"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Thursday, 29 December 2011

demam hindustan

dah lama aku tak layan cheta-cheta hindustan ni. sekali-sekala layan syiok gak. hehee.. so kebetulan semalam ada plak hindustan kat tv3 - cheta 3 idiots. actually, tak plan pun nak tengok cheta ni. aku bukan kyusuk bebenor nengok tv ni. tau-tau je laa, kalo dah lik umah tu keje bibik-membibik ni tak setel-setel. lepas satu-satu. tu baru anak sowang. haishh. seb baik la encik aboy rajin tolong semalam, tolong basuhkan baju - basuh berus guna tangan tau u'ollss..heheh.. auwww..rajin encik aboy saya nie. pasaipa guna tangan? tu semua baju-baju adik maness chinta la.sape lagi. ko ingat baju dia boleh je campak-campak dalam mesin basuh tekan-tekan button siap - bersih..no no noooo... memang la cepat.bersihnye idak. dah la si cantek manes ni skang dah pandai minum air milo, air coklat, makan roti coklat. so kesan comot di sana dan di sini tak leh ilang kalo guna mesin basuh je. 
fuh, seb baik papanye sangat rajennn semalam. baju-baju kami laki bini yang saling sayang menyayangi  ni pun dia basuhkan. tapi yang ni pakai mesin je la. masuk baju, masuk sabun sesuka-suki, tekan button... godek godek... mesin jalan.. tunggu dah siap - lepas tu sila jemur dengan penuh kerajinan yer!

so, semalam aku pun heran apasal la banyak plak cheta hindustan kat tv. aku rasa baru lepas krismas dan bukannye cuti deepavali. tapi sebab semangat satu malaysia ni, aku pun layan la cheta-cheta yang ada. boleh plak melekat layan cheta ni sambil lari-lari manja pegi dapur time iklan untuk masak air panas, basuh botol anak, sterilize botoi, basuh yak-yak chinta dan beberapa task lain - dah siap, berlari-lari manja sambung tengok industan. bila iklan lagi, berlari-lari penuh ayu amik tilam, bantal, gebor - selimut, dan bentang depan tv. hehe. lupa nak cheta skang kami anak beranak pakej bermasutautin depan tv nak tido sebab bilik dah takde katil - dah selamat pasang kat umah baru. chinta plak takmo tido dalam bilik, pandai merangkak kuar. bahaya oo lagipun dekat dengan buai. bile budak ni meragam je aku angkat masuk buai.. lalallala... senang keje~

so semalam punya la semangat nak tengok. ingatkan sampai abis cheta tu semalam. alih-alih dah kul 12.00 tak abis gak. padahal aku rasa dah 3 jam cheta tu. haish, kalo tengok kat wayang mau kematu montot, pop corn berbalang-balang, air bergelen-gelen masuk tekak ko. yang lagi tensen dah nak dekat-dekat kul 12.00 tu cantik je tulisan kat bawahnye tulis "jangan lupa untuk saksikan sambungan cerita 3 idiots pada jam 10.30 malam esok".cait.. mau je aku bakor tv tu. eh, bukan salah tv tu.hehee

cheta ni best sebab banyak benda kita leh amik iktibar. such as, dalam idup orang yang akademiknye hebat belum tentu dapat capai keje yang hebat. or ayat simplenye, dalam hidup biar capai kecemerlangan bukannye kejayaan semata-mata. dalam erti kata lain, bile kite belajar tu bukan sebab nak dapat keje elok, nak lulus peksa, nak puaskan ati orang lain tapi belajar untuk tambah ilmu. kadang-kadang benda kecik dalam idup pun berguna dalam kehidupan akan datang. ilmu yang penuh keberkatan insya-allah boleh menjadikan kita manusia yang unggul. pewittt - ayat dah cam doktor fazilah kamsar plak.

so, malam ni tunggu sambungan cheta ni....

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers