"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Monday, 5 November 2012

adik chinta @12 weeks

Assalammualaikum...

lamanya menyepi.. entah la kenapa di landa penyakit rajin nak baca blog orang tapi malas nak update blog sendiri.. jadi mari berazam untuk gigih meng'update' blog di bulan november ini. *sambil kembang kempiskan idung*

ni cerita hari sabtu.. kali ni memang request dengan Dr. untuk datang check-up pada hari sabtu.. sebab encik somi pun dah susah nak teman check-up hari biasa.. dan saya sendiri pun malas nak amik cuti atau pun masuk lambat untuk pegi check-up hari keje ni.. tapi  yang jadi tensi nak tunggu kak yong chinta tu bangun baru la dapat pegi..huhu..confirm lambat la sampai klinik..lambat sampai..lambat register.. lama la menunggu.. sebab tau kalo time Dr. Rahaya je kat klinik tu of cozes la ramai la patient..hihihi...

dan pagi tu... cam biasa saya dah siap-siap baru kejut encik somi.. dan kejut sekali intan payung tu.. 
cam biasa la conversation anak-beranak.:

mama: "chinta..nak ikut mama tak g klinik tengok 'ebi'...
chinta: *sambil mata pejam..nangis.. dan angkat tangan tunjuk isyarat tak nak.....* nangis sebab kaco dia gah sedap tido..

mama: "ok..kalo camtu chinta tinggal dengan ibu yer?.."  * ibu is my sis-in-law... 
chinta: ekpresi yang sama... sambil pejam mata..nangis dan angkat tangan goyang-goyang dan siap geleng kepala tak nak......

kesimpulan??.... harus la mamanya kena tunggu sampai dia puas tido..dan lagi best papanya siap leh cakap.. takpe..takpe papa tunggu chinta.. dan anak-beranak tu sambung tido dengan jayanya!! grrr..

padahal malam sebelumnya beriyer la papanya cakap... "ma, esok kita kena pegi klinik awal tau.. pa ada kena pegi sg buluh tengahari tu....."

tapi bile esok paginya..lain plak la cheta anak beranak ni..... *sabar je laaaaa*


-------------------------------------------------------------------------------------------------
  bila sampai klinik.... papanya turunkan kami dulu sebab ada nak jumpa orang dekat area Sri Serdang.. 

masuk untuk register... dan cam biasa la urine test + amik berat + dan check bp.... bla bla bla sebelum jumpa doktor.. masa ni angkut la sekali anak buah aku... jadi elok la diam berdua chinta dengan hasry tu... dapat la aku masuk toilet nak amik urine.. masa nak check yg lain-lain tu hangkut la dua-dua masuk bilik rawatan.. 

dah selesai tu...cakap la kat adik kat klinik tu....nak bawak dua ketul tu pegi makan.. padahal perot aku yang dah berkeroncong laparrr...hahahaha.. alasan kena la cover line kan.... siap tanya bape orang lagi nak sampai giliran..hahahaha...

cam biasa la...check-in kedai mamak je la kat sebelah klinik tu... makan dan makan... pastu dah selesai masuk klinik semua nak tunggu giliran.. tengok lambat lagi..ada la dalam 5 orang lagi.. so mak budak ni plak tetiba nak air..hahaha... permintaan ibu nandong ni selalu kena la penuhi kan.. nak ice lemon  tea okay.. yang nestea botol tu.... pegi la tiga beranak tu ke 7-eleven..

punya la  tunggu..rasa ada la sampai 2 orang selesai jumpa doktor..biasa la angkut dua ketul tu ntah memborong apa la kat 7-eleven tu..hahahaa..

dan dekat kul 12.00 baru sampai giliran... nasib la kan..ko pegi klinik pun dah lambat... tunggu la giliran... 

bile jumpa doktor...

doktor: ok..sy nak isi details kat kad rawatan kamu ni...*sebab aku tak ingat tarikh last peyed* jadi doktor kena refer dalam system previous visit aku ada rekod pasal ni..hehehee.... "okay..sy nak rekod ni kandungan kamu yang ke- 3?... 

aku: eh eh.. tak la doktor..yang ke-2.. ni anak kakak ipar saya..hehehe.. yang ni sowang la yang check-up ngan doktor dulu..

doktor: hah.. tu la..sy pun dah terkonpius tadi takkan cepat benar besar anaknya..hahaha... saya ni pun dah ingat-ingat lupa..

*paham doktor..patient doktor bukan saya sowang je..hihihi....*


doktor: ok.. jom kita scan tengok baby.. skang dah 12 weeks... so next appointment baru amik darah..


so..cam biasa la..every time check-up doktor akan scan untuk tengok progress baby.. memang excited sikit bab-bab ni... jadi masa scan  tu dah leh tengok fizikal baby dah membentuk... dan masa tu la chinta eksaited lebih..siap jerit...."abanggggg... baby... baby..."... abanggg... baby..baby.... siap tunjuk-tunjuk kat skrin biar abg hasry nya tengok baby... 

baby pun eksaited gak jumpa kak yong..siap masa scan melompat-lompat dalam tu... sah penyakit keturunan dan terkena kat baby... gila kamera!!!! hahahhahaa...

meloncat-loncat bile di scan!!

kalo ikut dari google..camni la lebih kurang rupa baby.. kiranya anggota badan dah membentuk dan sudah ada pergerakkan manja tapi tak bape nak rasa la kan..kita tunggu la masuk 21 weeks masa tu bukan takat gangnam.. silat cekak pun dia boleh buat dalam tu..hehehe...


Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns / 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing.Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.


------------------------------------------------------------------------------------------------

dan..baru la buat buku rawatan.. biasa la..selalu akan tunggu 12 weeks baru kita buat buku.. hihi..
selamat datang kad merah dan nanti duk diam-diam dalam laci keta yer...hihihi...


iyer..umur saya 28 tahun yer..hahaha..sekian terima kasih!

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers