"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Tuesday, 6 September 2011

SetErika anTik Mak Saya..

pejam celik pejam celik dah masuk seminggu syawal.kalau ikutkan dah basi cheta yang nak di story morikan ni. apakan daya, pertama kali beraya ada 'handbag' @ anak kecik. Yang kena dok kendong ke hulu kehilir. malam baru la rasa free tapi mengenangkan tido itu lagi nikmat dari menghupdate blog, so harapan suci murni cap seri aji tu terkubur macam tu je la.hehehe... baru tau penat ada anak kecik kan. <--- ayat ini ditujukan khas buat diri sendrik.

satu hari di hari saya. raya..cam biasa la.bangun pepagi dengan penuh semangat keRAYAan. hehe.. bukan la semangat nak pakai baju raya, tapi stok baju raya masih cantik terlipat dengan kesan kedut di sana sini hasil sentuhan kreatif mesin basuh, maka dengan semangat berkobar-kobarnya kena la wat task pertama yang paling boring : MENGGOSOK BAJU (task kedua boring of course le melipat baju..task yang tak boring pakai baju je...hahahaha...) kalo ada bibik mesti dah lama mengerah tulang empat kerat bibik untuk tolong menggosok, tapi apakan daya keje bibik membibik tu kan dah sebahagian dari skop keje sebaik menerima lafaz SAH dari tok kadi..hahahahah...

akibat dari kemalasan menggosok so pagi2 raya dah bangun untuk memBOOK seterika supaya dapat menjadi owang pertama menggunakan seterika.so dengan penuh sifat lemah lembut gemalai bagai dipupuk bayu,aku pun mula kan la tugas gosok menggosok ni. of course le dimulakan ngan baju encik aboy cupin dlu, sbb dia nak pegi semayang raya. lagi pun task gosok menggosok kali ni bukan gosok menggosok biasa yer cik cik semua.. kenapa? kenapa?... jeng jeng jeng. gegegege..akibat tahap menggedik yang impak maksima ni, aku pun keluarkan la labuci (beli kat pasar payang ni) yang leh seterika2 je tu. so aku pun amik la sebiji...sebiji..dan sebiji labuci..susun..susun...susun...dengan penuh kekreatifan atas baju, kemudian apa lagi.. gosok...gosok...gosok.... kunun2 nak wat la pakej anak beranak melaram di pagi raya ni. biasa la keje2 last minit ni, mula2 gosok takmo lekat. lagipun mana la ada manual book untuk keje2 menampak menampal labuci ni. so trial n error la banyak kali baru mau lekat labuci2 tu..

tapi apakah kaitan dengan tajuk entry kali ni..hehe..ni baru la cheta..cuba bawak bersabar skit.haishh.. tarik napas fuhh lepas...semput..** iklan jap.. so, tgh syiok-syiok dok seterika labuci2 tu..sekali pooommmmm... ada bunyi letupan. memang terperanjat beruk la aku time tu.kalau beruk tengok pun rasa tergugat kejap la sebab skill terperanjat aku tu tahap dewa la. seyes, terkejut.. dah macam bunyi mercun bola meletup. jantung pun apa lagi.dah tahap kenyang kencang cam keta maikel schumacher dah tu.. tapi yang pelik nye, aku leh wat seposen je meneruskan lagi xtvt menggosok sebab baju aku + tudung tak abis gosok (isu kedut lagi penting dari keselamatan..hahaha).memang cantik je kesan kedutan sana sini. so rasa2 kat seterika dah tak panas.so mula la aku tak senang duduk pasai baju aku tak abis gosok lagi

ni la ghupe seterika antik mak aku tu.. tapi seterika ni dah banyak berjasa. rasanya dah sama baya ngan umur aku agaknye. atau mungkin lebih. bawak masuk arkib pun dah kira boleh ni.

Mode: bertukar menjadi gelabah masa ni. mana taknye, dari keazaman nak melaram di pagi raya, terus spoil gara2 seterika meletup (patut rasa takut lebih, tapi rasa tensen baju kedut plak yang over kat sini). hahaha, so mula la salahkan seterika.pagi2 syawal dah memekak cari seterika lain. sekali, rupa2nya bukan seterika yang rosak, plug yang jahanam. fuh, dasat tol teknik menggosok aku sampai leh terbakar plug.

ni la ghupe plug PERTAMA yang aku jahanamkan di pagi syawal.

hah, tgk tak perkataan yang BOLD tu. plug pertama okay, maknanya ada next incident yang happen kan. jeng jeng jeng. lepas dah kecoh cari seterika,(dapat la seterika lain) rasa tak best plak guna seterika yang ada tu. nak jugak seterika antik mak ni. so pegi la test kat plug lain.p guna plug air cond kat bilik mak, gigih mengangkut iron board ngan seterika. sekali LINE CLEAR plak seterika leh berfungsi. so xtvt menggosok pun diteruskan dengan menampal lagi labuci2 yang ada. sekali, Letupan berlaku lagi, n lagi kuat dari tadi. so kali ni baru la tersentak. hahahah.. baru la nak cuak, so terus cabut plug. muka memang dah terkulat-kulat sebab takut n terkejut.


Plug kedua yang menerima nasib malang.

so, apa lagi kalo dah dua kali meletup tu, kalo tak paham2 gak memang banggang la aku rasa. maknanya seterika la yang bermasalah. aku pun dah takut, buat nya kalo teruskan gak xtvt menggosok tu, lain jadinya. Sebab Malang ni tak berbau, kalo berbau senang nak trace/hidu. hahahaha.. so ngan baju yang masih ada kesan2 kedutan ala2 manja tu, aku pun pakai je la. n yang tak best nye labuci kat baju aku tak meriah cam baju chinta. (sebab aku tampal labuci kat baju chinta dlu). so dah siap2 cantik pakai baju raya, aku pun g la mengadap mak aku sambil wat muka kesian cakap aku dah jahanam kan dua plug kat umah tu (actually 3 plug sbb salah satu tu terus rosak skali akibat letupan kali kedua). siap cakap mak panggil la owang repair nanti bagi bil kat aku.hahahaha...

tapi seyes la, tu la xtvt menggosok baju paling ganas n lama yang penah aku buat.sampai sejam lebih menggosok, baju nikah dlu pun tak de la gosok lama macam ni. tapi yang betapa efisyen nye mak aku, esoknya semua plug dah siap repair.aku pun tak sedar bile masa la pakcik repair ni datang. haish, kalo camtu leh la aku selalu jahanamkan plug2 kat umah mak aku tu.hahahaha..

tu la tragedi di pagi 1 syawal. ada lagi tragedi di 6 Syawal. yang ni berlaku kat umah mak mertua aku plak. tapi yang tragedi kedua ni lagi dasat. sampai menggigil kaki aku punya la takut. nanti aku story mory cheta tragedi kedua ni.

Chinta says: mama...mama... lenkali anta dobi je suwuh gosok..

NOTA SIPUT: Mak, Selamat ari raya... seb baik la mak tak charge kerosakan yang ada..hahahaha..

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers