"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday, 6 September 2016

keputusan sekolah

Assalammualaikum..

mari bersiaran lagi... mood cam dah mari sekarang ni untuk update blog..ok..ni aku rangkumkan beberapa cheta yang dah basi untuk di update sekali..hahaha... kalau dah bangsa pemalas! gitu laa..hahaha... kita pakejkan sekali.....

ARAHAN:
sila lah membaca dengan jiwa yang tenang yer! hehehehee....



Result kemasukan tahun satu?

Memang berdebar masa bulan Julai 2016 hari tu..bila dapat tau je dah boleh mula semak status permohonan kat sistem... adoii! seyes dup dap dup dap..padahal nak tau keputusan anak masuk darjah satu je kot!..hahaha....memang kami dah siap plan B jika tak dapat sekolah yang dipilih...dah siap plan nak masukkan sekolah mana..sebab memikirkan kami laki bini bekerja..jadi pengurusan anak dah masuk sekolah ni kena dirancang sebaiknya. 

so..macam biasa..apaknya akan serahkan tugas ni pada mak budak! masuk pejabat..dengan lafaz bismilah buka sistem..masuk no my kid anak..kemaskini profail dan sebagainya....dup dap dup dap...
mata kebil-kebil... hidung kembang-kempis.........


keputusannya?






v


v



v







bawah lagi..
hahahaha...ala cam selalu kat wassap tu..
sila klik bawah...










hahahahha....



saja nak panjangkan entry blog ni....


























gigih korang scroll bawah..







v


v



v



v








korang lunch apa tu?
eh! tetiba...hehehe...












jangan marah..
korang kan baik!


















tadaaaa....ni keputusannya

*sujud syukur*








alhamdulilah....rasa bila dah tengok surat tu cam baru dapat duit terpijak plak! hahahah.. akak kan mama yang hover! bila dah tengok surat tu...cepat-cepat klik pengesahan menerusi talian.... fuh..serius lega satu perkara..pasal penempatan sekolah anak....... terus cepat-cepat wassap apaknya menyampaikan gambar gembira anaknya dipinang   diterima ke SK Cyberjaya!!...




pheww...serius lega! hilang segala sembelit , terus datang selera makan membuak-buak.....mihahah...




****************


Jadi, bila dah selesai dapat surat, kami pun cari masa untuk ke sekolah nak kena bawa semula surat beranak asal anak untuk cop pengesahan. Bila sampai  tu rupanya kena isi beberapa perkara lagi seperti maklumat pelajar dan maklumat penjaga.

Tapi, sampai sekarang..sebenarnya aku tak tahu pun camne bentuk soalan ujian kemasukan tu. yang aku tahu ada subjek Bahasa Melayu, English & Mathematics.. Macam mana soklan, mak jemah tu bukan nak story mori dengan aku..teringin gak nak tau apa yang dijawabnya yang kekonon level of konpiden dia tu tahap dewa sangat!...aduhai la anak! *garu kepala jap*


Tetiba....



Last week kami dapat call dari pihak sekolah. memang ada beberapa kali aku tengok nombor tu naik kat hp, aku malas nak layan. ni memang penyakit aku, aku paling malas nak angkat call no yang aku tak kenal..sebab selalu terkena orang nak jual insuran! aku tak salahkan orang jual insurans dah memang keje dia kan...hahahaha....mujur pihak sekolah ada nombor husband aku gak..so apaknya bagitau sekolah call suruh datang 3 september....alamak!!!

sebab bila hari sabtu, adik ada kelas playgroup dan pagi tu gak mak aku ada nak kena hantar ke KL. ada 3 urusan yang perlu kami selesaikan...so selesai buat mesyuarat laki-bini........ kami decide utk split aku bawa chinta pegi sekolah dan apaknya bawa harazz pegi playgroup. pagi tu apaknya terpaksa hantar opah ke stesen LRT..mujur sekarang dah ada LRT direct puchong-kl.... *terima kasih pok jib*...hahahahaha...

aku ni plak bangsa takde la nak ada inisiatif call semula sekolah tanya kenapa.lurus laa dah orang kata datang...datang je la kan! tapi kekonon nak nampak gaya ibu mithali tu..aku bawa gak la surat beranak anak, dan beberapa dokumen kot-kot ada info tak lengkap lagi....hahaha..

oh yerk..lupa cheta..kereta aku bumbleebee rosak..dah sebulan! so skarang kami kena car pool ke hulu kehilir... baru la mesra harmoni sehati sejiwa!..hahahhaa...so apaknya drop kami kat sk cyberjaya pg tu..sebab kena datang sekolah pukul 9. so pukul 8.55 aku sampai! hahahhaha... sampai je terus pegi pejabat...sebab arahannya simple: datang sekolah 3 september ke pejabat!...

sampai pejabat ada cikgu tunggu, dia minta terus ke bilik mesyuarat. alamak! bilik mesyuarat? berdebar plak...dah pikir negatif je..kot-kot permohonan anak masuk sekolah dipertimbangkan balik ke?..hahahahha...so terus call apanya cakap tak yah tunggu..sebab macam lama je ni! suwuh dia bawa harazz ke EQ terus...nanti baru amik kami..if abis awal...aku tunggu je laaaaaa...



mujur bawa sidekick! hahahaha... sampai bilik mesyuarat dah ramai gak mak pak dalam tu.....terus aku cari port balik best! tak depan sangat..tak belakang sangat..suam-suam! hahahah..masa tu tak paham apa lagi..tapi slide dah tunjuk benda alah ni..


DLP?
*abaikan typo perkataan langguage tu.


kurang la sikit salah paham aku..hahaha...lawak plak ada..paranoid sangat laaa..konon ingat ada kesilapan pada sistem ke..tak cukup dokumen ke..hahahaha...ok untuk story DLP ni nanti aku sambung lagi laaaa..........


kang ada yang tertido plak.....hahahahah...dah dah ngadap pc/hp tu... boss tempat keje korang marah..aku tak tahu..hahahahaha....





meh aku tepek last pic.




dengan ucapan
"senyum-senyum selalu...peace yooooo"


















chow sin chi....
babai!


Monday, 5 September 2016

ujian kemasukan tahun 1

assalammualaikum......

lamanya meninggalkan dunia blogging ni..chewahh! orang kata menulis biar kerana minat! bukan dah hilang minat...ikutkan banyak sangat rasa benda nak dicoretkan dalam ni.. sebab.. nak dijadikan tatapan buat anakanda Qaseh Chinta Aleesya dan Qaysar Harazz bila dah dewasa nanti... aku menulis bukan kerana namaaaaaaa.....*nyanyi skit*.. hahahhaa..... tapi entah laa... kenapa lama aku tak berblog ni... serius rindu!

pejam celik...sekejap sangat masa berlalu..chinta pun bulan november ni dah masuk 6 tahun..skrang K2 di krista BP...adik plak aku dah masukkan weekly playgroup di excel qalif...so tahun depan, chinta akan start sekolah rendah! diulang sekolah rendah okay!!! OMG! aku terasa semakin tua bila anak dah nak start sekolah ni...hahahahaa...

so..memang dari dulu aku plan nak masukkan dia ke SK Cyberjaya! sekolah ni kira 10 minit la dari rumah aku...lebih kurang jarak dari rumah ke krista... bukan takde sekolah yang dekat! tapi kami laki bini memang decide kalau boleh..kawan-kawan anak di sekolah biar lain..kawan-kawan area umah biar lain...kawan-kawan tadika biar lain... biar social networking dia lebih ramai!.. selain tu, SK Cyberjaya ni sekolah kluster kecemerlangan.. jadi itu yang membuatkan aku lebih teruja utk hantar anak ke situ! bukan maksud sekolah lain tak bagus... tapi kalau ada rezeki dia kat situ...why not!

bukan apa..setiap orang ada investment yang berbeza dalam hidup..setengah orang sanggup keluar duit banyak untuk bayar kereta bulan-bulan..janji gaya ada! setengah orang beli tanah sana sini... setengah orang beli emas berkoyan-koyan... tapi untuk aku.. investment terpenting aku adalah anak-anak! biar aku susah..janji aku cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak! ok tutup cheta yang tu!

untuk mendaftar darjah satu ni... bagi negeri selangor ada sistem yang kena akses. bukan takat ko g bawa surat beranak ke sekolah! nehi nehi nehi! *goyang jari telunjuk ke kiri ke kanan*

kena masuk sistem pendaftaran tahun satu dan selalunya sistem ni akan buka masa bulan mac rasanya.. aku pun lupa..sebab excited sangat masa chinta umur 5 tahun aku dah daftarkan pun.. kemudian dah siap daftar, kena bawa surat beranak dan beberapa dokumen lain ke pejabat sekolah. so masa ni pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk mengesahkan pendaftaran kita! tapi itu belum membuktikan kita akan dapat sekolah tu... selalunya keputusan kemasukan tahun satu akan keluar sekitar bulan julai atau ogos..aku pun dah lupa..

tapi untuk SK Cyberjaya... lain skit! kenapa?.. sekolah ni ada ujian saringan kemasukan! memang nerbes bak hang! sebab permohonan sangat tinggi berbanding penempatan yang mampu ditawarkan.. rasanya untuk batch chinta ni..permohonan hampir mencecah 388 kot..aku pun ingat2 lupa...dan kuota kemasukan hanya sekitar 288 orang...itu pun kena ingat , kuota budak pra sekolah sahaja dah dua kelas di mana pelajar tu automatik masuk tahun satu kat situ...phewww!

dunia tanpa cabaran tak best kan! so, chinta... kena belajar hidup ni satu persaingan.. belum tentu apa yang kita nak..kita akan dapat.. so around bulan 5 hari tu... dapat surat untuk ujian saringan kemasukan! jangan ditanya bentuk soalan..sebab memang kami tak tau! seriously! berdebar ok.. memang put aside harapan menggunung tinggi tu! kami memang pesan pada chinta..buat elok-elok! mama papa tak kisah dapat atau tidak! yang penting dia dah usaha!.. mujur mood dia okay! pheww...
berdebar ok..sebab mak jemah sorang ni...angin satu badan.. kalau mood tak okay! dia tak nak buat exam tu..haru plak! buat penat je datang kan..hahahhaa...

actually,tarikh exam dah lama pon.. dia buat exam untuk saringan kemasukan ni masa 28 mei 2016 hari tu..ada aku upload satu pic kat fb! tapi tak reveal la sekolah mana... hihihi... kekonon surprise!! ala...cam suprise egg kinder joy tu! ok..akak tau...Ai is POYO! mihahahhaha....

exam pagi..sampai sekolah je tengok dah ramai mak-pak dan budak-budak!.. check senarai nama anak kena tengok amik exam kelas mana! dia susun ikut abjab.. jadi sah-sah la cari je yang hujung2 list sebab nama anak start ngan huruf Q...


sekolah kebangsaan cyberjaya



ramai budak-budak! macam-macam kerenah..
budak-budak ni dikehendaki memakai t-shirt putih dan seluar track & berkasut putih

cuba cari mana satu chinta?..hahhahahaha



tu diaa!! bertocang dua! hehehe...




ambil gambar curi..memang aku bagi dia bawa botol air dengan stationary macam tu je!
takde beg-beg...simple je!


masa ni bebudak beratur ikut cikgu..nak pegi tempat exam..
mak-pak duduk tunggu untuk sesi taklimat bersama guru besar..

alahai chinta! comel sangat kamu! hahahhaa...


muak cuak ke muka malas nak layan aku amik pic dia! hahahah..


***********************


sementara tunggu kakak buat exam..

tengok perangai budak sorang ni!
grrrr...
memang muka mintak cium tu!




sementara tunggu dia amik exam, mak pak kena dengar taklimat guru besar... keputusan exam ni tau sekitar bulan julai...so masa tu memang abis exam terus balik laa... abis exam..tanya la mak jemah ni macam mana exam dia!

mama: chinta..macam mana tadi..boleh jawab tak?
chinta : senang je mama...

*aku tak puas hati lagi*

mama: soalan dia macam mana?
chinta: ada soalan 8-3...
mama: abis tu kakak jawab apa *nerbes dah masa ni*
chinta: kakak jawab la 11.. * konpiden level tinggi gila okay!*

mama: *terkebil-kebil je dengo jawapan anak*

hahahhahah...



****

keputusan....

tunggu next entry plak yer!

babai!!!!!!



::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers