"Aku Tidak Bijak MenyUsun Kata dan Tidak PanDai BerMaiN baHasa Kerana..Aku BukanLah SeoranG PujanGga, AKu BukAnLah Si Penyair ChinTa daN tidak Juga Si PenyusuN MadAh..Namun..Aku JugA puNya Hati Dan PeraSaaN..PunYa Rasa Dan KeingiNan..Punya iMpian dan KeAzaMan..PunYa NaLUri Dan KemAmPuan..UntUk BerkOngsi Suka Duka Pahit Manis Kehidupan"
~siputlaju2011





Wednesday 30 October 2013

cerita anak-anak

chapter 1 :my QASEH CHINTA ALEESYA...

ayat standard! "cepatnya masa berlalu".. memang.. chinta dh nak nk ofiicially 3years bulan november ni.  progress?..alhamdulilah..aku pun tak high expectation dengan dia.. memandai dia  membesar menjadi anak yang sihat.....

nampak banyak perubahan gak sejak aku masukkan dia ke playgroup. tambah-tambah dah ada adik memang jarang la aku dapat spend masa untuk ajar dia kat umah.. seb baik la sebelum harazz lagi gigih aku develop dia untuk suka buku..cehhh! develop ko! hikhokhikhok!!!

dari segi sosial..nampak la dah berkembang sikit.dia ni bangsa reserved! lambat nak mesra.tengok orang. tapi kalo dah rasa comfort mula la tunjuk perangai sebenar.. grrrr yang buat aku rasa nak menyinga jer!dah la garangggg... kadang-kadang tak leh ditegur... melawan! tak pun sentap!

dia memang suka pegi kedai buku..beli buku...baca buku...aku rasa hampir hari-hari dia akan buka dan tengok gambar-gambar kat book dia... alhamdulilah! membaca ni perlu minat.. perlu dibentuk! moga kekal la sampai bila-bila... dari kecik jarang aku belikan mainan... dan dia pun jarang minta mainan..mainan nampak banyak pun sebab aku ni je kadang-kadang bangsa lembut hati..kesiannnn belikan mainan... tapi dia prefer mainan yang educational..cam blok abc ke... sebenarnya yang nampak banyak mainan dia pun aku rasa mainan-mainan dari happy meal..hahahah

dia dah kenal abc.. syukur! what to expect budak umur 2 taun lebih kan..memang la ada baby yang dah boleh membaca..as i mentioned! aku takmo la terlalu berharap dan berlebih-lebihan...dia masih dalam stage budak-budak still need to play more... aku akan sebut.. f for flamingo.. nanti dia akan tunjuk huruf F! good! walau tak reti la nak sebut a to z.. tapi kalo sebut alphabet in random...dia kenal huruf-huruf tu!

dah boleh bercakap...kurang pelat! vocab dia pun aku rasa makin bertambah! dah kenal colours - purple, orange, red, blue, black, pink..etc etc... dah tau few shapes - square, diamond, heart, circle... kira hebat la tu bagi aku...aku umur 6 taun pun tak tau square tu apa.... hahahaha! cuma nak kena lebih praktis english ngan dia... walawey!!

cuma satu perkara yang aku still kena tingkatkan! chinta terlalu pemalu untuk jadi centre of attaraction.. katakan la masuk kelas dan teacher sebut nama dia..mula la dia keras kejung! tapi ada masa kalo dia dalam tak sedar boleh je dia ke depan dalam kelas bila teacher minta tunjuk sesuatu! memang aku miss satu perkara dalam psikologi tentang chinta which are: aku tak penah bagi dia mandi swimming pool!

whyyy??... hahahaha... overprotective kot! dia ni kan aku penah cakap bangsa penggeli pasir... aku lupa bila kurang elemen dua tu, memang akan menjadikan budak lambat untuk mesra dan kurang keyakinan! that what i learn, terapi untuk anak-anak yang takut ke sekolah... takut berkawan ialah dengan bagi dia main air.. mandi pool..bawak mandi laut!.. then anak-anak kurang sensitif, bagi dia pijak pasir... takyah susah g pantai..aku rasa skarang ni dah banyak playland dalam shopping mall yang provide tempat main pasir tu.. salah satu aku tengok kat mines new wing ada! memang kat umah dia lah sang juara! sebab tu comfort zone dia..tapi kat skol ada masa dia leh keras kejung!

dia suka buat arts n craft! main gam..tampal-tampal! darah seni mengalir kot dalam darah! dah mamanya pun suka arts kan! mihmihmih......

