versi rotiku, rotiku juaaa..

Tajuk filem 6: Oh, Lagenda budak roti

Tajuk filem 7: Hantu roti balik Rumah.. Kak limah pun cabut lari

Tajuk Filem 8: Harry Potter with cup of tea



hahahahhaa.... 



*gelak sambil cucuk-cucuk perot*

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers