"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday, 5 May 2014

graduation kak yong

rasanya lama sungguh aku tak jengah blog ni. memang macam-macam dalam kepala ni nak menaip tapi jawapan cliche.."kekangan masa" .. huk huk huk! memang kalo aku update blog selalu curi-curi waktu rehat kat opis atau waktu balik keje. then aku save to draft.. bila teringat aku update laa! hehe.. kalo kat umah sekian terima kasih la kalau ada kesempatan nak mengadap laptop. nak mengadap fesbuk kat hp pun laki aku kekadang bising! hangen ok..heheh...

alhamdulilah, 26 April 2014 chinta dah selamat konvo dari Excel Qalif Playgroup.. hehe..rasa gumbira sungguh hati. moga anak mama menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat.

chinta mula aku masukkan ke program Excel Qalif ni masa umur dia 2y ++..almaklum la dia kan baby hujung taun..kalau kawan-kawan seangkatan yang lahir awal tahun dah consider 3y. masa mula-mula aku masukkan dia untuk trial class aku sendiri pun tak de la high expectation. kalau dia suka, then kami proceed la untuk join class..jika tak aku takmo la paksa dia. Alhamdulilah, nampak dia suka. reaksi?..macam-macam reaksi dan pendapat gak la aku terima..ada yang kata "awalnya hantar anak sekolah..nanti dia jemu"... "kesiannya, kecik-kecik lagi dah nak masuk class"... dan ada juga pendapat positif...macam-macam laa.. hehehe..

dulu zaman belajar memang aku ada amik subjek children psychology.. tapi bila dah ada anak banyak teori belajar pun payah kita nak aplikasikan... kadang-kadang kita perlukan bantuan class/individu lain untuk cungkil potensi anak kita. kalau tanya aku..aku nak chinta seimbang dari segi EQ dan IQ nya... biar berkembang sosial skill, vocal vocab bertambah dan berkembang daya kreativiti... sebab itulah aku masukkan dia ke Excel Qalif playgroup.dan ianya kelas yang memerlukan komitmen mak/ayah untuk sama-sama wujudkan bonding time dengan anak...

chinta started dengan module 1 - me & myself rasanya... sehingga la module 6- animal...  kalau ikutkan sepatutnya dalam masa setahun dia selesai kelas ni..tapi yelah..dengan cuti itu ini laa..rasanya dekat setaun lebih gak la baru selesai semua module..dari Excel Qaliff di blok lama sederet dengan kedai party baloon sampai la yang building baru ni....

Yang buatkan jiwa aku rasa rapat sangat dengan Excel Qaliff, sebabkan tempoh setahun lebih ni ...banyak yang berubah dalam hidup aku..hehehe.. mula-mula masa chinta join trial class, aku tengah preggykan harazz... sarat-sarat mengandung masa buat aktiviti sama-sama dengan chinta..bayangkan gah boyot-boyot chinta ajak joget-joget dalam kelas...hehehe.. secara tak langsung harazz yang dalam rahim mama pun sama-sama belajar..hehehehe..

masa dia masuk module 2- aku dah selamat bersalin...masa tu aku risau sangat..sebab kalau sebelum ni dia takmo buat aktiviti dalam kelas dengan papanya.....sampai aku dah nekad nak extend dulu module 2 tu sampai aku abis pantang...rupa-rupanya, aura sowang kakak tu terus ada tup-tup lepas dapat adik. dia attend kelas dengan papa dia..so bila balik je dari skol akan tunjuk pada aku hasil-hasil arts dia buat dalam kelas..hehehe..

masuk module 3 dan seterusnya, dari bertiga..jadi berempat tiap kali ke kelas chinta.. dari adik duduk tido dalam baby carrier....lepas tu dah mula menerap..merangkak...berdiri..hehehe.... and now chinta harazz almost 12mons bila kakak chinta konvo. the beauty of the journey with Excel Qalif..hehee

chinta punya karektor yang unexpected... kadang moody..kadang garang. haish! dan yang pasti dia sangat la pemalu dengan org... dan kerana itu la mama ngan papa masukkan chinta ni ke playgroup.. Tak sangka jodoh pertemuan dengan Excel Qalif ni melalui facebook dan segalanya terjadi macam tu. dapat info.. browse blog..*ok boleh tengok muka mama chinta yer dalam blog tu dalam slot video* hahaha.. dan call teacher ayu untuk trial class....chinta suka..kami kira bajet ok ke tak nak bayar fees dia..heheh..dan now alhamdulilah dah selesai segalanya...

