kali ni preggy memang lain macam rasanya.. agaknya baby saja nak bagi mama dia rasa 'keindahan' morning sickness..atau senang cakap alahan nandong! dekat seminggu lebih gak la menanggung selsema yang dah tahap kronik. pegi klinik panel sampai 2 kali. jumaat lepas consult dengan pusat kesihatan universiti plak, doktor tengok tekak dah bengkak teruk, yang hampir nak jadi nanah! amaigadd! apakan daya! terpaksa bertabah! memang kronik sampai dah tahap sakit kepala.. especially bile nak sujud time solat, rasa bergegar je kepala otak semua! yang buat rasa nak pitam time-time tu gak! doktor cakap patut dah kena amik antibiotik tapi disebabkan kandungan baru nak masuk 8 minggu..masih terlalu awal..risau! jadi cam biasa laa, doktor pusat kesihatan hanya boleh bagi paracetamol, ubat kumur, vitamin c dan ubat hisap untuk sakit tekak! sama la cam kat klinik panel pun... bile dah jadi camni sebenarnya nak balik berehat je..dan doktor bagi mc jumaat lepas... so check-in umah je..memang ke katil la jawabnya!....
doktor panel bagi piriton dan paracetamol..since aku sendiri pun takmo mendedahkan terlalu banyak chemical pada kandungan..makan bile terdesak jer! seyes tahap tak tentu hala la rasa seminggu ni.. huhu.. deria rasa dan deria bau memang takde! makan apa main suap masuk mulut je..hahah..sampaikan hari ahad tu, aku dok belah buah tembikai, baik punya cicah dengan asam...sekali encik somi cakap, buah tu dah masam laaaa...hahaha... amaigadd! kesian sungguh! aku masak pun seb baik laa encik somi tak komplen terlebih garam ke apa ker! hehehe
dan kerana itu, tiap malam lepas isyak je memang aku dah tido laa... kepala memang berdenyut-denyut je la tiap hari dan masa...huh dugaan sungguh.... takpe bertabah! demi baby! fuh fuh fuh.. * tepuk dada cam gorilla lagi*..saya wanita kental! hahaha
dan terkini plak, dah mula vomit... hehe.. guna perkataan vomit ni cam comel-comel sikit laa.. tak la keji sangat bile bacanya! hahaha.. apa yang masuk ikut mulut....ikut tu gak la segalanya membuak-buak kuar! tak yah tunggu lama..dalam setengah jam, sila la pegi toilet dah bersedia di mangkuk jamban! hahaha... mau kuwus camni! hahahahahaha.....* kuwus la sangat...tangan didada mata ke atas*
kali ni memang lain je rasa... nak masuk minggu ke 9 rasanya.entah la..preggy kali ni tak ingat bape minggu.. asal orang tanya je cakap 8 minggu..hahahah..dari aritu pun 8 minggu je laaa...hahaha... jawapan selamat!
dan lagi satu.... kali ni start sakit gigi lebih awal! aghh tidak..... takmo cabut gigi lagi..... kalo 10 anak, takkan tiap kali nandong kena cabut gigi...hohohoho....... tak sanggup! weekend ni harus segera ke dentist untuk langkah pencegahan.........dan harus gigih minum susu bergelen-gelen..kalo boleh nak mandi susu pun..hahahahah.... tapi harus la mampu telan susu hl je pun....tak kisah la janji susu!
camni la agaknya rupa fetus yang sedang berkembang dalam rahim mama ni!!!
Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna 'zuriat'.
Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang
berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku
pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan
saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di
pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang.
Kelopak mata mula menutupkan mata.
next appoinment sesi nak nengok baby lagi...3 november!
bertabah menghadapi alahan!
tagline terkini! hehehehee
No comments:
Post a Comment