"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday 7 September 2011

LaGi-laGi TraGedi RayA KisAh Dua

alahai..asik cheta tragedi raya je kan.apa la nasib malang. ni takde kaitan ngan cheta seterika antik tu.ni berlaku kat umah mak mertua aku plak. tapi kalau ikutkan cheta ni lagi suspen dari cheta pertama. so ready tak nak dengar cheta lebai malang ni.heheheh..

alkisah...tayibbbbb...(dah cam cheta p.ramlee plak) actually cheta ni berkait rapat plak ngan mercun. tu sebab la aku mmg anti skit owang yang main mercun bola ke, mercun das ker..kalo takat main pop2 atau pun mercun naga masih diampunkan lagi la.(kalau ikutkan aku tak kisah pun owang nak main just cari la kawasan yang sesuai bukannye kat area taman perumahan yang sempit mempit ni)

actually benda ni jadi last sunday. kunun2 hari ahad yang bingung la ni. memandangkan ada owang nak datang beraya kat umah, so ada la skit operasi OPS KEMAS kat halaman rumah. sebenarnye pun bukan la nak kemas apa pun sgt, kemas n jual surat2 khabar lama n tin2 kosong. tu pun sebab ada lelaki india berani masuk compound umah n cuba nak curi tin2 kosong ni. (bahaya oo..mula2 compound umah, kalo masuk pecah dalam umah...simpang malaikat). berani mamat ni siap panjat pagar n nasib baik la ada jiran tetangga yang ternampak makhluk perosak ni buat keje n jerkah bagi depa terkejut. maka lari lipas kudung la makhluk keji 2 ekor yang cuba mencuri ni.

eh eh eh..ni bukan nak cheta pasal pencuri ni. tapi kaitannye disebabkan risau kot2 depa datang lagi cuba nak curi so kami pun kemas2 la n jual la sgala khazanah yang menarik hati pencuri2 tin tegar ni. alkisah, encik aboy cupin plak terlebih rajin n bersemangat waja. siap korek longkak n kemas2 kat area rumput depan umah ni. so, cam biasa la, bile longkang dah dikorek, maka serangan balas bertubi2 dari sang nyamuk pun bermula la. so, disebabkan tidak register ngan the green mandate..hahahah..encik aboy cupin amik la jalan senang p bakar tunggul kayu n skit sampah kat situ, kunun2 nak bagi effect asap supaya sang nyamuk bertempiran menyelamatkan diri.

aku plak masa tu tgh syiok2 basuh baju and chinta dok main dalam walker. sekali.. ada bunyi meletups yang kuat dari tempat bakar sampah tu.. rupa2 nya ada mercun (ntah sape la bijak pandai p buang kat situ) meletup. giler kentang terkejut.......so MIL aku pun dukung la chinta. takut terkujat budak kenit tu. tapi selang baper minit lepas tu, berdas2 plak letupan lagi jadi. n kali ni yang menakutkan das letupan tu menghala ke arah rumah n kami...huwaaghhhhhh.......giler wei.just imagine kalo ada owang yang main mercun das2 tembak ke udara tu..tapi menghala ke korang..mau kowang mencicit lari punya.....aku lari sini..mercun tembak sini..lari sana tembak sana, bersepah la hala tuju das mercun tu..dah menyala depan mata n meletup.serius takut. mak mertua aku lari kendung anak aku..n masa tu aku pikir aku dah confirm kena mercun kat badan n nasib baik la encik aboy cupin sempat tepis lantunan mercun tu dengan penyapu. rasa macam kat medan peperangan. YA Allah, serius takut giler masa tu...

so sepantas kilat, encik aboy cupin siram air kat tempat bakar sampah tu... masa tu kaki aku dah shaking rasa tak jejak bumi laaa.jantung berdegup kencang gile. tangan menggigil2 kesan terkejut n takut ya amat. pastu suami aku pun p la check apa benda yang buat meletup tu. rupa2 ada hamba Allah yang bijak laksana buang serpihan mercun (yang meletup pecah cantik ke udara tu) kat depan umah kami. so letupan2 yang terjadi tu kesan saki baki belerang dalam mercun tu. Isk, nasib baik la takde perkara buruk yang terjadi.

kesan dari kejadian tu, chinta skang dah trauma dengar bunyi mercun.padahal sebelum ni kat kampung bulat je mata dia tengok owang main mercun ngan bunga api. skang seksa sikit nak tido kan dia, sbb budak2 kat area taman umah aku ni plak cam berlumba2 main mercun bola. so budak kecik ni asik terkejut yang jenis tersentak tu. huhu.. cian asik nangis je kalo dia dengar bunyi mercun.agaknya dia tgk depan mata kan camne aku menjerit2 nak selamatkan diri larikan diri dari tembakan mercun tu.

aku pun tak paham, banyak benor la stok mercun budak2 ni. tak abis2. dah tu kreatif bangang dok main dalam tong la..apa la..kunun dah bagi effect yang lebih kuat. rasa nak je pegi luku je kepala budak2 yang main mercun nie. rasa cam nak pegi bagi tazkirah je kat mak bapak budak2 ni. haish...

agaknye macam tu la kan keadaan kat negara2 yang tengah berperang. ni letupan mercun, kalo la peluru sesat atau pun bom. Ya Allah, tak tau mana la aku nak lari selamatkan diri.

Chinta says:takut..takut..takut...

NOTA SIPUT: Semoga takde perkara buruk yang terjadi kat budak2 yang main mercun area taman perumahan aku ni. Aku doakan yang terbaik sebab doa owang yang teraniaya ni di makbulkan Allah, Insya-Allah.

Hope chinta cepat lupa kejadian ni....Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment

::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers