pejam celik kejap je rasa masa. biasa la tu kan, kalo benda yang dah berlalu tu kita rasa cepat je, kalo nak menunggu sesuatu perkara tu rasa lambat je nak sampai. 2011 macam-macam la perkara yang berlaku. nak recall satu-satu 7 hari 7 malam punya blog pun lom tentu abis. leh cheta skit-skit laaa..
cheta-cheta opis:
taun ni aku start keje semula 23 februari lepas bercuti 90 hari bersalinkan adik manes cik chinta. atau nama glamer dia skang dagu berlapis/pipi roti. kalah pipi ngan dagu berlapis mama ko ni dik. start keje awal-awal tu lemau je rasa. rasa cam blur-blur tak tau nak start semula dari mana. yeler, 90 hari memerap ngan chinta, cuti sana sini. bile masuk keje cam rasa banyak yang tak tau.hehehe. opis pun cam biasa la, masa tu bz ngan nak audit sirim. so sibok la bengkel, meeting, bengkel, meeting, buat file, buat itu, buat ini. staff tak ramai, balik-balik muka yang tu gak la buat itu buat ini. then, raya.. menanggung keje eeja cuti bersalin. layan kerenah bos-bos yang macam-macam ragam, last sekali - pindah opis. huh.. penat
ada ups and downs, belajar macam-macam. oh yer, taun ni aku dah selamat ditauliahkan sebagai AKRAB. - rakan pembimbing perkhidmatan awam. hihi. selain taun ni after bajet, skim SSM di ganti dengan SBPA. alhamdulilah, ada perubahan gaji baru untuk 2012.
cheta-cheta aku
taun ni plak aku kena ciken pox. di penghujung taun mc lama. haishh.. tak disangka-sangka sungguh. yang ironinya plak, a day before aku kena ciken pox tu, aku bawak chinta cucuk imunisasi campak untuk umur setaun. alih-alih aku plak yang kena ciken pox. memang tak senang duduk la. selain tu, part paling happy taun ni, dapat capai satu lagi target dalam idup ni, nak beli umah. alhamdulilah, at least before age 30, aku dah ada umah and keta sendri. walau tak la sehebat keta toyota ke, honda ke, bmw ke, at least it belongs tu me and si kunen bumbleebee tu pun dah abis bayar.alhamdulilah...cam cantik je aturan, selesai abis loan keta, sambung loan umah.syukur ya Allah. walau umah ku comel-comel ayam gitu, but still bersyukur at least dah selamat beli umah sendiri.
tapi, ada gak part-part tensi pasal bumbleebee taun ni, taun ni memang taun ganti tayar keta. mula-mula aritu aku langgar besi longkang kat jalan on the way nak g UPM. sebab kan tu, 2 biji tayar pecah dan rim bengkok. tak pasai-pasai kena ganti rim baru dan tayar. bajet tak cukup ganti 2 biji tayar je dulu. then, sekali penghujung taun plak, sebiji lagi tayar pecah kat sg besi. tapi tayar tu memang dah crack dan tunggu masa je. hihihi. dah la tu, bulan yang sama plak bateri keta kong. yang ni pun dah memang sampai masa. cam berjanji-janji plak ngan tayar keta ek. takpe, demi si kunen ku gagahkan jua. lagipun, tu la satu-satu keta yang ada pun. O_o
cheta-cheta chinta
chinta pun dah genap setaun 23 nov aritu. dan dapat gak aku buat apa yang aku plan. nak buat besday party 1 year untuk dia. hehe, bajet-bajet gak la. tempah kek, tempah bottle banner dan buat kat a&w ioi mall. dan yang penting, dah selamat buat aqiqah chinta after abis pantang aritu. skang dah makin lasak, makin aktif, makin macam-macam ragam. kena banyak bersabar layan kerenah dia. dah pandai mengamuk, pandai merajuk tak dapat apa yang dia nak - part ni memang kena double triple bersabar la untuk owang yang kurang sabar cam aku ni. haish la anak....
dah pandai melaram pakai baju ropol-ropol |
cheta-cheta family
alhamdulilah, mak abah sihat. selamat menunaikan umrah taun ni, dan selesai gak hajat mak ngan abah untuk bawak paksu dan maksu p tanah suci. bukan mudah nak jadi tetamu Allah. dah pencen, mak dok umah layan qaireen. abah cam biasa la g kebun uruskan kelapa sawitttttt... tinggi-tinggi kelapa sawitttttt.. ** nyanyi ikut gaya abon dalam maharaja lawak mega. hahahaha..
cheta-cheta ib & ila
cam biasa la, ada ups and downs. kalau Allah uji maknanya dia sayangkan kita lebih. sumtimes dengan ujian yang diberi akan lebih mematangkan kita, buat kite lebih rasional dalam idup. taun ni dapat gak la kami p honeymoon kat perhentian aritu. sampai ke sudah tak sempat aku nak hupload gambar. hahaha. dah dasar pemalas tu memang la malas nak hupload. dah dekat 2 taun kawen, anak dah sowang baru la rasa nak p honeymoon. hehehe - gedik je kan.
tu je nak cheta. actually cam takde kaitan ngan tajuk. hehe, cuma cam tak caya arini last day bekerja untuk taun 2011, jumpa taun depan la plak yer. :)
semoga dapat la capai apa je azam ala kazam untuk 2012....hehehhehee...
happy new year u'oll
**pelukkuatkuat**
No comments:
Post a Comment