almost banyak benda dia nak buat sendiri..pakai baju sendiri..mandi sendiri dan pantang tengok aku lipat kain..sibuk nak angkut kain masuk almari, pantang tengok aku basuh pinggan..nak tolong kelecah sinki.. mana aku tak menyinga kannn!!hahahhahaaaa

mulut potpet! stage banyak bertanya! every single thing dia akan questioned back "WHY??".. kenapa mama.. bangun pagi je..celik mata dah sibok tanya... "kita nak pegi mana ni mama?"...terus teringat iklan petronas, burung apa ni...burung apa ni...burung apa ni...hah gitew ler sampai aku tension!





alahai..nanti update pasal adik plak yerrr!!!! ...



Monday 7 October 2013

rahsia hati tak siapa tau

M.A.S.A.L.A.H


semua orang ada masalah. tidak kira besar ke kecil ke.. tetap ada masalah.kalo bayi usia 2 bulan boleh bercakap..dia pun ada masalah. lapar perlukan susu. ngantuk perlukan orang untuk dodoikan. itu masalah bayi. tapi kita! manusia peringkat dewasa. lagi bertimpa masalah!

tipulah kalau cakap "aku takde apa-apa masalah..i'm cool man". bohong.kalau betul kita jumpa orang macam tu... hanya satu yang boleh dilabel: orang gila!! Allah aturkan rezeki ni dalam bermacam cara.. ada orang bahagia anak ramai tapi diuji dengan masalah kewangan, ada orang diberi rezeki pasangan yang membahagiakan tapi diuji dengan tiada anak penyambung zuriat..dan ada orang diberi kemewahan hidup, kerja yang baik atau diberi kehidupan yang sempurna tapi diuji dengan musibah wujud orang ketiga dalam perhubungan... dan bermacam lagi..

selalu kita sebagai hamba, akan terdetik "kenapa yer, bahagia tak kunjung tiba dalam hidup ni?.." "kenapa yer orang tu suami dia baik jer?".."kenapa yer aku tak naik-naik pangkat lagi?" dan macam-macam persoalan kenapa..kenapa..dan..kenapa benda ni jadi dalam hidup kita. selalu merasakan diri kita yang teruk dilanda musibah dan dugaan dari Allah....

tapi kadang-kadang kita lupa.... lupa tentang tiga perkara yang perlu untuk mencapai kebahagian itu:

1) MAAF...

memang berat! terlalu berat bila bermain dengan emosi ini. bila kita dirundung masalah, kita dianiya, kita difitnah dan dicabul kepercayaan yang kita beri kepada seseorang... sukar untuk kita maafkan! MAAF! perkataan yang cukup simple, pendek tapi penuh pengertian! fuh...kalau ditanya pada diri aku yang penuh kekhilafan ni pun sukar sebenarnya untuk kita memafkan! sebenarnya kemaafan, memaafkan dan mohon kemaafan ni mampu kita buat sekiranya hati kita redha dan bergantung padaNya... bila kita berserah, kita yakin sepenuhnya..Insha-Allah, kemaafan itu akan datang dengan sendiri....

Siapa la kita manusia yang penuh dengan kekhilafan..sentiasa lupa dan terus melakukan kesilapan dalam hidup... sekiranya kita mampu memaafkan, lebih besar sebenarnya darjat kita yang dicapai bila mampu memadamkan bisikan syaitan...... Bukan semua orang mampu, tapi andai kita berusaha, dan mampu memaafkan seseorang, Insya-Allah ketenangan dan kebahagian akan dapat kita rasai....

2) SYUKUR

syukur bukan sekadar dengan lafaz "alhamdulilah"... tapi lebih dari itu.. bila kita syukur dengan apa yang kita ada.. kita tak akan nampak kekurangan yang ada.. syukur atas rezeki yang kita miliki, syukur dikurniakan anak-anak peneman di kala sunyi, syukur atas pasangan hidup - pemilik tulang rusuk kita, syukur atas apa yang ada depan mata.. Insha-Allah, kita akan lebih kuat menghadapi dugaan dan ujian Allah... memang kadang-kadang perangai kita yang suka membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain dan selagi itulah pintu kebahagian sukar untuk kita jumpa.... kita bandingkan suami kita tak seromantik Aaron Aziz, rumah kita tak sebesar muzium negara, kereta kita tak sebesar kontena kereta.. hehehe.. selagi itu la kita akan mula mengejar sesuatu yang kononya kesempurnaan tapi akhirnya satu kerja sia-sia..

pernah aku dengar tentang satu cerita bila seorang murid pernah bertanya pada gurunya.. "bagaimana kita nak cari kebahagian yang terbaik dalam hidup kita?????"... guru itu hanya tersenyum dan dipimpin tangan anak murid itu ke sebuah padang..... dimintanya supaya murid itu mememetik rumput tercantik di mata anak murid itu dan dibawa kepada gurunya tanpa berpatah balik dalam dari perjalanan bermula... maka..anak murid itu pun memulaka pencarian...diselak, dibelek dan dihalusi setiap inci rumput yang ada..bila dia ingin memetik, matanya tertoleh kepada rumput yang lain..diteruskan perjalanan, masih mencari dan mencari sehingga di penghujungnya, tiada satu pun rumput yang berjaya dipetik...maka bertanya la guru itu kepada murid itu..."mengapa tiada rumput seperti yang kupinta???"... maka ini jawapan anak murid itu...

"DARI PERMULAAN PERJALANAN ITU, AKU TERLALU BERHATI-HATI UNTUK MEMILIH SUPAYA AKU RASAKAN AKU MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN TERBAIK DAN MEMBAWA RUMPUT YANG TERBAIK..TETAPI, AKU GUSAR, ANDAI AKU SUDAH MEMETIK, MUNGKIN AKU AKAN JUMPA LAGI RUMPUT YANG LEBIH BAIK DI DEPAN PERJALANAN NANTI... SEHINGGA AKU MEMBIARKAN RUMPUT YANG TELAH AKU JUMPA DI PERTENGAHAN JALAN SUDAH TERLALU CANTIK DI MATA AKU .. TAPI AKHIRNYA, TIBA DI PENGHUJUNG JALAN TIADA LAGI RUMPUT YANG KURASAKAN CANTIK TETAPI AKU TIDAK BOLEH BERPATAH BALIK...."

Begitu juga dengan diri kita.. andai kita sudah dikurniakan pasangan yang ada, hargai kehadiran dia dalam hidup kita. andai dikurniakan kerja yang baik biarlah ikhlas melaksanakan amanah, andai diberi zuriat yang ramai hargainya dengan didikan yang sempurna... kerana kita manusia biasa, selalu lupa untuk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada depan mata dan selalu cuba mengejar kesempurnaan yang belum pasti. Dalam berpasangan setiap baik buruk pasangan kita itulah pelengkap kepada diri kita kerana Allah telah ciptakan setiap pasangan untuk saling melengkapi... 

 3) REDHA

memang senang nak cakap.."Aku redha jer........" tapi di hati siapa yang tau. bila kita belajar untuk redha, kita akan meletakkan sepenuh kebergantungan kita padaNya.. bukanlah kita mengadu kesulitan hidup pada sesama hamba yang tidak mampu mengubah apa-apa pun. Bila kita meletakkan Allah sebagai tempat bergantung yang pertama, yang akan melindungi kita dimana saja... dan sentiasa akan bersama dengan hambaNya yang patuh dan ingat padaNya... Pernah aku dengar kata-kata: " Penting untuk kita membina hubungan yang kuat dulu dengan Allah barulah hubungan kita sesama manusia akan menjadi lebih mudah..."

Selalu kita mengutuk nasib.."kenapalah anak aku degil sangat ni?" " anak aku ni buat perangai?" " kenapa suami aku masih tak berubah?" dan itulah persoalan yang datang..kenapa..kenapa dan kenapa..sedangkan kita lupa hubungan kita dengan Allah pun kurang.. begitu juga la hubungan kita dengan anak-anak pun akan jadi kurang... kita sendiri kena perbaiki diri untuk kuatkan hubungan dengan Allah dulu, barulah segalanya dipermudahkan....

memang betul, kadang-kadang kita dah redha, dah syukur, dah maafkan..tapi bahagia tak kunjung tiba.. percayalah, Allah mungkin bagi sinar kebahagian dan rezeki itu tak dapat pada kita, mungkin pada anak-anak kita..cucu-cicit kita..dan mungkin sinar kebahagian dan rezeki diberi dari sudut lain tidak seperti yang kita gusarkan...


                       Photo: Salam Jumaat :)

Andai kita diberi musibah dalam perhubungan... mohon la petunjuk dan bergantung la sepenuh padaNya..
Selalu la beringat terutama kaum perempuan, jangan sesekali membuka aib diri dan suami dengan mencerita masalah yang dihadapi dengan lelaki lain yang bukan muhrim.... itu bukan jalan penyelesaian, tetapi boleh menjadi punca kepada masalah yang lain...Begitu juga bagi lelaki... andai sudah beristeri, rasanya tidak perlu lagi nak jadi kaunselor tak berbayar dengan mendengar rintihan ketidakpuasan hati dari mana-mana perempuan.... Selalu kita dengar suami isteri bergaduh kerana orang ketiga... sebenarnya diri kita yang membuka peluang dan ruang kepada orang ketiga itu untuk hadir... andai diri kita sendiri tahu menjaga adab dalam perhubungan dan maruah pasangan kita, rasanya perkara-perkara kecurangan ni boleh dielakkan..Nabi sendiri pun ada berpesan:


                              
   
Tapi...

Sering terjadi..bile berlaku pintu-pintu kecurangan ini.wanita iaitu si isteri sering mengeluarkan kata-kata
"Apa salah aku?.aku dah buat yang terbaik untuk dia..aku dah jaga makan pakai dia.. aku jaga layanan di tempat tidur....aku beri layanan terbaik... tapi kenapa dia buat aku macam ni???..."

Biasa kan?
Di situ kadang-kadang silap seorang pompuan yakni isteri..terutama bila merasakan diri sudah terlalu sempurna untuk suami. padahal, kita ni manusia yang dijadikan oleh Allah, pasti ada kelemahan dan kekurangan. Kadang kita terlupa, kerana rasa 'ego' yang kita telah beri yang terbaik, secara tidak sedar ianya mencerminkan kelemahan diri. Mungkin kurang muhasabah diri dan berbincang dengan pasangan yang menjadikan kita terus-terusan merasakan kita sudah buat yang 'terbaik' dalam hubungan... Tapi kita silap,
sebenarnya kita lupa satu perkara.. Yang menjadikan setiap perkara siapa????... hanya DIA.. Allah pencipta Alam yang berkuasa ke atas semua hambaNya.. Pada Dia sepatutnya kita bergantung dan berserah. Pada  Dia sepatutnya kita menadah tangan penuh rendah diri memohon diberi perlindungan terutama kepada suami kita agar terpelihara akhlaknya, terpelihara pandangannya dari wanita yang bukan muhrim dan terpelihara dirinya dari terjerumus kepada perkara-perkara maksiat. Dan diri kita sendiri patut lebih memohon kepada Allah agar perkara yang sama tidak kita lakukan.Hanya Allah yang mampu melindungi diri kita atau pasangan kita walau di mana sahaja.

Begitu juga, andai kita diberi masalah keberhutangan.. dimana silapnya?. Adakah kita sendiri telah berbelanja di bawah kemampuan? Bukan mengikut kemampuan tetapi di bawah kemampuan supaya kita dapat hindari perkara yang dibenci Allah - hidup dalam berhutang. Kita diberi akal yang waras, selagi kita bergantung sepenuhnya kepada Allah akan dihindarkan diri dari keberhutangan, Insha-Allah ada jalannya. Tetapi rezeki mungkin tidak turun dari langit terus di depan mata seperti yang pernah terjadi pada wali-wali Allah, tetapi rezeki itu mungkin dalam bentuk lain. Diberi kita kekuatan, tenaga yang kuat, akal yang pintar.. dari rezeki itu lah kita gunakan kudrat kita supaya mencari rezeki yang barakah untuk disuapkan pada keluarga kita.

Kalau terus dihurai segala 1001 masalah... Tetapi, cara penyelesaian ni bergantung kepada diri kita. Andai kita berusaha menyelesaikan secara bijak, maka bijak la keputusannya. Andai diselesaikan mengikut emosi, semakin kusut la kita. Waktu itu syaitan bertepuk tangan sebab mampu membuatkan kita hanyut dalam emosi kita sendiri.

                          RENUNGAN BERSAMA:

                    "tiada insan yang JAHAT yang tiada MASA DEPANNYA.. begitu juga
                             tiada insan yang BAIK yang tiada MASA LAMPAUNYA.....


Syukur kita masih diberi peluang bernafas di bumi Allah..ambillah kesempatan ini bersyukur dan menghargai apa yang kita ada buat masa sekarang. Bukan terlalu memikirkan apa yang kita akan dapat pada masa akan datang.... Bila kita belajar bersyukur, meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, membina hubungan yang baik dengan Allah... Insha Allah, pintu kebahagian itu akan muncul dengan sendiri...

                                       





::ChEnta HaTi PapA & MaMa::

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

::JaDiKAn KiSaH kiTa BeRdUA SaTu LaGEndA YaNG uNiK::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers