oh anak..dalam minggu chinta buat perangai.bile petang je crancky. jenuh nak handle dia. yang tak tahan bile dia suka banting-banting badan.. lembik-lembik badan protes. sambil merengek-rengek. takmo duduk diam-diam dalam car seat. kalo dok belakang ngan aku memang takleh diam setempat. huhuhu.. stress ai tau. dah la minggu ni mengadap audit dalaman. balik keje ngan penat mental + fizikal chinta buat hal. dari dalam keta sampai la balik rumah. since monday buat macam tu. sampai je dalam umah, mengamuk-ngamuk golek sana sini depan tv.protes tak dapat sesuatu. hari isnin tu papa dia yang layan dia. tidokan dia.aku dah give-up..
so, selasa petang. aku pun dok pikir-pikir apa kena la budak kenit ni. tak penah-penah buat perangai macam ni. just notice, bile ada iklan parapapapa...i'm loving it kat radio or kat tv..makin dia tak tentu arah... tunjuk sambil tadah tangan mintak kat papa dia.. or dengar lagu iklan kfc tu... omaigadddd.. then aku notice.. dan tersedar cam baru lepas kena lempang..hahhaa. anak dara ai dah pandaii mintak makan fast food.. ohhh myyyy...
plus, bile lalu kat skve tu nampak je simbol M besar kaler kuning.. terus mata dia zassss laju kat situ sambil tadah tangan papapapapapappaa......ohohoho..lalu kat tasik prima nampak simbol 'pakcik janggut' ngan pizza pun sama... bile kami tak masuk kedai-kedai simbol tersebut terus makin cranckyyy...
ayooo...apakah sindrom protes tak dapat sesuatu @ mengamuk dah ada kat chinta.. ayooo dik oii baru nak masuk setaun setengah..dah pandai ekk..dan satu lagi bile papa ngan mamanya buat brainstorming/ analisa secara ad-hoc ni baru la tau sedar dia protes sebab weekend tak jalan mana-mana.... *sambil tepuk dahi berulang kali*
dannn camna kami tau dia protes..sebab hari selasa tu..singgah la kat kedai tulis M besar tu.. terus bercahayaaa muka chinta. berseri-seri ketipak payung la dia. senyum lebar sampai ke telinga bile papanya masuk kat lane drive-thru... amaigaddd...*tepuk dahi lagi skali kopak la papa ngan mama camni kalo hari-hari nak benda ni je makan*
dan lepas tu ke speedmart.. okay speedmart pun jadi laa ek... memang happy berlari sana sini dalam speedmart.. owhh apakah... tau la anak dara kan..sabar-sabar la shopping therapy ni.. somput papa ko kalo hari-hari nak pegi shopping...
dan semalam pun sama.... aku memang penat mental + fizikal plus tengah cik P skang ni.. dia cranky lagi
sampai je umah, elok aku baru je bukak tudung dah mengamuk nak pegi jalan sambil berdiri je kat tangga umah nak keluar... owhhh.. aku pandang papa dia..papa dia pandang aku......last-last papanya amik kunci keta + kunci umah..lepas maghrib jalan pegi summit..aku???... ikut je laaa..
kalo hari-hari macam ni... mau aku pegi keje cam zombie...letih oooooo.....
pagi tadi sebelum aku masuk opis.. aku cakap ngan papa dia.. lik keje kang singgah la petronas.. bagi dia shopping beli roti pun cukup kot.. tak larat la mama nak pegi mana-mana lagi... penatttt...
so kita tengok petang kang macam mana??..
sindrom nak masuk setaun setengah ni.....macam-macam ragam....
dan lagi satu rupanya semalam..bile aku pegi summit..masuk popular..
baru aku teringat aku ada janji nak beli BOOK baru untuk dia..
patut la pun..semalam bercahaya jer muka dia masuk popular..
huhuhu..lepas ni sila jangan janji apa-apa....
No comments:
Post a Comment