chinta sangat pemalu..dalam kelas most of the time dia buat tak tau je..mula-mula geram gak..kuar la skill kepit ketam kat peha dia tu..hahahaha... tapi bila aku perhatikan dia abosrb segala apa yang dia belajar.. dan surprisely, kat rumah dia mampu buat lebih dari apa yang aku jangka....syukur sangat! dia kenal a-z.. dia tau numbers..shape..and now dia dah mampu recite surah Al fatihah dan surah Al-Ikhlas.. sing songs... and segala mak nenek yang dia belajar kat Excel Qalif.. * plus.. monitoring and enhancement needed la kan kat rumah......*

dan banyak juga ilmu parenting yang aku dapat..antaranya satu kelemahan yang ada pada chinta dari segi sensory skills bila dia sangat penggeli dengan pasir..rumput dan kami tak penah bawa dia mandi pool masa dia below 2 y..dan tak sangka ini semua akan pengaruhi sensory skills dan sosial skills dia... hehee.. dan banyak lagi la ilmu lain......

yang pasti..bila chinta skol every saturday dulu..satu komitmen yang harus kami tempuh..weekends yang memenatkan..tapi takpe la kan demi anak-anak! and now..dah mula merindui saat-saat bersiap ke kelas excel qalif every saturday..

masa konvo tu kebetulan ada kenduri bertunang di Port Dickson..so nak tak nak bagi menjaga hati semua pihak dan takmo menghampakan harapan kak yong..memang kami ulang-alik la masa hari kejadian. hari jumaat dah berkampung di Port Dickson, then kenduri tengaharinya...kul 1 lebih bergegas kami gerak balik ke Kajang. Nasib baik la kebetulan last class and convocation buat pukul 2.30 petang..kira lewat skit kami sampai sebab highway jem..penat ya amat la dengan cuaca panas..tapi demi anak dan menjaga hati semua pihak yang cuba la buat yang terbaik supaya dapat hadiri semua perkara..selebihnya serah pada-Nya.. selesai majlis konvo kami terpaksa bergegas balik sebab dah janji dengan anak ada program dengan famili.
tak dapat la kami join makan-makan.....tambah segan kami tak sempat pun nak bawa apa-apa untuk potluck hari tu..

Selesai playgroup..untuk teacher ayu, teacher ika, teacher su, uncle yusmi & team excel qalif yang lain... terima kasih atas segala ilmu yang diajarkan... halalkan ilmu tersebut yer teacher-teacher..dan doakan chinta menjadi anak solehah....

alhamdulilah..selesai satu perjuangan... panjang lagi perjalanan ilmu yang perlu kakak hadapi... mama doakan yang terbaik untuk kakak...mama sayang kakak!

throwback moment!


chinta in red shirt..heheh..fesyen rambut sama je dulu kini dan selamanya...
masa trial class
 first class..masa ni tak dapat shirt lagi..

 masa ni mama dalam pantang..pegi kelas dengan papa..
so kakak-kakak...


kenangan dengan teacher ika....
masa ni sambutan raya di Excel Qalif

***********************
finally....
graduation day 26 april 2014






buat anakku Qaseh Chinta Aleesya..

perjalanan hidupmu masih jauh
masih banyak yang perlu dihadapi
pahit manis...turun naik..
kehidupan...ada masa dipuji..ada masa dikeji
ada masa kita di atas...dan sebaliknya

tiada harta dunia yang mampu mama bekalkan
apatah lagi pangkat dan darjat kehidupan
yang ada..
ilmu yang bermanfaat..gunakan sebaiknya
berterusan..dikongsi dan berkongsi
tanpa nilai sempadan

tiada yang lain lebih bernilai..
hanya itu bekalan yang pasti di bawa kesana..
selain doa anak yang soleh dan sedekah jariahmu..

moga..
mama dan papa..mendapat bekalan yang sama
saat mama dan papa memejamkan mata

doa darimu kelak! Inshaa Allah...


alhamdulilah..sekurang-kurangnya bila dia dah ada experience playgroup... tahap cembeng kat tadika boleh dikawal....and now dia sangat gembira pegi skol krista! yeahhh... *happy-mom-mode*


No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers