monday blues! bukan korang yang bekerja je ada perasaan monday blues ni! budak-budak pun sama je pe'elnya! tambah-tambah dah sonok kan berkepit bawah ketiak mak dua hari dua malam! eh tipu! hahaha.. jadi bile hari isnin mula la chinta buat perangai tak bagi aku pegi keje! kalo ikutkan dah seminggu macam tu. tiap pagi je buat drama swasta bile tengok aku turun dari keta dan buat lambaian mesra pada dia! hehe.. memang la muka cool je dari luar aku ni..tapi dalam hati ada taman gak! hahaa.. nak tak nak kena la keraskan hati kan.. kalo tak macam mana nak disiplinkan dia! bertambah teruk plak bile nanti dah masuk skol kan! kan jenuh plak dia buat drama swasta depan taska.. jadi pelan-pelan kena keraskan hati ni! sob..sob....hehehee
pagi tadi... sedap je aku tengok dia tido kat playpen dia! skang memang kena ajar balik tido tempat dia! dah masuk dua tahun pun.. memang dah start ajar tido asing since dia 17months camtu laa...mula-mula memang sayu hati laa..biasa la je chinta tido sebelah.. tapi papanya bising! dah beli tempat tido anak mahal-mahal takmo guna..dok buat perhiasan buat apa! okay! baik boss..saya yang menurut perintah! sebelum bebelan papanya bertambah-tambah.. mula-mula rasa lain bile katil bertambah luas..hehee.. pastu lama-lama dah biasa.. chinta pun ada masa kalo terjaga tengah malam..berdiri kat tempat tido dia panggil kita..hihi!
jadi pagi tadi... masa nak dukung dia masuk keta.. tengok lena je tido! ikutkan hati cian plak.. tapi nak buat camne kan.. kena gak la dukung masuk keta..biasanya dia akan sambung tido kat seat belakang! tapi satu yang ajaibnya budak ni..dia cam ada bau je opis mama dia..sampai je depan pintu bangunan opis mama dia, automatik dia leh bangun! bulat je mata..dengan harapan mama dia akan dukung bawak dia check-in kat opis.. hehehee...tapi tak leh laaa..
dua hari ni kakak ipar yang jaga chinta takde..pegi makan angin ke penang.. so semalam papanya tanya leh tak bawak anak masuk opis.. adoi! seyes memang tak leh... sebab last week dua hari kursus.. jadi banyak keje yang perlu sy siapkan..especially rabu ni ada 2 meeting..dan ada agreement dan paper work yang perlu saya settelkan! pastu plak..boss baru jenis suka wat meeting ad-hoc.. suka-suki dia arrange meeting/ perjumpaan/discussion dengan staf bile-bile masa.. jadi tak berani la bawak budak kecik ni kan... yang ketiga, maybe boss baru untuk jawatan pentadbiran akan masuk dalam minggu ni..so takmo la kan nampak kita bawak anak.. walaupun bilik aku kat bahagian belakang.. tapi still tak best la kan! jadi cakap ngan papa chinta, dia la kena bawak anak masuk opis... terpaksa laa yer! seyes memang saya tak leh nak amik cuti.. atau pun bawak masuk opis! tambah-tambah hujung taun kan..banyak benda yang nak di settlekan!
eh..dah lari plak dari tajuk..hehehe...nak cheta pasal chinta takmo bangun je pagi tadi..alih-alih dah masuk bab opis..hihihi...
lena sungguh tido!!!
No comments:
Post a Comment